You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif
dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang
menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan
lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan
sekolah yang ceria dan indah.

2.0 RASIONAL

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang pentingdalam


sesebuah sekolah. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan ini berhasrat menjadikan sekolah
sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria
dan kondusif serta bermaklumat. Persekitaran yang bersih dan sihat akan merangsang
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif di sekolah.


3.2 Menjadikan suasana bangunan dan gambaran aktiviti sekolah supaya lebih efektif
dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan PdP di sekolah.
3.3 Menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti kokurikulum di sekolah.
3.4 Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di kalangan warga
Guru ,PIBG, dan murid.
3.5 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan kokurikulum sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada murid-murid.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
Berterusan dalam merancang aktiviti kelab dan persatuan.
5.0 NAMA PROGRAM
PROJEK SUDUT KOKURIKULUM

6.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum SMK Syed Hassan

7.0 TARIKH
1 Ogos sehingga 4 Ogos 2022

8.0 TEMPAT
Sekitar Kawasan sekolah , papan-papan kenyataan unit badan beruniform , kelab dan persatuan dan
bilik-bilik khas.

9.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN :

i. Mengemaskini papan kenyataan kelab dan persatuan


ii. Menghias sudut - sudut dan mengemaskini papan kenyataan persatuan, kelab dan badan
beruniform.
iii. Mengindahkan Kawasan kantin serta mempamerkan maklumat kesihatan awam kepada seluruh
warga sekolah.
iv. Mengindahkan kolam ikan berdekatan padang sekolah.
v. Memperkasakan program keceriaan sekolah serta menyediakan informasi maklumat kepada
warga sekolah khususnya.

PERANCANGAN AKTIVITI KECERIAAN

AKTIVITI TINDAKAN
1 Mengemaskini dan menghias papan kenyataan unit 1. KELAB BIMBINGAN KAUNSELING
unit badan beruniform dan kelab persatuan 2. KELAB SENI LUKIS
3. KELAB KOPERAS,
4. KELAB PEND. ISLAM
5. KELAB REKA TANDA
6. KELAB MUZIK
7. KELAB SAINS
8. KELAB MATEMATIK
9. PBSM
10. KRS
2 Mengecat pintu bilik bilik khas sekitar bilik JSM dan JURULATIH SEPENUH MASA
bilik pengawas DAN PELAJAR RUMAH SUKAN
3 Mengecat tiang-tiang besi sepanjang laluan dari bilik KELAB INOVASI
mesyuarat Olimpik sehingga ke laluan kantin KELAB USAHAWAN
KELAB PVMA
KELAB KOMPUTER
4 Keceriaan kolam ikan KELAB PELANCONGAN DAN
REKREASI
KELAB RIMUP
5 Kantin sekolah KELAB SPBT
KELAB BAHASA MELAYU
KELAB BAHASA INGGERIS
10.0 ORGANISASI
Penasihat : En. Rose Aza
Pengerusi : En. Mohd Zaki Bin Mohamad Radzi
Setiausaha : En. Zulkefle
Bendahari : Pn Norazila
Guru Penyelaras dan beruniform: En Rushdan
Guru Penyelaras Kelab & persatuan: Pn. Norasnida
Setiausaha Pusat Sumber Sekolah : Pn. Nur Azieyanti
Semua Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
Semua Guru Badan Beruniform
Kaunselor Sekolah
AJK Kantin :
Setiausaha Papan kenyataan: En. Mazlan
Semua JSM
Semua ahli kelab & persatuan serta badan beruniform

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN


BIL PERKARA UNIT ANGGARAN 1 PERBELANJAAN
UNIT (RM)
Belian alatan menghias 30 kelab 50.00 1500.00
papan kenyataan unit badan persatuan dan
1. uniform, kelab dan badan beruniform
persatuan (rujuk lampiran 1)

Belian Cat besi (hijau, 12 tin( 1 liter) 10.00 120.00


2. kuning, merah dan biru)

3. Berus cat soft nylon 10 batang 3.00 30.00


4. Painting tray 10 unit 3.50 35.00
5. Cecair Thinner 10 botol (325ml) 4.00 40.00

JUMLAH 1725.00

13.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
kejayaan Projek Sudut Kokurikulum peringkat sekolah yang dirancang ini bergantung kepada
sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan
menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini. Semoga semua perancangan yang diatur
mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak Tuan.
Sekian, terima kasih.

You might also like