You are on page 1of 39

SESI

2023/
2024

PENDAFTARA
N TAHUN 1
SEKOLAH
KEBANGSAAN
SINGKIR
TAKLIMAT WARIS
TAHUN 1
SESI 2023/2024
INFO : SK SINGKIR

GURU BESAR PN CHE TOM BINTI SHAARI

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN NURHAFIZAH BINTI AJLAN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID EN KHAIRULNIZAM BIN ABD AZIZ

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PN AZRINA BINTI MOHAMED RIDZA

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS EN MOHD FADZIL BIN HALIM

BILANGAN MURID
SESI PAGI
GURU KELAS TAHUN 1 SESI 2023/24
DAN BILANGAN MURID
NAMA GURU KELAS / GURU BANTU KELAS

PN ZAINAB BINTI SALLEH@ISMAIL 1 CEMERLANG

PN ZIMMAH BINTI NASIR 1 GEMILANG

BILANGAN MURID TAHUN 1


PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
( 19 MAC – 13 APRIL 2023)
Objektif:
1.Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika
kepada pendidikan formal di Tahun Satu.
2.Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam
pembelajaran seterusnya.
3.Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
4.Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
5.Membantu murid mengurus diri sendiri.
6.Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.
1. FASA PENYESUAIAN
 19 – 30 Mac 2023
2. FASA KESEDIAAN
 2 – 13 April 2023
FASA 1: FASA PENYESUAIAN
FASA 2: FASA KESEDIAAN
KURIKULUM
 KSSR Semakan 2017
 SUBJEK:
PEMANSUHAN
PEPERIKSAAN TAHUN 1
PERATURAN SEKOLAH
BARANG LARANGAN
 Selipar atau kasut selain kasut sekolah kecuali atas sebab kesihatan
 Barang kemas/ aksesori hiasan diri termasuk anting-anting, gelang, gelang kaki
dan lain-lain
 Alat solek (murid tidak dibenarkan bersolek ke sekolah)
 Telefon bimbit/ Jam yang mempunyai fungsi seperti telefon bimbit
 Barang mainan.
 Senjata atau objek tajam dan berbahaya
POTONGAN RAMBUT YANG
DIBENARKAN
FESYEN RAMBUT YANG TIDAK
DIBENARKAN
TATACARA PEMAKAIAN
SERAGAM SEKOLAH

Tali leher
rasmi
sekolah

Kasut/ stoking
warna hitam atau
putih
MAKLUMAT TAMBAHAN
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
 Tudung hendaklah tudung biasa dan tidak beropol.
 Kasut sekolah hitam dipakai dengan stoking hitam. Kasut putih
dipakai dengan stoking putih.
 Kasut sekolah hendaklah tidak berfesyen.
 Pakaian sukan sekolah dipakai pada hari ada jadual Pendidikan
Jasmani dan sekiranya diarahkan oleh guru.
PENGURUSAN DIRI
 Tatacara kebersihan diri. Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Mohon ibu bapa mengajar anak-anak cara menggunakan tandas cangkung.
Tiada tandas duduk untuk murid-murid.
 Bersihkan/ pam tandas setelah digunakan.
 Etika penggunaan barang. Tidak mengambil barang rakan-rakan.
 Sila tulis nama di kasut sekolah untuk mengelakkan tertukar. Murid akan
membuka kasut apabila masuk ke Pusat Sumber, Surau dan bilik-bilik khas.
SPBT
(SKIM PINJAMAN BUKU TEKS )
 Setiap murid akan menerima buku teks tahun 1
 Semak buku teks yang diterima. Jika rosak,
maklumkan kepada guru kelas untuk ditukar.
 Tulis nama murid dan balut buku teks yang
diterima.
 Jika hilang, buku teks perlu diganti.
WAKTU MULA PERSEKOLAHAN,
REHAT DAN WAKTU PULANG
HARI WAKTU MULA SESI WAKTU REHAT WAKTU PULANG
PEMBELAJARAN TAHAP 1 TAHAP 1

AHAD 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH

ISNIN 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH

SELASA 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH

RABU 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH

KHAMIS 7.45 PAGI 9.45 – 10.15 PAGI 12.45 TGH


KEHADIRAN KE
SEKOLAH
 Mohon murid hadir sebelum 7.30 pagi. Hari Ahad ada perhimpunan pagi manakala
hari lain perhimpunan di dewan.
 Ibu bapa dibenarkan menghantar anak sehingga di pintu pagar sekolah sahaja.
 Murid akan bergerak masuk ke dalam kelas masing-masing.
 Jika murid tidak dapat hadir, sila kemukakan bukti bertulis dan maklumkan di dalam
Whatsapp kelas untuk makluman guru kelas.
 Jika anak bergejala, tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
INFO REHAT DAN KANTIN
SEKOLAH
 Waktu rehat murid tahap 1 (9:45am – 10.15am)
 Murid boleh membawa bekal makanan dari rumah atau membawa wang saku
untuk membeli di kantin.
 Murid akan berada di kantin sepanjang waktu rehat dan di pondok bacaan
( bukan di kawasan larangan )
 Bulan puasa: Murid digalakkan berpuasa. Kantin ditutup sepanjang bulan
puasa.
APDM (APLIKASI PANGKALAN
DATA MURID)
 Silakemaskini maklumat anak tuan/puan di dalam sistem APDM
(Alamat, Nombor telefon, pendapatan dan lain-lain.
 Log masuk melalui link : https://public.moe.gov.my/
 Kelayakan bantuan akan merujuk kepada pendapatan yang diisi
oleh ibu bapa di dalam sistem APDM.
BANTUAN
 RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN)
 PROGRAM SUSU SEKOLAH
 KWAPM (KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN)
 Kelayakan bantuan di atas adalah seperti berikut:
1. Pendapatan isi Rumah: RM1169
2. Per Kapita: RM310
BANTUAN
 BAP (BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN)
• Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had
pendapatan ibu bapa pada Januari 2023
• Proses agihan BAP (Fasa 2) bagi murid Tahun 1 sesi 2023/2024 akan dijalankan
bermula bulan April sehingga Julai 2023.
• Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
• Murid warganegara Malaysia:
 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi
Persekolahan 2023/24
BANTUAN
 BANTUAN DARI PEJABAT AGAMA (ZAKAT)
 Permohonan bantuan ini diuruskan oleh ibu bapa sendiri. Guru
kelas akan maklumkan jika permohonan dibuka.
 Pengurusan penghantaran borang ke pejabat agama diuruskan
sepenuhnya oleh ibu bapa/ penjaga.
 Pihak sekolah hanya menerima senarai murid yang layak daripada
pihak pejabat agama.
WAKTU PULANG MURID
 Ibu bapa diminta mengambil murid mengikut waktu balik untuk mengelakkan
murid berkeliaran dan menjaga keselamatan murid.
 Mohon pesan pada anak supaya tidak merayau-rayau di luar pagar sekolah
selepas waktu pulang.
 Tunggu di tempat menunggu sehingga waris tiba.
 Pihak sekolah/ pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa mengawal
pergerakan anak-anak di luar waktu sekolah dan di luar pagar sekolah.
ETIKA DI WHATSAPP GROUP KELAS

 Tujuan diwujudkan adalah untuk menyampaikan maklumat penting


sekolah.
 Bincangkan perkara penting sahaja.
 Mohon tidak menghantar maklumat sensitif yang menyinggung perasaan
ahli.
 Hormati guru-guru dan rakan ibu bapa yang berada di dalam whatsapp
kelas.
 Segala permasalahan boleh terus merujuk kepada pihak pentadbir sekolah.
PENUTUP
 Terima kasih kerana memilih SK Singkir sebagai tempat anak-
anak tuan/ puan menyambung pelajaran di peringkat sekolah
rendah.
 Semoga kerjasama yang baik dapat terjalin antara ibu bapa dan
guru serta pihak sekolah.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like