You are on page 1of 5

LAPORAN DOKUMENTASI HARI ORIENTASI DAN SUAIKENAL MURID TAHUN 1

SK MACHANG BUBOK II
TAHUN 2016
Objektif
1. Membina hubungan mesra di kalangan murid-murid dengan guru dalam
masa yang singkat
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut dalam kalangan murid-murid
yang berlainan latarbelakang pengalaman dan sosioekonomi
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru
4. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid
5. Memupuk semangat kerjasama
Tarikh pelaksanaan dan Masa Pelaksanaan
Tarikh : 31 Disember 2015
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat Pelaksanaan :
Dewan SK Machang Bubok II

Kehadiran Peseta:
Peserta yang terlibat ialah semua murid tahun 1 dan ibubapa

Tentatif Program:
8.15 8.30

: Pendaftaran murid dan ibu bapa

8.30 - 8.45
: Ibu bapa berkumpul di dewan besar, murid berkumpul di tapak
perhimpunan
8.45 9.00

: Ucapan oleh pengacara majlis bacaan doa

9.00 9.30

: Ucapan perasmian oleh Guru Besar

9.30 10.30 : Taklimat PK Pentadbiran (LINUS & PBS)


Taklimat PK Hem
Murid tahun 1 menduduki ujian bertulis
10.30 12.00 : Edaran buku teks
12.00

: Majlis bersurai

Laporan Program
8.00 pagi

Ibubapa hadir bersama murid-murid tahun 1 bagi tahun 2016


dan berkumpul di tapak perhimpunan.

8.30 pagi

Murid-murid tahun 1 berkumpul di tapak perhimpunan mengikutkelas


masing-masing dengan bantuan semua guru kelas tahun 1 2016.
Pengerusi majlis Puan Rohana Wan Chee memulakan majlis dengan
ucapan alu-aluan.
Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Shahrul bin Ishak

8.40 pagi
Taklimat Guru Besar

Guru Besar Mengalu-alukan kedatang pihak ibu bapa ke sekolah


Guru besar meperkenalkan tentang latar belakang akademik dan
kokurikulum sekolah
Guru besar amat mengharapkan kerjasama daripada ibubapa
semua murid tahun 1 supaya sekolah dapat meningkatkan
kecemerlangannya.
Guru besar turut memaklumkan tentang pencapaian UPSR 2015 iaitu 7
calon telah memperolehi 5 A.
Guru besar turut menjelaskan tentang KSSR yang telah dijalankan
daripada tahun 2015.
Ujian saringan LINUS akan diadakan bagi tujuan penentuan tahap
pencapaian murid dan jika murid didapati menghadapi
masalahpembelajaran, murid-murid ini akan dikendalikan oleh kelas
PPKI.Kerjasama ibubapa murid yang bermasalah amat diperlukan.
Guru besar menjelaskan tentang yuran sekolah dan PIBG, pihaksekolah
masih belum mendapat sebarang arahan lagi.
Suratmakluman
akan dikeluarkan jika ada sebarang arahan.
Tahap sahsiah 2015 bagi semua murid adalah baik dan murid-murid
tidak terlibat dengan sebarang masalah disiplin yang serius

Taklimat GPK 1 Pentadbiran

GPK 1 menerangkan tentang latar belakang sekolah


Kepentingan mendaftarkan anak-anak ke sekolah
GPK 1 menerangkan beberpan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi

GPK juga menerangkan tentang peranan ibubapa


sepanjangprogram ini berjalan supaya program ini dapat dijalankan
denganjayanya.
Pihak sekolah mengharapkan hubungan dua hala di
antaraibubapa dan pihak sekolah. Ibubapa diharap dapat
menghadiribagi sesi perbincangan dengan guru kelas dan
sebarang mesyuarat

Taklimat GPK Hem

GPK meminta semua ibubapa untuk mengisi borang maklumat


murid dan menyerahkan semula kepada guru kelas.
GPK turut menerangkan tetang buku panduan peraturan sekolah.
GPK menegaskan tentang peraturan penggunaan telefon bimbit,peraturan
pakaian seragam sekolah dan murid tidak dibenarkanmembawa wang
bagi sebarang pembayaran.
Murid-murid digalakkan membawa wang yang secukupnya dan
bekalan air sendiri.
Jika ibubapa mempunyai urusan dengan pihak sekolah, pihak
ibubapa perlu mengisi borang di pondok jaga dan terus ke pejabatsekolah.
Pada waktu rehat ibubapa tidak perlu datang ke sekolah.
Pihak ibubapa perlu memastikan keperluan anak-anak lengkap sebelum
mereka datang ke sekolah

10.30 pagi

Ibubapa bergerak ke kelas tahun 1 untuk menghantar maklumat murid


dan mengambil buku teks

12.00 tengah hari

Majlis Bersurai

Refleksi Program
1. Sepanjang majlis berlangsung semua ibubapa dapat memberi
kerjasamaperjalanan program berjalan dengan lancar.
2. Semua murid tahun 1 berada di dalam kelas masing dan menjalankan
pelbagaiaktiviti suaikenal.
Cadangan penambabaikan
Tiada

Disediakan oleh,
_________________________________

(FAIZNUR MAISYA BINTI ANNUR SANI)


AJK DOKUMENTASI

Lampiran sepanjang aktiviti dijalankan

Ibu bapa dan murid berkumpul di


tapak perhimpunan untuk mendengar
taklimat ringkas

Ibu bapa berkumpul di dewan besar


untuk mendengar taklimat di sekolah

Taklimat yang disampaikan oleh


barisan pentadbir sekolah tentang
peraturan dan maklumat sekolah

Semua murid tahun 1 sedang


menajalani ujian saringan kelas

Perjumpaan antara ibu bapa dan murid

Taklimat daripada Guru Besar SK

untuk bertanya tentang hal


persekolahan dan bayaran yuran

Machang Bubok II kepada semua ibu


bapa murid prasekolah

You might also like