You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf Kod Sekolah: ABB2090

1. Nama Guru Nur Nadiah binti Ghani

2. Judul Budaya Kerja Cemerlang 3. Bidang: Amalan dan Nilai

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja. Bab 2 pula
menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini menyentuh
tentang rahsia ’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk Ceria. Tidak
kira sama ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita perlu ”beradab”
sesama sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan
santun mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara
spontan. Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu antara satu sama lain dan
bekerja dalam satu kumpulan. Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan
tugasan sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita perlu belajar untuk memberi senyuman
dan apresiasi kepada orang lain, atas apa yang telah mereka lakukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Terdapat banyak ilmu pengetahuan dan pengajaran yang boleh diambil melalui pembacaan buku
ini. Antara nilai yang boleh diambil ialah nilai keikhlasan, prihatin, bertimbang rasa, bekerja sama,
sikap mementingkan masa, kebolehpercayaan, bertanggungjawab dan berdisiplin. Nilai-nilai
seumpama ini penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap orang sama ada golongan pentadbir,
guru mahupun murid di sekolah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah
organisasi. 

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NUR NADIAH BINTI GHANI ) ( )

You might also like