Professional Documents
Culture Documents
NOMBOR 4, 5 & 6 WAJIB ada dalam RPH sebab ada disebut dalam pekeliling Bil.3/1999.
NOMBOR 1 & 2 untuk MEMUDAHKAN RUJUKAN guru yang mengajar pelbagai subjek, kelas dan
masa mengajar.
NOMBOR 3 untuk memastikan apa yang hendak dijadikan OBJEKTIF PdPc diambil daripada HSP
atau SP, bukan suka-suka. Objektif dibina daripada HSP atau SP (DSKP) yang bersifat umum.
Objektif perlu lebih SPESIFIK dan BOLEH DILIHAT (diukur) dan tingkah lakunya mesti jelas.
Aktiviti mesti ditulis DENGAN JELAS DALAM AYAT LENGKAP dan BUKAN hanya menulis
perkataan:
1. Soal jawab
2. Perbincangan
3. Penerangan
4. Latihan
OBJEKTIF mesti boleh DIUKUR, SPESIFIK dan boleh DICAPAI dalam ruang waktu PdPc.
OBJEKTIF yang dibina mesti ada PERTIMBANGAN MINIMUM ARAS MURID di dalam kelas yang
diajar.
SUBJEK BM
12.6 Aras 2 (iii) - Membuat pengubahsuaian idea dan organisasi karangan untuk membina
perenggan yang seimbang
SUBJEK GEOGRAFI
Bab: 7.4 Kesan Penerokaan Sumber
Memahami kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia (Aras 2)
NOTA:
Kriteria kejayaan digalakkan untuk ditulis tetapi BUKAN WAJIB KECUALI guru di SEKOLAH
AMANAH, SEKOLAH TRANSFORMASI & SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI.
Kriteria kejayaan ialah cara murid tahu mereka MENCAPAI OBJEKTIF yang telah ditetapkan oleh
guru.
Bahasa Melayu
=============
OBJEKTIF:
1. Menulis 1 perenggan isi karangan aktiviti sukan lasak dengan ayat yang gramatis.
KRITERIA KEJAYAAN:
1. Membentangkan 4 isi berserta 1 huraian dalam kumpulan.
2. Menghasilkan 1 perenggan isi dengan 5 ayat yang lengkap.
Sains
=====
OBJEKTIF:
Murid dapat menghuraikan 3 contoh makanan berdasarkan kepentingannya dengan betul.
KRITERIA KEJAYAAN:
1. Membentangkan 3 contoh makanan mengikut pengelasan kepentingannya.
2. Menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan kuiz dengan betul.
PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah refleksi mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan
dibuat dalam PdPc akan datang.
CONTOH IMPAK
23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah
diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang.
CONTOH REFLEKSI
23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah
diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang.
LPG akan dipermudah untuk kelas akan datang.
NOTA
Jika guru melaksanakan pentaksiran TP atau Band, guru perlu catatkan jumlah murid yang
mencapai TP atau Band yang ditaksir dalam REFLEKSI dan kemudian dipindahkan ke dalam
borang transit yang ditampal di dalam Buku Rekod Pengajaran.