You are on page 1of 2

Bismilah….

Terima kasih saudari pengacara majlis.


Yang Berusaha Tuan Rosman bin Mansoor, Yang DiPertua Majlis Guru
Besar Negeri Selangor
Yang dihormati Puan Rohanah binti Abdul Rahim, Penolong PPD
Gombak merangkap pegawai angkat SK Merbau Sempak
Tuan Mohd Radzi bin Jarmin, Yang DiPertua PIBG, SKMS
Tuan Mohd Reza, Naib Yang DiuPertua PIBG, SKMS
Serta barisan AJK PIBG yang turut hadir,
Sarjan Larendra bin Bohari, IPD Gombak
Encik Masdi , Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak Unit
Pendidikan Khas
Tuan Haji Anuar selaku Ketua Kampung Merbau Sempak,
En Azwan , Mr Kam Kedai Buku Sekolah,
Barisan Penolong Kanan
Guru-guru dan ahli keluarga SK Merbau Sempak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas


sokongan dan kerjasama semua guru, staff termasuklah ahli keluarga
masing-masing yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi
terhadap aktiviti sekolah.
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya persediaan dan persiapan
pada mala mini tidak sesempurna yang diharapkan, namun saya amat
bersyukur atas komitmen yang diberikan. Cikgu-cikgu sentiasa
menyokong dalam melaksanakan apa jua program sekolah. Malam ini
sebagai bukti kejelekitan kita selaku warga Semerbak. Masing-masing
membawa juadah , ada yang berkampung untuk memasak nasi, lauk-
pauk, bertungkus-lumus menyediakan apa yang patut, menyediakan
pentas yang begitu cantik. Bak kata pepatah hati gajah sama di lapah,
hati kuman sama di cicah.
Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan staf yang sudi meluangkan masa,
tenaga, idea dan wang ringgit.
Apa yang saya harapkan ialah sama-samalah kita berganding bahu
untuk meningkatkan imej sekolah kita ini supaya lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada para tetamu yang sudi
hadir pada mala mini.
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah, ada jua ketelanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada salah bicara.
Mohon ampun zahir dan batin.
Selamat hari guru dan selamat hari raya aidilfitri, minal aidil wal faizin.
Sekian, terima kasih.

You might also like