You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK.

TANGLAPADAN SEMPENA HARI BERSAMA YANG


BERHORMAT BARU BIAN, ADUN NEGERI SARAWAK, NO70, BA KELALAN.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera Saya Ucapkan Kepada Semua.
Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,
Yang Berhormat, Tuan Baru Bian, Adun Negeri Serawak, No70, Ba Kelalan,
Yang Saya Muliakan Tuan Yang Dipertua PIBG serta Ahli Jawatankuasa Terlibat,
Penolong-penolong Kanan, Barisan Guru-guru dan Staf SK Tanglapadan,
Seterusnya Murid - murid yang Saya Sayangi dan Kasihi Sekalian.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang saya ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri,
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran kepada
Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan
sekolah yang serba indah ini bagi melaksanakan satu agenda utama kita iaitu Program Sesi
Dialog dan Penyerahan Peralatan Sukan Bola Sepak oleh Yang Berhormat Tuan Baru Bian.
Terlebih dahulu saya mewakili pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG
Sek. Keb. Tanglapadan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar
dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli
jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya
dilaksanakan dengan penuh jayanya. Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
Yang Berhormat Tuan Baru Bian yang sudi melapangkan masa dan kudrat dalam usaha Tuan
untuk melawat ke sekolah kami seterusnya mengadakan sesi dialog bersama komuniti SK
Taglapadan pada pagi ini.
Yang Berhormat dan hadirin hadirat sekalian,
Bagi pengetahuan semua, Sekolah Tanglapadan merupakan sekolah berstatus gred A
dikalangan Sekolah - sekolah dalam Daerah Lawas yang mencatatkan peningkatan dalam
bidang akademik mahupun dalam arenasukan dan permainan dalam kebelakangan ini.
Walaupun mempunyai jumlah murid yang agak sedikit iaitu seramai 49 orang kesemuanya,
kami barisan pentadiran ditunjangi oleh 13 orang guru serta 8 orang staf sokongan sentiasa
berusaha dalam mengembleng tenaga menggalas tugas dengan penuh komitmen bagi
kecemerlangan pelajar umumnya. Harapan saya agar sekolah kita mampu terus menjana
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Saya juga bersyukur terhadap keperihatinan Yang Berhormat Tuan Baru Bian dalam
menyampaikan bantuan persekolahan yang saya yakin mampu memberi peluang dan
keupayaan sekolah untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum. Saya bagi pihak sekolah berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan kerana sudi memberi sumbangan
untuk kecemerlang Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Yang Berhormat dan hadirin hadirat sekalian,
Program seperti ini diharapkan lebih mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin
dengan rakyat khususnya komuniti sekolah sepertimana bertepatan dengan kesinambungan
pihak yang memerintah apatah lagi dengan kepimpinan Tuan yang bagi saya mempunyai
integriti teguh diperlukan oleh rakyat. Tanggungjawab dan amanah yang diletakkan di atas bahu
beliau perlu kita contohi dan kagumi. Akhir kata bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar
kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah,
masyarakat, bangsa dan negara.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
Sekian, Terima Kasih.

You might also like