You are on page 1of 4

MAJLIS PENUTUP PROGRAM MINGGU UKHWAH SEKOLAH

TAJ DAN DARJAH 1 SESI 2020

Tarikh : 24 Disember 2019 (Selasa)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan As Syakirin, SA Bandar Permas
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Ustazah Siti Aishah Binti Sutarmo,
Guru Penolong Kanan Akademik SABP
(Wakil Rasmi kepada Guru Besar SABP)
2) Yang Berbahagia, Ustazah Noor Asyikin Binti Abu Bakar
Guru Penolong Kanan Koko SABP
3) Yang Berbahagia, Ustazah Siti Fatimah Binti Yahya
Guru Penyelaras Tadika Islam Johor (TAJ) SA Bandar Permas
warga pendidik Sekolah Agama Bandar Permas serta yang
dikasihi anak-anak TAJ dan Darjah 1 Sesi 2020 dan para ibu
bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang telah hadir untuk


menjayakan Program Taklimat Persekolahan dan Majlis Penutupan
Minggu Ukhwah Sekolah Tahun 2020. Alhamdulillah, setinggi-tinggi
kesyukuran dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi
kesihatan yang baik.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis ini untuk berkenalan dan
beramah mesra dengan pihak pentadbiran sekolah serta budaya di
sekolah ini.
Selamat datang ke SA Bandar Permas kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang diterima pada hari
ini dapat belajar membina kecemerlangan mereka di sekolah ini dan
menjadi seorang murid yang berminda kelas pertama.

2 Orang Jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Afiq Bin
Jaafar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA)
******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


TAKLIMAT Berusaha Ustazah Siti Aishah Binti Sutarmo, Guru Penolong Kanan
AWAL Akademik Sekolah Agama Bandar Permas selaku wakil rasmi Tuan
PERSEKOLAHA
Guru Besar untuk menyampaikan Taklimat Awa; Persekolahan Sekolah
N
Agama Bandar Permas. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

****************************(UCAPAN
GB)**************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah atas Taklimat


yang disampaikan sebentar tadi.
4 Seterusnya, majlis Mengalu-alukan anak-anak murid TAJ dan Darjah 1
PERARAKAN masuk ke dalam dewan. Majlis dengan penuh takzimnya
MASUK MURID mempersilakan.

******************(Perarakan masuk ke dewan)**************

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi
ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Dato’
Seri Amran Bin Hj. Mat Nor atas ucapan perasmian sebentar tadi.

5 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar ibu bapa yang akan dipimpin
BACAAN IKRAR oleh _______________ Dengan segala hormatnya mempersilakan.

********(Bacaan Ikrar)**********

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada


________________ atas kesudian beliau memimpin bacaan ikrar
sebentar tadi.

5 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian


PENYAMPAIAN Hadiah dan Cenderahati yang akan disampaikan oleh Guru Penolong
HADIAH DAN Kanan Akademik. Dengan itu, majlis menjemput Ustazah Siti Aishah
CENDERAHATI
Binti Sutarmo, untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***************(PENYAMPAIAN HADIAH)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Siti Aishah


Binti Sutarmo atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

7 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan komitmen
yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak. Sesungguhnya,
komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan itu, tamatlah majlis
kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak sekolah dan para ibubapa
akan terus erat. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan
kekurangan itu wujud daripada kelemahan kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....
PENGUMUMAN
1 Buat makluman ibu bapa, selepas tamat majlis kita pada
URUSAN hari ini, para ibu bapa bolehlah bergerak ke kelas anak
PENYERAHAN masing-masing bagi urusan melengkapkan borang,
BORANG DAN dokumen dan rekod serta berjumpa dengan guru kelas
FAIL bagi urusan penyerahan fail murid dan urusan
pembayaran yuran.

2 Pada minggu pertama persekolahan, ibu bapa dibenarkan


KEBENARAN IBU berada di sekolah bagi menemani anak-anak di sekolah.
BAPA DI Ibu bapa hanya dibenarkan menunggu anak di kantin dan
SEKOLAH tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Untuk
pengetahuan ibu bapa, pada minggu pertama
persekolahan, murid Tahun 1 akan rehat pada pukul 9.30
pagi, jadi pihak sekolah jasa baik ibu bapa yang
menunggu anak-anak di kantin mengutamakan dan
memberikan tempat duduk di kantin kepada murid-murid
lain semasa waktu rehat.

You might also like