You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS SEMPENA PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR 1.

(KETIBAAN WAKIL KERAJAAN PUSAT DAERAH BALING ) Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik MOHD HAZAM BIN OTHMAN masuk ke dalam Dewan . --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------( NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ) Diminta semua hadirin dan hadirat supaya berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku . Terima kasih di atas nyanyian yang penuh bersemangat itu tadi . Dijemput hadirin sekalian untuk mengambil tempat masing-masing . --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Hazam Bin Othman , Yang berusaha , Encik Ismail Bin Derani , Penyelia Kanan Hal Ehwal Pelajar , Pejabat Pelajaran Daerah Baling / Sik Yang Dihormati, Encik Mohd Yusoff bin Ishak , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Yang Berusaha , Encik MARZUKI BIN MUSTAFA. , Tuan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Barisan Guru-guru Penolong Kanan , ahli-ahli jawatankuasa PIBG , warga pendidik yang dedikasi , staf-staf sekolah ,para jemputan , ibu-ibu , bapa-bapa seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul dalam satu majlis yang pastinya dinanti-nantikan oleh warga ibubapa sekalian iaitu Penyampian Bantuan Awal Persekolahan tahun 2013 oleh kerajaan Malaysia kepada semua pelajar di Malaysia . Sudah pasti para ibubapa sedia maklum bahawa bermula 15 Januari 2013 yang lalu , sekolah-sekolah di sekitar kawasan ini telah pun menerima bantuan yang diwarwarkan lebih awal dan kini tibalah pula giliran anak-anak yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar menerima bantuan awal persekolahan mereka .

Sebelum itu , pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hazam Bin Othman di atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini sekaligus menyerahkan bantuan khas persekolahan kepada murid-murid di sekolah ini . Dengan kehadiran Encik Mohd Hazam sudah pastinya akan menjadikan majlis ini menjadi lebih bermakna lagi.

Ucapan Terima kasih juga dikalungkan kepada para ibubapa dan waris yang sudi meluangkan masa seketika bertandang ke teratak ilmuan ini bagi menjayakan majlis . Jika dizinkan , pihak sekolah amat berharap dan mahu menyelesaikan semua pembayaran bantuan pada petang yang permai ini juga agar semua pihak terutamanya ibubapa dapat merancang dengan terperinci perbelanjaan persekolahan anak-anak ke arah yang sewajarnya dan berhemah .

Sidang majlis yang dihormati ,

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada petang yang gemilang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Othman Bin Wahab naik ke atas pentas untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Othman Wahab di atas bacaan doa itu tadi.Semoga perhimpunan ini mendapat barakah daripada Allah SWT dan berjalan dalam suasana penuh harmonis .

Baiklah , mari kita memacu terus ke agenda yang seterusnya iaitu mendengar ucapan alualuan daripada peneraju pentadbiran Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar . Maka dengan itu , pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohd Yusoff Bin Ishak , Guru Besar SK Ulu Tawar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, Marilah kita bergerak pula ke aturcara yang seterusnya .Sesungguhnya ,Tidak lengkap rasanya majlis ini sekiranya kita tidak mendengar ucapan daripada jemputan khas majlis ini iaitu Encik Mohd Hazam Othman .Dengan itu pihak majlis dengan berbesar hati ingin menjemput yang berbahagia , Encik Mohd Hazam untuk naik ke pentas utama bagi memberi amanat dan sepatah dua kata dan seterusnya menyerahkan bantuan awal persekolahan 2013 kepada waris-waris pelajar SK Ulu Tawar . Dengan segala hormatnya dipersilakan .

(UCAPAN TETAMU JEMPUTAN KHAS)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ENCIK MOHD HAZAM BIN OTHMAN kerana sudi menyampaikan ucapan pada majlis ini .

Baiklah , kini tiba kita pada agenda yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para ibubapa dan waris murid-murid dalam majlis ini . Ibarat kata , suatu perjalanan yang amat jauh dan memenatkan yang kini kian hampir pada destinasi penghujungnya . Sebelum itu , izinkan saya saya memberi sedikit penerangan secara ringkas berhubung pengagihan wang bantuan awal persekolahan yang akan dilaksanakan nanti agar majlis kita berjalan dengan lancar tanpa ada halangan .

Untuk makluman semua ibubapa dan waris , sebentar lagi tetamu jemputan khas kita akan memberikan bantuan khas persekolahan kepada murid-murid tahun 1 sahaja terlebih dahulu ( ulang ) . Justeru itu , pihak majlis ingin meminta kerjasama kepada ibubapa ataupun waris yang anak-anaknya berada dalam tahun 1 bersedia terlebih dahulu dan mendengar dengan teliti nama anak jagaan mereka . Apabila saya memanggil nama anak atau pelajar berkenaan , diharapkan agar ibu dan bapa serta pelajar berkenaan tampil ke atas pentas ini untuk menerima bantuan . Pastikan juga kupon yang telah diedarkan sebelum ini kepada ibubapa juga diserahkan kepada guru yang mengelola penerimaan bantuan persekolahan iaitu , Cikgu Wan Mohd Aminuddin Wan Ali sebagai bukti wang bantuan telah diterima .

Bagi ibubapa atau waris yang anak-anaknya berada dalam tahun 2 hingga tahun 6 pula , tuan-tuan dan puan-puan perlu bergerak ke kaunter-kaunter khas yang telah disediakan mengikut tahun pelajar berkenaan iaitu selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan bagi murid-murid tahun 1 selesai ( ulang ) . Untuk makluman hadirin , kaunter-kaunter berada di sebelah ..Pihak sekolah amat berharap agar para ibubapa dan waris pelajar supaya dapat bersabar dan memberi kerjasama yang baik sepanjang proses pengagihan bantuan persekolahan ini nanti agar semuanya berjalan dengan lancar . Sidang hadirin sekalian ,

Tanpa berlengah lagi , pihak majlis ingin menjemput Encik Mohd Yusoff Bin Ishak , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar bagi mengiringi Encik Mohd Hazam Bin Othman untuk menyempurnakan majlis penyampian bantuan khas awal persekolahan tahun 2013 kepada waris-waris tahun 1 . Dengan segala hormatnya dipersilakan . Baiklah , kita mulakan dengan penyampaian bantuan kepada murid-murid tahun 1 Arif . Dijemput .

( PENYAMPIAN BANTUAN ) Ikut senarai nama

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Hazam Bin Othman di atas kesudian beliau menyempurnakan penyerahan wang bantuan awal persekolahan pada ibubapa dan murid-murid tahun 1 pada petang yang permai ini. Dengan itu , pihak majlis ingin menjemput Tuan Guru Besar dan Tuan Yang Dipertua PIBG mengiringi Encik Mohd Hazam Bin Othman dan Encik Ismail Derani untuk menikmati sedikit jamuan kecil yang telah disediakan di kantin . Dengan segala hormatnya , dipersilakan .

Pengumuman untuk ibubapa :

You might also like