You are on page 1of 3

Majlis Pendaftaran & Orientasi Murid Tingkatan 1

SMK (P) Bandaraya, Kuala Lumpur

Ucapan Catatan

Sirih berlipat, si sirih pinang


Dibawa dari Pulau Mutiara
Kami ucapkan Selamat Datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha
Pn. Mek Emas binti Abdullah
Pengetua SMK (P) Bandaraya

Yang Dihormati
Encik Faizal bin Mohammad Arshad
Yang Dipertua PIBG SMK (P) Bandaraya

Yang Dihormati
Pn. Haslina binti Kamari
(PK Pentadbiran)

Pn. Wan Mazni binti Wan Ali


(PK Kokurikulum)

Barisan ketua bidang,


Guru bimbingan dan kaunseling,
Rakan-rakan guru,
Para ibu bapa
dan puteri-puteri yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera….

Selamat datang ke Majlis Orientasi Murid Tingkatan 1 bagi sesi 2018. Saya selaku
pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan
terima kasih khasnya, kepada para ibu bapa kerana telah memilih sekolah kami untuk
meneruskan kecemerlangan akademik anak-anak.
Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon restu limpah perkenan Ilahi agar majlis ini dilimpahi keberkatan. Majlis
mempersilakan saudara Mohamad Hilmi bin Mohd Rozaimee untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------------------------------------Bacaan Doa---------------------------------------------

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohd Hilmi atas bacaan doa
itu tadi.
Hadirin dan Hadirat yang saya muliakan.

Tanpa melengahkan majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha, Pn.Mek Emas binti Abdullah, Pengetua SMK (P) Bandaraya untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

--------------------------------------Ucapan Pn. Mek Emas---------------------------------------

Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Puan Pengetua. Majlis merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Mek Emas binti Abdullah atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia En. Faizal bin Mohamad
Arshad, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK (P) Bandaraya untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---------------------------------------Ucapan En.Faizal--------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.Faizal bin Mohamad Arshad atas
ucapan itu tadi.

Meneruskan aturcara pada hari ini, ibu bapa dan murid-murid akan diberikan
maklumat berkenaan pengurusan pentadbiran dan kurikulum, hal ehwal murid,
kokurikulum dan psikometri.

Didahului dengan taklimat PBD dan Hal Ehwal Murid yang disampaikan oleh Yang
Dihormati, Pn. Haslina binti Kamari, PK Pentadbiran SMK (P) Bandaraya. Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan.

---------------------------------------Taklimat Pn.Haslina-----------------------------------------

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn.Haslina binti Kamari di atas
kesudian menyampaikan taklimat sebentar tadi.

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan Pn. Wan Mazni binti Wan
Ali selaku PK Kokurikulum untuk memberikan taklimat yang berkaitan dengan bidang
kokurikulum iaitu pelengkap kepada bidang akademik. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

------------------------------------Taklimat Pn. Wan Mazni--------------------------------------

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn.Wan Mazni atas maklumat yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Maklumat daripada 3 bidang telah diperolehi. Tetapi tidak lengkap sekiranya ibu bapa
dan murid-murid tidak mendapat informasi berkenaan Psikometri yang dikendalikan
oleh Kaunselor sekolah. Oleh itu, saya mempersilakan Pn.Norfaezah binti Mohd Fauzi,
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK (P) Bandaraya untuk menyampaikan taklimat
beliau. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
-------------------------------------------Ucapan Pn.Norfaezah-----------------------------------

Demikianlah tadi maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh Pn.Norfaezah binti


Mohd Fauzi sebagai penutup Majlis Orientasi pada hari ini. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada Pn.Norfaezah.

Hadirin Hadirat yang dihormati,

&adirin dan hadirat ang dihormati$ "engan itu sekian$(abillahi tau6ik (al
hidaah (assala mualaikum$ ("b"t dan salam sejahtera"

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Majlis telah pun sampai ke penghujungnya. Selepas ini, majlis akan diteruskan dengan
acara perjumpaan antara ibu bapa dan murid-murid bersama dengan guru tingkatan
masing-masing yang akan diadakan di kelas 1S, 1M dan 1K yang berada di Anjung
Budi di blok belakang.

Selepas itu, murid-murid akan dibawa untuk melawat bilik-bilik khas & makmal oleh
para pengawas SMK (P) Bandaraya. Pada masa yang sama, ibu bapa juga dialu-alukan
untuk ke koperasi sekolah untuk pembelian buku serta keperluan murid-murid. Selesai
pembelian tersebut, ibu bapa dan murid-murid boleh bersurai.

Berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan
ribuan terima kasih atas kesudian para ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi
Majlis Orientasi Tingkatan 1 sesi 2018 pada pagi ini. Akhir kata, yang baik itu adalah
datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya jua.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

You might also like