You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA PROGRAM BICARA SANTAI SPORT JOURNEY

Bismillahirahmanirahim,

Yang Berusaha Puan Salina bt Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel

Puan Jaimah bt Marjan, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

Puan Marlia bt Mohamed Nizar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Linha bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Panel-panel Jemputan, Guru – guru, Ibu bapa dan penjaga.

Dan anak – anak murid sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah memanjat kesyukuran kepada Allah SWT,

Hari ini kita bertuah kerana diberi peluang untuk bersama – sama menghadiri program bicara
santai Sport Journey.

Majlis juga turut merakamkan sekalung penghargaan atas sokongan para hadirin untuk bersama
mejayakan program pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Wilayah Persekutuan.

Hadirin yang dihormati,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Salina bt Othman untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Bicara Santai Sport Journey.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha Puann Salina bt Othman atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,

Seterusnya majlis akan diserikan dengan tayangan montaj Pasukan Bola Jaring Sekolah
Kebangsaan Convent Jalan Peel.
Antara pencapaian tertinggi pasukan bola jaring SK Convent Jalan Peel adalah mendapat
tempat ketiga kejohanan bola jaring peringkat negeri MSSWPKL.

Pasukan ini dibawah bimbingan Cikgu Azianti dan Cikgu Noraziahni

Kita teruskan program kita pada hari ini dengan slot pertama perkongsian bersama Pn Rozila
Binti Iberahim.

Serba sedikit latar belakang Puan Rozila,


Pengalaman bertugas Puan Rozila bermula pada Disember 1995 sebagai Guru Penolong di
SK Desa Tun Hussein Onn

Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan pada tahun 2000 di Universiti Putra Malaysia.

Pada 2003, beliau ditempatkan di SMK Sinar Bintang sebagai Guru Penolong. Pada 2004 ,
beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur, JPWPKL

Beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Kokurikulum) Pejabat
Pendidikan Daerah Bangsar Pudu pada tahun 2011.

Tahun 2018, Puan Rozila ditempatkan di SMK Seri Titiwangsa iaitu Sekolah Sukan Negeri Kuala
Lumpur sebagai Guru Kanan bagi Mata Pelajaran Kemanusiaan

Tahun 2021, beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikum di SMK Kepong Baru.

Beliau sangat aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. Antara pengalaman beliau adalah

menjadi Pengadil Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Dan Jurulatih Bola Jaring (Bawah 15 dan 18 Tahun) MSSWPKL ke Kejohanan MSSM.

Beliau merupakan Pegawai Teknikal (Koregrafer) Persembahan Padang Sambutan Hari


Kebangsaan Peringkat Kebangsaan.

Dan Pegawai Teknikal Orienteering Pusat Kokurikulum Malaysia.

Bermula penglibatan seawal dalam sukan bola jarring ketia berusia 11 tahun sehinggalah
sekarang dengan pencapaian tertinggi di peringkat kebangsaan.

Beliau juga seorang yang aktif sebagai atlet Olahraga

Pencapaian Tertinggi beliau adalah Naib Johan bagi Peringkat Kebangsaan bagi kategori
individu.

Beliau merupakan Penggubal Kurikulum KSSM Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah
Menengah.

Puan Rozila pernah menjadi pengadil jemputan untuk perlawanan persabahatan antara pasukan
bola jaring SK CONVENT JALAN PEEL dengan pasukan bola jaring Chij, Singapura.

Marilah kita bersama mendengar perkongisan oleh Puan Rozila.


Majlis merakamkan penghargaan kepada Puan Rozila atas perkongsian sebentar tadi.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat menarik minat murid-murid SK Convent Jalan Peel
untuk menceburi bidang sukan terutama bagi permainan bola jaring.

Majlis ini akan diteruskan lagi dengan slot yang kedua iaitu perkara asas permainan bola jarring.
Untuk itu, saya serahkan majlis kepada Cikgu Asyikin dan Cikgu Najah.

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Asyikin dan Cikgu Najah yang berkongsi mengenai
perkara asas yang berkaitan dengan permainan bola jarring.

Bagi meneruskan slot terakhir, saya serahkan majlis kepada Cikgu Asyraf dengan tetamu
jemputan yang terakhir pada hari ini.

Terima kasih diucapkan atas perkongsian Cik Nur Firra sebentar tadi. Diharapkan perkongsian
ini dapat menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid murid SKCJP.

Hadirin sekalian,

20 orang pemenang quizziz akan diumumkan pada hari esok melalui page facebook sk convent
jalan peel dan group whatapps.

Pemenang ini akan menerima hadiah dan sijil.

Semoga anak anak SK CONVENT JALAN PEEL yang hadir pada hari ini dapat memanfaatkan
ilmu yang diperolehi di dalam Program Bicara Santai Sport Journey ini.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Majlis  merakamkan ribuan terima kasih kepada panel jemputan, Puan Rozila dan Cik Nur Firra
atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini serta semua yang ada Bersama sepanjang majlis ini
berlangsung.

Sekian.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

You might also like