You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH


PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH
SK TAMAN SRI PULAI

CUE TEKS

Mengumumkan Mengumumkan ketibaan, Yang Dihormati, Pn Afifah binti Ariffin, Penolong Pegawai
Ketibaan Tetamu Pendidikan Daerah Sumber dan Teknologi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah
Kulai, Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman, Pegawai Perhubungan Sekolah diiringi Tuan
(Lina) Guru Besar dan barisan pentadbir ke Dewan Terbuka.

Lagu Bangsa Hadirin diminta berdiri tegak dan bersedia untuk nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu
Johor Negaraku dan Lagu Sekolah.
Lagu Negaraku
Lagu Sekolah

Bacan Ikrar
Rukun Negara Seterusnya, majlis mempersilakan adik Muhammad Afiff Izzaz Bin Mohamad
Saifulnizam, Ketua Pengawas SK Taman Sri Pulai untuk mengetuai lafaz ikrar rukun
negara. Dipersilakan.

******Ikrar Rukun Negara******

Terima kasih diucapkan kepada adik Afiff Izzaz atas pimpinan lafaz ikrar Rukun Negara
sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim
Kata Alu-aluan Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Yang Dihormati.
Puan Afifah binti Ariffin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Yang Dihormati,
Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman
Pegawai Perhubungan Sekolah
SK Taman Sri Pulai

Yang Berusaha,
Cikgu Suhaimi bin Shaarani @ Tan,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai

Yang Dihormati,
Mazura binti Hj Abd Rahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum,

Yang Dihormati,
Cikgu Hjh Sarimah binti Mohmi
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

1
Yang Dihormati, Cg Hj Ashrulhisham bin Sahadan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati,
Cikgu Mustakim bin Mustaffa
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Rakan-rakan guru, barisan kepimpinan Student Leaders Board (SLB), seterusnya


anak-anak SK Taman Sri Pulai yang dikasihi.

Alhamdulillah berkumpulnya kita pada pagi yang berbahagia ini dengan satu matlamat
yakni menyokong program Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karakter Karamah Insaniah 2023 yang dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia
pada hari ini.

Penganjuran program ini bertujuan memantapkan kerjasama antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia. Antara inisiatif yang dilaksanakan
adalah melalui penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin
murid sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada peringkat
sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid dalam
menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan salah Laku Buli di Institusi
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bacaan Doa Hadirin yang dirahmati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Al- Fadhil Ustaz Mohd Saiful Amri bin Abd Majid untuk memimpin bacaan doa
pelancaran program.
Dipersilakan ustaz.

Aaamin aamin Ya Rabbal Alamin.


Terima kasih ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan alu-aluan Hadirin yang dihormati,


GB
Tirai ucapan pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Dengan ini, majlis
menjemput Yang Berusaha, Cikgu Suhaimi bin Shaarani @ Tan untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------ Ucapan GB-------

Terima kasih cikgu atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Bacaan Teks Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Teks Perutusan Ketua Polis Negara sempena
Perutusan Ketua Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
Polis Negara peringkat Kebangsaan 2023.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati, Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman
Pegawai Perhubungan Sekolah SK Taman Sri Pulai tampil ke pentas untuk
membacakan teks tersebut. Dipersilakan.

2
------ Bacaan Teks -------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan teks perutusan sebentar tadi.

Bacaan Teks Hadirin yang dihormati,


Perutusan
Menteri Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
Pendidikan menjemput
Malaysia Yang Dihormati.
Puan Afifah binti Ariffin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
Untuk membacakan teks perutusan Menteri Pendidikan Malaysia sempena Majlis
Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
peringkat Kebangsaan 2023. Dipersilakan puan.

------ Bacaan Teks -------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan teks perutusan sebentar tadi.

Kini, majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Adab ABC Bulan September.
Penyampaian
Anugerah Adab Untuk makluman para tetamu, guru-guru akan mencalonkan nama murid dan nama
ABC Bulan kelas yang layak untuk menerima Anugerah Adab Anak yang Baik Lagi Cerdik pada
September setiap bulan berdasarkan kriteria tindakan yang telah difokuskan mengikut 10 amalan
Adab ABC. Nama-nama penerima juga akan dipamerkan di ruangan Sudut Amalan
Adab ABC di Dewan Terbuka.

Untuk itu majlis mempersilakan


Yang Berusaha,
Cikgu Suhaimi bin Shaarani @ Tan,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Terima kasih cikgu atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Tuan Guru Besar diminta kekal berada di atas pentas untuk upacara seterusnya.

Pelancaran Duta Hadirin sekalian,


Sahsiah
Kini tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah peringkat SK Taman Sri Pulai.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Dihormati Puan Afifah binti Ariffin, dan Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman untuk
tampil ke pentas bagi bersama Tuan Guru Besar untuk menyempurnakan gimik
perasmian majlis. Dipersilakan.

**********Gimik Pelancaran***********

Terima kasih diucapkan atas kesudian menyempurnakan gimik perasmian sebentar


tadi.

3
Yang Dihormati, Pn Afifah, Sjn Mohd Sahat dan Tn GB diminta kekal berada di atas
pentas untuk upacara penganugerahan Duta Sahsiah SK Taman Sri Pulai.

Pengenalan Duta Hadirin sekalian,


Sahsiah
Penerima Augerah Duta Sahsiah SK Taman Sri Pulai yang pertama ini membuktikan
bahawa beliau layak dinobatkan atas kekerapannya menerima pencalonan Anugerah
Adab ABC pada bulan Jun, Julai, dua pencalonan pada bulan Ogos dan bulan
September.

Memegang jawatan sebagai Student Leaders Board (SLB), Dipersilakan, penerima


Augerah Duta Sahsiah SK Taman Sri Pulai 2023, adik Ahmad Zuhair Affan bin Abd
Aziz dari kelas 6 Aman untuk tampil ke pentas. Berikan tepukan.

Majlis mempersilakan Yang Dihormati Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman untuk
memakaikan selempang Duta Sahsiah SKTSP kepada adik Zuhair Affan.

*******************************************************************************************

Penerima terakhir pada hari ini juga layak dinobatkan sebagai Duta Sahsiah SK Taman
Sri Pulai atas kekerapannya menerima pencalonan Anugerah Adab ABC pada bulan
Jun, Ogos dan bulan September.

Juga memegang jawatan sebagai Student Leaders Board (SLB) Dipersilakan,


penerima Augerah Duta Sahsiah SK Taman Sri Pulai yang yang kedua, adik Dania
Ariesya binti Hairul Nizam dari kelas 6 Afdal untuk tampil ke pentas. Berikan tepukan.

Majlis mempersilakan Yang Dihormati Pn Afifah binti Ariffin untuk memakaikan


selempang Duta Sahsiah SKTSP kepada adik Dania Ariesya.

Sesi bergambar bersama.


Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Pn Afifah, Sjn Mohd Sahat dan Tuan
Guru Besar.
Adik Zuhair dan Adik Dania Ariesya diminta kekal berada di atas pentas untuk acara
seterusnya.

Bacaan mesej Hadirin sekalian,

Kita akan mendengarkan bacaan pesanan khidmat masyarakat berkaitan buli yang
akan dibacakan oleh adik Ahmad Zuhair Affan bin Abd Aziz, Duta Sahsiah SK Taman
Sri Pulai. Dipersilakan.
Terima kasih Zuhair.

Seterusnya, mari kita dengarkan pula pesanan khidmat masyarakat gangguan seksual
yang akan dibacakan oleh adik Dania Ariesya, Duta Sahsiah SK Taman Sri Pulai.
Dipersilakan.
Terima kasih Dania.

4
Penyampaian Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada
cenderamata tetamu yang hadir.
kepada tetamu
Dipersilakan Yang Berusaha,
Cikgu Suhaimi bin Shaarani @ Tan,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai untuk menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan.

Dijemput
Yang Dihormati.
Puan Afifah binti Ariffin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Dijemput
Yang Dihormati,
Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman
Pegawai Perhubungan Sekolah
SK Taman Sri Pulai

Terima kasih cikgu atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Tayangan Video Hadirin yang dihormati,


Adab ABC
Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video Adab ABC.
Untuk makluman para tetamu, penyertaan video bertajuk RUPA bimbingan Cikgu
Muhammad Azizi bin Abu Kassaim ini, merupakan antara tiga wakil senarai akhir
negeri Johor dalam pertandingan Video Kreatif anjuran Bahagian Sumber Teknologi
dan Pendidikan, KPM.

Ayuh sama-sama kita saksikan.


Nyanyian Lagu Hadirin yang dikasihi,
Budi Bahasa
Budaya Kita Ketika ini, helaian lirik lagu sedang diagihkan untuk kita meneruskan upacara
penutupan program.

Baiklah, sebelum mengakhiri majlis, marilah bersama-sama kita nyanyikan lagu Budi
Bahasa Budaya Kita yang akan diserikan lagi dengan penampilan adik Areej Ruqayyah
binti Mohd Zamri Hazali dari kelas 4 Afdal.

Dipersilakan.

Bersurai Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi, maka majlis kita berakhir di sini.
Majlis mempersilakan para tetamu diiringi barisan pentadbir untuk ke balai santapan di
kantin sekolah bagi menjamu selera.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalam….wbt. Terima kasih.

You might also like