You are on page 1of 5

1 Kata-kata aluan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yg berusaha
En. Sueib bin Ismail, Pengetua SMK Raja Muda Musa (jika ada)
Pn. Mussalwah binti Ahmad, Penolong Kanan Akademik
En. ________________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Rusinah binti Sungip, Penolong Kanan Petang

Guru-guru yang dihormati serta rakan-rakan pelajar yang disayangi sekalian.


Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka
dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi memeriahkan majlis
pelancaran Program NILAM dan VLE-Frog peringkat sekolah 2018.

Hadirin yg dimuliakan, Program NILAM ataupun Nadi Ilmu Amalan Membaca


merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan membina
tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga sekolah
menengah.

Manakala program VLE Frog pula merupakan program yang membolehkan


pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di
Internet menerusi Virtual Learning Environment yang boleh diakses di sekolah atau
di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

2 Taklimat ringkas

Hadirin sekalian, bagi meneruskan majlis, marilah sama-sama kita mendengar


taklimat ringkas tentang program Nilam yang akan disampaikan oleh guru
perpustakaan dan media SMK Raja Muda Musa, Puan Siti Rubiah binti Harun.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Rubiah atas taklimat beliau sebentar tadi.
Diharapkan agar kita semua mendapat manfaat daripada taklimat tersebut.
3 Ucapan dan perasmian progam

Hadirin yang dihormati, majlis akan diteruskan dengan ucapan perasmian.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd Suieb bin Ismail
Pengetua SMK Raja Muda Musa untuk menyampaikan ucapan perasmian seterusnya
merasmikan program Nilam dan VLE Frog peringkat sekolah 2018.

Diminta tuan pengetua agar terus berada di pentas bagi meneruskan acara gimik
perasmian.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan dan kesudian beliau
menyempurnakan acara perasmian program Nilam dan VLE Frog peringkat sekolah
2018 sebentar tadi.

4 Penyampaian kalendar Nilam dan kad pusat sumber

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian kalendar Nilam, kad pusat sumber dan
id serta password VLE Frog kepada wakil pelajar.
Oleh itu, majlis mempersilakan Puan Siti Rubiah bagi mengiringi tuan pengetua En
Mohd Sueib bin Ismail ke pentas bagi menyempurnakan acara.

Dipersilakan saudara _________________________________ ke pentas untuk


menerima kalendar Nilam, kad pusat sumber dan id serta password VLE Frog.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan dan kesudian beliau
menyempurnakan acara sebentar tadi.

5 Tayangan slide

Hadirin yang dihormati sekalian. Marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan


slide VLE Frog.

6 Ucapan tokoh Nilam


Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati ucapan dari
Tokoh Nilam 2017 SMK Raja Muda Musa.
Dipersilakan saudari ____________________________________ bagi
menyampaikan ucapan beliau.

Terima Kasih diucapkan kepada saudari __________________________ atas ucapan


beliau sebentar tadi. Diharapkan kita semua mendapat inspirasi untuk mencontohi
beliau.

7 Persembahan pelajar

Majlis akan diteruskan dengan acara persembahan pelajar. Dipersilakan saudari


___________________________________________________ untuk
mendeklamasikan sajak yang bertajuk __________________________

Terima Kasih diucapkan kepada saudari __________________________ atas


deklamasi sajak yang penuh bersemangat itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan ________________ bagi


mempersembahkan sketsa yang bertajuk ___________________________________

Terima Kasih diucapkan kepada kumpulan__________________________ atas


persembahan sketsa yang menghiburkan itu tadi.

8 Kuiz

Majlis akan diteruskan dengan slot kuiz. Diharapkan semua pelajar dapat
memberikan perhatian. Soalan-soalan kuiz ini adalah berdasarkan maklumat di
dalam ucapan Puan Siti Rubiah sebentar tadi.
Soalan pertama,
9 Nyanyian

Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Nilam. Hadirin di
minta berdiri untuk menyanyikan lagu Nilam dengan penuh bersemangat.

10 Penutup

Dengan berakhirnya nyanyian lagu Nilam. Maka sempurna sudah majlis pelancaran
program Nilam dan VLE Frog Peringkat sekolah 2018.

Adalah amat diharapkan semua warga sekolah dapat memberikan komitmen untuk
menjayakan program ini. Saya akhiri majlis dengan serangkap pantun;

Bunga melur dalam jambangan,


Di tepi kolam menjadi hiasan,
Ku cipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam VLE Frog empunya wawasan.

Sekian. Terima kasih

You might also like