You are on page 1of 6

Aturcara: Program JOM KE SEKOLAH 2019

Bil Acara Perkara Catatan


1. Nyanyian lagu  Lagu Negaraku
 Lagu Ibu Pertiwiku

2. Aluan  Yang Berbahagia, En. Sabtu bin Haji Matali, Guru Besar SK Merbau, Miri.

 Yang berusaha, En………………………….. Pegawai Perhubungan Sekolah.

 Yang Dihormati, Puan Felicia Kalang Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK Merbau, Miri.

 Penolong-penolong kanan, barisan Warga pendidik serta Murid-murid


yang dikasihi.

Assalamualaikum dan salam hormat penuh takzim diucapkan kepada siding


hadirin yang dihormati.

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
pada pagi ini meneruskan aktiviti Program Jom Ke Sekolah.

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program Koloboratif antara KPM dan
PDRM dalam usaha menagani permasalahan disiplin dan salah laku murid di
sekolah. Penglibatan pelbagai pihak seperti polis, PIBK, Jabatan dan agensi di
kawasan sekolah amat diperlukan dalam bersama-sama membantu pihak sekolah
kea rah yang lebih cemerlang.

Antara Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah:


1. Mewujudkan hubungan mesra dan penglibatan komuniti dengan sekolah
2. Mencegah salah laku disiplin murid sekolah.
3. Memperluas penggunaan papan kenyataan PDRM di sekolah.
3. Doa Bacaan Doa & IKrar Pelajar
Bacaan Doa :
Ikrar Pelajar:

4. Ucapan PPS Sidang hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan dengan mempersilakan ………………………………………………….
Untuk menyampaikan ucapan teks KPN. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………………. Atas ucapan


sebentar tadi.

5. Ucapan Teks Sidang hadirin yang dihormati,


Menteri Majlis kita ditreruskan dengan menjemput En. Merawi bin Basni Selaku
Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan Teks Perutusan Menteri
Pendidikan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Merawi bin Basni atas
ucapan itu tadi.

6. Perasmian Meneruskan upacara simbolik Perasmian.


Majlis Untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, Encik Sabtu bin Haji Matali, Guru
Besar SK Merbau, Miri dan Puan Felicia Kalang, YDP PIBG bagi mengiringi Yang
Pemuafakatan
berusaha En. …………………………………………..…………………… Pegawai Perhubungan
Sekolah untuk upacara simbolik perasmian majlis. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Maka dengan ini rasmilah sudah majlis Perasmian
Program Jom Ke Sekolah bagi tahun 2019. Sekian sahaja majlis kita pada pagi ini,
saya serahkan majlis kepada guru yang bertugas.
Teks Pengacara Majlis Program Jom Ke Sekolah Serta Pelancaran Papan Kenyataan PPS.

Yang Berusaha, En. Sabtu bin Haji Matali Guru Besar SK Merbau, Miri
Yang dihormati, Pegawai Perhubungan Sekolah …………………………………………………
Yang berusaha, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum En. Sugumaran A/L M.Kathrasan, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid En. Othman Bin Mat, GPK Kokurikulum En. Khairol Azmin Bin Bashah, guru-guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Para hadirin
dipersilakan berdiri.

Pada hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz ___________________________. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz _________________________ atas bacaan doa itu tadi.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam program Jom
Ke Sekolah, Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid, serta Pentauliahan Pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 Sesi
2017.

Untuk pengetahuan semua, program Jom Ke Sekolah ini adalah satu usahasama antara Kementerian Pendidikan dan Polis
Diraja Malaysia bagi mengurangkan masalah ponteng sekolah, sekaligus mendidik murid untuk menghormati serta
mengikuti peraturan sekolah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar murid yang akan diketuai oleh adik ________________________.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik _____________________ atas bacaan ikrar itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang akan dibacakan oleh yang
berusaha guru besar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2, Pn. Hanzaneza Abdul Hamid. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2, Pn. Hanzaneza Abdul Hamid.

Seterusnya, majlis menjemput pula yang berbahagia, pegawai perhubungan sekolah, Tuan
_______________________________ untuk membacakan perutusan Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia. Majlis
dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia, pegawai perhubungan sekolah, Tuan
____________________________________.
Seterusnya, tibalah kita ke acara perasmian Peti Aduan Disiplin Murid. Peti aduan disiplin murid ini adalah bertujuan untuk
membendung salah laku dan jenayah dalam kalangan murid di sekolah.

Oleh itu, dijemput ____________________________________________________


untuk merasmikan perasmian Peti Aduan Disiplin Murid Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________________ atas kesudian merasmikan Peti Aduan Disiplin Murid
Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2.

Untuk pengetahuan para hadirin, baru-baru ini, sekolah kita telah berjaya menganjurkan program asas kepimpinan
pengawas selama 2 hari.

Oleh itu, kini tibalah masanya bagi sesi pentauliahan para pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput yang berusaha, guru besar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2, Pn. Hanzaneza Abdul Hamid
bagi mengiringi yang berbahagia pegawai perhubungan sekolah, Tuan _______________________________ untuk
menyempurnakan majlis pentauliahan pengawas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 sesi 2017. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.

*Baca senarai nama pengawas sekolah dulu. Lepas tu baru baca senarai nama pengawas pusat sumber.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia pegawai perhubungan sekolah, Tuan
_______________________________ atas kesudian beliau menyampaikan sijil pentauliahan kepada kesemua pengawas
Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 sesi 2017.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh semua pengawas sekolah yang baru ditauliahkan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput adik Avinash A/L Mogan untuk mengetuai lafaz ikrar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Avinash.

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi, maka berakhirlah program Jom Ke Sekolah serta majlis pentauliahan pengawas
Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 sesi 2017 pada hari ini.

Saya memohon maaf andai ada tersalah tutur bicara sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian, terima kasih.

You might also like