You are on page 1of 3

Yang Dihormati, Puan Lily Barquyah Binti Abdullah

Penolong Pegawai Perhubungan Balai Polis Merlimau

Yg Berusaha En Abdul Kadir bin Abu Samah, Guru Besar SK Pulai

Yg Dihormati Pn Rosnah Bt Man, Guru penolong kanan pentadbiran

Tuan Hj Azian bin Mohd Dali, Guru penolong kanan hal ehwal murid,

Pn Hjh Rozilah Bt Md Zain, Guru penolong kanan ko-kurikulum.

Cik Hjh Khatijah Bt Jusin, Guru penolong kanan pendidikan khas

**(En Azni Bin Ahmad, Yg Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru)
Barisan guru-guru sk pulai, staf dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Lagu Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu

lagu sekolah Negaraku, lagu negeri Melaka dan lagu sekolah.

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.

Bacaan Ikrar Murid Majlis diteruskan lagi dengan bacaan krar murid. Dengan itu majlis menjemput

………………………………………………………………………………

untuk mengetuai bacaan ikrar. dipersilakan

Bacaan Doa Hadirin yang dihormati,

bagi memberkati majlis pada pagi ini,,dipersilakan ____________________________


untuk mengetuai bacaan doa.

Amin.amin ya rahbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih _________________ atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan aluan dan Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya maka kita dapat
Perutusan KPM bersama-sama pada pagi ini untuk Pelancaran Majlis Jom ke Sekolah bagi tahun 2019.
Untuk pengetahuan semua,program ini merupakan anjuran bersama antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program
ini bertujuan untuk memastikan semua warga sekolah bersama-sama PDRM
membasmi salah laku disiplin di kalangan murid-murid.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan perutusan daripada


Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Encik Abdul Kadir bin Abu Samah, Guru Besar
SK Pulai.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan dan bacaan perutusan sebentar tadi.


Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada Puan Lily Barquyah hormat diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Lily Barquyah Binti
Abdullah,Penolong Pegawai Perhubungan Balai Polis Merlimau tampil ke pentas
untuk memberikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis
Permuafakatan KPM & PDRM “Program Jom Ke Sekolah 2019”

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas perasmian sebentar tadi


Gimik Pelancaran Guru-guru dan murid murid sekalian,

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan gimik pelancaran Program Jom Ke


Sekolah dan Pelancaran Papan Kenyataan PPS.

Dipersilakan Encik Abdul Kadir Bin Abu Samah mengiringi Puan Lily Barquyah bagi
menyempurnakan pelancaran program jom ke sekolah.

Dipersilakan.
Penyampaian
Cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil/hadiah Peratusan Kehadiran Tertinggi

Dipersilakan En. Abdul Kadir bin Abu Samah mengiringi Puan Lily Barquyah bagi
menyampaikan sijil/hadiah kepada murid-murid.

Majlis mempersilakan murid

1.PPKI

2. Tahap 1

3.Tahap 2

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan En. Abdul Kadir
bin Abu Samah untuk menyampaikan cenderamata kepada Puan Lily Barquyah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Lily Barquyah atas kesudian menyampaikan dan
menerima cenderamata.
Penutup

Pakaian basah menangkap ikan,

Hendak dijemur waktunya pagi,

Selamat berpisah kami ucapkan,

Panjang umur, berjumpa lagi.

Saya mewakili warga SK Pulai merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Lily barquyah atas kesudian meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang telah dapat menyempurnakan majlis
ini dengan jayanya.

Sekian Terima Kasih.

Majlis diserahkan kepada guru bertugas.

You might also like