You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH PENYAYANG DAN


KECEMERLANGAN SPM TAHUN 2022
Tarikh : 24 APRIL 2022
Tempat : Dewan Anjung Bestari

BI SKRIP CATATAN
TENTATIF
L

Majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Tn. Haji


Mohd Dom bin Dui diiringi barisan pentadbir ke Majlis
Perasmian Sekolah Penyayang dan Kecemerlangan SPM
Tahun 2022.

Di tepi kali mengail ikan,


Kail dibawa bersama umpan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Dom bin Dui


Pengetua SMK Anjung Batu

1 KATA ALU-ALUAN 2. Yang Dihormati Norhimah binti Ismail


Penolong Kanan Pentadbiran

3. Puan Rohimah binti Abdullah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Puan Rosita binti Abdul Rahman


Penolong Kanan Kokurikulum

5. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

6. Guru-guru serta rakan-rakan pelajar sekalian.

Assalamualaikum WBT, dan salam sejahtera.

2 KATA ALU-ALUAN Alhamdulillah, mari kita memanjatkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi meraikan
Majlis Perasmian Sekolah Penyayang dan Kecemerlangan
SPM Tahun 2022.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan


terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua hadirin
untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Hadirin yang dirahmati sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Bangsa


3 NYANYIAN LAGU
Johor, Lagu Negaraku, dan Lagu Sekolah. Hadirin diminta
berdiri.

Hajat ke hutan menebang buluh,


Singgah di sungai memasang lukah;
Tangan menyusun jemari sepuluh,
Majlis berlangsung penuh barakah.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan


saudara Mohd Syukurullah Shukri untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd
Syukurullah Shukri bacaan doa itu tadi.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Rukun


Negara dan Ikrar Pelajar. Untuk itu majlis mempersilakan
saudari Siti Suriani bt Johari untuk melafazkan ikrar. Dengan
IKRAR RUKUN segala hormatnya majlis mempersilakan.
NEGARA DAN
IKRAR PELAJAR *****ikrar******

Terima kasih diucapkan kepada saudari Siti Suriani bt Johari


atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Pn. Nik Zawiah binti Nik Razali selaku
penyelaras program untuk menyampaikan ucapan. Dengan
UCAPAN segala hormatnya majlis mempersilakan.
PENYELARAS
PROGRAM ******ucapan*****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nik Zawiah atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN
PERASMIAN Bunga melati di hujung dahan,
Penghias seri di sudut taman;
Sudilah tuan beri ucapan,
Ucapan perasmian buat pedoman.

Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala hormat


mempersilakan Yang berusaha Tuan Haji Mohd Dom bin Dui,
Pengetua SMK Anjung Batu untuk merasmikan Program
Sekolah Penyayang dan Kecemerlangan SPM Tahun 2022.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
***ucapan****

Buah longan beli sekati,


Buat makan di atas jeti;
Pesanmu Tuan kami ingati,
Akan terpahat di dalam hati.

Ribuan terima kasih atas ucapan perasmian daripada Tuan


Pengetua kita.

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyerahan modul mentor


mentee kepada guru-guru. Bagi menyempurnakan acara, majlis
mempersilakan Tn. Haji Mohd Dom bin Dui, pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Anjung Batu dengan diiringi oleg Pn.
Norhimah bt Ismail, GPK Pentadbiran dan GPK Hal Ehwal
Murid, Pn. Rohimah binti Abdullah.
PENYERAHAN
MODUL
*****penyerahan modul***

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada tuan pengetua


kerana telah menyempurnakan penyerahan modul mentor
mentee kepada guru-guru.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan saudara Hariz


Nurhakeem bin Azaha untuk mengetuai lafaz ikrar
kecemerlangan. Dengan segala hormatnya majlis
IKRAR
mempersilakan.
KECEMERLANGAN
***ikrar***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Hariz


Nurhakeem atas lafaz ikrar sebentar tadi.

Tegak berdiri di tengah dataran,


Bersama menyanyi lagu kebangsaan,
diharap majlis penuh keberkatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.

Bunga dedap di atas para,


PENUTUP Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian
WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like