You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA HARI PENETAPAN TARGET SPM

Tarikh : 31 Julai 2022


Masa : 7.30 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru UDA

PERKARA/ TEKS CATATAN


PEMBACA
KETIBAAN
PARA GURU
DAN STAF
Hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Bagi memastikan majlis
berjalan dengan lancar, kami memohon kerjasama hadirin sekalian untuk
memastikan telefon bimbit masing-masing berada dalam keadaan mod senyap.

KETIBAAN TETAMU Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


JEMPUTAN
1. Yang Berbahagia
Dato’ Sri Md Harun bin Rahim (YDP PIBG SMK Bandar Baru UDA)
KATA ALUAN MC 2. Yang Berusaha
DAN BACAAN DOA Pn. Suriyah binti Mohamed Lahir (Pengetua SMK Bandar Baru UDA)
Yang Berusaha
3. Pn. Siti Latifah binti Misri (Penolong Kanan Pentadbiran)
4. Ustaz Hasmadi bin Hassan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
5. Pn. Sharifah Zulaiha binti Syed Zain (Penolong Kanan Kokurikulum)
6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
7. Ahli Jawatankuasa PIBG
8. Guru Cemerlang
9. Guru-guru Kelas
10. Barisan guru
11. Ibu bapa yang dihormati
12. Para pelajar SPM 2022 SMK Bandar Baru UDA
13. Dan hadirin sekalian

Selamat datang saya ucapkan ke MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2022.


Bagi memberkati perjalanan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput ______________ bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan,

(SELEPAS HABIS BACAAN DOA)

Aamiin, aamiin ya rabbal alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ust atas bacaan doa itu tadi
UCAPAN PENGETUA Bagi meneruskan agenda hari ini majlis dengan segala hormatnya menjemput
YANG BERUSAHA, PN SURIYAH BINTI MOHAMED LAHIR, PENGETUA
SMK BANDAR BARU UDA bagi menyampaikan ucapan alu-aluan

Majlis mempersilakan,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Pengetua atas
ucapan beliau itu tadi.

UCAPAN YDP Majlis diteruskan lagi dengan menjemput, YANG DIPERTUA PIBG SMK
BANDAR BARU UDA, YANG BERBAHAGIA DATO SRI MD HARUN BIN
RAHIM untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada hari
ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………………………………………………………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG SMK Bandar Baru
UDA atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

HADIRIN SEKALIAN, Sekarang


guru kelas
akan
Majlis diteruskan dengan sesi PERBINCANGAN ETR BERSAMA - SAMA mengedarkan
GURU DENGAN IBUBAPA. ……………………………… borang target
kepada
ibubapa

BACAAN IKRAR Hadirin dan hadirat sekalian,


(PELAJAR & WAKIL
IBU BAPA) Majlis akan diteruskan dengan bacaan ikrar oleh pelajar dan ibu bapa. Untuk
itu, majlis menjemput dan mempersilakan wakil pelajar, Adam Daniel bin
__________ bagi memimpin bacaan ikrar

Majlis mempersilakan,

Majlis menjemput _____________________ wakil ibu bapa untuk mengetuai


bacaan ikrar.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada wakil pelajar dan wakil ibu bapa atas
bacaan ikrar sebentar tadi

DENGAN INI BERAKHIRLAH MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2022


Sekali lagi majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK
yang terlibat pada hari ini dan tahniah kepada semua calon SPM SMK Bandar
Baru UDA 2021 itu tadi. Semoga kalian berjaya mencapai target yang telah
ditetapkan.

Majlis mempersilakan, Yang Berbahagia Dato Sri diiringi oleh barisan


pentadbir bagi menjamah sedikit kudapan di kantin

PERHATIAN:

 KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5, ANDA DIMINTA


BERADA DI DEWAN PADA PUKUL 9.45 BAGI MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Sekian sahaja, salam hormat,

WaBilLahitTaufiqwalHidayahWassalamu`AlaikumWaRahmatullahiWaBarakatu
h

You might also like