You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS KEMPEN GALAKAN MEMBACA

HARI : AHAD
MASA : 8.15 PAGI
TARIKH :7 MEI 2023
PROGRAM : KEMPEN GALAKAN MEMBACA

KATA ALUAN PENGACARA


MAJLIS Mari menjahit kain perca,
Buat mengelap air yang tumpah,
Marilah kita tekun membaca,
Program membaca disambut meriah.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, pada pagi yang indah ini,
kita akan menyaksikan satu majlis perasmian kempen galakan
membaca Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu bagi sesi
2023/2024. Tujuannya adalah untuk memupuk dan
menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid.

ENCIK MOHD HARISSULHA BIN ISMAIL, Guru Besar SK Kuala Setiu


ENCIK ASMAWI BIN YUSOF Penolong kanan pentadbiran
ENCIK RUSDI BIN MAT NOR Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
ENCIK NAWAWI BIN MOHD YAZID Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru, AKP, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian

BACAAN DOA Majlis akan diteruskan dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan MUHAMMAD


ADAM MIKHAIL BIN RAZALI untuk menerajui bacaan doa sebagai
permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati
hendakNya.

Majlis mempersilakan. 

(Bacaan Doa)

Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa sebentar


tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya.  Terima kasih
diucapkan. 

UCAPAN PERASMIAN TUAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
GB Yang Berusaha, Encik Mohd Harissulha bin Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kempen Galakan Membaca Sekolah
Kebangsaan Kuala Setiu sesi 2023/2024
TEKS PENGACARA MAJLIS KEMPEN GALAKAN MEMBACA
HARI : AHAD
MASA : 8.15 PAGI
TARIKH :7 MEI 2023
PROGRAM : KEMPEN GALAKAN MEMBACA

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………………………………………

(Gimik perasmian)

Begitulah tadi gimik perasmian Kempen Galakan Membaca


Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu sesi 2023/2024. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan Guru Besar
atas kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU Seterusnya dipersilakan semua hadirin untuk bangun bagi


MEMBACA menyanyikan lagu membaca.

(Nyanyian Lagu membaca)

Hadirin dipersilakan duduk

BACAAN 5 MINIT Tibalah kita ke acara seterusnya iaitu bacaan 5 minit. Semua guru
dan murid diminta mengambil buku atau sebarang bahan bacaan
untuk menyempurnakan bacaan 5 minit

(Bacaan 5 minit)

Semua diminta duduk di tempat masing-masing dalam keadaan


senyap. Terima kasih

TAYANGAN VIDEO Bagi menyempurnakan majlis, kita akan menyaksikan tayangan


video yang telah disediakan oleh Cikgu Rosanita.

PENUTUP Begitulah berakhirnya majlis kita pada hari ini. Semoga semua
guru dan murid dapat memberikan komitmen dan sokongan
kepada kempen galakan membaca ini.

Saya serahkan kembali majlis kepada guru bertugas. Terima


kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS PENGACARA MAJLIS KEMPEN GALAKAN MEMBACA
HARI : AHAD
MASA : 8.15 PAGI
TARIKH :7 MEI 2023
PROGRAM : KEMPEN GALAKAN MEMBACA

You might also like