You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK FELDA TEMENTI

Bi Acara Teks
l
Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP EN MUHAMAD RIZAL BIN MUHAMAD HAMZAH ,
PENGURUS FELDA TEMENTI diiringi oleh EN YUSERI BIN
MUSTAPHA, GURU BESAR SK FELDA TEMENTI, DR
MOHAMAD LAILANI BIN HARAMAN, Yang Dipertua PIBG SK
FELDA TEMENTI, bersama GURU- Guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG SK FELDA TEMENTI

Ucapan alu-aluan
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan


Tahunan SK FELDA TEMENTI BAGI TAHUN 2022

Yang DIHORMATI
DR MOHAMAD LAILANI BIN HARAMAN , YANG DIPERTUA
PIBG SK FELDA TEMENTI

Yang Berusaha
EN YUSERI BIN MUSTAPHA, GURU BESAR SK FELDA
TEMENTI,

Yang dihormati
PN ROHANI BINTI MD SALLEH Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK FELDA TEMENTI

EN. EMIRUL HISHAM BIN MD SHARIFF, Guru Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid SK FELDA TEMENTI

EN. DZULFIDA ADZWAN BIN YUSOF, GURU PENOLONG


KANAN KO KURIKULUM

Ahli Jawatankuasa PIBG SK FELDA TEMENTI


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK FELDA
TEMENTI yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-
alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK FELDA TEMENTI BAGI TAHUN 2022. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada
hari ini.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama
hormat kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik Berusaha, Tuan Guru Besar, EN YUSERI BIN MUSTAPHA
hormat dari mengiringi Yang dihormati DR MOHAMAD LAILANI BIN
peserta HARAMAN , YANG DIPERTUA PIBG SK FELDA
perbarisan TEMENTI, untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
Dipersilakan.

-        MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan bendera kejohanan yang


Bendera diketuai oleh adik SYAMAIL MUHAMMAD BIN IBRAHIM 
kejohanan Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik
MUHAMMAD AIMAN AKIF BIN ABDUL MANAF, ADIK
MUHAMMAD FARIS HAIKAL BIN MOHD FADILFaisal , ADIK
MUHAMMAD IQMAL ADAM BIN IRWAN KAMARUL DAN
ADIK MUHAMMAD ZARIF WALDAN BIN MOHD AZLI

Diikuti oleh kontijen dari unit beruniform yang terdiri daripada


pasukan uniform TKRS, PANDU PUTERI TUNAS, PENGAKAP
DAN PUTERI ISLAM.
Perbarisan Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya ‘
Rumah Biru ITS OKAY IS ALRIGHT BIRU FIGHT..FIGHT..FIGHT !!’.
Kontinjen ini diketuai oleh adik MUHAMMAD AMIRUL IKHWAN
BIN ABDULLH dan dianggotai seramai 72 orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Biru ialah adik NESSIE LESLY ANAK
BASSLIE Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah PN. NORPAMELA
BINTI MUHAMAD MOHTAR

Perbarisan Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai


Rumah Kuning seramai 71 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ KUNING
SILAU, KUNING BERKILAU, SEMANGAT MAT KILAU
JUANG..JUANG..JUANG..’. Kontinjen ini diketuai oleh adik
MUHAMMAD ADHAM LUQMAN BIN MOHD
HARDY. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik NUR
QAISARA BATRISYIA BINTI MOHD FADZIL  Ketua kontinjen
rumah Kuning ialah Pn. NOR HAYATI BINTI ALIAS

Perbarisan Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘HIJAU


Rumah Hijau PERKASA, HIJAU MENGGEGARKAN ’. Kontinjen ini diketuai
oleh adik MUHAMMAD IRSYADIL HAQ BIN MOHAMAD
LAILANI dan disertai seramai 71 orang peserta. Pembawa sepanduk
bagi rumah Hijau ialah adik NUR RIHANNA IRLYANA BINTI
MOHAMAD RIZAL , Ketua kontinjen rumah Hijau ialah PN.
ADILAH BINTI CHE ISMAIL

Perbarisan Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai


Rumah Merah seramai 71 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ RED
WARRIOR SEMANGAT NINJA..PANTANG MUNDUR
KECUALI OPERASI ’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik MUHAMMAD IKMAL HAZIQ BIN ZAIDI . Manakala
Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik MIA AMANI BINTI
MOHAMMAD NOR AZIMI . Ketua bagi kontinjen rumah Merah
ialah Pn. SURINA BINTI ISMAIL
Pendidikan khas Seterusnya ialah kontijen daripada Pendidikan khas, yang diketuai oleh
adik MOHD FAREEZ ADHA BIN MOHD ROZMAN dan pembawa
sepanduk ialah adik UMI KALSOM BINTI ABD RAZMAN , ketua
kontijen bagi Pendidikan khas ialah PN. MAZLIAWATI BINTI
HASSAN

Prasekolah Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi
ini adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada
Prasekolah SAIDATINA AISYAH dan Prasekolah SAIDATINA
KHADIJAH seramai 50 orang murid di bawah bimbingan PN.
NORAINI BINTI ENDUT DAN PN. NORLINA BINTI
MAHMOD dan turut dibantu oleh PN. NUR FAEZAH BINTI
MUZIAFAR dan PN. NURUL FARZILAH BINTI MOHAMAD

Majlis merakamkan terima kasih kepada yg dihormati , DR


MOHAMAD LAILANI BIN HARAMAN , YANG DIPERTUA
PIBG SK FELDA TEMENTI  kerana sudi menerima tabik hormat
daripada kontijen perbarisan.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.


menaikkan Untuk itu, dipersilakan ketua kontijen sukan bersama 4 orang atlet
bendera sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan


seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Nyanyian Lagu
Negaraku Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK felda tementi
bagi tahun 2022

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah
kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh
 USTAZ IBRAHIM BIN ALI
Dipersilakan. ….
  (Bacaan doa)

Majlis merakamkan terima kasih kepada USTAZ IBRAHIM BIN ALI.


Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontijen yang bertanding


pembawa maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
bendera yang akan diketuai oleh adik SYAMAIL MUHAMMAD BIN
mengiringi IBRAHIM
pembaca ikrar ………

Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
kejohanan

Ucapan guru Kumbang terbang di pinggir pekan,


besar Terbang seiring ke pohon ara;
Ucapan sejahtera salam mulakan,
Bagai tanda mulanya acara.

Majlis seterusnya mempersilakan En YUSERI BIN MUSTAPHA ,


guru besar sk felda tementi untuk menyampaikan ucapan

** ucapan************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Ucapan  Sebelum petang mengail ikan;
perasmian Kehadiran tuan, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dihormati, DR MOHAMAD


LAILANI BIN HARAMAN , YANG DIPERTUA PIBG SK FELDA
TEMENTI untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK FELDA TEMENTI BAGI TAHUN
2022.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang DIHORMATI, DR


MOHAMAD LAILANI BIN HARAMAN ,  di atas ucapan perasmian
itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK FELDA TEMENTI BAGI TAHUN 2022

PENYAMPAIA DENGAN INI MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT


N HADIAH DAN MEMPERSILAKAN TUAN GURU BESAR EN YUSERI BIN
MUSTAPHA UNTUK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YG
DIHORMATI , DR MOHAMAD LAILANI BIN HARAMAN ,
YANG DIPERTUA PIBG SK FELDA TEMENTI UNTUK
MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ,

**** UMUM ACARA DAN PENERIMA HADIAH

Bagi acara _____________________________________

Pingat emas dimenangi oleh


adik_____________________________________________daripada
rumah____________________
Pingat perak pula disandang oleh adik
__________________________________dari rumah ____________
Pingat gangsa menjadi milik adik
____________________________________dari rumah__________

Bagi acara _____________________________________


Pingat emas dimenangi oleh
adik____________________________________________daripada
rumah____________________
Pingat perak pula disandang oleh adik
__________________________________dari rumah ____________
Pingat gangsa menjadi milik adik
____________________________________dari rumah__________

Bagi acara _____________________________________

Pingat emas dimenangi oleh


adik_____________________________________________daripada
rumah____________________
Pingat perak pula disandang oleh adik
__________________________________dari rumah ____________
Pingat gangsa menjadi milik adik
____________________________________dari rumah__________

Bagi acara _____________________________________

Pingat emas dimenangi oleh


adik____________________________________________daripada
rumah____________________
Pingat perak pula disandang oleh adik
__________________________________dari rumah ____________
Pingat gangsa menjadi milik adik
____________________________________dari rumah__________

Majlis merakamkan terima kasih kepada YG DIHORMATI, DR


MOHAMAD LAILANI BIN HARAMAN ,  kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
YUSERI BIN MUSTAPHA, GURU BESAR SK FELDA TEMENTI
bagi menyampaikan cenderamata kepada DR MOHAMAD LAILANI
BIN HARAMAN , YANG DIPERTUA PIBG SK FELDA
TEMENTI di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana sudi


menyampaikan cenderamata itu tadi.
KELUAR Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen
PERBARISAN yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

MUZIK PERBARISAN

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SK FELDA TEMENTI BAGI TAHUN 2022. Majlis
merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil
bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Majlis Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


penyampaian mempersilakan Tuan Guru Besar, En. YUSRI BIN MUSTAPHA untuk
hadiah ( 2 ) menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara _____________________________________

Pingat emas dimenangi oleh


adik____________________________________________daripada
rumah____________________
Pingat perak pula disandang oleh adik
__________________________________dari rumah ____________
Pingat gangsa menjadi milik adik
____________________________________dari rumah__________

Bagi acara _____________________________________

Pingat emas dimenangi oleh


adik____________________________________________daripada
rumah____________________
Pingat perak pula disandang oleh adik
__________________________________dari rumah ____________
Pingat gangsa menjadi milik adik
____________________________________dari rumah__________

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadiah(3) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha


Encik............................................................(jawatan) kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan  .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


 rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK FELDA
TEMENTI BAGI TAHUN 2022, jatuh
pada:   rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Kejohanan Sukan Tahunan SK FELDA TEMENTI BAGI TAHUN 2022
kini tiba ke penghujungnya.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan
Sukan Tahunan SK FELDA TEMENTI pada tahun ini.
.................................................................

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like