You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MINGGU 3 K PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

BIL. ACARA TEKS TINDAKAN

1. UCAPAN
ALU-ALUAN Pengacara Majlis :
 Bismillahirrahmanirrahim.
PENGACARA MAJLIS

Assalammualaikum wbt… Salam Sejahtera


Salam Melaka Berwibawa….. Pintar, Hijau, Bersih….
Salam Mendidik Dengan Hati Dengan Penuh Integriti

 Yang Berbahagia,
KOPERAL MOHD NOOR BIN JALIL
- PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
IBU PEJABAT POLIS DAERAH ALOR GAJAH

 Yang Dihormati,
EN SAHAROM BIN OTHMAN
- GPK PENTADBIRAN
,
EN. MUHAMMAD HAMKA BIN DOLLAH
-GPK HAL EHWAL MURID

EN. MUHAMMAD B. LEMAN


-GPK KOKURIKULUM

barisan guru seterusnya murid-murid yang dikasihi seluruhnya.

 Alhamdulillah…. Dipanjatkan kesyukuran setulus hati kerana


kita semua dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini bagi
menjayakan MAJLIS PELANCARAN MINGGU 3 K PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2019

 Minggu 3K, Pencegahan Jenayah dan Dadah ini bertujuan


untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya
najis dadah dan kesannya. Di samping itu, kita dapat
menerangkan ciri-ciri keselamatan dan langkah-langkah apabila
berlaku sebarang bencana serta menanamkan sikap cintai
sekolah.

2. BACAAN DOA  Bagi memohon keberkatan acara, majlis dengan hormatnya Ustaz Azman
mempersilakan,
USTAZ AZMAN BIN CHE HARON
untuk membacakan doa.
 Majlis mempersilakan….
##### BACAAN DOA ######

 Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

3. UCAPAN PENTADBIR  Atur cara berikutnya adalah ucapan Pentadbir SK Alor Gajah1.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.
Saharom bin Othman untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
########################

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah


disampaikan.

4.
UCAPAN PERASMIAN  Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
KOPERAL MOHD NOOR BIN JALIL untuk memberi ceramah dan
seterusnya merasmikan dan melancarkan MINGGU 3 K
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH peringkat
sekolah tahun 2019.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
########################
 Majlis mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas
CERAMAH dan penyempurnaan Minggu 3K, PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH sebentar tadi.
5. PENYAMPAIAN
CENDERAHATI  Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis dengan
hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, En. Saharom b.
Othman untuk menyampaikan cenderahati penghargaan kepada
KOPERAL MOHD NOOR BIN JALIL. Dipersilakan .

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderahati


sebentar tadi.

6 NYANYIAN LAGU
ANTI DADAH  Sebagai tanda sokongan padu kita untuk memerangi dadah,
marilah sama-sama kita menyanyikan lagu DADAH DURJANA.
Murid-murid diminta untuk berdiri dan bersedia.

PENUTUP  Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka berakhirlah


sudah majlis pada hari ini.

 Untuk makluman semua, antara aktiviti yang akan dijalankan


ialah : ( UMUM AKTIVITI)

Sekian. Wabillahitaufikwalhidayah….
Assalammualaikum wbt… Terima Kasih.

You might also like