You are on page 1of 7

PENGGUNAAN ART DALAM PROSES BANTUAN MENOLONG

OLEH : PROF.MADYA MOHD MAKZAN BIN MUSA


JABATAN SISWAZAH PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (UUM)
Ringkasan daripada : Cikgu Rosmawati Bt Abdul Ghani.
Kursus 2 hari dalam art therapy
1. ART THERAPY - ialah bantuan meluas secara meluas di peringkat
antarabangsa.
2. DEFINISI ART THERAPY - Teraputik iaitu merawat klien ke arah mendapat
celik akal.
3. Nama lain bagi art therapy ialah Art Dalam Kaunseling.
4. Best bahan tara dalam Art Therapy ialah - Kertas lukisan saiz 24 X 18
- Warna crayon jenis pastel.

Fasa menjalankan sesi kaunseling ART THERAPY.
FASA 1 (FASA WARMING UP)
1. Tulis nama penuh dan hiaskan menggunakan warna yang disediakan mengikut
kreativiti masing-masing.






2. Lipatkan kertas lukisan
a) Lukis bola atau apa-apa saja yang sesuai
b) Sekuntum bunga
Pilihlah imej lukisan yang menunjukkan gender klien kita.
Jika klien perempuan contoh lukisan / imej yang dipilih ialah bunga, baju
raya, rama-rama.
Jika klien lelaki contoh imej/lukisan ialah motosikal, kereta.
Contoh lain ialah corak.
Tujuan warming upadalah untuk hubungan rappo bersama klien.
FASA 2 (EMOSI)
Emosi ialah perasaan marah,sedih,gembira,takut,geram,benci,seronok.
Dalam fasa ini, kaunselor boleh menerokai klien dengan 5 (W) persoalan iaitu
-Why (Mengapa)
-Who (siapa)
- What (apa)
- How (Bagaimana)
Perasaan yang boleh diterokai ialah : Takut, Marah, Sedih
Contoh : minta klien lemparkan perasaan takut, marah dan sedih melalui warna dalam
kertas lukisan.
Menurut Colour For Mental Health, warna mempengaruhi tingkah laku.

FASA 3 (STATE OF THE MIND/ STATUS MINDA)
Contohnya perasaan bingung, kecewa, murung, bahagia, cemas, panik.
Dalam fasa ini kaunselor merawat dan memulih iaitu Theraputic Art Related Activities
(TARA)
Antara aktiviti yang berkaitan dengan FASA 3 ialah :
a. LOGO DIRI


b. DOA

Tajuk DOAKU. Minta klien kita melukis tapak tangan, kemudian keluarkan doa2
melalui tulisan.apa saja doa yg mereka mahu.

Contoh
1. Doa Untuk Kedua Ibu Ba

2. Doa untuk diri sendiri

3




3. Doa yang kukasihi





4. Doa dia yang kusayangi



FASA 4 (TEMA ART THERAPY)
Contoh POTRET KELUARGA-orang yang paling dekat dengan klien.




Minta klien kita melukis potret keluarganya..daripada potret ini kita boleh meneroka klien.siapa org
yg disayangi? Org dibenci, org yg dirindui? Kenapa?
Apabila potret dah siap,kita boleh minta klien kita menggunting gambar org yg mereka sayangi.minta
klien tulis kenapa mereka sayangi?






Contoh tema ialah :
1. Kandungan ku
2. Setahun yang lalu
3. Lingkaran kehidupan
4. 3 permintaan
5. Rahsia hatiku
6. Apa yang terjadi?
7. Hanya Aku Yang Tahu
8. Kenangan yang tidak dapat dilupakan

Tema yang dipilih menjurus perhatian klien.
Tema yang dipilih juga adalah ayat yang berbeza tetapi maksud yang sama.

HARAPAN / HOPE







Minta klien kita yang ada dalam kumpulan supaya melukis tangan sendiri daripada
pergelangan tangan hingga ke tapak tangan. Kemudian mereka boleh keluarkan perkataan
harapan untuk diri atau kawan-kawan.Apa sahaja harapan.Kemudian, hiaskan lukisan
tersebut mengikut kreativiti masing.Hasilnya sangat menarik, dan klien akan rasa gembira
melihat lukisan tersebut. Luahan cara itulah mereka akan rasa gembira.


Contoh modul art therapy untuk lepasan UPSR (program Pasca UPSR) LDK 2 ART
THERAPY

Tajuk 2 : Rahsia Hatiku

Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Melahirkan perasaan / emosi masing-masing
2. Mengenali warna-warna lambang perasaan / emosi
3. Menghargai perasaan orang lain.

Sasaran : Murid-murid lepasan UPSR

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas lukisan, warna crayon

Langkah :
1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil
2. Fasilitator mengedarkan kertas lukisan dan warna crayon kepada setiap peserta
3. Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk melukis dan mewarna
mengikut kehendak masing-masing.
4. Ketua Fasilitator memberi arahan dan fasilitator membantu peserta dalam
kumpulan masing-masing:-
i. lihat warna yang di beri
ii. bayangkan perasaan yang diarahkan dan lahirkan perasaan dengn
menggunakan warna-warna yang ada di atas kertas dengan memenuhi
semua ruang yang ada.
iii. perasaan:- marah, takut, gembira dan sedih.
5.Kumpulkan semua lukisan dalam kumpulan masing-masing dan lihat penggunaan
warna untuk setiap perasaan tersebut.
6. Fasilitator membuat rumusan keseluruhan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Falsafah :
1. Setiap manusia mempunyai perasaan dan hormatilah perasaan orang lain.
2. Setiap perasaan di wakili oleh warna tertentu yang sejagat.




LDK 2 - ART THERAPY

Tajuk 3 : Harapan

Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Melahirkan harapan yang di ingini.
2. Mempunyai matlamat sendiri dan berusaha untuk mencapainya.

Sasaran : Murid-murid lepasan UPSR

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas lukisan, warna crayon

Langkah :

1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil - 3 / 4/ 5 orang.
2. Fasilitator mengedarkan kertas lukisan / kertas majong dan warna crayon kepada
setiap peserta
3. Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk melukis dan mewarna
mengikut kehendak masing-masing.
4. Ketua Fasilitator memberi arahan dan fasilitator membantu peserta dalam
kumpulan masing-masing:-
i. Semua peserta letak tangan di atas kertas dan melakar tangan masing-
masing
ii. Tuliskan harapan-harapan yang ada dalam diri anda dalam rajah
tangan dan ruang kertas yang ada.
iii. Pastikan setiap kumpulan ada matlamat atau tema kumpulan
iv. Bentang dalam kumpulan.
5. Fasilitator membuat rumusan keseluruhan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
Falsafah :
1. Setiap orang mempunyai harapan dan ingin mencapai harapan masing-
masing.

2. Hormati orang lain.

You might also like