You are on page 1of 2

MEMBACA TEKS

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan berikutnya.




Bawang putih ialah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga bawang. Nama saintifik
bagi bawang putih ialah Allium Sativum L. Bawang putih terkenal sjeak turun temurun sebagai
penawar yang sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.


Bawang putih amat kaya dengan vitamin A, vitamin B, dan vitamin C. Selain itu, bawang
putih juga kaya dengan iodin, kalsium, kalium dan asil fosforik.

Bawang putih mempunyai banyak khasiat. Bawang putih dapat mengubati gangguan usus
dan perut yang meragam. Bawang putih dapat digunakan mentah mentah, diracik, diketuk, atau
dicampurkan dengan sedikit minyak bijan untuk dijadikan beg urut atau tuam. Sejak dahulu lagi,
bawang putih terkenal sebagai ubat cacing. Bawang putih mentah akan diracik dan dimakan
sebanyak satu sudu teh.

Selain itu, khasiat lain bawang putih adalah untuk mengubati penyakit pneumonia,
radang paru paru, batuk, masalah pencernaan, gastrik dan sebagainya. Bawang putih juga telah
terbukti mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria dan membunuh kuman. Oleh sebab
itulah bawang putih dikenali sebagai ibu segala herba kerana mempunyai 1001 khasiat kepada
manusia.

MEMBENTANGKAN MAKLUMAT
Tandakan ( / ) pada khasiat yang dapat diperoleh daripada bawang putih.
1. Dapat mengubati penyakit cacing ( )
2. Dapat membuka selera makan ( )
3. Dapat merawat penyakit radang paru - paru ( )
4. Dapat melegakan penyakit gastrik ( )
5. Dapat mengubati batuk ( )
6. Sebagai penawar kepada demam denggi ( )
Pilih jawapan yang betul berdasarkan petikan.
1. Apakah nama daintifik bagi bawang putih?
A. Amaranthus
B. Donax Grandis
C. Nigella Sativa
D. Allium Sativum L.

2.Vitamin yang terdapat dalam bawang putih
ialah
A. Vitamin A, B dan C
B. Vitamin B dan E
C. Vitamin K
D. Vitamin B Kompleks

3.Bawang putih dikenali sebagai ibu segala
herba kerana
A. Terkenal dalam masyarakat cina.
B. Mempunyai banyak khasiat kepada manusia.
C. Sudah terkenal sejak zaman dahulu.
D. Dapat mengubati penyakit cacing.

4. Yang berikut ialah khasiat bawang putih,
kecuali
A. Dapat mengubati penyakit pneumonia
B. Mengubati penyakit batuk
C. Menjadikan nafas lebih segar
D. Mengubati penyakit cacing
5. Maksud kata diracik ialah
A. Ditumbuk sehingga hancur
B. Dibelah empat
C. Mengunyah perlahan lahan
D. Menghiris halus halus.

You might also like