You are on page 1of 4

1.

BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN TERAPI MUZIK

Kekuatan terapi ditambah lagi dengan klien yang sukarela untuk menjalai sesi kaunseling.
Kelebihan yang dilihat apabila klien datang secara sukarela ialah sesi tampak lebih kondusif
dan berjalan dengan lancar tanpa wujudnya unsur paksaan dalam sesi tersebut khususnya
dalam melaksanakan aktiviti terapi seni. Seterusnya, pelaksanaan terapi seni membantu
klien dalam memfokuskan permasalahan mereka dalam perbincangan. Contohnya,
kaunselor memberikan arahan kepada klien untuk melukiskan apa-apa yang berkaitan
dengan keluarga kamu. Secara tidak langsung, kesan kepada psikologi klien ialah
perbincangan akan tertumpu kepada konteks keluarga. Kaunselor juga pula mudah untuk
memandu pergerakan sesi
sehingga kepada peringkat penghasilan dan penamatan.

Tambahan, kekuatan terapi seni yang dilihat ialah dapat merelaksasikan klien dalam
tempoh masa yang diberikan. Terapi ini dapat mengurangkan tekanan dan ketakutan selain
dapat melalaikan kanak-kanak daripada prosedur yang menyakitkan (Akhiar Pardi &
Shamsina Shamsudin, 2013). Jika dilihat keadaan klien pada awal sesi dan selepas
melaksanakan terapi seni kedua-dua keadaan klien tampak berbeza. Pada mulanya, klien
berasa masih kurang selesa tetapi selepas menjalankan terapi seni klien lebih bersifat
terbuka untuk berkongsi apa yang dilukis kepada rakan klien yang lain. Hasil yang dilihat
dalam sesi kaunseling membolehkan terapi ini bertindak sebagai medium untuk klien
melepaskan ketakukan mereka sesama ahli di dalam kelompok.

Akhir sekali, kekuatan yang dilihat dalam terapi seni ialah, kaunselor mudah untuk
bertanyakan soalan kepada klien berdasarkan apa yang telah dilukis. Setiap apa yang
dilukis mempunyai maksud yang tersendiri bagi klien itu sendiri seterusnya memudahkan
klien meneroka masalah yang sebenar. Oleh yang demikian, kekuatan terapi seni sangat
meluas dan bergantung pada tujuan dan pelaksanaan yang dijalankan. Dalam konteks
tugasan yang dijalankan, terapi seni memberikan impak yang besar dalam sesi kaunseling
kelompok yang dijalankan.

Manakala kelemahan terapi seni yang dikenal pasti dalam konteks sesi kaunseling
kelompok yang dijalankan ialah masa yang diambil untuk melaksanakan terapi tersebut
adalah lama memandangkan tempoh yang diperuntukkan untuk sesuatu sesi ialah selama
30 hingga 45 minit sahaja (Rahman, 2010). Masa yang lama membolehkan sesi kaunseling
yang dijalankan agak tergesa-gesa untuk dijalankan dan memakan masa yang lebih
daripada yang disarankan. Terapi seni digunakan sebagai medium untuk merangsang klien
menceritakan permasalahan yang dihadapi bukannya melukis masalah di dalam medium
yang diberikan. Dalam hal ini, kaunselor berperanan untuk mengawal masa yang diberikan
agar tidak tersasar lebih dari yang diperuntukkan.

Selain itu, penggunaan terapi seni dalam konteks kaunseling yang dijalankan memerlukan
pemfokusan masalah yang sama dalam kelompok. Contohnya, dalam kelompok yang
dijalankan mereka mempunyai fokus yang sama iaitu masalah keluarga. Dengan itu, terapi
seni sesuai digunakan untuk kelompok ini. Manakala, kelompok yang tidak sama fokus
masalah agak sukar untuk dilaksanakan berikutan masalah yang berbeza akan timbul dan
perlunya sesi lanjutan individu dilaksanakan sekiranya kaunseling kelompok tidak membantu
dalam sesuatu sesi. Ruang untuk menjalankan terapi seni dalam sesi kaunseling juga agak
sempit dan kurang selesa. Hal ini kerana, untuk mewujudkan keselesaan klien semasa
menjalankan terapi seni ialah perlunya ruang yang luas yang boleh membuat aktiviti
berteraskan seni. Jika ruang yang cukup diberikan kepada klien, masa untuk menyiapkan
lukisan tersebut juga dapat disingkatkan. Keselesaan klien juga akan terjamin seperti tidak
malu kerana lukisan yang dihasilkan tidak dilihat oleh klien yang lain.

Seterusnya, kelemahan terapi seni yang dikenal pasti ialah kaunselor berpotensi untuk
melakukan kesilapan dalam mentafsir sesuatu imej yang dilukis oleh klien dalam sesi
kaunseling kelompok. Dalam sesi yang dilaksanakan, kaunselor mengambil langkah yang
bijak dengan membiarkan klien itu sendiri menceritakan hasil lukisan mereka sendiri.
Kesannya terhadap sesi ialah meminimumkan kesilapan dalam pentafsiran lukisan klien.

2. TUNJUKKAN BAGAIMANA KAMU BOLEH JALANKAN TERAPI MUZIK YANG


DIGABUNGKAN DENGAN TERAPI BERMAIN, TERAPI BERCERITA DAN
TERAPI SENI SEBAGAI SATU AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH.

Pertama, membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran. Sebagai contoh,


murid yang terencat akal, murid yang bermasalah komunikasi dan murid autistik. Setiap
murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti ini mempunyai kaedah yang
berlainan untuk belajar. Penggunaan muzik diselitkan dalampengajaran dan pembelajaran
untuk mereka mengenal nombor, huruf dan fakta-fakta yang berkaitan. Kedua, mengalihkan
tekanan. Penggunaan muzik mewujudkan suasana yang tenang dan santai. Apabila muzik
dimainkan, suasana sekeliling akan berubah. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi.
Getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud
dalam tubuh dan minda manusia. Apabila getaran tenaga bunyi bergetar seiringan dengan
tenaga yang ada dalam badan, maka ianya adalah satu pemulihan kepada diri untuk
mengalihkan tekanan daripada dalam diri.
Ketiga, menyediakan suasana yang tenang. Penggunaan muzik di dalam sesuatu
keadaan mengubah suasana sekeliling. Sebagai contoh, apabila berada di dalam sesuatu
pertandingan, lagu-lagu yang menaikkan semangat mampu mempengaruhi diri untuk leboh
berkeyakinan. Oleh itu, apabila ingin menenangkan diri, maka pemilihan lagu-lagu santai
mampu untuk mewujudkan suasana yang tenang. Keempat, memperkukuhkan kemahiran
komunikasi dan kemahiran koordinasi fizikal. Muzik mampu meningkatkan kemahiran
komunikasi di mana kita akan berinteraksi dengan individu lain untuk berkongsi lagu atau
alat muzik yang sama. Selain itu, pergerakan dalam tarian atau gerakan-gerakan mudah
juga membantu untuk meningkatkan koordinasi fizikal.

Pertama, membuat pilihan sendiri. Murid diberikan kebebasan untuk bermain mengikut cara
mereka. Sebagai contoh, bermain dengan menggunakan alat binaan seperti blok. Murid
boleh membina reka bentuk yang menarik daripada blok yang terdiri daripada pelbagai
bentuk, warna dan saiz. Melalui bermain dengan binaan ini, murid akan turut mempelajari
mengenai konsep kuantitatif dan ruang. Jangan menyekat kebebasan murid untuk mereka
bentuk apa yang mereka ingini.

Kedua, melahirkan masalah. Keadaan ini boleh dilihat dalam main sosiodramatik. Murid
akan berpura-pura memainkan peranan seperti ibu, bapa, kakak, abang atau adik. Melalui
main peranan sebagai orang dewasa contohnya, murid dapat memahami keadaan sebenar
dalam realiti kehidupan. Ia juga memberi peluang kepada murid untuk melepaskan perasaan
mereka terhadap hubungan ahli keluarga dan pengalaman hidup dalam kehidupan seharian
mereka.
Ketiga, membentuk keyakinan diri. Ianya boleh dilihat dalam main pasir di mana, di akhirnya
murid mampu untuk bercakap dan bercerita mengenai hasil akhir mereka dalam
menghasilkan „Istana Pasir‟. Jika pada awalnya, murid itu bersikap mendiamkan diri, tetapi
akhirnya murid itu berjaya untuk bercakap di khalayak ramai dengan penuh keyakinan.
Keempat, memantapkan komunikasi. Bermain memerlukan interaksi untuk melahirkan sama
ada murid seronok atau tidak seronok dengan aktiviti yang mereka lakukan. Interaksi ini
secara tidak lansung telah membantu murid untuk memantapkan komunikasi mereka.

Perancangan dan persediaan Pada peringkat ini, guru perlu memilih cerita yang
sesuai, mengingat isi penting dan menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan.
Pemilihan tajuk perlu sesuai dengan tahap murid dan mengandungi nilai dan pengajaran
yang boleh dijadikan panduan. Isi cerita perlu menarik dan perkataan yang digunakan perlu
sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman murid. Setelah memilih tajuk/ tema yang
sesuai, guru perlu cuba mengingat dan berlatih bercerita tanpa pendengar sebagai
persediaan. Guru juga perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti kad
bergambar, kad perkataan, topeng dan alatan/ bahan yang difikirkan sesuai dan bertepatan
dengan tajuk cerita. Guru juga perlu bersiap sedia dengan soalan untuk menguji kefahaman
murid. Selain itu, persediaan tempat juga penting supaya murid dapat mendengar dan
melihat ekspresi guru.

Sesi bercerita dimulakan dengan set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita
yang hendak disampaikan. Sepanjang bercerita,guru perlu mempelbagaikan nada suara,
gaya dan menggunakan alat bantu mengajar dengan maksimum agar murid terus
menumpukan perhatian dan memahami cerita yang disampaikan. Perancangan dan
persediaan Sesi bercerita Penutup. Guru boleh melibatkan murid dengan mengemukakan
soalan-soalan. Melalui soalan-soalan ini guru dapat memastikan murid memahami atau
tidak
memahami cerita yang disampaikan. Guru perlu mengambil tindakan segera jika murid tidak
memahami cerita yang disampaikan.

You might also like