You are on page 1of 4

Tugasan 2

Tugasan 1 iaitu pembentangan telah dilaksanakan secara berpasangan dan dinilai oleh
pensyarah yang terlibat mengajar subjek EDUP3033 Murid dan Pembelajaran iaitu Puan Norliza
Jaafar. Tugasan ini dilaksanakan bagi membuat beberapa analisis mengenai teori-teori
pembelajaran yang sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan supaya bakal guru dapat menangani perbezaan individu yang terdapat pada murid-
murid di sekolah pada masa akan datang. Tugasan ini juga bertujuan untuk melatih bakal guru
dalam merancang aktiviti-aktiviti pdp yang bersesuaian dengan menggunakan pelbagai
pendekatan, strategi serta kaedah pengajaran pada masa kini. Oleh itu terdapat satu teori
pembelajaran yang ditekankan dalam simulasi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Teori tersebut ialah teori pembembelajaran kognitif Bruner.

Terdapat 3 tahap utama yang terdapat dalam teori ini dan telah diaplikasikan oleh saya
dalam kawan saya semasa proses pdp dijalankan. Tahap pertama ialah enaktif. Dalam tahap ini,
para pelajar dipaparkan satu imej bunga mawar. Hal ini secara tidak lansung para pelajar
bertindak balas ke atas gambar tersebut. Mereka semua mengenali apa yang terdapat dalam
gambar tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa murid telah mempelajari tentang bunga melalui
persekitaran tanpa mengatahui rupa bentuk fizikal bunga tersebut. Maknanya disini mereka telah
mencapai tahap enakif seperti mana yang telah dimaklumkan dalam teori pembelajaran kognitif
Bruner.

Langkah kedua yang terdapat dalam teori ini ialah langkah ikonik. Langkah ikonik
merupakan satu langkah yang berasaskan daripada imej. Pada langkah ini, saya mempamerkan
semua murid-murid dengan satu hasil kerja seni iaitu kolaj. Kolaj ini ialah satu aktiviti yang
menggunakan kertas warna yang dipotong halus dan ditampal sehingga menghasilkan satu imej
seperti imej bunga. Untuk memudahkan semua pelajar faham, saya mempamerkan satu hasil
kerja kolaj yang telah selesai disiapkan. Hal ini akan memudahkan mereka memahami cara atau
langkah bagaimana untuk menghasilkan kolaj. Dalam masa yang sama juga saya telah
mempamerkan mereka video cara atau langkah bagaimana untuk menghasilkan kolaj. Hal ini
sudah pasti dapat membantu mereka dalam menghasilkan kolaj. Maknanya disini semua pelajar
telah Berjaya melalui lankah ikonik.

Langkah terakhir ialah langkah simbolik. Langkah simbolik merupakan satu langkah yang
berasaskan daripada bahasa. Sebagai contoh ialah, komunikasinya yang dilakukan antara murid.
Saya dan pasangan saya telah membahagikan kumpulan kepada semua pelajar dalam
menghasilkan kolaj. Hal ini sudah pasti dapat membantu mereka untuk berbahasa dan
berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Penggunaan media dalam kegiatan
pembelajaran merupakan salah satu cara untuk membantu para pelajar dalam berbahasa. Saya
juga menyuruh setiap kumpulan menghantar wakil untuk mereka satu cerita daripada kolaj yang
dihasilkan. Hal ini sudah pastu dapat membantu mereka berkomunikasi dan secara tidak lansung
dapat membantu memberikan keyakinan kepada para pelajar.

Suara yang lantang juga merupakan antara kekuatan pada pembentangan saya. Apabila
saya bercakap dan memberi arahan dengan suara yang lantang, murid-murid dapat
mendengarnya dengan jelas tanpa berlakunya keciciran maklumat. Arahan saya yang jelas juga
membantu dalam proses PdP, murid dapat memahami dan mengikuti arahan yang saya diberikan
dengan jelas dan betul. Di samping itu, saya juga menerapkan konsep pengukuhan dalam proses
PdP iaitu dengan menanyakan soalan kepada murid-murid setelah aktiviti dijalankan. Sebelum
berakhirnya sesi pembelajaran, saya dan pasangan saya memlih beberapa orang untuk
memberikan kesimpulan terhadap apa yang telah mereka lakukan. Hal ini telah terbukti bahawa
mereka dapat memahami apa yang telah kami sampaikan dan maknanya disini teori
pembelajaran Bruner dapat memberikan impak yang besar kepada mereka semasa proses pdp
dijalankan.

Dari sudut kelemahan pula, Bahan yang saya berikan kurang lengkap. Hal ini kerana set
induksi yang kurang menarik digunakan semasa proses pdp. Hal ini boleh menyebabkan pelajar
saya rasa mengantuk dan tidak bersemangat. Selain itu audio yang digunakan kurang jelas dan
menyebabkan semua pelajar kurang faham dan jelas. Hal ini menyebabkan murid-murid
terganggu dan tidak mendapat input yang sepenuhnya. Kelemahan lain pula ialah, saya tidak
menunjukka demo terlebih dahulu bagaimana cara atau lagkah untuk menghasilkan kolaj. Saya
hanya menayangkan video sahaja. Hal ini mungkin menyebabkan sesetengah pelajar tercicir. Hal
ini kerana kognitif setiap pelajar berbeza.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam memperbaiki simulasi ini ialah saya
perlu menyiediakan bahan yang lengkap untuk para pelajar. Hal ini sudah pasti dapat
memudahkan kerja mereka dan menjimatkan masa kerana tiada aktiviti perkongsian barang
dilakukan dan juga semua ilmu dipelajari hari itu dapat difahami mereka. Selain itu saya perlulah
menunjukkan demo terlebih dahulu agar semua pelajar dapat apa yang dipelajari oleh mereka
dan hal ini sudah pasti dapat memudahkan kerja mereka.
Kesimpulannya, pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran perlu
digunakan oleh guru semasa proses pengajaran d pembelajaran dijalankan. Pelbagai cara
bagaimana mengajar sesuatu pelajaran dan jenis strategi pengajaran perlu diketahui dan guru
haruslah memilih pendekatan dan strategi yang paling sesuai. Hal ini kerana untuk memberikan
keseronokan kepada para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila sesuatu
matlamat dan objektif berjaya dicapai, maka pelajar akan berjaya menguasai sesuatu kemahiran
secara tidak langsung membentuk murid yang berdaya saing sebagaimana yang dinyatakan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
RUJUKAN

A.Rashid, n. (2017). murid dan pembelajaran. selangor: oxford fajar.

Aznan Che Ahmad. (2010). masalah tingkah laku. masalah tingkah laku (pendidikan
khas) , 21-28.

Mooi, l. m. (2015). perkembangan kanak-kanak. selangor: pelangi.

You might also like