You are on page 1of 34

Theory Of Constraints

For Education
(Tocfe)

Disediakan oleh,
VIKNESWARY A/P MOHAN
4 PISMP RBT / BT / SJH

Pengenalan dan Pengasas TOC


Salah satu kaedah yang digunakan dalam hubungan antarabangsa ialah
Theory of Constraints (TOC) atau Teori Kekangan.
TOC diperkenalkan oleh Eli Goldratt iaitu seorang pendidik, penulis, ahli
sains, ahli falsafah dan pemimpin perniagaan.
Eli Goldratt adalah seorang Yahudi. Beliau juga pengasas Institut Goldratt.
Institut ini melatih pelajar pintar dari seluruh dunia untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah.

Kos untuk belajar di institut ini selama tiga minggu adalah RM200,000
seorang.
Dianggarkan terdapat tiga orang rakyat Malaysia yang pernah belajar di sini
berbanding 50 orang rakyat Singapura.
Dr. Goldratt adalah pengasas TOC, diiktiraf sebagai pemimpin dalam
pembangunan pengurusan perniagaan.
Syarikat ternama seperti General Motors, Proctor & Gamble, AT&T, NV
Philips dan Boeing telah mendapat khidmat kepakaran beliau.
Mendapat ijazah sarjana muda sains dari Universiti Tel Aviv, master sains dan
ijazah kedoktoran dari Universiti Bar-Ilan, Israel.

Latar Belakang TOC


Theory of Constraints adalah salah satu penemuan daripada beberapa teori
sebelumnya yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi untuk membuat
keputusan di mana terdapatnya kekangan.
TOC menyediakan kerangka bagi pengurusan secara holistik dan memberi
fokus terhadap objektif dan matlamat organisasi.
Kekangan ini adalah sebarang halangan yang berada dalam organisasi yang
menjadi rintangan ke arah pencapaian matlamat.
Terdapat dua jenis kekangan iaitu fizikal dan bukan fizikal.
Kekangan fizikal adalah sesuatu yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa seperti
mesin, manakala bukan fizikal ialah produk, prosedur atau minda para pekerja.

Latar Belakang TOC


TOC menyatakan bahawa pada setiap sistem terdapat satu kekangan yang
menghalang sistem berkenaan daripada mencapai prestasi terbaiknya.
Contohnya dalam sesebuah syarikat perniagaan, keuntungan adalah matlamat
tertinggi yang hendak dicapai, manakala bagi sesebuah negara pula,
pencapaiannya ialah dapat menandingi negara-negara yang bersaing
dengannya.
TOC sentiasa menyedarkan pelaksananya supaya peka dan dapat mengenal
pasti kekangan yang ada seterusnya meningkatkan pencapaian.
TOC menekankan lima langkah berfokus untuk mengenal pasti kekangan
dalam organisasi dan secara bersistematik merungkai masalah-masalah
tersebut.

Latar Belakang TOC


Pengamal TOC mendakwa teori ini banyak membantu meningkatkan
pendapatan dalam perniagaan. Lima langkah tersebut adalah :1.Mengenal pasti kekangan yang wujud dalam sistem.
2.Tentukan bagaimana dapat mengeksploitasi kekangan tersebut.
3.Gantikan setiap elemen yang mengganggu sistem pada langkah 2.
4.Lenyapkan kekangan tersebut daripada sistem.
5.Sekiranya terdapat kekangan, ulangi langkah 1.
Perkara utama yang sangat ditekankan dalam TOC ialah kemahiran dan
keupayaan berfikir.
Penuntut yang telah tamat di Institut Goldratt akan bergelar Jonah, mengambil
nama sempena kisah masyarakat Yahudi dahulu. Jonah adalah individu yang
sering membawa sial atau celaka.

Latar Belakang TOC


Contohnya kalau seseorang itu naik bas, dengan adanya dia, bas tersebut
menghadapi masalah atau kemalangan.
Masyarakat Yahudi percaya Jonah ini adalah orang yang membawa khabar
buruk.
Eli Goldratt cuba menukar persepsi ini dengan memberi kerangka baru kepada
makna Jonah.
Dalam tempoh tertentu, diadakan konferens melibatkan pertemuan Jonah
seperti September 95 Jonah Upgrade Conference di Cherry Hill, New Jersey,
Amerika Syarikat.

Latar Belakang TOC


Berfikir untuk membuat perubahan adalah keutamaan dalam TOC.
Institut Goldratt mengutamakan kualiti pelajarnya untuk berfikir dan membuat
perubahan.
Oleh itu, matlamat menghalalkan cara boleh sahaja dilaksanakan.
Kerangka pemikiran bagi membantu perubahan terletak pada tiga soalan iaitu :
1.What to change
2.What to change to
3.How to cause the change.

Theory Of Constraints For Education (Tocfe)


Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid.
Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah
sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

TOC dalam pendidikan?


TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik.
Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid.

Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid
dan guru berupaya ; mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
menyelesaikan masalah dengan berkesan.
membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
berkomunikasi dengan baik dan
memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabung jalinkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu ; kemahiran berfikir secara kritis
kemahiran berfikir secara kreatif
kemahiran generik

Aplikasi TOC dalam pendidikan


Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi ; kandungan kurikulum.
pengajaran dan pembelajaran konsep.
membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
perancangan strategik untuk mencapai matlamat.
Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah seperti
berikut ; sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai
murni dan kerohanian).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan
perancangan strategik).

Teknik dalam TOC


Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu ; Teknik Awan ( The Cloud )
Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )

1. Teknik Awan ( The Cloud )


Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian
konflik yang bertentangan kehendak.
Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya
melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

FORMULA :-

KEPERLUAN

KEHENDAK
ANGGAPAN

B
B

D
D

A
A
MATLAMAT BERSAMA

D1
D1

C
C
ANGGAPAN

Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam melaksanakan teknik awan


dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah ;-

Kehendak (D dan D1)- bertentangan dan tidak boleh wujud pada saat yang
sama.
Kedua-dua keperluan (B dan C) boleh diterima dan tidak bertentangan
Matlamat bersama ialah perkara diingini oleh kedua-dua pihak
Anggapan yang dibuat antara B-D dan C-D1 menerangkan perkaitan antara
keperluan (B atau C ) dengan kehendak (D atau D1)
Penyelesaian (win-win)- keperluan tidak boleh diubah, kehendak boleh di ubah.

Contoh aplikasi TOC Teknik Awan dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Sejarah
Berdasarkan buku teks di muka surat 148, Filipina telah menentang
penyertaan Sabah ke dalam Malaysia kerana mendakwa Filipina adalah hak
mereka berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan Sabah suatu ketika
dahulu dimiliki oleh Kesultanan Sulu. Wujud konflik antara kerajaan Tanah
Melayu yang ingin memasukan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia
sebaliknya Filipina menentang kemasukan Sabah.

PENYELESAIAN:-

Rumusan Teknik Awan


i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang wujud.
ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik.
iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.
iv. Kenal pasti pula matlamat bersama.
v. Murid akan mencari penyelesaian win-win ke arah tercapainya matlamat
bersama.

2. Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)


Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea
atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya.
Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting
dengan cara hubungan yang logik.
Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat
dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang
berentet-rentet.

FORMULA :-

Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik


sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran sejarah termasuklah;
Memahami teks atau maklumat yang diberikan.
Mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn).
Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event).
Mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks.
Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula
dengan titik tolak peristiwa.
Mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting
(anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan
higher-order thinking.

Contoh aplikasi TOC Teknik dan Akibat dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Sejarah

Maklumat daripada petikan teks muka surat 33-34 yang tidak


tersusun mengikut urutan untuk aplikasi Teknik Sebab dan Akibat.
Tajuk: Perjuangan Rentap menentang James Brooke di Sarawak.

~ Peristiwa-peristiwa perjuangan Rentap tidak tersusun ;1.


2.
3.
4.
5.

Rentap bertindak menyerang kubu James Brooke Nanga Skrang.


Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap di Bukit Sadok.
Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai.
James Brooke menyerang perkampungan Rentap.
James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai
Skrang yang dianggap lanun.
6. Per juangan Rentap menjadi lemah.
7. Rentap berjaya mengusir James Brooke dari Nganga Srang.
8. James Brooke berjaya mengalahkan Rentap.
Rentap berundur ke Bukit Sadok.

~ Peristiwa-peristiwa perjuangan Rentap mengikut urutan ;1. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai
Skrang yang dianggap lanun.
2. Rentap bertindak menyerang kubu James Brooke Nanga Skrang.
3. James Brooke berjaya diusir.
4. James Brooke menyerang dan membakar perkampungan Rentap.
5. Rentap berundur ke Bukit Sadok.
6. James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok
7. Rentap berjaya dikalahkan.
8. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai.
9. Perjuangan Rentap menjadi lemah.

CARTA AKBAT DAN SEBAB

Rumusan Teknik dan Akibat


i. Murid mengumpulkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta penting
berkaitan dengan tajuk.
ii. Murid mengenalpasti maklumat-maklumat penting berkaitan dengan
tajuk yang dikemukakan.
iii. Murid menyusun maklumat atau fakta tersebut secara berurutan
dengan mengambil kira sebab dan akibat sesuatu peristiwa.
iv. Maklumat-maklumat tersebut dimuatkan dalam grafik yang
disediakan oleh guru.

3. Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)


Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang
bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar
lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk
menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka.
Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah
dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan
mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan.
Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-cabaran yang
menghalang pencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika


melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran sejarah. Antaranya : Mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut
mestilah jelas.
Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi cabaran.
Menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut
keutamaan.

FORMULA :-

Contoh aplikasi TOC Teknik Penyelesaian Masalah dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Contoh aplikasi Teknik Penyelesaian Masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran sejarah berdasarkan intisari teks
di muka surat 119-121.
Tajuk: Pakatan Murni Pra-Perikatan (Sejarah Malaysia)

Usaha-usaha ke arah Pakatan Murni


1. Penubuhan Jaw atankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang pada awalnya dianggotai
oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu dan Cina yang kemudian
dianggotai wakil daripada kaum Melayu, Cina, India, Sr i Lanka, Serani dan Eropah.
2. Kerjasama kaum yang bermula dengan kerjasama antara kaum Melayu dan Cina menerusi
UMNO dan MCA.
3. Dato Onn merasakan perpaduan kaum adalah penting ke arah kemerdekan Tanah Melayu dan
mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu tetapi mendapat
kecaman hebat daripada masyarakat Melayu.
4. Dato Onn meletakkan jaw atannya dalam UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
(Independent Malayan Party - IMP) yang berkonsepkan kerjasama antara kaum dalam satu
parti.
5. Konsep perpaduan yang dikemukakan oleh Dato Onn atas kesedaran bahaw a orang Melayu
bukan lagi rakyat tunggal Tanah Melayu.
6. IMP menemui kegagalan kerana tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India yang
seterusnya memaksa Dato Onn menubuhkan Parti Negara juga menemui kegagalan.
7. Ditubuhkan Persidangan Nasional dengan tujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi
mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Tanah Melayu.
8. Kerjasama antara parti politik dalam Konvensyen Nasional yang dianjurkan bersama oleh
UMNO dan MCA telah menjadi titik tolak kepada kerjasama antara kaum atau Pakatan Murni
yang menjadi asas kepada penubuhan Parti Perikatan.

CARTA PENYELESAIAN MASALAH

KESIMPULAN TOC
Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran
berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan
sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan
secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi
dengan baik .

TERIMA KASIH

You might also like