You are on page 1of 4

Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid.

Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu ,bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut. Ini akan menyebabkan suasana bilik darjah menjadi menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Bilik darjah KBSR seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah KBSR yang telah ditetapkan oleh KPM: Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan, Murid dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri, Menggalakkan penglibatan murid secara aktif, Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid, Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid, Hasil kerja yang dipamerkan di dalam bilik darjah memperlihatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa, da murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Masalah-masalah

(I) Laluan lalu lintas agak sempit di kawasan rak buku dan juga dalam perjalanan menuju ke tandas dan tempat mengasah pensel.Hal ini menyukarkan keadaan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, muridmurid juga tidak dapat bergerak secara aktif di dalam bilik darjah serta menyukarkan pergerakan murid dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

(II) Guru mengajar dari kawasan berhampiran dengan papan tulis, murid di kawasan lain berada agak jauh dari papan tulis dan guru. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk melihat bahan yang ditulis di papan hitam dan guru sukar untuk mengawal murid. Pada masa yang sama, pergerakan guru menjadi terhad serta tiada ruang yang mencukupi untuk pelajar menyimpan bahan.

(III) Lokasi tempat menyimpan buku menyebabkan kawasan tengah bilik darjah sukar untuk diawasi.

(IV) Meja small group di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan meja murid.

Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat mereka, malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid. Keadaan ini akan menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah.

(IV) Sesetengah murid membelakangi papan tulis dan kawasan pembentangan. Muridmurid yang duduk membelakangi papan tulis dan kawasan pembentangan terpaksa menoleh ke tempat tersebut semasa sesi proses P&P berlaku dan akan menyebabkan murid-murid tersebut mungkin mengalami masalah kerana sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Cara mengatasi:(a) Meja murid disusun secara berkelompok, berbanding dalam bentuk barisan. Tiada pelajar yang membelakangi kawasan pengajaran utama (major instructional area). Jika guru meletakkan pameran di skrin projector, semua murid boleh menontonnya dengan hanya memusingkan badan sedikit di tempat duduk masing-masing serta boleh menyalin bahan yang ditunjukkan di skrin. (b) Terdapat dua pintu di dalam bilik darjah ini. Satu pintu adalah sebagai pintu utama dan satu pintu lagi adalah sebagai pintu keselamatan. Pintu-pintu ini adalah untuk memudahkan laluan keluar masuk. Pintu keselamatan dibina demi keselamatan murid-murid jika berlaku sebarang kecemasan (c) Tingkap di kiri dan kanan bilik darjah. Kedua-dua tingkap dibina di kiri dan kanan bilik darjah untuk pengaliran udara dan cahaya di dalam bilik darjah.
(d) Book centre dan reading centre.

Book centre dan reading centre diletakkan di bahagian tepi bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap memudahkan murid-murid untuk membaca dan mendapatkan pencahayaan yang cukup semasa membaca dan mencari bahan-bahan di bahagian tersebut.

(e) Ruangan circle time.

Ruangan ini menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah kerana Di ruangan ini, murid-murid akan berkumpul setiap pagi untuk menjalankan rutin dan sesi perbualan pagi bersama guru. Di ruangan ini juga sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Kebanyakan aktiviti di bilik darjah prasekolah banyak menggunakan ruangan ini memudahkan guru untuk mengawal bilik darjah. (f) Kedudukan meja guru dan rak fail. Meja guru dan rak fail diletakkan di sudut bilik darjah memudahkan guru melihat pergerakan murid-murid dalam bilik darjah dari sudut yang lebih luas.

Kunci utama pengurusan bilik darjah yang baik; o Pastikan kawasan tumpuan bebas daripada sesakan. o Pastikan bahawa kesemua muridmurid boleh dilihat oleh guru. o Simpan ABM dan peralatan mengajar yang sering digunakan di tempat yang mudah. o Pastikan bahawa murid boleh melihat persembahan pengajaran dan bahan pameran. o Jangan meletakkan meja atau perabot lain di hadapan pintu ataupun tempat lain yang menjadi tumpuan. o Cuba elakkan daripada murid mengahadap sumber gangguan; tingkap ataupun bahan pameran yang menarik perhatian. o Pastikan ada ruang yang mencukupi di antara murid supaya guru boleh menghampiri murid untuk membantu mereka semasa menjalankan aktiviti P&P. o Pastikan bilangan meja dan kerusi mencukupi dan sentiasa mengganti dan memperbaiki perabot yang telah rosak.

You might also like