You are on page 1of 2

Senaraikan bahan-bahan visual yang boleh anda gunakan dalam

bilik darjah dan perincikan penggunaannya didalam pengajaran dan


pembelajaran.

1. Model
-menggunakan perwakilan 3D bagi bahan-bahan sebenar
-boleh berbentuk sama saiz dengan objek sebenar atau lebih kecil
-satu konstruk yang membantu murid memahami sistem dunia
sebenar
-contohnya dalam subjek pendidikan Islam tajuk rukun haji,untuk
memudahkan pemahaman murid tentang topik ini sebuah model
dicipta khas seperti berikut

2. Gambar

-bahan visual 2D
-boleh diperoleh daripada majalah,surat khabar,poster,poskad
atau internet
-membantu guru menerangkan sesuatu yg mungkin sukar
untuk dihuraikan dengan perkataan
-dapat membantu murid lemah untuk faham sesuatu walaupun
mengalami masalah pembendaharaan kata semasa membaca
-cara penggunaan: guru boleh memulakan sesuatu topik
pembelajaran,semasa dlm peringkat perkembangan atau pada
penutup pembelajaran.gambar mestilah bersaiz besar supaya
semua murid boleh melihatnya
-tarik perhatian murid kepada gambar untuk mereka
mentafsirkannya dan memahami mesej yg hendak disampaikan

3. Bahan bercetak

- merangkumi asas dalam pengajaran bilik darjah yang


merangkumi buku teks, buku rujukan, panduan guru dan
pelajar, lembaran kerja serta bahan-bahan bercetak yang
disediakan oleh guru
-bahan sokongan kepada guru dalam bilik darjah.
contohnya:guru mengedarkan lembaran kerja untuk murid
menyiapkannya bagi menguji pemahaman.

4. menayangkan slide/filem

-ditayangkan oleh guru menggunakan peralatan dan aplikasi


untuk tayangan
-slide yg ditayangkan melalui LCD mestilah bewarna-warni atau
ceria untuk menarik perhatian murid
-slide atau filem pendek yang dipaparkan berkaitan dengan
topik pembelajaran
contoh:menayangkan keratan filem kartun upin ipin yg
berkaitan dengan topik adab makan dan minum sebagai bahan
rangsangan bagi murid

You might also like