You are on page 1of 2

1.

Apakah perbezaan antara hamparan elektronik dengan hamparan bukan


elektronik? - 1 jam
2. Bagaimanakah anda menarik perhatian murid atau penonton lain kepada
persembahan elektronik yang digunakan? -1 jam
JAWAPAN
SOALAN 01 : Perbezaan Antara Hamparan Elektronik Dengan Hamparan Bukan
Elektronik
Hamparan Elektronik Hamparan Bukan Elektronik
 Digunakan hanya untuk  Memiliki pelbagai kegunaan,
menguruskan dan menganalisis bukan sahaja berkaitan dengan
data data seperti menghasilkan
 Hanya berorientasikan teks, iaitu dokumen atau slaid
abjad dan angka. pembentangan.
 Hanya didapati dalam bentuk  Bagi berorientasikan teks, grafik
Workbook. Ia terdiri daripada dan multimedia. Namun, ada juga
worksheet dan cell sahaja. hamparan yang hanya
 Satu-satunya format bagi berorientasikan data dan
extension file yang dihasilkan hubungan.
ialah .xlsx.  Terdapat dalam pelbagai bentuk
 Contoh aplikasi yang merupakan khususnya halaman kertas,
hamparan elektronik ini ialah laporan, boring, kuiri dan slaid
Microsoft Excel, Lotus 123 dan persembahan multimedia.
Quatro Pro.  Format bagi extension file yang
dihasilkan ialah .docx, .pptx
dan .accdb.
 Contoh aplikasi termasuklah
Microsoft Word, Microsoft
Powerpoint, Microsoft Excel serta
Microsoft Access.

SOALAN 2:
Terdapat pelbagai cara yang dapat saya usahakan untuk menarik perhatian
murid atau penonton lain kepada persembahan elektronik yang digunakan.
Kebanyakan persembahan elektronik yang saya buat adalah dengan menggunakan
aplikasi Microsoft Powerpoint. Aplikasi ini memiliki pelbagai filtur yang membantu
saya dalam menghasilkan pembentangan elektronik yang menarik.
Antara cara yang saya lakukan kepada untuk menarik perhatian ialah saya
menghasilkan latar belakang yang menarik pada setiap slaid pembentangan saya.
Latar belakang yang saya hasilkan itu adalah berwarna-warni cerah dan bersesuaian
dengan slaid pembentangan saya. Kadang-kadang, saya akan meletakkan hiasan-
hiasan yang menarik, bersesuaian dan tidak mengganggu maklumat-maklumat yang
tercatat pada setiap slaid pembentangan saya.
Selain itu, saya juga menggunakan huruf yang memiliki ciri berlainan
khususnya fon, saiz dan warna pada beberapa slaid pembentangan. Seterusnya,
saya turut menggunakan filtur Shapes yang bersesuaian dari segi warna dan saiz
untuk menunjukkan sesuatu simbol untuk menerangkan sesuatu maklumat pada
slaid-slaid pembentangan saya.
Saya juga meletakkan beberapa gambar yang bermaklumat dan berkaitan
dengan topik yang dibincangkan dalam pembentangan saya ini. Kebanyakan gambar
tersebut adalah bersumberkan Internet. Namun begitu, saya turut menyusun semua
objek (gambar, bentuk dan perkataan) dengan teratur mengikut kedudukan yang
bersesuaian dan strategik.
Di samping itu, saya juga menggunakan filtur Slide Transitions dan Animations
untuk memberi kesan-kesan pergerakan yang menarik kepada beberapa objek yang
tertentu dalam slaid-slaid pembentangan. Ini bertujuan untuk mengelakkan para
murid berasa bosan sewaktu belajar sesuatu maklumat dengan pembentangan yang
saya buat di samping memberi gambaran yang lebih luas kepada mereka terhadap
suatu proses yang berkaitan maklumat berkenaan.
Sehubungan dengan itu, saya turut menggunakan filtur grafik SmartArt untuk
menghasilkan peta pemikiran atau peta minda yang berbagai jenis, bentuk dan
warna. Ciri-ciri grafik ini amat berguna untuk para murid memahami sesuatu
maklumat yang dipelajari dengan lebih berkesan dan jelas.
Kesan daripada usaha-usaha saya ini, murid-murid saya akan mudah
memahami dan menumpukan perhatian kepada setiap maklumat yang saya
bentangkan sewaktu mengajar mereka dengan pembentangan saya ini. Mereka juga
dapat membentuk minat dan motivasi. Hal ini demikian kerana otak manusia mampu
bertindak balas kepada rangsangan visual dengan lebih baik.

You might also like