You are on page 1of 7

2020102310197 GCI 1022

BAHAGIAN A

SOALAN 01

Tidak syak lagi bahawa pada tahun 2020, seluruh dunia telah diancam
dengan pendemik virus COVID-19 yang amat berbahaya kepada kesihatan umat
manusia sehingga memberi kesan dalam pelbagai sektor khususnya sektor
pendidikan di seluruh negara. Tidak terkecuali juga bahawa pandemik tersebut
telah memberi pelbagai implikasi kepada peluang pendidikan di tanah air kita
Malaysia. Dengan erti kata lain, pelajar-pelajar sama ada di dalam dan di luar
negara terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang baharu
dalam perjuangan mereka untuk menuntut ilmu yang kepelbagaian.

Antara implikasi pandemik ini kepada peluang pendidikan yang melibatkan


pelajar di luar dan di luar negara ialah berlakunya penutupan kebanyakan
sekolah, institut pengajian tinggi, kolej dan universiti di seluruh dunia. Hal ini
demikian kerana larangan berkumpul yang dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) kepada warga dunia untuk melakukan apa jua perkara
termasuk menuntut ilmu. Ini bermakna para pelajar dan pendidik untuk tidak
boleh untuk berkumpul di kawasan-kawasan yang khas dan tertentu untuk
menjalani proses pembelajaran bagi subjek masing-masing. Akibatnya, hampir
semua program pembelajaran khususnya program pada peringkat internasional
untuk para pelajar dan pendidik terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Maka,
proses penyebaran ilmu turut tergugat. Tambahan pula, warga pelajar dan
pendidik juga menghadapi masalah dalam melibatkan diri dalam semua kerja
khusus dan peperiksaan yang wajib dijalankan dalam kursus masing-masing.

Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyahut seruan


Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) yang menjalankan pelbagai usaha untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan sektor pendidikan seluruh dunia. Menurut
UNESCO, pihak berkenaan telah mengesyorkan penggunaan program

1
2020102310197 TSL1034

pembelajaran jarak jauh dan membuka aplikasi dan platform pendidikan yang
boleh digunakan oleh para warga pelajar dan pendidik untuk mencapai satu
sama lain walaupun saling berjauhan. Melalui langkah-langkah sedemikian,
gangguan pendidikan yang dialami warga penuntut ilmu dapat diminimumkan.

Dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah


memperkenalkan proses pembelajaran secara di atas talian (online) dan
menguatkuasakannya di semua sekolah, kolej, universiti dan menjelang
kuarintin akibat pandemik COVID-19. Hal ini demikian kerana proses
pembelajaran secara di atas talian (online) turut diperkenalkan dan dipraktikkan
di luar negara Malaysia sekali gus menjadi trend pembelajaran abad ke-21 yang
terkini Malahan juga, proses pembelajaran seperti ini merupakan langkah
alternatif dan efektif untuk membantu semua untuk meneruskan kegiatan
menuntut ilmu dalam kursus masing-masing. Sebagai contoh, Kementerian
Pendidikan Malaysia mengarahkan untuk setiap warga mahasiswa dan warga
pendidik di semua institut pengajian tinggi untuk memiliki akaun Google yang
telah disediakan oleh pihak bertanggungjawab untuk melayari aplikasi
komunikasi di atas talian seperti Zoom, Google Classroom dan Google Meet bagi
menjalankan kerja khusus, tugasan dan pentafsiran yang dirancang oleh pihak
institut masing-masing. Kementerian tersebut juga mengarahkan mereka untuk
menyediakan peranti elektronik iaitu telefon pintar dan komputer diikuti rangkaian
Internet yang sebaiknya untuk proses pembelajaran tersebut.

Namun begitu, tidak semua warga pelajar di luar yang mampu untuk
menyediakan peranti-peranti elektronik bagi tujuan pendidikan khususnya bagi
yang berada di kawasan pedalaman. Malahan juga, terdapat juga sebahagaian
pelajar yang mengalami masalah kewangan dan rangkaian Internet yang tidak
baik di tempat tinggal mereka. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, terdapat
pelbagai langkah alternatif yang boleh mereka ambil termasuklah, menghantar
nota-nota kuliah dan tugasan melalui pos dan mencari inisiatif untuk ke pusat-
pusat internet atau ke institusi pengajian yang terdekat untuk menggunakan

2
2020102310197 TSL1034

kemudahan ICT. Hasilnya, pelajar-pelajar yang mengalami masalah-masalah


sedemikian mampu menyertai proses pembelajaran mereka dan tidak
ketinggalan dalam pelajaran. Akan tetapi, bagi pelajar yang mengambil kursus di
luar negara Malaysia mungkin mengalami masalah untuk mengepos hasil
kerjanya ke institut pengajian tinggi di luar negara kerana memerlukan kos yang
tinggi dan masa yang banyak untuk sampai ke institut berkenaan. Malah,
tindakan itu juga memiliki risiko kerana berkemungkinan hasil kerja itu tidak akan
sampai ke institut tersebut.

Seterusnya, implikasi yang seterusnya adalah melibatkan waktu proses


pembelajaran yang dirancang oleh warga pelajar dan pendidik ketika berada di
negara-negara yang berlainan zon waktu. Hal ini demikian kerana waktu siang
dan malam di setiap negara adalah berbeza termasuklah di Malaysia. Maka
katakanlah, sekiranya ada seseorang pendidik dari luar negara mahu
mengadakan sesi kuliah pada waktu pagi di negaranya, maka pelajar-pelajarnya
perlulah menghadiri sesi tersebut meskipun negara yang didudukinya berada
pada waktu malam. Disebabkan perkara ini pelajar-pelajar tersebut merasakan
perkara ini adalah membebankan kerana mengganggu tidur mereka ketika
berada di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, kesihatan pelajar boleh
tergugat kerana tidak mendapat tidur yang cukup. Tegasnya, perkara ini
sememangnya perlu diselesaikan supaya tidak membebankan para warga
pelajar dan pendidik di luar dan dalam negara Malaysia serta proses
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar meskipun berlainan zon waktu.

Sehubungan dengan itu, implikasi selanjutnya ialah kuantiti wang yang


diperlukan untuk beberapa pelajar di luar dan negara bagi menampung
kehidupan di negara-negara yang diduduki khususnya di luar negara Malaysia.
Wang yang diperlukan adalah amat tinggi serta berggantung kepada mata wang
sesebuah negara yang diduduki mereka untuk membiayai kegunaan belajar dan
keperluan hidup seperti makanan dan tempat tinggal. Jika mereka tidak memiliki
wang yang mencukupi untuk menampung kehidupannya di negara-negara yang

3
2020102310197 TSL1034

diduduki mereka, mereka mungkin akan mengalami masalah dalam menanggung


kos belajar dan keperluan hidup mereka di negara-negara berkenaan.

Akhir sekali, kekurangan dan ketiadaan infrastruktur atau kelengkapan


untuk para warga pendidik dan pelajar di luar dan di dalam negara juga
merupakan implikasi pandemik COVID-19. Hal ini demikian kerana sektor
pendidikan di negara Malaysia adalah tidak selaras dan berbeza dengan sektor
pendidikan di luar negara dari pelbagai aspek. Oleh itu, semua kelengkapan tidak
mudah didapati di Malaysia dan hanya boleh didapati di negara-negara luar.
Akibatnya, sebilangan pelajar yang mengambil kursus luar negara dan
memerlukan keperluan belajar yang tertentu tidak mampu melakukan
demonstrasi, pembentangan, tugasan serta kerja khusus sekiranya kerana tidak
mampu menyediakan kelengkapan tersebut sewaktu diminta oleh pendidiknya.
Sekali gus, pelajar tersebut akan ketinggalan dalam kursusnya.

Sebagai kesimpulan, meskipun pandemik COVID-19 berlaku secara tiba-


tiba di pelusuk dunia, namun perkara sedemikian bukanlah alasan untuk semua
pelajar untuk menuntut ilmu dalam mengejar kejayaan akademik dan cita-cita
yang ingin dikecapi. Oleh sebab itu, pihak kerajaan seharusnya berusaha untuk
membantu pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar dan di dalam negara kita
yang berlainan kursus dalam menuntut ilmu sepanjang pandemik COVID-19
yang berlaku di seluruh dunia supaya dapat melahirkan generasi yang ilmiah
untuk masa depan negara.

SOALAN 02

Rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan isu pencerobohan sempadan


laut dan keselamatan di kawasan perairan Pantai Timur Sabah. Isu ini berpunca
daripada pelbagai kegiatan penjenayah daripada negara jiran khususnya Filipina
yang tiba di kawasan tersebut sehingga pihak berkuasa perlu mengambil
tindakan keras untuk membanteras kegiatan mereka dan mengusir mereka
daripada perairan berkenaan. Sehubungan dengan itu, isu yang masih

4
2020102310197 TSL1034

berleluasa pada hari ini juga telah mengakibatkan kebimbangan penduduk di


kawasan perairan tersebut sekali gus menjejaskan ekonomi, sosial dan
pendidikan penduduk di negeri tersebut.

Dari segi ekonomi penduduk berkenaan, hasil pendapatan penduduk


khususnya yang bekerja misalnya sebagai peternak binatang, petani dan nelayan
di kawasan-kawasan perairan Pantai Timur Sabah yang diceroboh penjenayah
luar negara akan terjejas disebabkan huru-hara dan kekacauan berlaku di
kawasan tersebut memusnahkan punca rezeki mereka. Malah, sumber keluaran
seperti hasil perternakan, pertanian dan lautan turut terjejas dan tidak mampu
dikeluarkan untuk diedarkan di pasaran luar negeri Sabah. Akibatnya,
permintaan keluaran daripada kawasan perairan tersebut akan berkurang dan
sukar untuk dipenuhi. Pada masa yang sama, proses kemasukan barang-barang
daripada pasaran luar kawasan perairan itu juga akan tergugat. Tidak dilupakan
juga penduduk yang ditindas oleh penceroboh di kawasan peraiaran tersebut
turut akan mengalami kesengsaraan dan kemiskinan kerana wang dan harta
berharganya dirampas.

Contoh peristiwa yang melibatkan gangguan ekonomi ini adalah peristiwa


krisis pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013. Peristiwa ini melibatkan
pertempuran antara kira-kira 235 orang penceroboh yang menggelarkan diri
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara orang dengan
Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia. Akibat daripada
pertempuran yang menggemparkan ini, banyak harta benda dan tempat tinggal
telah musnah.

Bagi memperbaiki ekonomi di Lahad Datu, kerajaan Malaysia memberi


bantuan RM 1000.00 Malaysia kepada warga yang terlibat dalam krisis
pencerobohan Lahad Datu. Selain itu, kerajaan Malaysia juga turut memberikan
bantuan dalam bentuk pembinaan semula kediaman dan premis perniagaan
yang musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh para
pengganas di daerah negeri Sabah tersebut. Malahan juga, kerajaan Malaysia
5
2020102310197 TSL1034

juga memberi pinjaman dari segi kewangan kepada mereka yang mengalami
kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.

Seterusnya, dari segi sosial pula, suasana masyarakat yang tinggal di


kawasan perairan itu akan menjadi tidak tenteram dan tidak selamat kerana
kegiatan jahat yang dijalankan oleh penceroboh-penceroboh khususnya
merompak, memusnahkan harta benda dan tempat tinggal serta peras ugut.
Malah, penduduk kampung yang tinggal di kawasan perairan itu juga akan
ketakutan kerana dijadikan sebagai tebusan oleh penceroboh-penceroboh asing
yang sekali gus mengancam nyawanya dan ahli keluarganya. Sebagai contoh, Di
samping itu, para penduduk akan diselubungi dengan trauma kerana
pembunuhan, penyeksaan dan kekejaman yang dijalankan oleh para
penceroboh.

Akhir sekali, dari segi pendidikan, penduduk akan menjadi sangat risau
untuk melepaskan anak-anaknya yang terdiri daripada guru dan murid sekolah
ke sekolah mereka masing-masing kerana bimbang akan diculik dan diancam
oleh penceroboh-penceroboh yang berada di kawasan perairan tersebut.
Malahan juga, murid-murid juga akan mengalami ketakutan. Malah, tindakan
keganasan disebabkan para penceroboh dan pertempuran yang melibatkan
pihak berkuasa dengan penceroboh-penceroboh tersebut turut merosakkan
beberapa buah sekolah dan pusat pengajian yang terdapat di kawasan perairan
tersebut. Kesannya, proses pembelajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan di
sekolah dan pusat pengajian terjejas dan kawasan sekolah dan pusat pengajian
yang rosak perlu diperbaiki semula melalui bantuan yang disumbangkan oleh
pihak kerajaan Malaysia. Perkara ini sekali gus memundurkan masyarakat
kampung yang tinggal berhampiran serta menggugat program-program
pendidikan yang mahu diadakan di sekolah dan pusat pengajian tersebut.

Maka, beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia dalam
usaha menangani masalah pencerobohan dan keselamatan perairan negara
sekali gus mengelakkan peristiwa pencerobohan di perairan Pantai Timur Sabah
6
2020102310197 TSL1034

daripada belaku sekali lagi. Pertama sekali, pihak berkuasa di negara Malaysia
khususnya Kementerian Pertahanan Negara perlulah mengetatkan kawalan
keselamatan di setiap kawasan perairan di seluruh negara. Hal ini bertujuan
untuk menjaga keselamatan harta benda dan semua penduduk yang tinggal
berhampiran kawasan-kawasan perairan tersebut di samping memastikan
kegiatan pencerobohan dapat dicegah dan dibanteras di kawasan-kawasan
perairan tersebut. Selain daripada itu, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
juga perlulah melakukan pemeriksaan di setiap lautan Malaysia untuk memantau
sekiranya wujud apa jua kegiatan jenayah yang mampu mengancam keamanan
di setiap kawasan perairan negara kita. Dengan ini, kegiatan jahat seperti aktiviti
penyeludupan barang larangan dan pencerobohan lanun dapat dikesan dan
dibanteras sebelum tiba di mana-mana kawasan perairan Malaysia.

Di samping itu, pihak imegresen dan PDRM perlulah memainkan peranan


dalam mencari, mengenalpasti dan memberkas penceroboh yang menyamar
sebagai penduduk Malaysia di setiap kawasan perairan negara kita dengan
memeriksa kad pengenalan penduduk yang tinggal berhampiran. Pihak-pihak
berkenaan juga perlulah berkerjasama dalam membanteras barang-barang
seludup yang dibawa masuk serta kawasan-kawasan penginapan yang dibina
oleh penceroboh-penceroboh sewaktu tiba di mana-mana kawasan perairan di
negara kita secara haram.

Kesimpulannya, sekiranya isu pencerobohan dan keselamatan di peairan


Pantai Timur Sabah, maka sudah pasti kekacauan dan kadar kematian serta
kerugian di kawasan tersebut akan semakin meningkat sehingga menggugat
kestabilan negara dan merosakkan masa depan negar. Oleh itu, bagi
mengelakkan mimpi ngeri itu daripada menjadi kenyataan, para rakyat Malaysia
perlulah berganding bahu bersama-sama dengan pihak kerajaan dan tekun
dalam mempertahankan keselamatan negeri-negeri Malaysia daripada diserang
oleh golongan penceroboh asing yang berusaha untuk menggugat keamanan
dan kestabilan negara kita yang kita cintai.

You might also like