You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/357528031

Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran

Article · January 2022

CITATIONS READS

4 91,062

2 authors, including:

Khairul Jamaludin
Universiti Kebangsaan Malaysia
60 PUBLICATIONS 278 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Khairul Jamaludin on 03 January 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran


Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(Impact And Challenges Of Implementation Current Online Teaching
And Learning Movement Control Order)
Nilavani A/P Mahalingam1*, Khairul Azhar Jamaludin1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p105836@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)
merupakan suatu pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang tidak pernah mengajar
dan belajar dalam talian. Pembelajaran secara berhadapan muka terpaksa bertukar kepada
pembelajaran atas talian disebabkan PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia. Pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah diamalkan untuk menggantikan
pembelajaran secara berhadapan muka di dalam bilik darjah. Tujuan kertas konsep ini adalah
untuk mengenalpasti impak dan cabaran yang dilalui oleh pendidik dan murid semasa pkp
dilaksanakan di seluruh Malaysia. Bagi memenuhi tujuan kertas konsep ini beberapa kajian
lepas telah dianalisis secara mendalam. Pelaksanaan pdp atas talian memberi impak dan
cabaran kepada murid dan pendidik. Dapatan yang diperolehi menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran atas talian memberikan impak positif dan negatif kepada pendidik dan murid.
Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh pendidik dan murid semasa pengajaran pembelajaran
dilaksanakan sepenuhnya atas talian.

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran atas talian, impak, cabaran

Abstract: Teaching and learning (PdP) during movement control command (PKP) is a rather
challenging first experience for those who have never taught and learned online. Face -to -
face learning had to change to online learning due to PKP being implemented throughout
Malaysia. Online home teaching and learning (PdPR) has been practiced to replace face -to -
face learning in the classroom. The purpose of this concept paper is to identify the impact and
challenges experienced by educators and students during the implementation of pkp
throughout Malaysia. To fulfill the purpose of this concept paper several previous studies have
been analyzed in depth. The implementation of online pdp has impacts and challenges for
students and educators. The findings show that online teaching and learning has a positive and
negative impact on educators and students. Various challenges have been faced by educators
and students while the teaching of learning is implemented entirely online.

Keywords: Online teaching and learning, impact, challenges


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia (2020), alam telah menyaksikan dengan
penularan Novel koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan semua sektor kehilangan
kekuatan untuk meneruskan rutin hariannya. Menurut Lekhraj Rampal, (2020); Rohayati

104
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Junaidi et al.(2020) pandemik Covid-19 menjadi penyebab bagi virus SARS-CoV-2


merupakan risiko yang sangat besar dan memberi impak terhadap sosioekonomi. Bidang
pendidikan sama ada pada tahap prasekolah, tahap rendah, tahap menengah mahupun tahap
pengajian tinggi. Ketika situasi ini melanda di Negara kita, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan gabungan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan tindakan yang
sewajarnya dengan menutupkan semua kemudahan pendidikan bagi memutuskan rangkaian
COVID -19 terus menular (Mohd Rohiman Subri, 2021). Bertitik tolak daripada hal ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyebarkan surat pekeliling KPM Bilangan
3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan Covid -19 bertarikh 27 Mac 2020
bagi menjamin pembelajaran murid tidak terjejas (Garis Panduan Pendidikan Pembukaan
Semua Sekolah KPM, 2020). Bagi menentukan pembelajaran murid tidak tergendala sewaktu
tempoh PKP ini, pendidik telah memberi arahan untuk melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPr), secara dalam talian ataupun luar talian mengikut ketahapan
pendidik dan murid.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO,2020) menyerukan penjarakan sosial dan penjagaan


kebersihan diri merupakan perkara yang sangat ditekankan kepada masyarakat di Malaysia.
Setiap individu disarankan untuk duduk di rumah dan jangan sesekali keluar dari rumah
sekiranya tiada urusan penting (WHO,2020). Keadaan ini merupakan keadaan yang luar biasa
yang tidak pernah lalui oleh masayarakat Malaysia. Keadaan tidak biasa atau kebiasaan terkini
yang berlangsung ini mengutamakan tindakan dan langkah yang tidak biasa (Sandeep
Krishnamurthy,2020). Kesudahannya, kegiatan pembelajaran berhadapan muka tidak dapat
dilakukan dan secara tidak langsung pembelajaran atas talian telah diutamakan.

Pembelajaran atas talian semasa pandemik merupakan kaedah baru dalam pengajaran yang
membolehkan pendekatan bertumpu kepada pendidik diubah kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Konsep pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran adalah
pengaruh dalam proses perubahan pendidikan tradisional ke dalam bentuk alam maya, baik
kandungan dan kaedah (Mohd Fairuz Jafar, 2021). Dalam tempoh tersebut, para pendidik di
Malaysia telah mengambil tindakan secara melakukan pengajaran dan pembelajaran (pdp)
secara dalam talian. Menurut Windhiyana (2020), menjelaskan bahawa pembelajaran dalam
talian menjadi medan pembelajaran secara maya dalam membentuk satu komunikasi antara
pendidik dan murid. Zhu et.al. (2020) pembelajaran atas talian dapat melahirkan tingkah laku
yang positif dalam kalangan murid.

Pada abad ke-21, pendidikan telah mengalami perubahan sejajar dengan kemajuan teknologi
semasa. Pembelajaran sebelum pandemik hanya berlaku di dalam bilik darjah dan pengajaran
menjadi lebih fleksibel dengan menggunakan medium teknologi. Sehubungan dengan itu,
sekolah dan institut Pendidikan tinggi (IPT) serta menukarkan cara dan strategi
pengaplikasikan pengajaran atas taliannya. Hal ini demikian kerana ia adalah keputusan ideal
dalam menjelang keadaan yang mengancam situasi pembelajaran ini. Walaupun murid berada
berjauhan pendidik dan pensyarah menggunakan segala kreativiti mereka untuk
berinteraksinya. (Mohd Fairuz et al., 2020).

Penggunaan teknologi di peringkat sekolah dan pengajian tinggi telah digunapakai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti e-learning, blend learning dan mobile learning.
Teknologi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa memudahkan sesuatu proses PdP
serta menarik minat murid dan menjimatkan masa. Namun begitu, terdapat beberapa halangan
dalam menyokong pengalaman pengajaran dan pembelajaran secara atas talian seperti

105
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kekurangan kemudahan peralatan dan sambungan rangkaian internet (Noriyani, 2017).


Menurut Zhu (2020) wabak covid-19 telah menwujudkan jurang digital pendidikan di antara
murid bandar dan luar bandar di negara China. Kekurangan peralatan teknologi menyebabkan
hampir separuh murid di luar bandar tidak mengambil bahagian dalam murid atas talian.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online learning) terus berkembang dan memainkan
peranan penting dalam pendidikan di Malaysia (Gunawan et al. 2020). Dunia pendidikan dalam
era pandemik ini telah mula menuju ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang
menggunakan pelbagai aplikasi yang sedia ada. Pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan
dalam talian merupakan satu cara aktiviti akademik yang disalurkan melalui penerapan
teknologi digital dan internet dan yang kini dipelbagaikan semula sebagai pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) di Malaysia. Perkara yang menyalurkan ini memerlukan
saluran yang mempunyai tulisan, grafik visual, perkataan, animasi, video serta audio. PdPR
dalam talian adalah berlandaskan sumber dan peralatan teknologi komputer. Shirley Anne
(2019) yang mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai pembelajaran
secara tatap muka yang menggunakan perantaraan peralatan komputer dimana murid-murid
dapat melihat dan mendengar murid lain dari jarak jauh. Dalam pada masa yang sama, pendidik
dan murid juga perlu berhadapan cabaran- cabaran dalam menjalankan PdPR secara dalam
talian (Losius Goliong et. al, 2020).

Penyelidik Muhammad et al. (2016) menyatakan bahawa PdPR dalam talian adalah
penggunaan pelbagai alat teknologi yang berasaskan web untuk pendidikan. Oleh itu, PdPR
dalam talian telah berkembang dengan pesat kerana terdapat banyak kelebihan seperti
fleksibiliti, kebolehcapaian internet dan keberkesanan kos (Naveed et al. 2018). Kelebihan ini
dapat mengubah pendidikan ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat yang mendorong
murid supaya lebih kreatif dalam mengakses pelbagai sumber pengetahuan.

Di samping itu, institusi pendidikan melaksanakan teknologi PdPR dalam talian untuk
meningkatkan komunikasi antara murid dan tenaga pengajar agar perkongsian ilmu
pengetahuan serta memperkukuh komuniti pembelajaran untuk mencapai objektif (Basak et al.
2016). PdPR dalam talian adalah asas kepada perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (Fauzan et al. 2019). Oleh itu, penyelidikan untuk mengkaji keberkesanan PdPR
dalam talian telah meningkat dalam dua tahun kebelakangan ini. Suharyanto et al.(2016)
berpendapat menggunakan kaedah PdPR dalam talian, pendidik dapat meningkatkan minat
berkomunikasi dengan murid di luar jadual kuliah. Penggabungan teknologi memberikan masa
yang lebih bermanfaat kepada murid melalui kaedah pengajaran ini (Gajanan, 2020).
Fenomena ini menunjukkan bahawa transformasi pantas dalam dunia pendidikan dapat
meneruskan PdPc dalam talian (Rusdiana et al. 2020). Menurut Cassidy (2016), persekitaran
PdPR dalam talian adalah sistem berasaskan web yang menyediakan alat dan aplikasi perisian
dalam proses pembelajaran. Manakala Bdiwi et al.(2019) memberitahu bahawa pembelajaran
dalam talian berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mana kaedah
segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous) boleh digunakan.

Penggunaan pembelajaran atas talian sememangnya lebih mudah digunakan dalam


pembelajaran secara maya. Pembelajaran atas talian menjadikan strategi pembelajaran secara
elektronik dan digital di mana pendidik dan murid tidak perlu melakukan komunikasi secara
berhadapan muka (Abd.Kadir,2016). Pembelajaran atas talian dalam pengajaran dan
pembelajaran merupakan sangat penting bersamaan dengan kemajuan dunia pendidikan yang

106
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

moden ini. Tambahan lagi, kandungan pembelajaran juga lebih mudah untuk dilayari dengan
cepat dengan waktu yang singkat dan tanpa sempadan, malah ia juga mempunyai pelbagai
sumber rujukan termasuk daya tarikan yang menarik dari segi penggunaan multimedia dan
grafik.

Menurut Ainee, Harlina dan Zubaidah (2019) pembelajaran atas talian merupakan komunikasi
dua hala antara murid dengan menggunakan pembelajaran berasaskan komputer. Manakala,
Hazwani, Noor Raudhiah dan Norziah (2017) dalam kajiannya menyatakan bahawa tidak
semua murid mendapat kelebihan dalam penggunaan pembelajaran atas talian kerana
pembelajaran ini menekankan adat pembelajaran yang lebih berkesan sehingga penggunaanya
sanggup menyakinkan murid untuk belajar dengan kendiri. Pembelajaran atas talian
menggunakan cara pembelajaran secara aktif ( Faridah dan Afham (2019) Selain itu, pendapat
ini bertepatan dengan kajian Herman dan Surjono (2015), yang menerangkan tentang
pembelajaran atas talian dapat melahirkan sistem pembelajaran yang mudah berubah dan
meluas. Justeru itu, murid menjadi kian senang untuk memastikan waktu dan tempat yang
sesuai untuk belajar kerana mereka tidak perlu hadir ke satu tempat dan waktu yang tertentu.
Kajian ini memberi tumpuan kepada impak dan cabaran dalam sepanjang proses PdPR dalam
talian berlangsung yang diterapkan di peringkat sekolah rendah dan menengah yang
memerlukan pendidik dan murid terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
jarak jauh. KPM telah membangunkan satu platform pembelajaran digital yang digunakan
di sekolah iaitu Portal DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) pada Julai
2019 untuk memudahkan penpendidiksan PdPR dalam talian antara murid dan pendidik secara
lebih sistematik.

4. Impak Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian

4.1 Impak Positif kepada Murid dan Pendidik


Antara impak positif yang diperolehi ialah menjadikan pengajaran pendidik dan pembelajaran
murid membentuk suatu perisian yang melibatkan elemen pendidikan yang interaktif.
Menurut Abd Hakim et al. (2018) dalam Hashim et al. (2020) yang menerangkan bahawa
kitaran pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi dan berbentuk pengajaran
interaktif dan pembelajaran sebegini lebih diminati oleh murid kerana pembelajaran interaktif
tersebut bersifat kreatif, inovasi dan menarik malah boleh diakses di mana-mana sahaja.
Oleh itu, dengan mengusahakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia
menjurus kepada permulaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) yang
menggunakan medium pembelajaran atas talian, ia sebenarnya merupakan suatu peluang
kepada pendidik untuk mengaplikasikan pelbagai bentuk pembelajaran yang berbentuk
interaktif dan inovatif. Hal ini disebabkan, pendidik kurang berpeluang untuk menggunakan
medium pengajaran dan pembelajaran atas talian ketika pdp berlaku secara berhadapan
muka. Kenyataan ini boleh dirujuk apabila murid di sekolah tidak mempunyai akses
internet sepenuhnya berbanding ketika di rumah. Hal ini boleh dijelaskan lagi dimana
infrastruktur di sekolah iaitu di dalam kelas tidak mengandungi sistem pembelajaran yang
berbentuk interaktif disebabkan infrastuktur atau kelengkapan sistem pembelajaran atas talian
yang tiada di dalam kelas.

Seterusnya, impak positif yang didapati hasil dari pembelajaran atas talian kepada pendidik
ialah pendidik dapat menghasilkan bahan-bahan interaktif bagi bahan pengajaran pendidik
dengan kadar yang banyak. Fenomena pembelajaran atas talian hasil dari pandemik ini telah
mencetuskan satu gelombang baru kepada para pendidik secara umum (Hashim et al,2020).
Hal ini ditunjukkan apabila para pendidik perlu berusaha untuk menambahkan pengetahuan

107
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kecekapan dan penguasaan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi mereka ke tahap yang
lebih tinggi dan berkesan. Hashim et al. (2020), menyatakan juga kesan dari pandemik ini
menunjukkan perubahan yang besar dalam penggunaan teknologi digital dalam bidang
pendidikan. Kesan pembelajaran atas talian seperti aplikasi Youtube, Google Classroom,
Google Drive, Google Form dan Quizizz dalam pembelajaran dapat dimanfaatkan
(Mulatsih,2020). Kecekapan penggunaan aplikasi ini boleh dilihat melalui kajian daripada
Ishak et al.(2007), yang menunjukkan bahawa dalam penggunaan aplikasi Kahoot, seramai
86% murid yang terlibat dalam kajian mereka bersetuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif. Menurut kajian Mohd. Yusof dan Tahir (2017) juga
menunjukkan bahawa aplikasi media sosial dalam pembelajaran atas talian seperti Youtube
merupakan aplikasi yang menyenangkan murid melihat sesuatu perkara secara realistik dan
simulasi menerusi aplikasi tersebut juga merupakan medium yang menempatkan kedudukan
ketiga dalam kajian beliau iaitu faedah mengunakan laman sosial dalam pendidikan IPTA.
Justeru, pendidikan atas talian yang dilaksanakan kini iaitu semasa musim pandemik ini telah
membantu sistem pendidikan negara dalam menentukan cara pengajaran dan pembelajaran
dapat dipraktikalkan. Selain itu, kesan penghasilan bahan-bahan interaktif dan aplikasi
pembelajaran atas talian secara keseluruhannya menjadikan sektor pendidikan melakukan
transformasi dalam bidang ini menerusi revolusi 4.0 dengan baik dan meluas.

Tambahan pula, cara PdP yang diteruskan secara atas talian mampu menarik minat perhatian
murid dan menolong dalam memahami sesuatu isi dengan mudah serta cepat. Pendapat
Brodahl&Wathne (2016), menyokong pernyataan diatas yang mengatakan bahawa
pembelajaran atas talian menjadi lebih efisien, menyeronokkan, menarik minat murid dan ia
memberi keyakinan dan peluang kepada murid untuk menggunakan pengetahuan dan
kecekapan sambil dapat melibatkan diri secara aktif dan berkongsi pendapat dengan rakan lain.
Begitu juga dalam kajian Rahil Mohd Ghazali dan Harun Baharudin (2016), hasil keputusan
soal selidik bagi penggunaan penggunaan youtube dapat menarik perhatian murid dalam
pembelajaran Bahasa Arab. Berdasarkan keputusan min yang lengkap, penggunaan aplikasi
Youtube dapat meningkatkan minat murid keatas pembelajaran. Bahasa Arab berada pada
peringkat yang teratas. Hal ini kerana, pembelajaran dalam talian dilengkapi dengan sumber
digital yang akan membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih menarik (Saleh &
Rosli, 2020) dan sesuai dengan penerimaan murid terhadap sesebuah pembelajaran.

Tambahan lagi, Rossafri dan Shabariah (2011)) pembelajaran secara dalam talian memerlukan
penggunaan web dan jaringan internet. Pembelajaran atas talian juga dapat memperluaskan lagi
penggunaan teknologi dalam kalangan murid untuk melakukan perbincangan dalam
pembelajaran (Ab.Halim et al.,2020). Kaedah pembelajaran ini akan menggunakan sebuah
aplikasi atau perisian yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
maya. Penerapan teknologi dalam ekosistem pendidikan telah memberi peluang kepada
pengintegrasian proses pengajaran dan pembelajaran, memperkasa platform digital baharu dan
membantu murid dalam pembentukan kreativiti dalam pembelajaran (Zulkifli et al.,2020).
Muniroh,Siti Balqis,Ch’ng Pei Eng (2020) berpendapat bahawa persekitaran pembelajaran
yang ideal juga dapat memberikan pengalaman belajar yang berkualiti kepada para murid. Hal
ini kerana, kemudahan infrastruktur pembelajaran dalam talian ini saling kebergantungan, jika
tidak, aktiviti pembelajaran mungkin gagal untuk dilaksanakan (Mohd Nawi, 2020).

Oleh disebabkan pembelajaran secara atas talian menjadi satu amalan kepada setiap murid
lalu murid telah bersedia untuk mengamalkan norma baharu tersebut. Menurut Zhu et
al.,(2020), pembelajaran atas talian dapat menanamkan perilaku positif dalam kalangan
murid. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang memilih pembelajaran secara

108
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

tradisional berbanding pembelajaran berbantukan teknologi. Pembelajaran secara tradisional


lebih baik kerana pendidik wujud di hadapan mereka dan murid memerlukan bimbingan
daripada pendidik sebelum memulakan sesuatu aktiviti (Nurul Shida et al.2019). Murid-murid
harus mengetahui kesilapan yang dilakukan secara terperinci.

4.2 Impak Negatif kepada Murid dan Pendidik


Pelaksanaan pembelajaran atas talian didapati turut mendapat maklum balas yang negatif
apabila terdapat murid-murid yang tertekan akibat kurang bersedia menggunakan strategi
pembelajaran yang lain. (Panteli & Panaoura 2020). Menurut Mohd Fairuz et al. (2020), murid
tidak dapat mengadaptasikan diri melalui keadaan terkini malah lebih memberi keutamaan
dalam pembelajaran secara berhadapan muka. Pembelajaran atas talian selama se hari
tanpa kegiatan fizikal yang aktif telah mendatangkan rasa kebosanan kepada murid-murid
dalam memberi tumpuan terhadap pembelajaran atas talian. Bagi mencegah keadaan begini,
KPM telah pun memohon para pendidik untuk menggantikan cara pengajaran yang sesuai
yang boleh menarik perhatian dan mendorong murid untuk melakukan pembelajarannya. Siti
Balqis dan Muniroh (2020) menyatakan bahawa PdP yang tidak menarik perhatian boleh
menyebabkan murid-murid mempunyai tanggapan buruk terhadap pembelajaran atas talian.

Selain itu, keadaan yang berbeza ini telah mendatangkan kekhuatiran dan kerisauan dalam
golongan murid serta pendidik juga turut bersemuka dengan kegelisahan yang tersendiri
(Shazarina et al.2020). Hal ini kerana, walaupun pendidik bersemangat dalam menyediakan
bahan-bahan PdP yang menarik, namun jika tidak mempunyai penglibatan yng aktif dan
kesanggupan daripada murid lalu objektif sesi PdP yang dirancang tidak dapat memperolehi
dengan sempurna (Muniroh et al. 2020). Kenyataan ini bertepatan dengan Siti Balqis dan
Muniroh (2020) yang menerangkan mengenai penglibatan murid yang tidak memberi
kerjasama dengan pendidik dan masih belum bersedia dengan PdP atas talian

Tambahan pula, Muniroh et al. (2020) memberi pendapat tentang kesanggupan murid akan
melibatkan diri dalam keadaan PdP yang berbeza semasa pandemik Covid-19 bertimbal
sebelum ini kerana nyaris semua cara dan strategi PdP dilaksakan atas talian.. Beliau juga
menyatakan bahawa murid-murid memerlukan perangsang dan sokongan yang kukuh daripada
keluarga dan persekitarannya kerana pada ketika ini murid-murid berada dalam pertimbangan
ibu bapa secara sepenuhnya. Menurut pernyataan Mohd Fairuz et al. (2020), murid-murid
boleh dikuasai dengan faktor psikologi dari segi emosi, tekanan dan sikap. Hal ini kerana
batasan yang dihadapi oleh murid ketika murid-murid kesungguhan diri dengan mempunyai
semangat yang kukuh malahan keadaan menjadi punca penghalangnya.

5. Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian

5.1 Cabaran terhadap murid


Menurut Zamri & Anita (2020), kekurangan motivasi daripada ibu bapa menyebabkan motivasi
murid-murid turut berkurang nya untuk meneruskan pembelajaran atas talian. Hal ini kerana,
ibu bapa tidak menumpukan perhatian terhadap pendidikan anak-anak, makin mereka lebih
memberi keutamaaan terhadap pekerjaan dan pendapatan mereka sepanjang tempoh PKP.
Justeru, kurangnya sokongan dan dorongan daripada ibu bapa menjadi punca kepada
kekurangan motivasi murid dalam meneruskan pembelajaran atas talian. Maka, sebagai ibu
bapa perlu memahami kewajipan dan tanggungjawab mereka ke atas pembelajaran anak-anak
dengan menyediakan keperluan asas yang digunakan semasa pembelajaran atas talian serta
selalu mendorong anak-anaknya bagi mengikuti pembelajarannya kerana kini anak-anak
berada dalam peninjauan ibu bapa sepanjang pkp.

109
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Fairuz et al. (2020) mengenai kesediaan pembelajaran atas
talian semasa pandemik Covid-19, mendapati bahawa faktor sosioekonomi menjadi
penghalang kepada kesediaan murid dalam menerusi pembelajaran atas talian. Latar belakang
seseorang murid daripada keluarga kurang pendapatan isi rumahnya berbeza dengan latar
belakang seseorang murid, ibu bapanya berpendapatan lebih tinggi. Pernyataan ini mempunyai
bersaman dengan pendapat Buja et al. (2020), yang menyatakan bahawa pendapatan ibu bapa
terjejas menyebabkan ibu bapa lebih memberi keutamaan terhadap keperluan asas bagi
kehidupan mereka berbanding menyediakan kelengkapan pembelajaran anak-anak
mereka.Oleh itu, faktor sosioekonomi juga memberi kesan kepada pembelajaran atas talian
semasa pandemik ini.

Seterusnya, murid juga menghadapi masalah dalam peranti digital pintar untuk mengikuti kelas
secara dalam talian. Menurut Anuar (2020), PdPR atas talian bersemuka dengan dua halangan
utama iaitu kemampuan ibu bapa menyediakan gajet seperti komputer peribadi serta tablet,
tiada capaian internet, lemah atau tidak stabil. Ini menunjukkan bahawa kemudahan akses
pembelajaran secara atas talian amat diperlukan oleh murid agar mereka tidak keciciran. Hal
ini demikian kerana UNICEF (2020) menunjukkan seramai 9 daripada 10 kanak-kanak
menggunakan telefon bimbit sebagai peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian manakala 8 daripada 10 orang kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada komputer.
Kebanyakan murid menggunakan telefon bimbit yang dikongsi dengan ibu bapa serta adik-
beradik yang lain untuk bertujuan pembelajarannya. Menurut Norliani Mahadi berkata, dalam
memastikan sesi PdPR sempurna rangkaian internet dan alatan teknikal merupakan dua faktor
yang saling bergantung antara satu sama lain. Justeru sesi PdPR akan terbatas sekiranya salah
satu faktor itu tidak disediakan dengan sempurna.(Berita Harian, 2021).

5.2 Cabaran terhadap pendidik


Terdapat kajian yang telah dilaksanakan bagi mengetahui cabaran yang dilalui oleh pendidik
semasa mengamalkan pembelajaran atas talian (Siti Nurbaizura & Nurfaradilla, 2020) dalam
tempoh pandemik Covid-19 (Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Hj Ahmed,2020).
Tuntasnya, perbezaan cara pengajaran dan pembelajaran daripada pembelajaran secara
berhadapan muka kepada pembelajaran atas talian berlaku secara serta-merta. Menurut Noor
Syaheerah & Tajul (2021), motivasi seorang pendidik perlu dipandang berat dalam mendepani
cabaran PdPR dalam talian bersama murid. Teori regulasi perhubungan yang dibangunkan
oleh Lakey dan Orehek (2011) menyatakan bahawa sokongan sosial yang diperoleh mahupun
diberikan secara berterusan akan meningkatkan tahap kesejahteraan mental. Apabila seseorang
dapat meregulasikan emosi dengan baik, pemikiran dan tingkah laku melalui komunikasi yang
efektif akan dapat menjadikan kesejahteraan mental individu tersebut berada dalam keadaan
baik. Di samping itu, teori ini menjelaskan bagaimana hubungan dan sokongan melalui
individu sekeliling dapat mengurangkan tekanan seseorang (Lakey & Orehek, 2011). Oleh itu,
teori ini dilihat dapat menjelaskan bagaimana sokongan sosial yang diperolehi daripada rakan,
ibu bapa, keluarga, individu signifikan dan murid itu sendiri dan dapat menjadikan pendidik
lebih bersemangat dalam mengendalikan pengajaran secara atas talian.

Cabaran seterusnya yang dilalui oleh pendidik ialah kesusahan untuk menghasilkan perbualan
dua hala antara murid dengan pendidik telah menyrebabkan pembelajaran atas talian ini susah
atau tidak dapat dilaksanakan dengan baiknya. Situasi sebegini menjadi halangan terhadap
objektif pembelajaran tidak tercapai dan juga pendidik susah untuk berinteraksi dengan murid
(Arifah Prima dan Iis Prasetyo,Lapada et. al dan Deepika Nambiar, 2020).

110
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Selain itu, Sandy Lo (2015) menyatakan bahawa para pendidik juga melalui cabaran dalam
mengadaptasikan dirinya terhadap kemajuan era permodenan lebih-lebih lagi dalam
menggunakan alatan yang makin moden sewaktu pengajarannya. Hal ini menyebabkan
pendidik memerlukan teknik yang sesuai dalam mencipta bahan pengajaran yang mudah untuk
difahami dan diikuti oleh murid. Tahap pemikiran murid pada tahap ini masih memerlukan
bahan pengajaran yang senang dan mudah diikuti kerana tiada bimbingan pendidik di sisi.
Pernyataan Habib Mat Saman (2016) menyatakan bahawa kepelbagaian aapek tugas seorang
pendidik perlu difahami dan dihayati. Pendidik juga manusia biasa mempunyai sebuah
kehidupan tersendiri yang tidak lari daripada pelbagai dugaan hidup. Seharusnya, pendidik
disokong dan perlu memberi motivasi untuk melakukan tugas sebagai seorang pendidik dengan
sewajarnya. Pendapat ini juga berselaras dengan pernyataan Norazlin dan Siti Rahaimah (2019)
yang menyatakan tentang penyesuaian kaedah, strategi dan pendekatan boleh mempengaruhi
rutin pengajaran atas talian yang berkesan.

Cabaran seterusnya, pendidik tidak menggunakan teknologi dalam PdPc kerana kurangnya
ilmu pengetahuan dalam pencarian data yang diperlukan melalui pencarian Internet (Ahmad
Rizal 2015). Mewcha et al. (2015) juga berpendapat bahawa pendidik yang mempunyai ilmu
berpengetahuan yang kurang dalam penggunaan teknologi untuk menyediakan bahan yang
sesuai. Pendidik berasa bimbang dan takut bahawa kelemahannya akan diketahui oleh murid.
Dengan ini, mereka lebih suka menggunakan buku teks dan bahan rujukan sebagai bahan bantu
mengajar (BBM). Kajian yang dijalankan oleh Hazlina et al. (2016) membuktikan bahawa
masih terdapat pendidik yang kurang berpengetahuan untuk mengintegrasikan teknologi dalam
PdPc. Hal ini dapat dibuktikan di mana terdapat pendidik yang kurang mahir dalam
menyediakan BBM, memperoses maklumat melalui laman web dan mengakses portal.

6. Cadangan Penambaikan

Kajian ini memberi cadangkan untuk menambahkan jumlah bengkel dan pembinaan bahan
digital yang lebih inovatif bagi memudahkan proses PdP berjalan secara lancar agar dapat
mencapai perkembangan dalam dunia pendidikan setaraf dengan peringkat global(Yogeswary
Kuppusamy 2021). Pengintegrasian ICT dalam pendidikan adalah keutamaan dalam dunia
pendidikan maya. Penggunaan ICT juga dianggap sebagai salah satu tanda piawai bagi warga
pendidik, pendidik dan penyelidik dalam dunia pendidikan (Yildirim & Sensoy, 2018). Jadi,
tanpa kesediaan penerapan ICT dan sokongan diberikan, warga pendidik tidak akan bersedia
untuk menerapkan kaedah pedagogi yang baharu.

Dengan ini, pendidik hendaklah menerapkan diri individu dengan pengetahuan kesediaan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu sebelum melakukan
penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid. Pihak pentadbir
sekolah juga digalakkan untuk memberi sokongan dan bimbingan bagi meningkatkan tahap
kesediaan pendidik (Yogeswary Kuppusamy 2021).

Tambahan pula, pelbagai aplikasi dalam talian yang boleh diakses oleh pendidik dan murid.
Terdapat pelbagai aplikasi yang telah dibangunkan di dalam talian yang bertujuan untuk
memudahkan pengajaran dan pembelajaran antara pendidik dan murid. Pendidik haruslah
menggunakan aplikasi seperti Kahoot, word wall dan sebaginya. Menurut Ismail &
Mohammad (2017) di dalam aplikasi Kahoot terdapat elemen muzik dan paparan warna yang
menarik minat dan menjadikan murid tidak sabar memulakan permainan.

111
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tambahan pula, tanggungjawab dan kerjasama daripada kedua-dua ibu bapa dalam
menentukan pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar adalah amat penting. Menurut
Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj menyediakan peluang pembelajaran yang mendorong
dan sesuai serentak dengan itu, pendidik mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi
yang tertentu mempunyai peluang yang baik kepada anak-anak dapat memberi perhatian
dan fokus kepada pembelajaran tersebut dan tidak diganggu oleh bunyi persekitaran (Tinta
Minda,27 Jan 2021) Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan tempat duduk yang sesuai.
Ibu bapa juga perlu pastikan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang memuaskan serta alat
tulis dan kelengkapan belajar mencukupi untuk meneruskan pembelajaran tanpa halangan
(Berita Harian,19 Mei 2021).

Selain pihak ibu bapa, agensi- agensi dan pihak kerajaan haruslah memainkan tanggungjawab
dalam menyalurkan bantuan dalam menyediakan kemudahan yang lengkap bagi tujuan
pembelajaran terutamanya dalam kalangan murid keluarga B40. Menurut Anuar Ahmad
apabila kerajaan melabur kepada pendidikan itu bermakna negara sedang membangunkan
tenaga manusia negara. Tidak merugikan, cuma jangan ada ketirisan dan kebocoran peruntukan
serta permainan orang tengah dalam memastikan anak kita mendapat pakej bantuan gajet. Jika
tiada ketirisan peruntukan, lebih ramai yang dapat memiliki gajet untuk pembelajaran mereka.
Malah, kalau kita baca dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
memang sudah dinyatakan 'satu murid satu komputer' mulai gelombang ketiga PPPM bermula
2021 (Berita Harian, 24 Jan 2021).

7. Kesimpulan

Tinjauan yang dibuat ini bagi menjawab dua persoalan kajian iaitu 1) Apakah impak
kepada murid dan pendidik mendapat melalui pengajaran & pembelajaran atas talian? 2)
Apakah cabaran yang dihadapi oleh pendidik dan murid melalui pengajaran & pembelajaran
atas talian? Kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai impak positif diperolehi tenaga
pendidik dan murid. Antaranya ialah pembelajaran menjadi lebih menarik dan mampu
mengekalkan fokus murid. Ia membantu meningkatkan motivasi, menghasilkan seseorang
yang mempunyai kecekapan pembelajaran sepanjang hayat, Penggunaan e-pembelajaran
memberi peluang kepada murid untuk meneroka sendiri bahan pembelajaran yang sangat
luas dan pelbagai. Aplikasi yang digunakan dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu juga, pembelajaran menjadi lebih mudah difahami kerana penggunaan grafik yang
menarik.Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan murid. Antaranya
kesukaran mengakses komputer dan bahan, tiada peranti yang bersesuaian, kurang kecekapan
mendapatkan maklumat, kekangan masa, masalah teknikal dan kerisauan teknologi.
Pelaksanaan pembelajaran atas talian dapat dioptimumkan sekiranya kemudahan teknologi
berfungsi dengan baik. Di samping itu, pendedahan pada peringkat awal pendidikan dan
latihan yang bersesuaian perlu diberikan kepada tenaga pengajar dan murid. Penggunaan
teknologi secara efisien dalam pembelajaran atas talian akan memberi kesan yang baik
bersesuaian dengan matlamat kerajaan ke arah pendigitalan pendidikan

Rujukan

Abdul Halim Masnan., & Nor Mashitah Mohd Radzi. (2015). Pengetahuan persediaan
pengajaran guru prasekolah baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 4, 90 - 108.
Abdul Kadir, Syazwani. (2020). The Use of Social Media in Millennials’ Teaching and
Learning

112
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Activities in Design-Related Course. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 5(13),


133. https://doi.org/10.21834/e-bpj.v5i13.2087
Ahmad Rizal Md Rais, Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, Norfarizah Adira Abd Hadi.
(2015). Kompentensi Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding: 7th International Seminar
on Regional Education, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Basak, S.K., Wotto, M., Bélanger, P. (2016). A framework on the critical success factors of e-
learning implementation in higher education: International Journal of Social,
Behavioral, Educational, Economic, Business and Industrial Engineering 10: 2409–
2414. Berita Harian. 20. 19 Mei.
Bdiwi, R., Runzb C., Faizc S. & Ali C.A. (2019). Smart learning environment: teacher’s role
in assessing classroom attention. Research in Learning Technology 27: 2072.
Brodahl, C., & Wathne, U. (2016). In-service teachers’ perceptions of the design and quality
of mathematics videos in their on-line learning. Journal of the International Society
for Teacher Education. 2016, 20(2), 67-78.
Cassidy, S. (2016).Virtual learning environments as mediating factors in student satisfaction
with teaching and learning in higher education. Journal of Curriculum and Teaching 5(1): 113-
123.
Faridah, C.I., & Afham, A., (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan
Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing.
Online
Journal for Tvet Practitioners. Vol. 4 No. Retrieved from http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/ojtp
Fauzan & Fatkhul Arifin. (2019). The effectiveness of Google Classroom media
on the students’ learning outcomes of Madrasah Ibtidaiyah Teacher Education
Department. Al Ibtida: Jurnal Pendidikan Guru MI 6(2): 271-285.
Gajanan, P.P. (2020). Google Classroom: An integrating technology tool in English language
teaching. Studies in Indian Place Names UGC Care Journal. 40(57):51-56.
Gunawan, G., Suranti, N. M. Y., & Fathoroni, F. (2020). Variations of Models and Learning
Platforms for Prospective Teachers During the COVID-19 Pandemic Period.
Indonesian Journal of Teacher Education 1(2): 61-70.
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri and Zarina Mustafa. (2016). Cabaran yang Dihadapi
oleh Guru dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di Bilik Darjah.
Asia Pacific Journal of Educators and Education School of Educational Studies,
Universiti Sains Malaysia.
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar, Norziah Othman. (2017). E-pembelajaran
dalam kalangan murid di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor. Malaysian
Online Journal of Education 1(1): 74-82.
Herman, D. S. (2015). The Effects of Multimedia and Learning Style on Student Achievement
in Online Electronics Course. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational
Technology.
Lapada Aris Alea, Miguel Frosyl Fabrea, Robledo Dave Arthur Roldan & Alam Zeba
Farooqi.(2020). Teachers’ Covid-19 awareness, distance learning education
experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges.
International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6),
pp.127-144.
Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Sabah. 6 Mei
Mailizar M., Almanthari, A., Maulina, S., & Bruce, S. (2020). Secondary School Mathematics
Teachers’ Views on E-learning Implementation Barriers during the COVID-19

113
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pandemic: The Case of Indonesia. Eurasia Journal of Mathematics, Science and


Technology Education, 16(7), em186.
Mewcha, A.G & Ayele, A.F. (2015). Assessing Teachers’ Perception on Integrating ICT in
Teaching Learning Process: The Case of Adwa College. Journal of Education and
Practice, ISSN 2222-288X, Vol.6, No.4, Department of Information and
Communication Technology, Adwa College of Teacher Education, Institute of Geo-
Information and Earth Observation Science, Mekelle University, Mekele, Ethiopia.
Mohd Fairuz Jafar. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19.
Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410.
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof &
Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik
Covid-19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410.
Mohd Najib,H.,Abu Bakar, N. R.,& Othman, N.(2017). E-Pembelajaran Dalam Kalangan
Murid
Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor. Malaysian Online Journal of Education,
1(1),74-82.
Mohd Rohiman Subri, 2021). Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Muridan
Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes. Journal of Malay
language, Education and Lierature.21-32
Muhammad, A., Ghalib, M.F.M.D., Ahmad, F., Naveed, Q.N. & Shah, A. (2016).A study to
investigate state of ethical development in E-learning. (IJACSA) International
Journal of Advanced Computer Science and Applications 7 : 284–290
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan
pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19.
Shah Alam: SIG:e-Learning@CS
Noriyani Binti Doman. (2017). Implikasi Google Apps dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Murid pesisir UTHM. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kuala
Lumpur.
Nor Hidayati Mokhtar. (2020, April 27) Pembelajaran dalam talian untuk pembelajaran
sepanjang hayat. Newshub. https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-
talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat
Nurul Shida et al. (2019). The Influence of E-Learning towards Metacognitive Enhancement
in Mathematical Problem Solving. International Journal of Emerging Technologies
in Learning. iJET ‒ Vol. 14, No. 20.
Nor Aziah Abdul Aziz, & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-Pembelajaran Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Ipg Kampus Ipoh. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi,11, 116–130.
Panteli, P., & Panaoura, A. (2020). The Effectiveness of Using Mobile Learning Methods in
Geometry for Students with Different Initial Mathematical Performance. Social
Education Research, 1-10.
Rusdiana, A., Abdul Muin, Ara Hidayat & Yaya Suryana. (2020). POE2WE learning
management based on Google Classroom blended learning. International
Journal of Psychosocial Rehabilitation. 24(8): 1475-7192.
Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Shariff (2011). Kesan penggunaan laman sosial ke
atas kaedah perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata muridan
Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1): 75-80.
Sandeep Krishnamurthy. (2020). The Future of Business Education: A Commentary in the
Shadow of the Covid-19 Pandemic. Journal of Business Research.
Saleh, N. S., & Rosli, M. S. (2020). Tinjauan Literatur Sistematik: Interaksi Media Sosial Atas
Talian Dalam Kluster Pendidikan dan Pekerjaan. Sains Humanika, 12(3), 53-65.

114
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 104-115, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Shirley Anne. S. Paul. A. S., Hart, P., Augustin, L., Clarke, P. J., & Pike, M. (2020). Parents’
perspectives on home-based character education activities. Journal of Family Studies,
1-23.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
semasa perintah kawalan pergerakan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-
menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru.(20 May 2021)
Windhiyana, E. (2020). Dampak COVID-19 terhadap kegiatan pembelajaran online di
perguruan tinggi Kristen di Indonesia. Persepektif Ilmu Pendidikan, 34 (1), 1-8.
Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. 2020. COVID-19: Impak dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem
Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, 449-486. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia
Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Abdul Razak, K. (2020). Isu dan Cabaran Penggunaan MOOC
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice
of Teachers & Teacher Education, 10(1), 77-94.
Zhu, Y., Zhang, J. H., Au, W., & Yates, G. (2020). University students’ online learning
attitudes and continuous intention to undertake online courses: a self-regulated
learning perspective. In Educational Technology Research and Development (Vol. 68,
Issue 3).

115
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

View publication stats

You might also like