You are on page 1of 18

KFP 60404

KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

TAJUK TUGASAN : TUGASAN INDIVIDU - CADANGAN PENYELIDIKAN


NAMA PENSYARAH : DR. HASRUL BIN HOSSHAN
KUMPULAN KULIAH : PENDIDIKAN KHAS - KUMPULAN C
TARIKH HANTAR : 08 JANUARI 2022

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. TELEFON

‘AINUL MUNIRAH M20211001804 0139058833


BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Fakulti Pembangunan Manusia

M211 SEMESTER 1 - SESI 2021/22


2

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN 3

BAB 1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 4

1.2 PERNYATAAN MASALAH 4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 6

1.4 PERSOALAN KAJIAN 6

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 KAJIAN LEPAS 7

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENDEKATAN DAN REKA BENTUK KAJIAN 9

3.2 PENSAMPELAN 9

3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 10


3.3.1 Temu Bual 11
3.3.2 Analisis Dokumen 11
3.3.3 Bahan audiovisual 12

3.4 PROSEDUR ANALISIS DATA 12

3.5 ETIKA KAJIAN KUALITATIF 12


3.5.1 Semasa Awal Kajian 12
3.5.2 Semasa Pengumpulan Data 13
3.5.3 Semasa Menganalisis Data 13
3.5.4 Penyimpanan Data 13

3.6 KEBOLEHPERCAYAAN/ KESAHAN 14

3.7 KESIMPULAN 14

RUJUKAN
3

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Guru Pendidikan Khas


Semasa Pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes
4

BAB 1
PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Tahun 2019 merupakan sejarah bagi negara kita dalam berhadapan dengan situasi penularan
COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO). Penularan wabak ini telah meragut banyak nyawa serta melumpuhkan perkembangan
kemajuan banyak negara. Situasi ini juga telah menimbulkan kegusaran kepada banyak pihak
termasuklah sektor pendidikan (Mohd Rohiman Subri et al., 2021). Semasa pandemik Covid-19,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dengan menutup
semua fasiliti pendidikan bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam kalangan warga sekolah
dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertitik tolak daripada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula Mac 2020.

Tempoh PKP serta penutupan fasiliti pendidikan telah menjadikan landskap sistem
pendidikan di negara kita berubah. Pada masa ini, pembelajaran secara bersemuka tidak lagi
berlaku tetapi diteruskan juga pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian.
Pembelajaran secara atas talian menurut Windhiyana (2020) merupakan wahana komunikasi
antara guru dan murid secara maya, tanpa memerlukan pembelajaran secara bersemuka.
Sesungguhnya, penularan wabak COVID-19 merupakan satu krisis global yang bukan hanya
menyebabkan PdP secara bersemuka tertangguh, malah menjadikan tanggungjawab dan
peranan guru semakin mencabar. Hal ini kerana guru perlu menyesuaikan diri dengan norma
kehidupan dan amalan baharu dalam PdP secara atas talian bagi memastikan murid-murid
tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka (Ashraf Ismail et al., 2020). Situasi ini menjadi
cabaran besar bukan hanya untuk guru di aliran perdana, sebaliknya termasuklah guru
pendidikan khas.

1.2 PERNYATAAN MASALAH


Situasi pandemik COVID-19 yang berpanjangan menyebabkan PdP secara atas talian masih
diteruskan sehingga kini. Maka, kesediaan dan kemampuan guru untuk melaksanakan PdP
secara dalam talian menjadi isu penting agar pelaksanaan PdP tersebut adalah berkesan dan
5

mencapai objektif pembelajaran. Walaupun timbul isu-isu lain seperti ketidakcapaian serta
jaringan internet yang lemah sebagai masalah dalam melaksanakan PdP secara atas talian
terhadap murid, guru-guru terutamanya guru pendidikan khas kreatif dan menyesuaikan PdP
yang dilaksanakan mengikut kebolehcapaian murid mereka. Hal ini sejajar dengan pernyataan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) iaitu guru yang kreatif dalam melaksanakan PdP
secara dalam talian terhadap murid amat diperlukan bagi memastikan penyampaian ilmu dapat
dilaksanakan sebaiknya. Selain itu, Norazlin Mohd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali (2019) turut
menekankan peranan guru sebagai pemudah cara terutamanya dalam pembelajaran abad ke-
21 seperti yang digariskan oleh KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.

Oleh sebab itu, para pendidik terutamanya guru pendidikan khas perlu memikirkan
kaedah dan strategi PdP yang bersesuaian bagi meneruskan sesi pembelajaran dengan murid.
Pelaksanaan PdP yang dilakukan juga hendaklah fleksibel dan berpatutan dengan tahap
kebolehan serta intelektual murid yang disasarkan (Azman Ab Rahman et al., 2020). Hal ini
kerana tahap keupayaan murid adalah berbeza bagi setiap individu, terutamanya murid
berkeperluan khas (MBK). Justeru, pendekatan PdP yang harus digunakan pasti berbeza
berbanding murid tipikal. Roslinda Rosli (2020) menjelaskan bahawa guru kebanyakannya
menggunakan kaedah cuba jaya untuk melihat kesesuaian platform yang digunakan untuk
melaksanakan PdP dengan kemampuan murid. Perkara ini disokong oleh Ainul Basirah
Mokhtar dan Manisah Mohd Ali (2021) dengan menyarankan guru menggunakan medium
komunikasi dan aplikasi bersesuaian dengan situasi semasa murid.

Penggunaan teknologi yang baik dan teratur dapat menatijahkan tahap kejayaan dan
kepuasan murid semasa belajar. Maka, guru hendaklah memainkan peranan penting agar
maklumat yang hendak disampaikan secara dalam talian adalah tepat. Sebaiknya, guru
melaksanakan PdP secara maya dengan kreatif dan efektif bagi memastikan silibus pengajaran
dapat disampaikan dengan sebaik mungkin serta sesi pembelajaran tidak ditangguhkan (Mohd
Idham Md Razak, 2020). PdP dalam talian bergantung kepada aspek ilmu pengetahuan
teknologi maklumat guru serta hubungan dua hala bersama murid ketika pelaksanaannya bagi
memastikan peningkatan ilmu berlaku serta memberi kesan positif kepada murid (Ainul Basirah
Mokhtar & Manisah Mohd Ali, 2021). Sikap dan amalan guru pendidikan khas dalam
melaksanakan proses PdP kepada MBK akan menentukan kejayaan PdP semasa tempoh
6

pandemik COVID-19. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan PdP guru
pendidikan khas semasa pandemik COVID-19.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti strategi pelaksanaan PdP yang digunakan oleh guru pendidikan khas
semasa pandemik COVID-19.

1.4 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian ini ialah:
1. Apakah strategi pelaksanaan PdP yang digunakan oleh guru pendidikan khas semasa
pandemik COVID-19?
7

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 KAJIAN LEPAS


Pelaksanaan pembelajaran dalam talian bukanlah suatu perkara baharu dalam bidang
pendidikan di Malaysia, malah telah banyak laman e-pembelajaran diperkenalkan oleh KPM
sebagai galakan untuk warga pendidikan belajar dalam talian. Namun begitu, e-pembelajaran
ini dilihat lebih popular dan banyak digunakan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi
tetapi tidak di peringkat sekolah. Namun, penularan wabak COVID-19 telah menjadikan
pembelajaran secara maya sebagai kemestian dan keperluan untuk guru-guru di Malaysia
melaksanakannya agar murid-murid menerima ilmu yang disampaikan (Mohd Rohiman Subri et
al., 2021). Usaha yang dijalankan kerajaan juga bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia
terutamanya generasi muda tidak ketinggalan dalam menerima maklumat serta pendidikan
berkualiti. Penggunaan teknologi yang dimaksimumkan akan mentransformasikan rakyat
Malaysia kepada rakyat bermaklumat (knowledge based society) semasa pandemik. Hak ini
bukan sahaja khusus kepada murid tipikal, bahkan terhadap MBK juga (Azman Ab Rahman et
al., 2020).

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan


memberi kesan positif terhadap MBK. Perkara ini dapat dilihat melalui kajian lepas yang
dijalankan oleh Syukriyah Mohamad Akib dan Wan Nor Ashiqin Wan Ali (2019) membuktikan
penggunaan aplikasi mudah alih dapat meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid
disleksia. Bagi Rafiza Abdul Razak (2013), pembangunan bahan pengajaran multimedia melalui
medium teknologi maklumat memerlukan penelitian terhadap beberapa aspek. Antara aspek
tersebut termasuklah kesesuaian aplikasi multimedia yang digunakan bagi memastikan proses
PdP dijalankan menepati kehendak guru selaras dengan penulisan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang dilakukan. Antara kaedah PdP secara dalam talian yang sesuai
dilaksanakan oleh guru pendidikan khas termasuklah video klip, penggunaan gambar atau foto
serta persembahan murid melalui persembahan sketsa. Guru boleh terlebih dahulu merekod
PdP yang ingin disampaikan sebelum dihantar kepada murid atau ibu bapa untuk memastikan
MBK dapat menerima pembelajaran tersebut. Kaedah ini disarankan oleh Azman Ab Rahman
et al. (2020) kerana lebih mudah dan praktikal untuk dijalankan semasa pandemik COVID-19.
8

Semasa era pandemik ini, guru pendidikan khas juga tidak terkecuali daripada
mempunyai pilihan strategi lain untuk mengajar selain daripada secara bersemuka (offline) di
sekolah kepada secara maya (online) di rumah masing-masing (Liguori & Winkler, 2020). Kajian
lepas turut mendapati bahawa guru mempunyai pengetahuan menggunakan internet dan
teknologi maklumat, namun masih berada di tahap yang rendah untuk mengaplikasikannya
dalam PdP (Norsidah T. Mohamed et al., 2012). Sepatutnya, pengetahuan yang dimiliki guru
tersebut hendaklah diaplikasikan dalam PdP bagi menggalakkan murid belajar (Graham et al.,
2009). Perkara ini penting kerana MBK cenderung untuk mudah hilang fokus serta bosan
sekiranya PdP yang dijalankan tidak dapat menarik minat mereka. Maka, guru terutamanya
guru pendidikan khas perlulah bijak menggabung jalinkan teknologi dalam PdP kerana
pengetahuan tentang teknologi sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan guru tersebut pakat
dan dapat menjadikan PdP berkesan (Simah Mamat, 2017). Sebagai misal, kejayaan guru
cemerlang melaksanakan PdP dalam talian menggunakan Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL) menjadi indikator bahawa kesungguhan dan penyesuaian yang dilakukan guru dapat
mempengaruhi murid untuk melaksanakan tugas, menjadikan PdP tersebut efektif (Mohd
Rohiman Subri et al., 2021).

Kajian luar negara juga menekankan kepentingan penyediaan bahan PdP yang
bersesuaian dengan keperluan MBK (Nedime et al., 2020). Selain itu, PdP tersebut hendaklah
berinteraktif, menggunakan interaksi dua hala serta guru mendapatkan maklum balas daripada
MBK sama ada strategi yang digunakan adalah bermakna atau sebaliknya. Bagi Golladay et al
(2000) hal ini penting bagi memastikan PdP yang dijalankan berkesan kerana penyampaian
maklumat amat penting secara dalam talian lantaran kekurangan interaksi bersemuka. Maka,
proses PdP yang dilaksanakan semasa pandemik memerlukan guru untuk memainkan peranan
aktif dalam menyediakan keperluan pembelajaran MBK agar perkembangan mereka
dioptimumkan (Narimah Kasim, 2011; Jariono et al., 2021). Pada masa yang sama, kekurangan
sokongan dan bimbingan daripada pihak pengurusan dan agensi pendidikan berkaitan PdP
dalam talian kepada MBK turut menjadi cabaran kepada guru pendidikan khas, sehingga timbul
kebimbangan terhadap perkembangan MBK semasa pandemik kerana kekurangan bahan PdP
yang dapat memenuhi keperluan mereka (Smith, 2020).
9

BAB 3
METODOLOGI

3.1 PENDEKATAN DAN REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kajian kes
dilaksanakan untuk pengkaji meneroka, menganalisis dan menginterpretasi sesuatu kes,
program, peristiwa, proses mahupun seorang atau lebih daripada seorang individu bagi
mendapat pemahaman mendalam. Kajian yang dijalankan juga adalah berkisar tentang satu
atau lebih kes, dan bukannya untuk menguji sesuatu hipotesis. Oleh kerana terdapat sempadan
masa dan aktiviti, maka data secara terperinci dikumpul melalui pelbagai prosedur
pengumpulan data dalam tempoh masa tertentu (Stake, 1995; Yin, 2009). Antara tujuan utama
pengkaji menggunakan pendekatan kajian kes dalam melaksanakan kajian termasuklah bagi
mengkaji sesuatu peristiwa atau fenomena pada perspektif yang kecil, bertumpu dan lebih
terperinci. Selain itu, kajian kes dilakukan untuk menjelaskan konteks peristiwa atau fenomena,
di samping menjawab persoalan bagaimana, kenapa dan bila (how, why and when) dalam
sesuatu kajian (Yin, 2009).

Pendekatan kualitatif adalah berbeza dengan pendekatan kuantitatif. Perbezaan paling


ketara yang boleh kita lihat merangkumi gaya pendekatan itu sendiri. Menurut Creswell dan
Creswell (2018), pendekatan kualitatif adalah penerokaan dan pemahaman mendalam terhadap
seseorang individu atau suatu kumpulan berkaitan sosial atau manusia di mana proses kajian
merangkumi pelbagai proses pengumpulan data dan pengkaji terlibat secara langsung dalam
proses tersebut. Manakala pendekatan kuantitatif pula dilaksanakan untuk menguji teori objektif
melalui hubungan antara pemboleh ubah. Pemboleh ubah tersebut dapat diukur melalui
instrumen kajian serta dapatan kajian diperoleh melalui proses analisis data statistik.

3.2 PENSAMPELAN
Menurut Creswell dan Poth (2018), kajian kes menggunakan strategi persampelan bertujuan
(purposive sampling). Hal ini kerana sampel yang dipilih diperlukan untuk menjawab persoalan
kajian dan sesuai dengan fenomena yang diteroka oleh pengkaji. Pemilihan sampel dibuat
mengikut kriteria apa atau siapa sampel itu, apakah dapatan daripada persampelan dan berapa
10

ramai yang perlu menjadi sampel daripada populasi yang disasarkan. Marshall & Rossman
(2015) mementingkan empat aspek berikut dalam pemilihan sampel iaitu siapa, tindakan,
peristiwa dan proses. Mereka juga menyatakan sampel mungkin berubah semasa kajian
dijalankan, namun pengkaji perlulah lebih fleksibel dan mempunyai alternatif lain sebagai
tambahan. Selain itu, Noriah Mohd Ishak dan Abu Yazid Abu Bakar (2014) menyatakan bahawa
pensampelan bertujuan dilaksanakan kerana pengkaji perlu memilih peserta kajian mengikut
fenomena yang dikaji. Hal ini turut disokong oleh Neuman (2009), di mana pensampelan
bertujuan dikatakan efektif untuk dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji meneroka jenis kes
khusus secara mendalam.

Oleh itu, kajian ini turut menggunakan pensampelan bertujuan. Peserta kajian yang
dipilih merangkumi MBK, guru pendidikan khas serta ibu bapa MBK mengikut beberapa kriteria
yang ditetapkan pengkaji sesuai dengan pelaksanaan kajian. MBK yang dipilih sebagai peserta
kajian seramai tiga orang merupakan MBK masalah pembelajaran yang belajar di Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah rendah, berumur lingkungan 10 hingga 12
tahun (Tahap 2) serta terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan. Guru pendidikan khas yang
terlibat sebagai peserta kajian pula merupakan guru yang mengajar mata pelajaran teras
seperti Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MT) seramai tiga orang
manakala ibu bapa yang terlibat sebagai peserta kajian terdiri daripada dua orang ibu bapa
MBK yang turut menjadi peserta kajian ini. Pemilihan peserta kajian yang terdiri daripa
beberapa pihak ini adalah mengikut saranan Yin (2009) iaitu pengkaji digalakkan untuk
mempunyai suatu set subunit sebagai sampel kajian agar kajian yang dihasilkan lebih berkualiti.

3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Teknik dan strategi pengumpulan data dalam sesuatu kajian kualitatif turut berevolusi seiring
dengan perkembangan teknologi. Namun, kesemuanya dapat dikategorikan kepada empat jenis
pengumpulan data secara asas iaitu temu bual (secara individu atau berkumpulan dan
dilaksanakan dengan berinteraksi secara bersemuka atau secara maya), pemerhatian
(pemerhatian peserta atau pemerhatian bukan peserta), dokumen (dokumen umum atau
persendirian) dan bahan audiovisual (gambar atau artifak yang dicipta) (Creswell, 2012;
Merriam & Tisdell, 2015). Kini, prosedur pengumpulan data dalam kajian kualitatif turut
merangkumi penggunaan visual, suara dan kaedah digital (Mitchell, 2011). Bagi menjalankan
kajian ini, prosedur pengumpulan data yang terlibat ialah temu bual, analisis dokumen serta
bahan audiovisual. Lather (1991) ada menjelaskan bahawa penggunaan kaedah pengumpulan
11

data yang pelbagai mempunyai kredibiliti tinggi dalam kajian sekaligus menghasilkan triangulasi
data. Analisis dan dapatan daripada integrasi pengumpulan data tersebut juga akan
menghasilkan sebuah kajian yang tinggi kesahan dan kebolehpercayaan.

3.3.1 Temu Bual


Dalam sesuatu kajian kualitatif, temu bual dilaksanakan untuk mendapatkan pengetahuan yang
dibina melalui interaksi antara penemu bual dan individu yang ditemu bual (Brinkmann & Kvale,
2015). Selain itu, temu bual dijalankan bagi memahami isu yang dikaji daripada sudut pandang
individu yang ditemu bual. Yin (2003) juga ada menerangkan bahawa teknik temu bual dalam
kajian kes adalah sangat penting kerana kebanyakan kajian kes yang dilaksanakan adalah
berkaitan dengan kehidupan manusia. Maka, kes yang dikaji perlu diteroka dan diinterpretasi
melalui kaca mata peserta kajian yang dapat memberikan input penting tentang sesuatu situasi.
Namun, soalan temu bual yang dilaksanakan dalam sesuatu kajian hendaklah melalui proses
kajian rintis (pilot study) agar soalan yang disediakan oleh pengkaji adalah sesuai dan
mencukupi untuk menjawab persoalan kajian (Yin, 2014).

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menjalankan temu bual separa berstruktur
(semi-structured interview) bagi memudahkan pengkaji bertanya tentang fakta dan pandangan
peserta kajian tentang sesuatu fenomena (Creswell & Poth, 2018). Pengkaji juga memilih jenis
soalan terbuka (open ended questions) kerana secara tidak langsung ia dapat penuhi keperluan
inkuiri dalam kajian melalui soalan tambahan yang bersesuaian dengan isu kajian (Yin, 2003).
Protokol temu bual ini akan dilaksanakan kepada guru pendidikan khas serta ibu bapa yang
menjadi peserta kajian. Alat perakam juga digunakan semasa menjalankan temu bual sebagai
sokongan bagi memastikan pengkaji tidak tertinggal atau terlepas pandang maklumat penting
semasa proses tersebut dijalankan. Dua alat perakam juga akan digunakan semasa temu bual
dijalankan sebagai sandaran (back up).

3.3.2 Analisis Dokumen


Dalam sesebuah kajian, pengkaji akan mengumpulkan dokumen untuk dianalisis. Dokumen ini
terdiri daripada dokumen umum seperti surat khabar, minit mesyuarat atau laporan dan
dokumen rahsia seperti diari peribadi, surat atau jurnal persendirian (Creswell & Creswell,
2018). Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan dokumen peserta kajian MBK yang terdiri
daripada hasil kerja yang dilaksanakan sepanjang PdP secara dalam talian dilaksanakan untuk
dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Melalui teknik dan strategi analisis
12

dokumen, pengkaji akan memperoleh maklumat berkaitan isu yang dikaji sebagai sokongan
dan melengkapkan lagi data daripada teknik lain yang digunakan dalam cadangan kajian ini
(Jaslinah Makantal, 2014).

3.3.3 Bahan audiovisual


Bahan audiovisual turut akan dianalisis dalam kajian ini. Bagi Creswell dan Poth (2018),
dokumen dan bahan audiovisual kebiasaannya digunakan untuk melengkapkan data yang
diperoleh melalui temu bual atau pemerhatian. Bogdan dan Biklen (2006) telah
mengkategorikan bahan audiovisual kepada tiga kategori iaitu dokumen peribadi, dokumen
rasmi serta dokumen budaya popular. Namun begitu, hanya dokumen peribadi sahaja yang
akan dianalisis dalam kajian ini merangkumi bahan PdP yang dihasilkan guru serta rakaman
pelaksanaan PdP dalam talian yang guru jalankan seperti rakaman Google Meet.

3.4 PROSEDUR ANALISIS DATA


Dalam kajian ini, analisis data yang akan dilakukan adalah secara tematik sesuai dengan
saranan Creswell dan Poth (2018) yang menggalakkan pengkaji meneroka segmen kod untuk
digunakan dalam menerangkan serta membina tema. Oleh kerana kajian ini merupakan kajian
kes, maka tema yang akan didapatkan adalah berkaitan dengan deskripsi berkaitan fenomena
yang diteroka (Czarniawska, 2004).

3.5 ETIKA KAJIAN KUALITATIF


Dalam melaksanakan sesuatu kajian, seseorang pengkaji tidak akan lari daripada isu yang
mungkin timbul sama ada sebelum melaksanakan, semasa menjalankan serta selepas
menjalankan kajian. Menurut Creswell dan Creswell (2018), Creswell dan Poth (2018) serta
American Psychological Association (2010), terdapat beberapa fasa bagi proses kajian iaitu
sebelum memulakan kajian, pada awal kajian, semasa pengumpulan data, menganalisis data
dan penyimpanan data. Namun begitu, hanya terdapat beberapa isu sahaja yang akan
diketengahkan iaitu pada peringkat awal kajian, semasa pengumpulan data, semasa
menganalisis data serta penyimpanan data.

3.5.1 Semasa Awal Kajian


Pada fasa ini, tujuan kajian dilaksanakan akan dinyatakan kepada peserta kajian.
Kebiasaannya, tujuan kajian dinyatakan di dalam borang persetujuan kajian. Antara contoh
borang persetujuan adalah ‘Participant Information Sheet’ (PIS) dan ‘Participant Consent Form’
13

(PCF). Borang persetujuan tersebut perlu ditandatangani oleh peserta kajian secara sukarela
dan tidak meletakkan peserta kajian pada risiko yang memudaratkan. Perkara ini turut
dijelaskan oleh Azizi Yahaya et al. (2021), di mana peserta kajian berhak untuk mengambil
tindakan saman, berhenti dan tidak terlibat dengan kajian pada bila-bila masa tanpa sebarang
sebab. Oleh kerana kajian ini turut melibatkan kanak-kanak, maka satu bahagian khas dalam
borang kebenaran tersebut disediakan untuk ibu bapa memberi kebenaran kerana mereka
tergolong dalam populasi sensitif (Creswell & Poth, 2018).

3.5.2 Semasa Pengumpulan Data


Semasa fasa ini pula, pengkaji seterusnya perlu lebih sensitif terhadap isu-isu yang timbul
terutamanya melalui pelaksanaan prosedur temu bual. Hal ini kerana seseorang pengkaji perlu
hormat dengan lapangan kajian iaitu sekolah (dalam kajian ini) dan meminimumkan gangguan
kepada warga sekolah yang lain. Maka, apabila permohonan cadangan kajian telah diluluskan,
pengkaji perlu mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah dan menjelaskan
kepada pentadbir proses beberapa perkara penting seperti proses pelaksanaan kajian,
penggunaan beberapa orang MBK dan guru pendidikan khas yang terlibat sebagai peserta
kajian dan penggunaan kawasan sekolah sebagai kawasan lapangan kajian.

3.5.3 Semasa Menganalisis Data


Tidak dapat dinafikan, pengkaji akan turut berhadapan dengan beberapa isu semasa berada di
fasa menganalisis data. Hal ini mengambil kira aspek pengkaji berada di lapangan kajian dalam
suatu tempoh yang lama, maka pengkaji mungkin cenderung untuk memihak kepada peserta
kajian sekaligus melaporkan dapatan kajian yang positif sahaja (Creswell & Poth, 2018).
Perkara ini sepatutnya dielakkan kerana pengkaji perlu meneroka isu yang ingin dikaji dan
mempersembahkan dapatan daripada perspektif berbeza serta gambaran sebenar fenomena
tersebut secara kompleks. Malah, sekiranya hal ini terjadi maka keputusan pengkaji mungkin
tanpa disedari akan mendatangkan bahaya kepada peserta kajian serta lapangan kajian kerana
maklumat mereka mungkin terdedah. Selain itu, pengkaji juga perlu menghormati dan
melindungi privasi peserta kajian serta lapangan kajian melalui penyamaran nama dan
membangunkan profil komposit.

3.5.4 Penyimpanan Data


Aspek penyimpanan data juga perlu diambil perhatian oleh pengkaji semasa menjalankan
kajian, terutamanya apabila pengkaji mendapatkan data melalui pelbagai teknik dan strategi.
14

Sebagai contoh, pengkaji turut menggunakan perakam suara semasa menjalankan temu bual
kepada peserta kajian guru pendidikan khas dan ibu bapa. Kesemua proses tersebut
dilaksanakan bagi memastikan data yang dikumpul tidak tercicir atau hilang untuk dianalisis
pengkaji. Maka, data yang diperoleh disimpan di tempat yang selamat dan mudah didapatkan.
Lebih penting lagi, simpanan sandaran (backup) sama ada secara salinan digital (soft copy)
atau salinan cetak (hard copy) juga dilakukan untuk digunakan apabila diperlukan. Pada masa
yang sama, Anderson dan Poole (2011) juga menjelaskan bahawa pengkaji hendaklah
mengekalkan kerahsiaan dan ketanpanamaan peserta kajian semasa data disimpan.

3.6 KEBOLEHPERCAYAAN/ KESAHAN


Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira faktor kebolehpercayaan
(trustworthiness) serta kesahan (validation) seperti yang dicadangkan oleh Angen (2000) iaitu
kesahan etika (ethical validation) serta kesahan substantif (substantive validation). Kesahan
etika merangkumi kajian yang dijalankan hendaklah tidak melanggar etika yang perlu pengkaji
patuhi serta kajian yang dilaksanakan mampu mempersembahkan perspektif isu yang dikaji.
Kesahan substantif pula merangkumi pemahaman tentang isu yang dikaji serta proses
penulisan kajian ini. Untuk mendapatkan kebolehpercayaan serta kesahan yang tinggi dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa sumber dan kaedah pengumpulan data yang
pelbagai (triangulasi) seperti yang disarankan oleh Yin (2014), membina hubungan (rapport)
yang baik dengan peserta kajian seperti unjuran Merriam dan Tisdell (2015) serta
melaksanakan audit di mana proses dan penulisan kajian yang dijalankan ini akan disemak
serta diperiksa oleh pensyarah bimbingan serta pakar dalam bidang pendidikan khas.

3.7 KESIMPULAN
Sebagai rumusan, kajian ini berkepentingan untuk dijalankan bagi menambah baik aspek
pendidikan yang diperlukan oleh MBK di negara kita, terutamanya semasa fasa pandemik ini
kerana mereka juga terkesan dengan implikasi yang disebabkan oleh COVID-19. Oleh itu, guru
pendidikan khas selaku mentor, perancang, guru, pengurus bilik darjah, pakar motivasi,
fasilitator serta penilai pembelajaran perlu mencari alternatif PdP dalam talian yang bersesuaian
dengan MBK (Astaman et al., 2018; Barnawi & Mohammad Arifin, 2012). Pada masa yang
sama, pihak berkepentingan seperti KPM juga hendaklah memberikan sokongan mahupun
platform khas untuk guru pendidikan khas serta MBK dalam melaksanakan serta mengakses
PdP semasa pandemik secara lebih fleksibel dan meluas.
RUJUKAN

Ainul Basirah Mokhtar, & Manisah Mohd Ali. (2021). Faktor Kejayaan Pengajaran dan

Pembelajaran Semasa Pandemik Covid-19: Tinjauan Kepada Guru Pendidikan Khas di

Selangor. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education

(ARISE), 1(4), 140-151.

American Psychological Association. (2010). Publication manual of the American

Psychological Association. Author.

Anderson, J., & Poole, M. (2011). Penulisan tugasan dan tesis (Marzita Puteh & Sadiah

Baharom, Trans.; 1st ed. Institut Terjemahan Negara dan Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

Ashraf Ismail, Khazri Osman, & Nurul Huda Hassan. (2020). Cabaran Pengajaran dan

Pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-

19. Bicara Dakwah Kali ke 21: Dakwah Dalam Talian Semasa Pandemik, 110-116.

Astaman, A., Surni Kadir, & Muhammad Rizal Masdul. (2018). Upaya mengatasi

kejenuhan belajar (tinjauan pendidikan islam pada SDN 10 Banawa Kabupaten

Donggala). Jurnal Kolaboratif Sains, 1(1), 982-993.

Azizi Yahaya, Voo, P., Ismail Maakip, & Mohd Dahlan A. Malek. (2021). Kaedah

penyelidikan dalam pendidikan (5th ed.). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azman Ab Rahman, Nurul Nadia Nozlan, Hussein Azeemi Abdullah Thaidi, Muhammad

Firdaus Ab Rahman, & Mohamad Anwar Zakaria. (2020). Isu Penggunaan Ict Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (Oku)

Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19.

Barnawi, & Mohammad Arifin. (2012). Etika dan profesi kependidikan. Ar Ruzz Media.

Bogdan, R., & Biklen, S. K. (2006). Qualitative research for education: an introduction to

theories and methods (5th ed.). Pearson.


Brinkmann, S., & Kvale, S. (2015). InterViews: Learning the craft of qualitative research

interviewing (3rd ed.). Sage.

Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating

quantitative and qualitative research (4th ed.). Pearson.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research design: Qualitative, quantitative, and

mixed methods approaches (5th ed.). SAGE Publications.

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing

among five approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Czarniawska, B. (2004). Narratives in social science research. Sage.

Golladay, R. M., Prybutok, V. R., & Huff, R. A. (2000). Critical Success Factors for the

Online Learner. Journal of Computer Information Systems, 40(4), 69-71.

Graham, C. R., Burgoyne, N., Cantrell, P., Smith, L., Clair, S. L., & Harris, R. (2009).

TPACK development in science teaching: Measuring the TPACK confidence of inservice

science teacher. TechTrends, 53(5), 70-79.

Jariono, G., Sudarmanto, E., Kurniawan, A. T., & Nugroho, H. (2021). Strategies to

teach children with special needs amid COVID-19 pandemic. Linguistics and Culture

Review, 5(1), 633-641.

Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan Kemahiran Sosial Kanak-kanak Melalui

Bermain: Satu Kajian Kes Di Sebuah Prasekolah. Jurnal Pendidikan Kent, 12(2014).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Terma rujukan konsep guru cemerlang.

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Liguori, E., & Winkler, C. (2020). From offline to online: Challenges and opportunities for

entrepreneurship education following the COVID-19 pandemic. Entrepreneurship

Education and Pedagogy, 3(4), 346-351.

Marshall, C., & Rossman, G. B. (2015). Designing qualitative research (6th ed.). Sage.
Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative research: A guide to design and

implementation (4th ed.). Jossey-Bass.

Mitchell, C. (2011). Doing visual research. Sage.

Mohamad Idham Md Razak. (2020, April 9). COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu

keperluan ke arah menuju Malaysia maju. Astro Awani. https://www.astroawani.com/

berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-

malaysia-maju-237496.

Mohd Rohiman Subri, Rohizani Yaakub, & Azlinda Boheran Nudin. (2021). Pelaksanaan

Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik

COVID-19: Satu Kajian Kes. PENDETA Journal of Malay Language, Education and

Literature, 12, 21-32.

Narimah Kasim. (2011). ICT Implementation for Materials Management in Construction

Projects: Case Studies. Journal of Construction Engineering and Project Management,

1(1), 31-36.

Nedime, A. K., Bastas, M., Altinay, F., Altinay, Z., & Dagli, G. (2020). Distance Education

for Students with Special Needs in Primary Schools in the Period of CoVid-19 Epidemic.

Propósitos y Representaciones, 8(3).

Neuman, W. L. (2009). Social research methods: Qualitative and quantitative

approaches (7th ed.). SAGE Publications.

Norazlin Mohd Rusdin, & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan

Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings of International Conference On Islamic

Civilization and Technology Management, 23(1), 87-105.

Noriah Mohd Ishak, & Abu Yazid Abu Bakar. (2014). Developing Sampling Frame for

Case Study: Challenges and Conditions. World Journal of Education, 4(3), 29-35.

Norsidah T. Mohamed, Rosnaini Mahmud, & Mokhtar Nawawi. (2012). Tahap

Pengintegrasi Ict Dan Kewujudan Kondisi Ely Yang Menyokong Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Jurnal Teknologi Pendidikan

Malaysia.

Rafiza Abdul Razak. (2013). Bridging the Gap Between Experts in Designing

Multimedia-Based Instructional Media for Learning. The Malaysian Online Journal of

Educational Technology (MOJET), 1(3), 44-55.

Roslinda Rosli. (2020, August 10). Pembelajaran norma baharu tingkat profesion guru.

Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/719958/pembelajaran-n orma-

baharu-tingkat-profesion-guru.

Simah Mamat. (2017). Hubungan pengetahuan pedagogi, kandungan KOMSAS,

teknologi, kemahiran, dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap

pencapaian KOMSAS guru bahasa Melayu di Kelantan, Malaysia (Doctoral dissertation,

Tesis Doktor Falsafah).

Smith, C. (2020). Challenges and Opportunities for Teaching Students with Disabilities

During the COVID-19 Pandemic. International Journal of Multidisciplinary Perspectives

in Higher Education, 5(1), 167-173.

Stake, R. E. (1995). The art of case study research. Sage Publications.

Syukriyah Mohamad Akib, & Wan Nor Ashiqin Wan Ali. (2019). AppsLexia:

Pembangunan aplikasi pembelajaran secara fonetik untuk pelajar disleksia. Journal of

Human Development and Communication, 8, 123-138.

Windhiyana, E. (2020). Dampak COVID-19 terhadap kegiatan pembelajaran online di

perguruan tinggi Kristen di Indonesia. Perspektif Ilmu Pendidikan, 34(1), 1-8.

Yin, R. K. (2014). Case study research: Design and methods (5th ed.). SAGE.

Yin, R. K. (2009). Case study research: Design and methods (4th ed.). SAGE.

Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods (3rd ed.). SAGE.

You might also like