You are on page 1of 8

PROPOSAL KAJIAN – POSTER INFOGRAFIK

KOD KURSUS : GIG1021


NAMA KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA
PENSYARAH : ENCIK NURIZWANFAIZI BIN NORDIN
KUMPULAN KULIAH :8
NOMBOR KUMPULAN :2

TAJUK : COVID-19 MENJEJASKAN KUALITI PENDIDIKAN

Bil. Nama Nombor Matrik


1. (Ketua Kumpulan)

MUHAMMAD YUSMAN BIN MAZLAN U2102996

2.
MOHAMAD ILHAM BIN AHMAD NORDIN 17165801/3
3.
CHEASEA ANAK ARIS U2103772
4.
ELYSA BINTI AHMAD NIZAM S2126958
5. MUHAMAD NOR FIDEL FERHAD BIN
MUHAMAD FAIZI
S2132580
6.
MUNEERA AQASYA BINTI ZAMRI U2103895
7.
AMIRAH SYAHIRAH BINTI HAZANI U2103721

8. MUHAMMAD FARID HAFIZI BIN MOHD


NASHIR
U2103795

GIG1012-FIS
1.0) Pengenalan

Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019, perkataan Koronavirus dan COVID-19 kini
menjadi perhatian dan bualan dalam segenap lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang
muda. COVID-19 tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sehingga 4
November 2021, sebanyak 248 juta kes melibatkan lebih 5.02 juta kematian telah dilaporkan di
seluruh dunia. Di Malaysia pula sebanyak 5713 kes telah dilaporkan pada tarikh tersebut. Hal ini amat
membimbangkan pelbagai pihak kerana angka ini terus meningkat saban hari. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan virus ini demi menjamin kelangsungan
kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat, Antara usaha tersebut adalah dengan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat perjumpaan atau komunikasi secara terus antara
seseorang individu dengan individu yang lain yang boleh meningkatkan penularan virus ini berlaku
dalam sekelip mata sahaja. Selain itu, kerajaan juga telah berusaha gigih untuk memberikan vaksin
COVID-19 secara percuma kepada semua rakyat Malaysia dengan mengutamakan petugas barisan
hadapan, diikuti dengan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas, seterusnya rakyat dewasa,
dan juga remaja. Antara jenis vaksin yang diberikan di Malaysia ialah Pfizer, Sinovac, dan
AstraZeneca.

Definisi Koronavirus ialah satu kumpulan virus yang besar yang boleh menyebabkan penyakit
kepada manusia, ini termasuk virus seperti SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome), MERS-
CoV (Middle East Respiratory Syndrome) dan virus-virus lain. Perkataan COVID-19 itu sendiri
sebenarnya bukan merujuk kepada virus tetapi merujuk kepada nama penyakit yang disebabkan
jangkitan Koronavirus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudiannya membuat keputusan
untuk menamakan virus ini secara rasmi sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus
2 (SARS-CoV-2). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan wabak SARS yang melanda Asia pada awal
tahun 2003, WHO telah menamakan penyakit yang disebabkan SARS-CoV-2 ini sebagai Coronavirus
Disease 2019 (COVID-19). Beberapa orang saintis dari China telah berjaya membuktikan bahawa
virus SARS-CoV-2 ini mempunyai ciri persamaan sebanyak 91.02% apabila dibandingkan dengan
virus Pangolin-CoV (Koronavirus dalam tenggiling) dan 90.55% dengan Bat-CoV (Coronavirus dalam
kelawar - RaTG13) di peringkat genom. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika virus ini berasal
daripada haiwan mamalia yang kemudiannya menjangkiti manusia.

Virus yang telah melanda dunia ini telah menjejaskan banyak pihak terutamanya sektor yang
dianggap penting iaitu sektor perkhidmatan seperti perdagangan dan pelancongan, sektor logistik,
dan juga sektor perkilangan. Namun, sektor pendidikan juga tidak terlepas daripada turut terkesan
dengan wabak yang melanda dunia ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan dapat
ditakrifkan dengan perihal atau perbuatan mendidik. Pembelajaran dan pemudahcaraan atau lebih
dikenali sebagai PdPC tidak asing lagi sejak COVID-19 melanda dunia. Hal ini menyebabkan para
guru dan murid perlu mengubah cara pembelajaran dengan begitu drastik iaitu menerusi atas talian
melalui medium seperti Google Meet, Google Classroom, dan sebagainya. Platform untuk
menjalankan pembelajaran atas talian terlalu banyak, namun untuk melaksanakannya tak semudah
yang kita sangka kerana terdapat kekangan atau cabaran pembelajaran atas talian yang perlu
dihadapi.

Antara cabaran yang ketara di Malaysia adalah ketiadaan peranti untuk pembelajaran. Tidak
semua ibu bapa mampu untuk menyediakan peranti untuk anak-anak bagi mengikuti kelas secara
atas talian. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang sedia ada mempunyai masalah kekangan kewangan
atau mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah. Hal ini menyebabkan
wujudnya segelintir pelajar yang ketinggalan dan tercicir dalam pembelajaran. Wajarlah bagi pihak
kerajaan untuk menyediakan kemudahan seperti ini kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
Selain itu, persekitaran yang kurang kondusif juga menjadi cabaran sekunder dalam menjalankan
sesi PdPC ini. Suasana riuh di rumah dan ruang belajar yang tidak selesa akan menyebabkan
mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-pembelajaran dijalankan. Ada juga yang
mengatakan segelintir ibu bapa seolah-olah tidak memahami dan memberi tugasan rumah ketika
anak perlu menyertai kelas atas talian. Jika dibiarkan berlarutan, anak-anak ini pasti akan berasa
tertekan dan tidak lagi berminat untuk belajar. Tahap kemahiran penggunaan teknologi oleh guru dan

GIG1012-FIS
sikap para pelajar ketika sesi e-pembelajaran juga menjadi punca wujudnya cabaran untuk
menjalankan sesi PdPC kepada murid-murid.

2.0) Pernyataan Masalah / Persoalan Kajian

Pernyataan masalah merupakan bahagian paling penting dalam penghasilan projek atau sesuatu
kerja dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengupas isu COVID-19 menjejaskan kualiti pendidikan.
Oleh itu, kajian ini penting untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran atas talian (PdPR) sepanjang
musim pandemik.
Masalah yang kedua ialah mengkaji tentang pengadaptasian para pelajar terhadap cara
pembelajaran yang baharu semasa musim pandemik. Persoalan ini penting dalam mengenal pasti
bagaimana para pelajar membiasakan diri dengan kaedah pembelajaran yang baharu.
Selain itu, pernyataan masalah juga ingin mengupas tentang kesan cara pembelajaran yang baharu
terhadap pelajar dari segi fizikal dan mental pelajar. Persoalan ini penting untuk memastikan pelajar dapat
mengenal pasti kesan pembelajaran atas talian semasa musim pandemik.
Di samping itu, pernyataan masalah dilakukan untuk mengkaji risiko-risiko yang dihadapi oleh para
pelajar semasa menjalankan pembelajaran secara atas talian. Kajian ini dilakukan agar risiko-risiko tersebut
dapat diatasi dan dibincangkan dengan kadar segera.
Pernyataan masalah penting dalam kajian untuk mendapatkan pendapat atau pandangan daripada
para pelajar yang sedang menjalani pembelajaran atas talian semasa pandemik. Ini penting untuk mengenal
pasti masalah mereka sepanjang pembelajaran atas talian tersebut.

3.0) Objektif Kajian

• Untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran secara atas talian.

• Untuk mengkaji tentang pengadaptasian cara pembelajaran yang baharu semasa pandemik.

• Untuk mengkaji kesan-kesan terhadap para pelajar secara mental dan fizikal semasa
menjalankan pembelajaran secara atas talian.

• Untuk mengkaji risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh para pelajar semasa menjalankan
pembelajaran secara atas talian.

• Untuk memperoleh pendapat daripada pelajar-pelajar yang sedang menjalani pembelajaran


semasa pandemik.

4.0) Skop Kajian

• Kajian untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana COVID-19 menjejaskan kualiti
pendidikan — keberkesanan dan pengadaptasian cara pembelajaran baharu ini atas talian.

• Mempunyai kesan terhadap fizikal dan mental para pelajar ; merosakkan keadaan mata,
gangguan emosi, tekanan dan kebimbangan tinggi.

• Terdapat risiko yang bakal dihadapi ; pelajar tercicir, masalah data Internet, tidak mampu
memberi fokus.

GIG1012-FIS
• Pendapat pelajar yang melalui cara pembelajaran ini diambil dan diperolehi.

• Mengkaji elemen falsafah yang berkaitan bersama isu ini.

• Menghuraikan isu ini dengan bantuan ulasan literatur yang diambil daripada artikel atau
rujukan bersesuaian.

• Satu isu yang sangat besar pada masa ini – perlu melakukan sesuatu untuk atasinya.

• Kajian dilakukan supaya tidak dipandang rendah isu ini dan diambil berat oleh semua.

5.0) Ulasan Literatur (Literature Review)

Pelbagai jenis kajian telah digunakan sebagai rujukan bagi mengupas isu “COVID-19
menjejaskan kualiti pendidikan” agar pernyataan masalah seperti keberkesanan pendidikan atas
talian (PdPR), pengadaptasian pelajar dalam suasana pembelajaran baharu, kesan pembelajaran
dalam talian terhadap mental dan fizikal, serta risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh pelajar semasa
pembelajaran dapat dibahaskan.

Antara kajian yang telah dirujuk ialah sebuah kajian bertajuk “Isu dan Cabaran dalam
Pelaksanaan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah: Pendekatan Malaysia Semasa Pandemik
Covid-19”. Menurut kajian ini, keberkesanan PdP yang dilakukan di rumah agak terhad jika hendak
dibandingkan dengan pembelajaran bersemuka. Hal ini demikian kerana pelaksanaan PdPR dalam
talian yang masih baharu di negara ini mempunyai banyak kekangan daripada pelbagai pihak.
Antaranya, tidak semua guru bersedia atau mempunyai kemahiran dalam melaksanakan PdP secara
dalam talian. Selain itu, aspek material juga memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan
ini. Tidak semua pelajar mempunyai peranti digital atau akses kepada internet bagi memastikan
kelancaran proses PdP tersebut. Menteri Kanan Pendidikan turut menyatakan kebimbangan
mengenai situasi ini, yang sekiranya berterusan akan mengakibatkan murid menghadapi kesukaran
untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Selanjutnya,
ia akan memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti PdP (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2020f).

Pengadaptasian pelajar dalam suasana pandemik COVID-19 ini juga disentuh dalam kertas
kajian yang bertajuk “Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan
Akademik Semasa Wabak Covid-19”. Melalui pengadunan dua teori psikologi; Teori Kesejahteraan
Psikologi, dan Teori Transaksional Tekanan dan Daya Tindak Lazarus Folkman; penulis telah
merungkaikan strategi yang boleh diaplikasikan oleh pelajar dalam menghadapi tekanan akademik.
Aspek kesejahteraan diri pelajar itu boleh dibentuk dengan mengaplikasikan strategi daya tindak bagi
meningkatkan 4 aspek: mental, emosi, spiritual keagamaan, dan fizikal. Strategi daya tindak ini
merujuk kepada percubaan aktif untuk mengubah masalah yang dihadapi dan merangkumi strategi
seperti penyelesaian masalah secara langsung, mencari sokongan emosi, dan membuat
perancangan (strategi daya tindak yang berfokus masalah). Menurut (Lazarus & Folkman, 1987)
strategi ini melibatkan aspek kognitif dan ia merangkumi langkah-langkah konstruktif seseorang
dalam situasi tertekan bagi menghilangkan atau mengubah sumber tekanan melalui penyelesaian
masalah secara terancang dan konfrontasi. Melalui strategi daya tindak, aspek kesejahteraan mental
boleh ditambah baik dengan penglibatan dalam aktiviti seperti mendengar muzik, menyanyi, bermain
alat muzik, menonton televisyen, mempelajari kemahiran baru dan mengimbas memori bahagia
melalui album gambar. Strategi yang sama juga boleh diaplikasikan untuk mengurangkan emosi
negatif, antaranya dengan cara menangis untuk memberikan kelegaan sementara. Bagi aspek
keagamaan dan spiritual, strategi ini berfungsi menyediakan kerangka memahami penderitaan emosi
dan fizikal, sehingga mewujudkan rasa reda dalam berhadapan dengan tekanan. Ini dilakukan melalui
aktiviti ibadah seperti mentadabbur al-Quran, mengamalkan zikir, bersolat, dan juga berdoa. Strategi
daya tindak tingkah laku juga berperanan mengurangkan tekanan akademik dengan melakukan
aktiviti-aktiviti beriadah, mencabar fizikal atau aktiviti relaksasi.

GIG1012-FIS
Seterusnya, dalam suatu kajian yang bertajuk ”Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah” yang ditulis oleh Nur Hanisah Ahmad
Saifudin dan Mohd Isa Hamzah menceritakan tentang kesan-kesan yang dihadapi oleh pelajar
sepanjang sesi PdPR. Salah satu daripadanya ialah murid menghadapi kesukaran untuk menyertai
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian. Kesukaran ini adalah
disebabkan tiada capaian internet di rumah dan gangguan kepada akses internet seperti talian
internet yang terputus-putus serta tidak stabil (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Murid yang tinggal di
kawasan pedalaman mengalami kesukaran untuk mendapatkan capaian internet yang stabil dan ini
memerlukan mereka untuk memilih rangkaian talian yang mempunyai capaian yang baik di kawasan
kediaman (Aziz A. et al., 2020). Tambahan lagi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Afandi Ahmad
(2020) berkata PdPC dalam talian adalah kontra kepada pertemuan bersemuka ini kerana
dengan pembelajaran dalam talian tiada bimbingan daripada guru yang mahir dan menyebabkan
kesalahan sama boleh berulang dilakukan oleh murid. Misalnya dalam mata pelajaran Matematik
yang memerlukan teknik serta formula yang sesuai untuk murid agar mudah difahami, jika tiada
pembetulan dari kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut akan menyebabkan murid
mengambil mudah dan sambil lewa terhadap tugasan itu. Ini menjadikan murid tidak bermotivasi dan
berminat untuk belajar secara atas talian.
Di samping itu, risiko-risiko yang mampu dilalui oleh para pelajar juga memainkan peranan
yang besar dalam menjejaskan kualiti pembelajaran mereka. Mengikut sebuah artikel yang diterbitkan
oleh Dr Mohd Nazri Abdul Rahman bertajuk “Perbaiki pelaksanaan PdPR 2.0 atasi isu keciciran
pelajar”, beliau menegaskan bahawa COVID-19 semestinya memberikan kesan kepada sektor
pendidikan apabila lebih ramai pelajar keciciran dalam pembelajaran mereka. Tahun lalu, Tabung
Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan satu pertiga kanak-kanak
dunia di negara membangun tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pembelajaran secara
jarak jauh khususnya melalui radio, televisyen, dan internet. Manakala di negara ini, tinjauan
Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai kesediaan murid terhadap pembelajaran dalam talian
mendapati 1.85 juta murid tidak mempunyai peranti dan menghadapi masalah akses internet yang
menafikan capaian kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Meskipun PdPR di
negara ini adalah kaedah gabungan antara dalam dan luar talian, akan tetapi masih terdapat banyak
lagi golongan pelajar yang berisiko tercicir dalam pembelajaran atas faktor yang dinyatakan di atas.

6.0) Metodologi Kajian

Metodologi kajian merangkumi teknik khusus dalam mengumpul dan menganalisis data terhadap
kajian yang dijalankan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang sah
dan relevan. Kajian ini dilakukan bertujuan menghasilkan maklumat-maklumat bersifat terkini.

Reka bentuk kajian


Dalam kajian ini dua jenis kajian digunakan iaitu kajian dokumentasi dan kajian google forms.

1. Kajian Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kaedah dokumentasi iaitu mencari maklumat dari bahan bacaan
yang berkaitan dengan tema kajian melalui media cetak dan media elektronik. Penggunaan
media elektronik seperti sumber internet paling banyak digunakan dalam mengekstrak fakta
dan maklumat berkenaan.

2. Kajian Soal Selidik

Bagi kaedah soal selidik pula, seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk
menjawab satu set borang soal selidik yang telah disediakan dalam bentuk Google Form.
GIG1012-FIS
Pautan kepada soal selidik itu kemudian diberikan kepada para responden. Borang soal selidik
tersebut mengandungi item berkaitan dengan objektif kajian.

*Soalan Google Form*

- Pembelajaran atas talian adalah lebih efektif dan berkesan


- Pembelajaran atas talian membantu saya memahami sesuatu subjek dengan lebih baik
- Pembelajaran atas Talian menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar
- Bahan pelajaran yang disediakan oleh guru adalah lebih menarik dan mudah difahami
- Guru-guru tampak lebih semangat untuk mengajar
- Semasa sesi pembelajaran atas talian saya mempunyai masalah capaian internet.
- Saya tidak mempunyai peranti untuk menyertai pembelajaran dia atas talian

7.0) Rujukan

▪ User, S. (2020, October 12). 9 Fakta Mengenai Covid-19. Pusat Informasi Perubatan
COVID-19 USM-KPJ (PIPC USM-KPJ). Retrieved November 6, 2021, from
http://covid19.kk.usm.my/index.php/artikel/bacaan-umum/79-9-fakta-mengenai-covid-
19.

▪ Pusat Rujukan persuratan melayu @ DBP. (n.d.). Retrieved November 6, 2021, from
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pendidikan.

▪ 19 Malaysia updates. COVID. (n.d.). Retrieved November 6, 2021, from https://covid-


19.moh.gov.my/terkini.

▪ Ashaha, N. R. N. (2020, March 18). Tiga Sektor Dunia dibadai covid-19. Sinar harian.
Retrieved November 6, 2021, from
https://www.sinarharian.com.my/article/74274/ANALISIS-SEMASA/Tiga-sektor-dunia-
dibadai-Covid-19.

▪ Hanafi, N. H., Aliah, HANAFI, A. T. A. N. U. R. U. L. H. U. S. N. A., & Jesz. (2021,


August 20). 4 cabaran Pembelajaran Atas talian di Malaysia. Web Pendidikan.
Retrieved November 6, 2021, from https://webpendidikan.my/4-cabaran-
pembelajaran-atas-talian-di-malaysia/.

▪ Rahman, I. A., & Ramli, A. A. B. (2021, September 10). Isu Dan Cabaran Dalam
pelaksanaan pendidikan Peringkat Rendah Dan Menengah: Pendekatan Malaysia
semasa pandemik covid-19. ResearchGate. Retrieved November 6, 2021, from
https://www.researchgate.net/publication/354513284_Isu_dan_Cabaran_dalam_Pela
ksanaan_Pendidikan_Peringkat_Rendah_dan_Menengah_Pendekatan_Malaysia_Se
masa_Pandemik_Covid-19.

▪ Aziz, A. R. A., Shafie, A. A. H., Lee, U. H. M. S., & Ashaari, R. N. S. R. (n.d.). Strategi
Pembangunan aspek Kesejahteraan Kendiri bagi mendepani Tekanan Akademik
semasa wabak covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH). Retrieved November 6, 2021, from
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/594.

▪ Rahman, D. M. N. A. (2021, June 19). Perbaiki Pelaksanaan PDPR 2.0 Atasi ISU
Keciciran Pelajar. Berita Harian. Retrieved November 6, 2021, from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/06/829593/perbaiki-pelaksanaan-pdpr-
20-atasi-isu-keciciran-pelajar.

GIG1012-FIS
8.0) Pembahagian Tugas /Ahli Kumpulan :

Nama Ahli Kumpulan Tugas


- Menyediakan poster
MUHAMMAD YUSMAN BIN MAZLAN - Menyediakan ulasan literatur
- Menyedikan rujukan
- Menyediakan ulasan literatur
MOHAMAD ILHAM BIN AHMAD
NORDIN - Menyemak dan membaca pruf

CHEASEA ANAK ARIS - Menyediakan penyataan masalah

ELYSA BINTI AHMAD NIZAM - Menyediakan skop

- Menyediakan objektif
MUHAMAD NOR FIDEL FERHAD BIN
MUHAMAD FAIZI - Menyediakan penyataan masalah

MUNEERA AQASYA BINTI ZAMRI - Menyediakan pengenalan

MUHAMMAD FARID HAFIZI BIN - Menyediakan metodologi


MOHD NASHIR
- Menyediakan metodologi
AMIRAH SYAHIRAH BINTI HAZANI

9.0) Carta Gantt (bermula pada minggu ketiga / selepas pembahagian

kumpulan)

Minggu

3 4 5 6 7 8 9 10 11

Aktiviti

Perbincangan
mengenai tema
dan tajuk

Kajian awal
(masalah,
objektif, skop)

Pembahagian
tugas bagi ahli
kumpulan

GIG1012-FIS
Pengumpulan
data (buku,
jurnal,
melayari
internet)

Penganalisisan
data
(mengulas
sumber)

Menyediakan
proposal untuk
poster

Menghasilkan
draf poster

Menghasilkan
poster

GIG1012-FIS

You might also like