You are on page 1of 2

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : EZZATUL QHAIRINA BINTI MOHAMED ZAILANI

NO. KAD MATRIK : AA200092

NO. KAD PENGENALAN : 020129-01-1084

BIODATA PENGUCAPTAMA:

Nama pengucaptama ialah YBhg. Prof. Dr. Herri.Beliau dilahirkan di Payakumbuh,Indonesia


pada 15 Disember 1963.Beliau juga telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi
Malaysia dalam bidang ekonomi dan berjaya memperoleh PhD.Kini,beliau memegang
jawatan sebagai Ketua Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi (LLDIKTI) Wilayah
X,Indonesia.Selain itu,beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Perkhidmatan
Pendidikan Swasta,Profesor Pengurusan Strategik bagi Fakulti Ekonomi-Universiti Andalas-
Indonesia.Sebelum itu,beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Naib Dekan Urusan
Am dan Kewangan bagi Fakulti Ekonomi-Universiti Andalas,Indonesia dari tahun 2011
hingga 2012.Setelah itu,beliau juga pernah dilantik sebagai Pembantu Rektor Urusan Am dan
Kewangan di universiti dan fakulti yang sama dari tahun 2012 hingga 2016.

TAJUK : USAHA-USAHA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA DALAM


MENGHADAPI WABAK COVID-19
Pada 19 Ogos 2020,Persidangan Antarabangsa Kelestarian INSAN 2020 yang
dirasmikan oleh YBhg.Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly,Naib Canselor Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia(UTHM) telah dilaksanakan secara atas talian iaitu YBhg. Prof Dr.
Herri sebagai salah seorang pengucaptama bagi program itu untuk berkongsi informasi
berkenaan situasi semasa Covid-19.Menurut beliau,pelbagai polisi yang telah dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan sewaktu wabak Covid-19 semakin
menular.Selain daripada bantuan kewangan diberikan kepada pelajar yang
memerlukan,langkah ‘Study From Home(SFH)’ juga diambil bagi mempraktikkan protokol
kesihatan bermula 9 Mac bagi mencegah penyebaran virus ini.Kementerian Pendidikan dan
Kebudayaan juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Maklumat untuk
menyediakan kemudahan internet bagi pelajar.Selain itu,pelbagai kemudahan kesihatan
disediakan seperti fakulti perubatan dan hospital universiti dijadikan pusat ujian saringan
Covid-19 dan 18,000 katil juga disediakan bagi pesakit yang dikuarantin.Dalam pada
itu,beliau juga menyatakan bahawa terdapat 250,000 orang pelajar dan 9453 orang pensyarah
secara keseluruhan dari wilayah Jambi,Kepulauan Riau,Riau dan Sumatera Barat.Selain
itu,beberapa tinjauan juga telah dilakukan pada bulan Mei hingga Jun 2020 dengan 74 orang
pelajar meliputi kawasan LLDIKTI Wilayah X sebagai responden.Antaranya,tinjauan
tersebut menyatakan sebanyak 98% pelajar institusi pendidikan tinggi menjalankan
pembelajaran secara atas talian,namun hanya 32% sahaja yang mempunyai platform
khas.Tinjauan tersebut juga menunjukkan bahawa institusi lebih banyak menggunakan media
sosial iaitu 43.2% berbanding aplikasi seperti Zoom dan Webex yang hanya 23% sebagai
pembelajaran di atas talian.Namun,sebanyak 62.2% yang tidak menerima bantuan pakej
internet oleh pihak institusi.

KOMEN & KRITIKAN & CADANGAN IDEA

Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan,saya perhatikan bahawa masih terdapat


kelas secara bersemuka semasa wabak Covid-19 masih menular.Seperti yang kita ketahui,kes
Covid-19 masih dianggap serius di Indonesia apabila masih berlaku peningkatan kes dan
jumlah kematian.Oleh itu,saya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan dan
Kebudayaan Indonesia menetapkan polisi supaya mengutamakan kelas secara atas talian
terlebih dahulu buat sementara demi kepentingan kesihatan masyarakat.

Selain itu,saya juga dapat perhatikan bahawa hanya 23% orang pelajar sahaja yang
menggunakan aplikasi pembelajaran secara atas talian seperti Zoom untuk berkomunikasi
dengan pensyarah.Perkara ini akan memberi implikasi yang buruk terhadap kefahaman para
pelajar dalam suatu kursus pembelajaran.Hal ini kerana cara berkomunikasi yang berkesan
adalah dengan cara mesej yang disampaikan itu difahami dengan tepat dan jelas oleh
penerima.Oleh itu,setiap institusi digalakkan menjalankan kelas pembelajaran secara
bersemuka dengan menggunakan aplikasi atas talian bagi meningkatkan tahap keberkesanan
dalam berkomunikasi.

Seterusnya,terdapat juga pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran untuk


menghadiri kelas secara atas talian kerana sebanyak 62.2% yang tidak menerima bantuan
pakej internet oleh pihak institusi.Hal ini akan menyebabkan ramai pelajar ketinggalan
pelbagai info dan bahan pembelajaran sekaligus memberi impak terhadap pendidikan
mereka.Seperti kita ketahui,tidak semua pelajar berkemampuan memiliki kemudahan internet
di rumah.Oleh itu,pihak institusi haruslah memainkan peranan dalam hal ini dengan
menyediakan pakej internet bagi pelajar supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran di
atas talian.

You might also like