You are on page 1of 6

NAMA : NURAZLINA BINTI ZAINAL ABIDIN

NO.MATRIK : 29201011
FAKULTI : SENI HALUS (RKV)
SUBJEK : AWA2112 BAHASA MELAYU
TUGASAN : 1&2 PENULISAN
PENSYARAH : CIK NUR ‘IZZATTY BT MUHIDDIN
Tajuk 2 : Apakah kesan yang berlaku terhadap masyarakat selepas virus Covid-19 menyerang
seluruh dunia.

Pandemik COVID-19 merupakan keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari

selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. World Health Organization

United Nation (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa pandemik COVID-19 juga dikenali sebagai

pandemik koronavirus 2019– 2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 berpunca daripada sindrom

pernafasan teruk koronavirus. Seperti yang kita tahu, satu dunia sedang mengalami peperangan yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar. Peperangan ini bukan sekadar peperangan yang kecil tetapi merupakan

peperangan yang cukup besar. Wabak penyakit yang mulanya hanya berlaku di sebuah daerah di China,

kini telah merebak keseluruh dunia. yang memberikan mimpi ngeri kepada hampir seluruh negara di dunia

tidak mengira status negara terbabit.

Penularan pandemik COVID-19 memberi impak dahsyat kepada setiap lapisan masyarakat

diseluruh dunia, baik dari aspek kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Menurut CNN, terdapat

hampir 5 juta kes dan lebih 300 ribu kematian akibat wabak ini yang melibatkan 213 negara dan wilayah

diseluruh dunia. Di Malaysia sehingga 20 Mei 2020, kes positif COVID-19 telah meragut lebih 100 nyawa

yang terlibat. Dalam menangani krisis ini pelbagai pihak telah berkerjasama memberi bantuan kepada

yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing sama ada secara langsung atau tidak langsung

baik kerajaan, barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, badan swasta, NGO dan lain-lain

lagi.

Antara impak negatif penularan wabak ini telah menyebabkan peningkatan kadar kematian

di Malaysia. Hal ini disebabkan kualiti hidup masyarakat akan berkurangan apabila mereka menghidap

penyakit COVID-19. Hal ini menyebabkan jangka hayat mereka akan rendah seterusnya meningkatkan

kebolehan mereka untuk terdedah kepada kematian adalah tinggi terutama sekali kepada golongan warga

emas antara lingkungan umur 55 hingga 64 tahun dan berumur 60 tahun ke atas.
Selain itu, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia telah

hilang pekerjaan dan menganggur sepanjang tempoh ini. Dengan jumlah pesakit yang tinggi, begitu

juga dengan kes kematian. Hal ini menyebabkan kebanyakan negara mengambil langkah melakukan

sekatan pergerakan kepada rakyat mereka bagi menyekat wabak ini terus merebak dengan lebih meluas.

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi telah

mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac hingga 31 Mac

2020.Pandemik COVID-19 mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan domestik seperti

industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan pembuatan, industri pelancongan, serta industri

pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini sekaligus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

Kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dan sekaligus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan. Tidak

mengetahui bila akan tamat penularan wabak ini, menyebabkan kita mengalamai tekanan secara fizikal

dan juga mental.

Tekanan dan kegelisahan ini dapat menyebabkan peningkatan penggunaan alkohol, serta

peningkatan keganasan rumah tangga dan keluarga. Gangguan kesihatan mental bukan sahaja berpunca

daripada kesulitan ekonomi, tetapi juga menjadi penyebab kepada produktiviti yang lebih rendah,

peningkatan kos penjagaan kesihatan, dan kematian yang lebih tinggi. Manakala sepanjang PKP

dikuatkuasakan, kerajaan telah mencatatkan 336 aduan mengenai penderaan fizikal, mental, emosi dan

seksual serta eksploitasi dan pengabaian melibatkan kategori kanak-kanak, keganasan rumah tangga,

orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas serta untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Tekanan

emosi berpotensi melemahkan sistem imunisasi dan keupayaan tubuh melawan jangkitan.

Jika masyarakat atau kerajaan gagal menguruskan keadaan tekanan emosi dan mental ini, ia

juga akan melemahkan sistem imunisasi dan mengganggu keupayaan tubuh individu untuk mengatasi

jangkitan dan penyakit. Sekaligus memungkinkan usaha membendung penularan wabak ini pada peringkat

mikro juga mungkin akan sedikit terjejas.


Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menjangkakan seramai 2.4 juta rakyat Malaysia

berkemungkinan hilang pekerjaan pada pasca COVID-19 ditambah lagi graduan yang akan bergraduat

pada tahun ini. Demikian akan menyebabkan ramai rakyat yang akan jatuh miskin disebabkan tiada punca

pendapatan seperti sebelumnya dan sepanjang tempoh PKP yang telah dijangkakan akan mengambil

masa yang agak lama sehingga hujung bulan disember 2020 sebelum ia ditamatkan. Juga berlaku di luar

negara seperti Amerika, sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu

yang merupakan paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran meningkat

kepada 14.7 peratus. Dana Kewangan Antarabangsa mengatakan ekonomi Asia akan menyaksikan

pertumbuhan sifar untuk pertama kalinya dalam 60 tahun. Industri penerbangan menjadi antara industri

paling terkesan kerana kekurangan jumlah pengguna paling ketara. Syarikat penerbangan terkenal di

Malaysia dengan tambang murah seperti syarikat penerbangan Malindo Air dan AirAsia telah

membekukan semua penerbangan ke seluruh tempat dan dari Wuhan susulan wabak ini.

Dari segi pendidikan pula, banyak institusi pendidikan di seluruh dunia terpaksa di tutup

termasuk di Malaysia. Sekolah yang menjadi tempat kemahiran dipelajari juga terpaksa ditutup. Kaedah

baru terpaksa dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang sewajarnya. Berikutan

itu, proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di sekolah dan pelajar IPT dan IPTS dikendalikan secara

maya seperti sistem e-pembelajaran dan pengalaman yang dilalui oleh setiap pelajar universiti adalah

berbeza. Ini juga mengambil kira pandangan semua pelajar yang diambil dari segi positif atau negatif. Ia

memerlukan masa, sokongan dan dorongan yang kuat daripada pelbagai pihak. Setiap keputusan yang

dibuat akan memberi impak besar terhadap sistem pendidikan.

Secara positifnya, para pelajar telah dilihat semakin dapat menyesuaikan diri dengan kaedah

pembelajaran secara online dan sedikit sebanyak telah memupuk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat

dalam diri pelajar khususnya. merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan Google

Classroom supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. Dan dari segi negatif, kekurangan belajar

secara maya juga memberi respon yang kurang seperti perlu menyusun jadual pembelajaran sendiri,
mencari bahan pembelajaran selain yang diberikan oleh pensyarah, menyusun waktu perbincangan bagi

tugasan berkumpulan, menentukan tarikh tutup pecahan kerja-kerja tugasan kumpulan supaya boleh

dilengkapkan sebelum tarikh tutup tugasan, serta membuat pelbagai keputusan yang memerlukan

kemahiran penyelesaian masalah seperti masalah internet yang tidak stabil atau lemah, kawan kumpulan

tugasan yang tidak ada akses internet, laptop dan speaker bermasalah, dan sebagainya.

Selanjutnya, impak daripada COVID-19 ini telah menyebabkan kekurangan bekalan

makanan di Malaysia. Hal ini kerana PKP telah menganggu secara langsung rantaian bekalan makanan

sedia ada di pasaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa rantaian makanan yang utama dalam

industri pembekalan makanan seperti restoran, pasar malam, pasar borong dan kedai runcit terpaksa

ditutup. Tambahan lagi, sesetengah perniagaan penting untuk membekalkan bahan makanan seperti ini

dihadkan waktu perniagaannya antara jam 6 pagi hingga 5 petang dan juga sekatan perjalanan antara negeri

serta perintah duduk di rumah yang telah dikuatkuasakan. Hal ini menyebabkan pengguna mula bimbang

seterusnya telah mendorong mereka tergesa-gesa untuk membuat pembelian barangan (panic buying)

seperti yang telah berlaku pada awal penguatkuasaan PKP.

Selain itu, penyesuaian melalui kawalan terhadap tingkah laku diri dan emosi memainkan

peranan penting dalam mengawal tindakan dan emosi menerusi strategi yang betul. Misalnya apabila

penjarakan fizikal dilaksanakan, individu masih boleh berinteraksi melalui media sosial dan talian,

kebiasaan baharu tidak bersalaman pula diganti dengan ucapan lisan, memakai topeng muka (mask)

sekiranya perlu dan arahan kerap mencuci tangan dipatuhi apabila individu berurusan dengan pihak lain

bagi mencipta rasa selamat. Oleh itu, individu akan mengolah dan membuat penyesuaian dengan sumber

yang mereka ada untuk memenuhi tuntutan persekitaran. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi

dampak yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Malah,

telah mengubah cara dan gaya hidup manusia termasuklah cara kebanyakan individu bekerja, bersosial,

belajar, keluar membeli-belah dan melakukan aktiviti kehidupan yang lain.


Secara keseluruhan, ekoran wabak Pandemik COVID-19 ini telah menjadi masalah global

dan usaha yang diambil oleh kerajaan disemua negara dalam menanganinya ternyata memberi impak

kepada penduduk negara masing-masing. PKP di Malaysia telah menunjukkan kesan positif dan

pematuhan rakyat melebihi 95 peratus. Dalam mengekang penularan wabak COVID-19 amat penting

dalam memastikan kesihatan penduduk bebas dari jangkitan itu, namun ia akan memberikan impak negatif

kepada sosial dan ekonomi penduduk secara keseluruhan. Keterampilan norma baharu ini akan dapat

dijalani dengan tenang dan memberi impak positif kepada setiap individu tidak kira umur dan bangsa

sekiranya penyesuaian kendiri dilakukan serta diurus dengan baik.

You might also like