You are on page 1of 5

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN


BAHASA INGGERIS SECARA ATAS TALIAN

JENIS {TANDAKAN √}: KATEGORI : BM / BI

1. SEKOLAH RENDAH ( ) 3. MENENGAH ATAS ( )

2. MENENGAH RENDAH ( ) 4. TINGKATAN ENAM (√ )

Nama Penuh :
(Nama penuh NURUL AIN BINTI HERI
mengikut sijil
kelahiran/kad
pengenalan)
No. My Kid/ No. Jantina :
Kad Pengenalan : 020630-08-0278 PEREMPUAN

No. Telefon : 019-7737894 E-mel Sekolah :

Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ HAJI MOHD TAIB

Tajuk Esei: USAHA MALAYSIA DALAM MENANGANI PANDEMIK COVID-19

PENGESAHAN
Saya seperti penama di atas, bersetuju untuk mengikuti pertandingan tersebut dan
mematuhi syarat-syarat pertandingan. Dengan ini saya mengesahkan bahawa esei
yang bertajuk
Usaha Malaysia Dalam Menangani Pandemik COVID-19 adalah hasil ciptaan
saya sendiri dan bukan plagiat daripada mana-mana sumber. Sekiranya esei saya ini
didapati plagiat,pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan dan hadiah yang
dimenangi.

Tandatangan pelajar,

AIN
-------------------------
( NURUL AIN BINTI HERI)
Usaha Malaysia Dalam Menangani Pandemik COVID-19

Pada awal tahun 2020, masyarakat di seluruh dunia telah digemparkan dengan suatu
fenomena baharu yang belum pernah dialami. Kemunculan penyakit yang dikenali sebagai
virus COVID-19 sehinggakan seluruh masyarakat menjadi panik dan hidup dalam ketakutan
kerana penyakit ini boleh membawa maut kepada sang penghidap. Pandemik COVID-19 ini
juga dikenali sebagai pandemik koronavirus. Virus ini kebanyakannya menular antara
seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada
batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda
gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul. Pandemik ini
telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global, penangguhan dan pembatalan acara
kebudayaan, keagamaan dan kesukanan, dan ketakutan yang meluas dalam kekurangan
bekalan yang telah mendorong pembelian panik.

Penularan wabak COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan


Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, sedikit sebanyak mendidik rakyat di seluruh dunia termasuk
Malaysia, untuk mengubah tabiat hidup demi mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.
Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan slogan ‘Stay at Home’ atau kekal berada di rumah.
Dalam tempoh hampir sebulan menjalani kehidupan dengan mematuhi PKP, pelbagai
langkah kawalan yang perlu diamalkan dalam usaha mencegah penularan wabak berkenaan
telah mencipta ‘norma’ atau kebiasaan baharu, dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah
bekerja di rumah, pembelajaran secara maya, penjarakkan sosial dan sebagainya.

Untuk menghentikan penularan wabak pendemik ini, kerajaan telah memperkenalkan


Standard Operating Procedure (SOP) dari segi pembelajaran dan pengajaran, aktiviti sosial,
keagamaan dan juga perkahwinan. Budaya berjabat tangan juga sebelum ini telah diganti
diganti dengan hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat tanpa perlu
bersentuhan. Majlis pernikahan juga telah dilakukan secara ‘online’ semasa PKP
dilaksanakan. Sebagai langkah persediaan dalam menghadapi situasi yang lebih serius,
kerajaan akan terus mempertingkatkan pelaksanaan saringan di pintu masuk antarabangsa
dengan cara menjalankan sekatan perjalanan dari negara terbabit dan menyediakan laluan
khas untuk pelawat dari negara berkenaan. Rakyat juga dinasihatkan agar tidak melakukan
perjalanan ke negara-negara yang terjejas dengan virus COVID-19. Wabak ini dijangkan
akan berterusan dalam tempoh jangka masa yang panjang berdasarkan status terkini COVID-
19 di Malaysia. Bagi mereka yang baru pulang dari negara luar, mereka perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan dan kuaranti selama 14 hari.

Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP kali ini, kerajaan telah melaksanakan larangan
rentas negeri dan daerah kecuali untuk tujuan bekerja, rawatan perubatan serta pergerakan
barangan dan pergerakan bagi sektor-sektor ekonomi. SOP yang lebih ketat juga telah
dikuatkuasakan termasuk melarang dine-in di restoran, menghalang hampir semua aktiviti
sukan dan sosial serta menutup operasi perniagaan tertentu. Pelaksanaan PKP ini telah
menghasilkan kesan di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan
Pahang yang mula menunjukkan trend jumlah kes harian baharu yang semakin melandai.
Namun begitu, peningkatan kes masih berlaku terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan
Johor. Ini adalah negeri-negeri yang berkepadatan tinggi disamping mempunyai kegiatan
ekonomi dan industri yang rancak. Kerajaan sedar bahawa antara kaedah yang paling
berkesan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ialah dengan melaksanakan
‘lockdown’ atau penutupan hampir sepenuhnya sektor-sektor ekonomi. Jika ini dilakukan
dalam tempoh beberapa minggu, kita dapat melandaikan semula lengkuk jangkitan COVID-
19 di negara kita.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia
tentang tahap-tahap seseorang yang terkena jangkitan COVID-19. Pada tahap pertama,
mereka disyaki positif tetapi tidak bergejala. Ketika berada di tahap kedua, individu tersebut
mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk dan sakit tekak dan pada tahap seterusnya,
pesakit COVID-19 mengalami jangkitan atau radang paru-paru (pneumonia) tetapi tidak
memerlukan bantuan pernafasan. Manakala pada tahap keempat, pesakit COVID-19
mengalami radang paru-paru dan ketika ini pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Dan
pada tahap ke-5 iaitu tahap terakhir, pesakit kritikal melibatkan symptom sesak nafas,
kegagalan multi organ dan memerlukan bantuan pernafasan melalui ventilator. MKN juga
ada memberitahu tentang enam langkah dalam perangi COVID-19. Langkah pertama adalah
dengan melakukan saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari.
Langkah seterusnya adalah dengan mengkuarantinkan diri selama 14 hari berturut-turut.
Langkah keempat adalah memakai pelitup muka setiap kali keluar daripada rumah.
Hendaklah setiap kali menukar pelitup muka dan tidak memakai pelitup muka yang sama
berulang kali. Langkah kelima adalah meningkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah.
Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan
dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
Langkah yang terakhir adalah menjaga penjarakan sosial sejauh 1 meter. Keluar rumah jika
perlu seperti mahu membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan tertentu yang tidak dapat
dielakkan.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan


ternyata mempunyai cabarannya yang tersendiri. Lantaran penutupan sekolah dan university
sejak PKP fasa 1 di Malaysia, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah bertukr
kepada sesuatu yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika
ini iaitu pembelajaran secara maya. Ia adalah sejajar dengan saranan kerajaan Malaysia kea
rah kehidupan secara kebiasaan baharu. Kelas-kelas maya telah mula dipraktikkan oleh para
guru sekolah dan pensyarah di universiti bagi memastikan pelajar masih boleh menjalani
proses P&P. E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik
yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Maklumat ini
juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang
menggabungkan elemen-elemen multimedia. Pembelajaran secara maya ini mendorong
pelajar untuk bersikap lebih terbuka untuk mengemukakan pendapat atau persoalan yang
membina serta dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar dengan
penggunaan bahan elektronik seperti perisian grafik dan animasi. Pendidik harus mempunyai
pengetahuan mengendalikan komputer bagi membolehkan seorang pendidik memanfaatkan
teknologi tersebut bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tambahan pula dengan
sokongan teknologi perisian yang semakin mesra pengguna dan mudah digunakan, konsep
pembelajaran menerusi teknologi termasuklah teknologi web menjadi semakin mudah untuk
dilaksanakan.

Pemberian vaksin mati bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu
terkena jangkita virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan
memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi
serangan virus yang sebenar yang lebih kuat. Tujuan pemberian vaksin adalah untuk
mencapai imuniti kelompok. Masih ramai dalam kalangan masyarakat umum tidak mendapat
maklumat tepat mengenai keperluan pengambilan vaksin. Ada dalam kalangan mereka yang
masih percaya bahawa sering kali vaksin menyebabkan kesan mudarat yang serius.

Kesimpulannya, norma ini secara tidak langsung akan memberikan impak kepada
pelan strategik setiap institusi pengajian tinggi di samping mengubah pacuan hala tuju sedia
ada. Malah, tidak mustahil juga landskap sistem pendidikan tinggi terutamanya dari aspek
pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, akan terus kekal
bersama arus perubahan semasa untuk tempoh waktu yang panjang

You might also like