You are on page 1of 6

Penulisan Kritis :

Penulisan ini adalah sebuah kajian yang dilakukan untuk melihat dan memperhalusi
isu berkenaan kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah akibat daripada kawalan
pergerakan semasa Pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa sehingga telah
menjejaskan sektor pendidikan di seluruh negara. Ketika berlakunya pandemik covid-19,
terdapat banyak sektor yang terjejas dan terpaksa ditutup sementara bagi
mengurangkan penularan wabak tersebut. Antara sektor yang ditutup termasuklah
sektor pendidikan iaitu sekolah juga ditutup, Kesan daripada penutupan
sekolah,segala pembelajaran dilakukan secara atas talian sahaja. Oleh itu,
bermulalah kelas di atas talian dijalankan untuk mengelakkan para pelajar ketinggalan
dalam soal pembelajaran.

Pada permulaan kawalan pergerakan akibat pandemik ini, sekolah mula ditutup dan
apabila keadaan atau kes penularan wabak tersebut pulih, sekolah dibuka bagi pelajar yang
menghadapi peperiksaan. Umumnya, pada ketika sekolah di buka, pelbagai SOP dikeluarkan
untuk mengekang penularan wabak tersebut di antara kalangan guru dan pelajar. Kesan
daripada keadaan tersebut sesi pembelajaran didapati agak sukar untuk dijalankan. Justeru
itu, daripada pandangan saya adalah ibu bapa, pihak sekolah serta kementerian pendidikan
mempunyai peranan yang paling penting agar tidak ada pelajar yang tercicir dalam
pembelajaran. Hal ini demikian kerana, mereka adalah tunjang utama kepada pembentukan
sahsiah pelajar.

Ketika para remaja di Malaysia perlu berhadapan dengan Perintah Kawalan


Pergerakan bermula 18 Mac 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19, banyak aktiviti
sekolah dan acara-acara kegemaran mereka perlu dibatalkan. Ini membatasi banyak aktiviti
kegemaran mereka, termasuk pesta, sukan, dan masa yang dihabiskan secara langsung
dengan rakan-rakan. Tidak hairanlah ramai remaja merasa tertekan, marah dan bosan
sepanjang tempoh ini. Tidak dinafikan kawalan pergerakan akibat serangan pandemik ini
memberi kesan besar terhadap pelbagai sektor di negara kita dan majoriti pelajar sangat
terkesan dengan kehidupan norma baharu ini. Perkara ini menuntut setiap pelajar untuk
beradaptasidengan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Proses adaptasi ini memaksa pelajar untuk menghadapi pelbagai bentuk tekanan bagi
menyesuaikan diri dalam kehidupan norma yang baharu. Fenomena ini merupakan
sebuah kejutan yang hebat kepada pelajar-pelajar. Perubahan mendadak ini memerlukan
proses penerimaan dan ia mengundang pelbagai permasalahan, terutamanya melibatkan
emosi dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar remaja seperti tekanan,
kebimbangan, stress dan tekanan psikologikal.
Isu kesihatan mental yang hangat melanda dalam kalangan pelajar terutamanya
remaja sekolah. Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi menjaga kesihatan pelajar
sekolah ketika pelaksanaan PnP secara atas talian bagi mengelakkan penularan wabak
pandemik ini. Susulan daripada itu, kehidupan pelajar sekolah yang telah berubah secara
mendadak kerana pengasingan sosial dan seterusnya mereka terpaksa menyesuaikan diri
dengan persekitaran pembelajaran baru iaitu pembelajaran atas talian bagi memenuhi SOP
yang ditetapkan. Oleh yang demikian, ia memberikan tekanan kepada mereka terutamanya
apabila berkaitan dengan pembelajaran, kewangan ,kebimbangan kesihatan diri dan
sokongan. Kesihatan mental pelajar bagi remaja sekolah semakin meningkat akibat stress
yang melanda individu bergelar pelajar kerana suka untuk fokus dalam sesi pembelajaran
di atas talian. Hal ini demikian kerana, pembelajaran atas talian amat memerlukan disiplin
pelajar yang tinggi serta sokongan dan dorongan yang kuat daripada guru dan ibu bapa.
Antara faktor yang menyumbang kepada hilang tumpuan murid ialah persekitaran di rumah
yang tidak sesuai untuk pembelajaran, bahan pembelajaran tidak menarik, masalah capaian
internet, kegagalan peralatan teknologi yang digunakan, penjadualan tidak sesuai, kurang
sokongan ibu bapa dan murid yang lemah dalam mata pelajaran

Menurut Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity, Dr Lim Wai Jenn
berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga
menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan. Oleh hal yang demikian,
dapat kita lihat bahawa isu kesihatan mental yang yang dihadapi oleh para pelajar di Malaysia
akibat kawalan pergerakan semasa pendemik Covid-19 adalah kebimbangan. Secara amnya,
adalah perkara biasa individu mengalami gangguan ketidakstabilan emosi atau kerisauan dan
kebimbangan yang sederhana dalam kehidupan harian pada fasa norma baharu. Remaja dan
kanak-kanak turut tidak terkecuali terkesan dengan penularan Covid-19 dan PKP. Sistem
pembelajaran dan pergaulan dengan rakan-rakan telah terganggu. Pembelajaran pula hanya
tertumpu pada skrin computer dan telefon pintar. Pergaulan dan ramah mesra serta gelak
tawa rakan-rakan telah terbatas. Pada fasa kebimbingan ini termasuklah dengan gangguan
mood, depresi, mudah marah, kehilangan minat atau kehilangan keseronokan dalam hampir
semua aktiviti, perubahan berat badan yang signifikan atau gangguan selera makan,
gangguan tidur, keresahan atau kerencatan psikomotor, keletihan, rasa diri tidak ternilai,
hilang kebolehan untuk memberi tumpuan dan kerap berfikir mengenai kematian dan bunuh
diri. Sebagai contoh, golongan muda yang mempunyai masalah kemurungan, kebimbangan,
rendah imej dan harga kendiri serta masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder)
ini dikatakan berkait rapat dengan ketagihan internet (Nur Arifah, 2017). Selain itu, Kerisauan
dan kebimbangan ini pula boleh dikaitkan dengan keadaan seperti kegelisahan atau perasaan
tertekan, menjadi mudah letih, kesukaran menumpukan perhatian atau minda mudah kosong,
kerengsaan, ketegangan otot dan mengalami gangguan tidur seperti kesukaran untuk tidur
atau tidur yang tidak memuaskan. Justeru itu, dapat kita lihat bahawa, semasa wabak COVID-
19 yang menyebabkan panik dalam kalangan orang awam ialah pengumuman rasmi
berkaitan pengesahan jangkitan wabak dari manusia kepada manusia, Perintah Kawalan
Pergerakan diperketatkan dan pengisytiharan oleh WHO berkaitan COVID-19 sebagai
masalah kesihatan awam.

Selain itu, terdapat juga isu kesihatan mental yang dihadapi oleh para pelajar di
Malaysia ekoran pandemik COVID-19 ini adalah perasaan takut. Ketakutan ditakrifkan
sebagai keadaan emosi yang tidak menyenangkan yang dicetuskan oleh rangsangan yang
dirasakan mengancam. Ketakutan itu telah membawa kepada individu untuk membunuh diri
kerana individu tersebut telah berfikir bahawa mereka telah dijangkiti COVID-19 walaupun
keputusan autopsi menunjukkan bahawa mereka tidak dijangkiti wabak tersebut . Selain itu,
disebabkan berita yang diterima di media sosial berkaitan penularan pandemik COVID-19,
ramai remaja berdepan dengan banyak ketidakpastian dan berasa takut dengan masa depan
mereka. . Emosi negatif yang disebabkan oleh ancaman wabak yang boleh berjangkit dan
ketakutan terhadap ancaman wabak ini dapat diilihat dengan jelas dalam kalangan rakyat
Malaysia. Tekanan dan trauma yang berterusan dihadapi ekoran wabak COVID-19 memberi
impak kepada golongan muda iaitu remaja.Bagi segelintir pelajar yang mungkin mengalami
masalah ketakutan yang berterusan walaupun setelah rutin harian berjalan seperti biasa
mengikut norma baharu, mereka perlu diberikan perhatian dan perancangan secara individu
termasuklah kebenaran untuk mereka berada di ruang selamat ini dengan dibantu oleh guru
kaunseling dan pembimbing rakan sebaya untuk tempoh tertentu sekiranya diperlukan.

Di samping itu, terdapat beberapa kaedah atau pendekatan yang boleh di ambil oleh
unit bimbingan dan kaunseling dalam membantu pelajar yang memerlukan sokongan emosi
dan sosial semasa dan selepas pandemic COVID-19 iaitu satu kaedah psikoterapi dengan
memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menggunakan temujanji sistem online
dan memberikan perkhidmatan dalam bentuk membalas email atau menghubungi murid yang
boleh diamalkan untuk membantu remaja yang menghadapi kecelaruan mental. Melalui
kaunseling, remaja akan diberikan bimbingan dan sokongan moral yang sepatutnya untuk
memulihkan jiwa dan pemikiran mereka. Seperti yang kita sedia maklum bahawa memberikan
bimbingan dan sokongan merupakan fungsi utama unit bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Lantaran itu, bagi mengelakkan semangat dan cita-cita pelajar daripada luntur, Unit
Bimbingan dan Kaunseling sentiasa berpenat lelah memerah idea untuk mengobarkan jiwa
besar dalam diri pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini adalah
seperti PT3, SPM dan STPM, minhaj ini adalah amat drastik agar para pelajar dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka bagi menongkah arus dalam kehidupan mereka. Namun
demikian, terdapat kekangan yang wujud ketika pembelajaran di rumah kerana beberapa
faktor luar kawalan seperti kemudahan dan kemampuan pelajar untuk mendapatkan akses
internet yang baik. Inilah cabaran yang harus difikirkan oleh guru untuk menyampaikan bahan
pembelajaran secara terus dan sampai kepada kumpulan sasar. Kerjasama penjaga untuk
memantau amat dituntut. Komunikasi pelajar, guru dan penjaga mestilah senada dan seirama
bagi menentukan proses pembelajaran tidak terbantut. Secara tidak langsung, kawalan masa
dapat diurus dengan baik dan emosi pelajar sentiasa segar dengan budaya hidup sihat tanpa
ada gangguan yang merumitkan.

Selain itu, guru unit bimbingan dan kaunseling juga boleh menjalankan aktiviti kerjaya
bersama Kelab Kerjaya atau murid -murid di sekolah sebagai salah satu pendekatan atau
kaedah yang diambil oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah untuk membantu pelajar
yang memerlukan sokongan emosi dan sosial semasa dan selepas pandemik Covid-19.
Secara amnya ia merupakan salah satu peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam
memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang bakal menjejaki alam baharu .
Disebabkan para pelajar bakal menjadi modal insan yang menggerakkan transformasi negara
kita pada masa hadapan, guru-guru kaunseling memainkan peranan yang signifikan untuk
membimbing para pelajar mengenal pasti bakat dan potensi dalam diri mereka. Dengan usaha
ini, para pelajar dapat meningkatkan lagi semangat mereka yang telah rundum akibat musim
PKP yang mengekang mereka bagi mengasah lagi potensi dan kemahiran mereka dan
seterusnya menyerlahkan kehebatan mereka dalam bidang-bidang profesional.

Seterusnya, seperti yang kita sedia maklum bahawa terdapat prinsip etika yang perlu
dipatuhi oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah semasa proses bimbingan, penasihatan,
dan kaunseling bersama pelajar antaranya ialah, hak persetujuan daripada pelajar yang
mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunselinn yang merupakan adalah satu proses
interaksi yang melibatkan guru bimbingan dan kaunseling dan pelajar yang membabitkan
proses perhubungan atau interaksi secara profesional dengan kaunselor berdaftar mengikut
etika yang dibenarkan (Akta kaunselor 1998) Kaunseling dijalankan dalam dua situasi.
Pertama, membantu pelajar mempertimbangkan satu-satu pilihan yang berpotensi dari
pelbagai sudut sebelum membuat pilihan. Kedua, membantu pelajar mengubah suai,
mengukuh atau mengetepikan satu satu pilihan yang telah dibuat. Dari segi objektif, guru
kaunseling akan memastikan pelajar " celik akal " dan dapat melihat masalah dari sudut yang
berlainan dan berkebolehan mengatasinya dengan baik dan berkesan. Ini dapat
mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan cara berfikir. Proses
kaunseling juga membolehkan pelajar tersebut mengenal pasti kekurangan dan keupayaan
yang ada di dalam diri sendiri serta membantu meningkatkan konsep kendiri selain
pendedahan terhadap bakat, minat dan keupayaan diri agar menjadi positif dalam
pembentukan amalan hidup yang membina.

Akhir sekali, walaupun guru bimbingan dan kaunseling semangat menyediakan


khidmat sokongan psikososial pada saat mendesak ini adakalanya menyebabkan
kecenderungan untuk mengetepikan asas sesuatu perkhidmatan yang diberi. Natijahnya,
situasi ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak, terutama yang benar-benar
ingin mendapatkan bantuan. Sepertimana yang telah dinyatakan, sejak wabak COVID-19
menular dengan pantas lebih dua tahun lalu, pelbagai bentuk khidmat telah disediakan oleh
semua golongan profesional membantu, termasuklah oleh pihak-pihak tidak berkepakaran
tetapi mempunyai semangat ingin membantu yang tinggi. Sebagai contoh, khidmat kaunseling
tidak sewenang-wenangnya boleh diberikan oleh mana-mana individu yang tidak terlatih. Oleh
itu, mana-mana pihak seperti badan-badan bukan kerajaan, atau agensi-agensi persendirian
sewajarnya berhati-hati apabila menawarkan perkhidmatan masing-masing.Mungkin apa
yang ditawarkan adalah khidmat runding cara atau bimbingan pengurusan psikologi/emosi,
dan bukannya sesi kaunseling krisis yang jelas hanya boleh dikendalikan oleh golongan
profesional.Selain itu, ketidakfahaman tentang asas perkhidmatan kaunseling yang bersifat
sukarela juga menyebabkan wujud persepsi bahawa golongan profesional kaunselor tidak
memainkan peranan pada saat-saat sukar ini. Hakikatnya, sejak pandemik COVID-19
menular dan tempoh PKP dikuatkuasakan mulai pertengahan Mac 2019, ramai kaunselor
telah pun berada di barisan hadapan pada lapisan kedua untuk memberikan bantuan psiko-
sosio-emosi kepada semua pihak yang memerlukan sokongan. Namun, kerana asasnya yang
bersifat dua hala, kerelaan pihak yang memerlukan bantuan untuk tampil mendapatkan
bantuan juga adalah sama penting. Justeru itu, sepertimana petugas barisan hadapan dalam
industri penjagaan kesihatan dan anggota penguatkuasaan/keselamatan yang berada di
lapisan utama, para profesional dalam bidang membantu seperti guru bimbingan dan
kaunseling, kaunselor, pakar psikiatri, ahli psikologi, dan pekerja sosial turut sama berganding
bahu untuk membangunkan sistem sokongan psikososial dan emosi yang mapan untuk
membantu semua pihak yang memerlukan.
Rujukan

Ayu Shahimi, I., M (2018) Kesihatan Mental Remaja. Harian Metro 28 September 2018.

Ball, J., Sharifah Muzlia Syed Mustafa and Mosselle, K. (1999a). Help-Seeking Psychological
Problem among Malay College Students, 79-90. Dlm. Mohammad Haji-Yusuf and
Abdul Halim Othman (peny.). Afro-Asia Psychology: Clinical, Counseling and
Physiological Perspectives. Bangi: UKM.

Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Jaafar, M. (2019). Remaja Makin Terdedah Penyakit Mental. Berita Harian. 24 April 2019.

Kamarol, N., A., Narizal, N., N., Yaacob,N., & Khalid, S., A (). Kajian Hubungan Emosi
Pengurusan Kewangan Pelajar dengan tahap stress Pelajar Tahun Dua diPusat Sains
Kemasyarakatan. USM.

Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar. 2002. Pengantar Bimbingan
Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

You might also like