You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

AMBILAN OKTOBER 2020

SEMESTER 1 TAHUN 2021

TUGASAN 3 KAJIAN KES

EDUP2082-PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA : KHAIRUNNISA’ MADIHAH BINTI ABDUL RAHIM

ANGKA GILIRAN : 2020042410122

NO. KAD PENGENALAN : 950830-13-6054

KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM (SK) 2

KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP2082-PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : DR. CHIAM SUEH LI

TARIKH HANTAR : 22 FEBRUARI 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah.

Khairunnisa’ Madihah Binti Abdul Rahim


1.0 Pengenalan

Dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19, sistem pendidikan di seluruh dunia telah
terkesan berikutan dengan analisis data kes positif yang semakin meningkat. Hal ini kerana,
pandemik COVID-19 ini memberi impak kepada pendidikan dan kesejahteraan ekonomi
pelajar yang terkesan, sepanjang hidup mereka. Antara inti pati laporan penutupan sekolah
akibat COVID-19 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF) dan Bank Dunia, membabitkan lebih 150 negara antara Mei hingga Oktober pada
tahun 2020 (UNESCO, 2020). Pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan yang teruk
kepada pendidikan kanak-kanak, terutamanya di negara miskin. Penutupan sekolah
berpanjangan turut menyebabkan pelajar dan negara bakal kehilangan jumlah besar
sepanjang hidup mereka. Ini menggambarkan betapa teruk kesan penutupan sekolah, malah
menjelaskan beberapa langkah diputuskan kerajaan dalam membentuk dasar untuk menebus
semula hari persekolahan yang hilang (Ahmad Suhael Adnan, 2020).

2.0 Sinopsis artikel

Pada tanggal 24 Jun 2020 jatuh pada hari Rabu telah keluarnya satu keratan akhbar yang
menceritakan tentang satu kes bunuh diri yang berlaku di daerah Chirang, Assam, India.
Seorang pelajar berusia 16 tahun yang kecewa kerana tidak mempunyai telefon pintar bagi
menghadiri kelas dalam talian telah ditemui mati berhampiran rumahnya. Menurut polis,
pelajar terbabit yang berasal daripada keluarga miskin didapati menghadapi masalah apabila
gagal mengikuti pembelajaran secara dalam talian dan peperiksaan yang telah dijalankan
oleh pihak sekolahnya. Institusi pendidikan di daerah itu ditutup sejak Mac berikutan
penularan wabak koronavirus (COVID-19) tetapi kelas dan peperiksaan tetap berjalan secara
dalam talian oleh setiap sekolah kerajaan dan juga swasta. Jiran telah memberi keterangan
kepada pihak polis bahawa pelajar itu dipercayai kecewa dengan situasi ini dan memutuskan
untuk membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada sebatang pokok. Polis telah
menafikan laporan yang mengatakan nota bunuh diri yang ditulis oleh remaja terbabit telah
dijumpai. Pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat
remaja tersebut.
3.0 Perbezaan individu, Perkembangan individu dan Teori Perkembangan Moral Model
Rest

Tajuk : Kes Bunuh Diri Murid Sekolah Menengah : Konsep Kendiri dari Perspektif Teori
Perkembangan Moral Model Rest

Berdasarkan artikel, kecerdasan emosi boleh meningkatkan konsep kendiri negatif


seseorang murid. Kajian ini berfokuskan kepada aspek perbezaan individu dan
perkembangan individu. Antara faktor yang mempengaruhi personaliti individu ialah
kecerdasan emosi. Daniel Goleman menyatakan bahawa kecerdasan emosi merupakan
kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek emosi,
perasaan dan tingkah laku. Penilaian pendidikan kini lebih menumpukan kepada pencapaian
akademik murid dengan mengabaikan perkembangan lain (Haslina dan Abdul Razaq, 2016).
Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya banyak isu seperti keruntuhan akhlak remaja, masalah
berkaitan kesihatan, kemahiran insaniah, isu perpaduan dan banyak lagi isu berkaitan. Hal ini
kerana, penekanan kepada perkembangan kecerdasan intelek, fizikal, emosi dan rohani
murid secara seimbang diabaikan. Setiap individu perlu membekalkan diri dengan kekuatan
fizikal, emosi, mental, dan spiritual dalam usaha menghadapi cabaran hidup. Elemen psikologi
yang amat penting sebagai pelindung bagi berdepan dengan pelbagai isu dalam persekitaran
individu ialah kecekapan sosial dan emosi. Terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan
psikologi perkembangan yang membahaskan mengenai kecekapan atau kompetensi sosial
dan emosi yang dimiliki dapat membantu individu dalam berdepan ancaman masalah-
masalah kesihatan mental. Sosial dan emosi umpama dua elemen yang tidak dapat
dipisahkan seperti mana yang dihujahkan oleh Holt, Bowlby, dan Lea bahawa kebanyakan
hubungan sosial yang terbina adalah berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu dan
hubungan sosial tersebut dikekalkan dengan melibatkan emosi serta perasaan bagi
mendapatkan kepuasan serta sokongan hasil daripada hubungan sosial tersebut (Hanisah
Halim, Jusiah Idang, Guan Teik Ee, Murnizam Halik & Sabariah Sharif, 2020). Perubahan
cara belajar dalam pembelajaran abad ke 21 menuntut generasi kini untuk
melengkapkan diri dengan kecerdasan emosi bagi mengawal perasaan dalam proses
pembelajaran yang lebih mencabar (Mohd Faizul, 2017). Kecerdasan emosi ini bergantung
kepada penerimaan murid itu sendiri sama ada secara positif atau negatif. Dalam artikel yang
telah diambil oleh penulis jelas menyatakan bahawa penerimaan dan pengakuan diri murid
tersebut adalah negatif, maka keyakinan diri murid menurun sehingga berani melakukan
perkara yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana, murid tersebut merasa sendirian dan kurang
diterima maka ia telah menjadi kesan yang negatif terhadap hasil pembelajarannya. Konsep
kendiri terbentuk hasil daripada pengalaman berinteraksi dengan orang lain dengan menemui
apa yang difikirkan sendiri oleh orang lain dari segi konsep kendiri sebenar mereka
membayangkan apa yang difikirkan oleh orang lain tentang diri mereka (Indah Suciati, 2016).
Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang negatif lebih cenderung menjadi seorang
yang pesimis. Dalam artikel yang dikaji oleh penulis ini dapat dinyatakan bahawa murid
tersebut mudah berputus asa dan merasa tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Selain itu,
dari segi perkembangan penulis mengandaikan bahawa murid ini telah dipengaruhi oleh faktor
baka ibu bapa dari segi emosi iaitu dia telah mewarisi emosi tidak stabil yang menonjolkan
sikap agresif dan pemarah mengakibatkan konsep kendiri yang negatif kepada murid
tersebut. Tindakan agresif murid tersebut juga disebabkan oleh faktor persekitaran. Hal ini
kerana, suasana pembelajaran masa kini telah menyebabkan kekecewaan dalam dirinya.
Kekecewaan adalah keadaan di mana individu itu terhambat atau gagal mencapai matlamat
tertentu yang diinginkannya atau mengalami halangan untuk bertindak bebas untuk mencapai
tujuan (Said Alwi, 2019). Dalam kes ini, murid tersebut terjerumus kepada kekecewaan
negatif. Kekecewaan negatif ini berlaku kepada murid tersebut kerana dia tidak dapat
menangani kenyataan yang harus dihadapi yang tidak sesuai dengan harapannya dan
memilih tindakan tidak sepatutnya sebagai reaksi atau cara untuk mengatasi kekecewaan
yang dialaminya. Kehidupan sosial murid tidak dapat dipisahkan dari tingkah laku dan moral.
Perkembangan moral adalah bahagian terpenting dalam psikologi moral Rest. Rest telah
membangunkan empat komponen model bagi menerangkan pendekatan dan perbezaan
aspek moral. Keempat-empat model ini menyatakan proses psikologikal dalaman
mempamerkan kepelbagaian tindakan yang membentuk tingkah laku manusia (Nurul Hayati
Latif, Mazlina Jamaludin, Mohd Amin Zakaria, Ishanuddin Hussin & Latif Anwar, 2020). Empat
proses psikologi dalaman tersebut ialah kepekaan, pertimbangan moral, dorongan moral dan
perwatakan moral. Sebagai reaksi kepada pandangan Piaget-Kohlberg, Rest menyatakan
bahawa kelakuan moral bukan hanya ditentukan oleh pertimbangan moral semata-mata tetapi
terhasil daripada interaksi pertimbangan moral dengan kepekaan moral, motivasi moral dan
ciri moral. Dalam artikel dapat disimpulkan bahawa kegagalan moral kepada murid tersebut
berlaku disebabkan oleh ketidakpatuhan terhadap salah satu daripada empat komponen di
atas. Komponen-komponen tersebut merupakan proses yang diperlukan oleh seseorang
untuk berkelakuan bermoral. Teori perkembangan moral Model Rest berpandangan bahawa
perkembangan moral adalah menyeluruh dalam perkembangan karakter. Narvaez dan Rest
menyatakan bahawa perlakuan moral adalah menerusi empat proses psikologikal dalaman
seperti sensitiviti moral yang melibatkan penerimaan dalam sistem sensori perseptual
terhadap situasi sosial dan interpretasi situasi tersebut, pertimbangan moral yang melibatkan
keputusan tentang tindakan mana yang paling bermoral, motivasi moral yang membawa
implikasi apabila seseorang individu akan memberi keutamaan kepada sesuatu nilai moral
berbanding nilai yang lain dan berniat untuk memenuhinya dan pelaksanaan yang
menggabungkan kekuatan ego dengan kemahiran sosial dan psikologikal yang diperlukan
untuk melaksanakan tindakan yang dipilih.

4.0 Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, sosioemosi yang terdiri daripada konsep kendiri dan harga
diri, serta pengembangan moral adalah pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi hasil
pembelajaran murid dalam kes ini. Rest menyarankan pertimbangan moral sebagai suatu
proses penaakulan moral yang diambil oleh seseorang dengan mengambil kira prinsip-prinsip
keadilan, kewajipan dan tanggungjawab (Jamaluddin Mohd. Ali, Azizan Haji Baharuddin &
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, 2017). Moral berhubungkait dengan manusia kerana
kejayaan seseorang banyak ditentukan oleh sejauhmana seseorang itu dapat mengendalikan
dan mengurus moralnya. Tuntasnya, pendidikan menitikberatkan kepada perkembangan
tingkah laku yang berlandaskan moral dalam kehidupan. Jelaslah bahawa teori
perkembangan moral ini berkaitrapat dengan perubahan struktur kognitif.

(1210 patah perkataan)


Rujukan

Ahmad Suhael Adnan. 2020. Penutupan Sekolah Berpanjangan Beri Kesan Amat Besar.
Diambil daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/749459/penutupan-sekolah-
berpanjangan-beri-kesan-amat-besar.

Hanisah Halim, Jusiah Idang, Guan Teik Ee, Murnizam Halik & Sabariah Sharif. 2020.
Tinjauan Perspektif Guru terhadap Kepentingan Pembelajaran Sosio-Emosi dalam
Meningkatkan Kompetensi Sosio-Emosi Pelajar Sekolah Rendah di Sabah. Journal of
Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, Issue 1 : 1-11.

Haslina Md Yunus dan Abdul Razaq Ahmad. 2016. Kemahiran Insaniah Ke Arah
Pembentukan Potensi Pelajar. Proceeding 7th International Seminar on Regional
Education, Vol. 1: 198-215.

Indah Suciati. 2016. Pengaruh Sosioemosi Dan Perkembangan Moral Terhadap Hasil Belajar
Matematika Siswa Kelas Xi Sma Negeri Di Kota Palu. Jurnal Matematika Dan
Pembelajarannya, Jilid 2 : 43-63.

Jamaluddin Mohd. Ali, Azizan Haji Baharuddin & Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali. 2017.
Kritikan Terhadap Teori Moral Barat: Analisis Ke Atas Faktorfaktor Yang
Mempengaruhi Pertimbangan Moral. Jurnal Peradaban, Jilid 10 : 84-118.

Mohd Faizul Yusup. (2017) Tahap Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Tingkah
Laku Serta Pencapaian Murid Pedalaman. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017.
1675-1685.

Muzarina Juhari, Ku Suhaila Ku Johari & Mohd Izwan Mahmud. 2019. Kecerdasan Pelbagai
dan Minat Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Simposium Antar
Bangsa Seminar dan Workshop (SABSW), Jilid 1 : 133-141.

Nurul Hayati Latif, Mazlina Jamaludin, Mohd Amin Zakaria, Ishanuddin Hussin & Latif Anwar.
2020. Teori Perkembangan Moral Kognitif Dalam Membuat Keputusan Pertimbangan
Moral, Kecekapan Moral Dan Keputusan Moral. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan
Sains Sosial, Jilid 3 : 1-17.

Said Alwi. 2019. Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Agresivitas Remaja. ITQAN, Jilid
10 : 113-128.
UNESCO. 2020. Children In Poorest Countries Lost Nearly Four Months Of Schooling Since
Start Of Pandemic – UNESCO, UNICEF And World Bank Report Finds. Diambil
daripada https://en.unesco.org/news/children-poorest-countries-lost-nearly-four-
months-schooling-start-pandemic-unesco-unicef-and.
Lampiran

You might also like