You are on page 1of 22

KPP 4023: APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK : ISU MASALAH PONTENG DAN CARA PENYELESAIAN

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA KAD MATRIK


1 NUR AQILAH BINTI KAMAROZAMAN L20212011880
2 HASBIA BINTI TAHIR L20212011816
3 NUR SYAFIQAH BINT MOHAMED L20212012178
4 AINIL SHAZLIN BINTI SAIDI L20212011991

PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH


KUMPULAN KULIAH: YIK B

PENSYARAH: DR NURULHUDA BINTI MD HASSAN


PENGENALAN

Ponteng merupakan satu masalah yang telah diperdebatkan sejak tahun 70-an lagi. Masalah ini
dihadapi oleh semua sektor pengajian tidak kira di peringkat rendah, menengah mahupun di
peringkat Institusi pengajian Tinggi (IPT). Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), kes bilangan kes ponteng sekolah
adalah kategori salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.

Zaman remaja merupakan zaman unik sepanjang kehidupan bagi setiap individu. Pada peringkat
remaja, mereka ingin mendapatkan kebebasan daripada ibu bapa dan ingin mencari identiti sendiri
di mana zaman remaja adalah tempoh berlakunya proses adaptasi dalam masyarakat selepas
mencapai akil baligh (Zainal & Sharani, 2004). Havinghust dalam Jantan dan Razali (2004)
menyatakan perkembangan fizikikal remaja mempunyai dua peringkat iaitu peringkat awal remaja
antara umur 13 tahun hingga 18 tahun. Manakala peringkat akhir remaja ialah antara umur 18
tahun hingga 24 tahun. Oleh itu, pelajar di sekolah menengah boleh dianggap sebagai permulaan
remaja dan remaja yang mencecah umur 20 tahun ke atas adalah golongan remaja akhir. Usia
remaja lazimnya dianggap sebagai tempoh kritikal dan sangat mencabar kepada remaja mahupun
ibu bapa (Rohayati, 2004). Hal ini kerana berlakunya banyak perubahan dalam diri remaja dari
segi fizikal, kognitif, emosi dan psikologi.

Isu melanggar peraturan sekolah sentiasa berlaku khususnya dalam kalangan remaja. Namun, ia
perlu diberi perhatian kerana ia boleh menjejaskan Negara dan generasi akan datang. Sekiranya
masalah ponteng sekolah tidak diambil serius, perkara ini akan menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah sosial di luar sekolah dan ia akan memberi kesan kepada pelajar dari segi akademik,
sahsiah dan psikologi mereka. 52 Malaysian Journal of Youth Studies Budaya ponteng sekolah
merupakan pemulaan kepada pelajar untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
melepak, membuli, mencuri, merokok dan paling membimbangkan terlibat dalam
penyalahgunaan dadah (Abdullah,Salim & Arip, 2018). Malah Makhsin dan Ilias (2004)
menyatakan kes juvana yang melibatkan pelajar sekolah berumur 18 tahun telah meningkat ke
3626 kes pada tahun 2000 berbanding 3077 kes pada tahun 1999. Oleh hal demikian, ibu bapa
perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan kes
ponteng sekolah dan gelaja sosial yang lain.

Perkara ini perlu diambil serius kerana ini adalah untuk kepentingan masa depan remaja dan
nergara. Sekiranya, masalah ponteng sekolah ini dibiarkan, pelajar akan terpengaruh dengan
masalah negative yang lain seperti mana yang dilaporkan oleh Nurul Huda (2017) dimana dalam
operasi mencegah dan membanteras tingkah laku ponteng sekolah yang dijalankan mendapati
terdapat 15 orang pelajar yang ponteng sekolah telah ditahan dan salah seorang daripada mereka
telah didapati positif dadah. Selain itu, terdapat juga kes merokok yang ditahan di beberapa
tempat yang menjadi sarang pelajar untu ponteng sekolah. Tujuan utama dalam operasi
membanteras ponteng sekolah adaah untuk memastikan bahawa pelajar tidak terlibat dengan
masalah disiplin yang serius termasuklah kegiatan jenayah. Pasti ada sebab tertentu yang
menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku ponteng sekolah

Menurut Noor Mohamad Shakil (2017) berdasarkan kepada apa yang telah disediakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan sebanyak 402 buah sekolah iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah
di Negara ini dalan pemerhatian berkaitan dengan isu disiplin pelajar yang perlu diambil serius.
Hasil daripada jumlah sekolah tersebut, sebanyak 311 buah sekolah telah berhadapan dengan
masalah disiplin pelajar. Manakala 91 buah sekolah lagi, adalah berpotensi cenderung untuk
menghadapi masalah disiplin dan sekolah ini juga dalam kategori pemantauan.

Merujuk kepada statistik, salah laku disiplin pelajar sekolah pada tahun 2016, jumlah pelajar
adalah seramai 111,895 orang yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah.
Seramai 16,849 orang adalah pelajar sekolah rendah dan 95,046 adalah pelajar sekolah menengah.
Kesemua pelajar ini adalah terlibat dengan masalah tingkah laku disiplin dan ponteng sekolah
merupakan isu yang utama dalam masalah disiplin pelajar. Secara umumnya, kajian yang
dijalankan berkaitan dengan masalah ponteng sekolah, kebanyakannya memberi fokus kepada
faktor dan kesan ponteng sekolah secara umum. Masalah yang boleh mendorong kepada
penglibatan remaja dalam tingkah laku ponteng sekolah ini harus di ambil serius. Perkara ini
bertujuan untuk membanteras mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan
tingkah laku negatif yang boleh membawa kepada ketidakfungsian sosial dalam kehidupan dan
masa hadapan remaja.

Definisi ponteng

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud
seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang dibenarkan
pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi
merupakan kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara tanpa alasan yang
munasabah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997) bermaksud lari dari tanggungjawab dan
meninggalkan tanggungjawab tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes
ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri dan sendiri dan bukannya
kes-kes yang dimaafkan seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Selain dari itu, ponteng juga
merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama da salah
satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Yaakub Bin Haji Yusof (1976, dalam Aminah Hj Hassan, 1994) pula mentakrifkan bahawa murid
yang tidak hadir ke sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuklah murid-
murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari, atau keluar dari kawasan sekolah pada waku
yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah masing-masing.

Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), mendefinisikan ponteng sebagai tidak datang sekolah
tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau ‘tuang’ dengan tidak diketahui oleh
ibu bapa atau guru.

Menurut Ibrahim Saad (1982), ponteng adalah mereka yang sengaja tidak ke sekolah. Mereka
keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah dan beg berisi buku-buku, sebaliknya pergi ke
kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya dipanggung wayang atau kompleks
membeli belah.

Mengikut Unit Disiplin Bahagian sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), poteng
sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar.

Menurut Rasidah Bt Omar (2005), ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran
pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya
diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan
melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli belah atau pusat
rekreasi dan pusat hiburan.

Menurut Gase et al (2014), ponteng sekolah merupakan perlakuan ketidakhadiran seseorang


pelajar ke sekolah tanpa sebarang kebenaran sama ada secara lisan atau bertulis daripada pihak
yang berwajib (Pengetua atau Guru Besar).

Sutphrn et al (2010), ponteng sekolah merupakan ketidakhadiran seseorang pelajar tanpa memberi
sebarang alasan yang munasabah kepada pihak sekolah di dalam tempoh tertentu.

DBP (2007), perlakuan ponteng sekolah boleh juga didefinisikan sebagai perbuatan tidak hadir
ke sekolah tanpa pengetahuan atau izin daripada guru dan ibu bapa tanpa sebab-sebab yang
tertentu yang sah dan munasabah.
PUNCA PONTENG

Punca utama berlakunya ponteng dalam kalangan pelajar ialah faktor diri, faktor hubungan
keluarga, faktor rakan, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah (Muhammed Sharif
& Suria, 2012). Norhasilahetal., (2012) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi gejala ponteng dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar
tingkatan empat. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya
ponteng dalam kalangan pelajar ialah faktor rakan sebaya. Hal Ini Boleh Dikaitkan Dengan
Teori Sikososial Erikson Dimana Menurut Erikson Pada Tahap Kelima iaitu, Identiti lawan
kekeliruan dimana menurut erikson pada usia 13 hingga 21 tahun (remaja) mereka mula mencari
identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan, jantina, politik dan agama.).
Namun menurut kajian Veloo dan Kim, (2014), faktor diri pelajar adalah merupakan faktor yang
paling kuat memberi kesan terhadap kecenderungan pelajar untuk ponteng sekolah dan diikuti
dengan faktor keluarga. Antara punca ketidakhadiran pelajar tidak ke sekolah adalah disebabkan
lambat bangun pagi, bimbang lambat hadir ke sekolah, tidak memperolehi surat pengesahan
doktor kerana sakit dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran di sekolah
(Veloo & Kim, 2014). Muhammed Sharif & Suria (2012) menjalankan kajian bagi melihat
perlakuan pelanggaran disiplin pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau. Hasil kajian
didapati punca utama berlakunya ponteng dalam kalangan pelajar ialah faktor diri, faktor
hubungan keluarga, faktor rakan, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah. Oleh
kerana itu, di dalam kajian ini, kami berminat untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
bermasalah disiplin pelajar di sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Jurnal ini adalah
berhasrat untuk mengkaji tentang implikasi faktor diri sendiri, keluarga, rakan, guru dan juga
aktiviti laman sosial terhadap masalah pelajar di sekolah. Selain itu, jurnal tersbut juga ingin
meneliti, di antara kelima-lima faktor itu, faktor yang manakah akan mempengaruhi atau lebih
dominan ke arah menyumbang berlakunya masalah disiplin di sekolah menengah. Kajian ini
merupakan kesinambungan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu tentang
masalah disiplin, dan membuat analisa tambahan dengan memasukkan faktor laman sosial yang
telah diabaikan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Antara faktor-faktor yang lebih dominan
kearah menyumbang berlakunya masalah diplin pelajar ialah :-

1. Faktor Diri Sendiri


Faktor diri sendiri berpotensi dalam mempengaruhi tahap disiplin pelajar kerana ada di kalangan
pelajar yang tidak mempunyai motivasi diri untuk belajar dan kurangnya minat untuk bersekolah.
Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian
sekolah yang lengkap namun tidak ke sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di pusat snuker atau
pusat permainan video untuk berseronok. Selain itu, pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Mereka
tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka
lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran. Kajian
lepas seperti Zainudin & Norazmah (2011) mendapati bahawa faktor diri sendiri memberi impak
yang besar terhadap masalah disiplin pelajar di sekolah berbanding faktorfaktor lain.

2. Faktor Ibu Bapa


Faktor ibu bapa juga mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam mempengaruhi masalah
disiplin pelajar di sekolah. Ibu bapa yang kebanyakannya sibuk dengan tugas menyebabkan
kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak berasa tersisih dan kurang kasih sayang serta perhatian.
Oleh itu, anak-anak akan cuba mencari alternatif lain untuk mendapatkan perhatian dan salah
satunya adalah dengan ponteng sekolah (Azhar Hamzah, 2003). Walaupun kewangan menjadi
agenda utama pada era ini, ibu bapa harus juga memikirkan tentang kehidupan harian anak-anak
sama ada di rumah ataupun di sekolah. Ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-
anak yang kian meningkat remaja supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat. Sekiranya perhatian yang lebih diberikan kepada anak-anak, kemungkinan besar masalah
disiplin dalam kalangan pelajar tidak berlaku.

3. Faktor Rakan Sebaya


Selain itu, rakan sebaya juga di sebut-sebut sebagai faktor yang boleh mendatangkan kesan
terhadap disiplin pelajar. Rakan sebaya boleh menjadi pendorong ke arah perkara-perkara positif
atau pun negatif. Perkara positif ialah rakan yang menjadi pendorong dalam belajar, manakala
rakan negatif ialah rakan yang mendorong ke arah masalah disiplin.

4. Faktor Guru
Kajian lepas juga mendapati bahawa faktor guru boleh menyumbang terhadap peningkatan
masalah disiplin pelajar. Ini kerana guru merupakan orang yang terpenting dalam menghidupkan
suasana pembelajaran di sekolah dan setiap pelajar hendaklah diberi perhatian sama rata tanpa
memilih kasih atau memandang pada darjat serta kepintaran pelajar itu sendiri. Menurut kajian
lepas, Norhasilah et al., (2012) mendapati bahawa punca utama berlakunya ponteng dalam
kalangan pelajar ialah faktor rakan sebaya. Keputusan kajian mereka menunjukkan bahawa faktor
rakan sebaya merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah.

5. Faktor Laman Sosial


Selain dari beberapa faktor yang disebutkan di atas, faktor laman sosial didapati boleh
menyebabkan pelajar terjebak dengan masalah disiplin. Beberapa laporan akhbar mendapati
bahawa pelajar terlibat dengan parti liar yang dianjurkan di Facebook (Utusan Malaysia, 17
September 2011). Begitu juga akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15
tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari
sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah (Berita Harian, 02 Februari, 2012).
Berasaskan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar seperti mana yang telah
diterangkan di atas, beberapa hipotesis telah dibina dan ianya dinyatakan seperti di bawah:

H1: Terdapat hubungan yang positif antara faktor diri sendiri dengan masalah disiplin di sekolah.

H2: Terdapat hubungan yang positif antara faktor keluarga dengan masalah disiplin di sekolah.

H3: Terdapat hubungan yang positif antara faktor rakan sebaya dengan masalah disiplin di
sekolah.

H4: Terdapat hubungan yang positif antara faktor guru dengan masalah disiplin di sekolah.

H5: Terdapat hubungan yang positif antara faktor laman sosial dengan masalah disiplin di
sekolah.

KESAN PONTENG

Tindakan ponteng sekolah banyak memberi kesan negatif kepada diri pelajar dan membuka ruang
kepada perilaku negatif yang lain seperti merokok, penyalahgunaan dadah, buli dan sebagainya.
Malah tindakan ponteng sekolah juga akan menyebabkan masalah terhadap kualiti pembelajaran,
keciciran dan kegagalan dalam peperiksaan di sekolah (Neelam, 2013). Akibat daripada keciciran
daripada pembelajaran di sekolah akan menyebabkan pelajar sukar mencari pekerjaan dan akan
meningkatkan kadar pengangguran dalam negara (Levin et al., 2007; Sum etal., 2009). Pelajar
yang kerap ponteng sekolah sering mempamerkan prestasi pembelajaran yang lemah serta
memiliki keyakinan diri dan cita-cita yang lemah (McCray, 2006). Nawawi et al., (2017) telah
mengaitkan Teori Pelaziman Emosi dan Teori Pembelajaran Sosial dengan gejala ponteng
sekolah. Berdasarkan Teori Pelaziman Emosi, pelajar akan bertindak balas dengan emosi takut
apabila melihat guru disiplin mengenakan hukuman kepada pelajar yang ponteng sekolah. Kesan
daripada emosi takut tersebut akan menyebabkan pelajar enggan hadir ke sekolah kerana takut
berhadapan dengan guru disiplin (Veloo & Kim, 2014). Hal ini akan menyebabkan kegagalan
individu dalam mengawal emosi diri akan menyebabkan mereka bertindak balas secara negatif
dengan persekitaran (Baker, 2010). Manakala Teori Pembelajaran Sosial pula adalah proses
pembelajaran daripada pemerhatian dan menjadikan seseorang sebagai model tingkahlaku di
mana faktor persekitaran dan orang lain mempengaruhi tingkah laku (Bandura & Walters, 1977).
Menurut Bandura dan Walters (1977), antara faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku
pelajar adalah kelakuan diri sendiri, persekitaran dan interaksi kognitif. Berlandaskan teori ini,
ponteng sekolah merupakan kelakuan yang dapat dikawal melalui ganjaran serta peneguhan
luaran. Kelakuan seperti ponteng kelas dikategorikan sebagai kelakuan agresif remaja yang
menunjukkan mereka sedang memprotes mengenai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara
(Bandura & Walters,1977).

CARA MENGATASI

1.0 KELUARGA

Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan gejala ponteng sekolah di
kalangan pelajar dapat dibendung. Keluarga merupakan unit yang kecil dalam masyarakat,
namun ia memberikan sumbangan yang amat besar dalam membina sebuah negara. Keluarga
merupakan medium yang bertanggungjawab membentuk nilai keinsafan, adab, akhlak, etika dan
sebagainya. Seorang insan terbentuk berdasarkan hasil corakan daripada ibu bapanya.
Peranan yang dianggap dominan ialah ibu bapa perlu mencurahkan sepenuh kasih sayang dan
perhatian kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak
adalah kurniaan dan amanah yang sangat besar daripada Allah kepada mereka. Justeru, ibu bapa
perlu menumpukan sepenuh perhatian dalam mendidik anak-anak. Menurut Teori Keperluan
Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah kasih sayang. Pemberian kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah komponen yang paling penting dalam
membentuk kestabilan emosi, personaliti anak, kepuasan hidup dan sebagainya. Ibu bapa perlu
meluangkan masa untuk anak-anak setiap hari. Pastikan anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai
sahabat baik mereka. Sentiasa mendengar luahan hati dan cerita anak-anak. Ibu bapa perlu
bertanya perkara yang dilakukan oleh anak-anak di sekolah sepanjang hari.
Selain itu, pada hujung minggu atau cuti sekolah, ibu bapa boleh membawa anak-anak
melancong atau beriadah di tepi pantai atau bersenam di taman-taman rekreasi. Selain dapat
meluangkan masa bersama-sama, ibu bapa dapat mengurangkan stress bekerja manakala anak-
anak pula dapat menghilangkan stress belajar. Melalui aktiviti-aktiviti ini, secara tidak langsung,
dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak seterusnya, mengurangkan masalah
ponteng di kalangan pelajar.
Anak-anak juga memerlukan penghargaan. Menurut Teori Behaviorist B.F. Skinner,
alam sekeliling dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan negatif yang akan
membentuk tingkah laku seseorang. Selain daripada meluangkan masa bersama anak-anak, ibu
bapa juga perlu memberikan penghargaan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika anak
mencapai kehadiran seratus peratus ke sekolah, ibu bapa akan memberikan hadiah. Jika anak
cemerlang, akan dibawa melancong. Anak-anak akan mengulangi tingkah laku positif tersebut
setelah mendapat peneguhan yang positif daripada ibu bapa. Ibu bapa patut menerima anak
mereka sepenuhnya dan bukannya membandingkan dengan anak orang lain. Hal ini kerana,
kekuatan rasa disayangi boleh menangani masalah ponteng yang dihadapi. Terdapat juga ramai
ibu bapa beranggap bahawa anak mereka sudah jelas dengan kasih sayang ibu bapa mereka.

Selain itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap anak-anak
khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Menurut Teori Bandura, manusia mudah
melakukan sesuatu tingkah laku itu berdasarkan pemerhatiannya terhadap orang lain. Justeru,
ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik supaya dapat dijadikan teladan kepada anak-
anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan anak-anak tidak akan melakukan perbuatan negatif
yang tidak berfaedah seperti ponteng sekolah.

Ibu bapa juga perlu memberi didikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-
anak. Melalui pegangan agama yang kukuh, anak-anak lebih bersedia menghadapicabaran semasa
di luar. Anak-anak akan dapat membezakan antara tingkah laku yang baik dan tingkah laku
buruk. Tanggapan sesetengah ibu bapa yang menyatakan bahawa tanggungjawab mereka
hanyalah memberikan membesarkan anak dan menyekolahkan anak sahaja adalah tidak tepat
sama sekali. Tanggungjawab ibu bapa yang sebenar adalah mendidik anak agar menjadi insan
yang soleh dan solehah. Ibu bapa tidak boleh melepaskan didikan anak-anak kepada pengasuh
dan guru semata-mata, ibu bapalah orang paling wajar memberikan didikan agama dan moral
kepada anak-anak. Analoginya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk memeri bekalan ajaran
agam kepada anak-anak sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan
agama yang sempurna yang dibekalkan kepada anak-anak akan menjadi benteng kukuh kepada
anak-anak dan mereka dapat menghindarkan diri daripada gejala ponteng sekolah.

Ibu bapa perlu mengawal tingkah laku anak-anak dan tidak boleh terlalu manjakan anak
sehingga tidak sanggup memarahi anak yang telah melakukan kesilapan. Ibu bapa perlu menegur
dan tegas jika anak melakukan perbuatan yang salah seperti ponteng sekolah. Ibu bapa perlu
memberi sedikit hukuman agar anak tidak mengulangi lagi tingkah laku tersebut. Hal ini selaras
dengan Teori Behaviorist B.F. Skinner, yang menyatakan bahawa peneguhan negatif perlu
dilakukan agar sesuatu perkara atau tingkah laku buruk tidak diulangi semula.
2.0 SEKOLAH

2.1.1 Guru

Bagi mengatasi gejala ponteng sekolah dari terus berlaku guru haruslah menunjukkan minat serta
mengambil berat tentang muridnya. Jika sebaliknya murid akan merasa tidak dipeduli. Seperti
dalam Teori Edward L. Thorndike (1874) memperkenalkan pelajaran cuba jaya. Melalui pelajaran
cuba jaya ini menunjukkan Thorndike mengkaji kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sebuah
sangkar, beliau mendapati kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi akhirnya terpijak selak
pintu menyebabkan pintu sangkar itu terbuka, kucing tersebut keluar untuk mendapatkan
makanan. Kucing tersebut belajar membuka sangkar untuk keluar mendapatkan makanan. Melalui
kajian di atas Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum
tertentu yang disebut iaitu hukum pembelajaran. Maka hukum-hukum pembelajaran tersebut ialah
Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

Hukum Kesediaan (kesediaan kognitif) perlu ada dalam diri murid tersebut. Jika dipaksa untuk
belajar akan menimbulkan perasaan dukacita dan menghasilkan pembelajaran tidak sempurna.
Maka guru perlu menyediakan kesediaan dan persiapan yang perlu ada untuk murid ini
menghasilkan pembelajaran yang sempurna.

Hukum Latihan diberikan bagi subjek yang lemah iaitu menggunakan teknik hafalan. Ini kerana
teknik hafalan akan bertambah kukuh apabila latihan diadakan secara berulang kali. Contohnya
jika murid (Responden) selalu membaca pengertian Rukun Islam berulang kali dia akan
mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum Latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku
diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Guru juga perlu melaksanakan kaedah atau teknik mengajar yang baharu, efektif dan yang dapat
merangsang pemikiran serta minat murid-murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat
menarik minat murid tetapi mewujudkan satu situasi yang menunjukkan murid tertunggu-tunggu
untuk melihat aktiviti berikutnya. Seseorang guru seharusnya jelas terhadap komunikasinya
dengan murid. Misalnya, guru mesti berupaya menyampaikan tujuan pembelajaran serta
harapannya dengan jelas pada hari tersebut. Sekiranya murid tidak memahami kehendak guru,
maka mereka akan sukar mengikut arahan dan juga sesi pembelajaran.
2.1.2 Disiplin

Tingkah laku seperti ponteng kelas atau sekolah merupakan cara murid mengelak
kegagalan, teguran sinis daripada guru atau situasi yang mungkin menimbulkan perasaan malu.
Beberapa cara mengatasi tindakan disiplin disekolah ialah dengan cara guru memberikan respons
atau bertindak balas terhadap provokasi atau tingkah laku bermasalah murid penting dalam
menguruskan disiplin murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2016). Sebagai
contohnya, sekiranya guru hilang sabar dan menengking murid tindakan ini mungkin
menggalakkan murid mengulang tingkah laku yang tidak diingini guru. Sebaliknya jika guru
bertindak untuk untuk tidak melayan atau tidak mempedulikan tingkah laku tersebut tetapi
mengingatkan murid tentang peraturan kelas jika perlu.

Proses pengurusan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah dapat diatasi dengan
Pencegahan, Mengekalkan dan Intervensi. Pencegahan ialah menyediakan persekitaran
pembelajaran yang efektif. Intervensi pula ialah menghentikan atau mengubah tingkah laku
bermasalah seperti gejala ponteng ini dengan menjalankan Hukum Kesan dari Teori Thorndike
(1874) menyatakan kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara ransangan dan
gerak balas. Dengan hukuman yang sewajarnya diharapkan gejala ini dapat dibendung.

Selain itu sekolah perlu menjadikan sebagai sebuah tempat untuk mendidik dan bukan
untuk menghukum. Wujudkan suasana mendidik dengan menyakini bahawa guru disiplin adalah
merupakan salah seorang yang paling disegani dan disayangi oleh semua murid. Guru-guru perlu
melayani pelajar dengan pandangan rahmah, penuh dengan kasih sayang dan mempunyai
perasaan empati dalam diri terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Hal ini demikian kerana
guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengajar malahan menjadi ibu atau bapa angkat
kepada murid supaya mereka dapat mengenal pasti masalah murid.

3.0 INDIVIDU

Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga dengan gejala ponteng ini. Setiap murid
seharusnya mempunyai minat dalam semua subjek yang dipelajari terutamanya pelajaran agama.
Sekiranya murid tersebut menunjukkan tanda- tanda kurang berminat dengan subjek yang diajar
di kelas, guru harus segera mendekati pelajar tersebut dan dan membuat perancangan yang lebih
rapi agar sesi pembelajaran dapat berjalan dengan menarik, lancar dan berkesan.
Salah satu cara yang boleh digunakan ialah teknik scaffolding iaitu teknik yang digunakan
oleh orang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seorang yang kurang
berpengetahuan. Dalam teknik ini, guru perlu mewujudkan, memberi sokongan berarah, proses-
proses dan bahasa untuk pelajar mendekati suatu tugasan. Melalui tenik ini, dua hasil akan
diperolehi iaitu:

1. Pelajar menjadi minat untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan dengan
efektif sehingga berjaya.

2. Prestasi dan proksimal pelajar dapat dikembangkan.

Menurut Vygotsky, latihan-latihan yang diberikan oleh guru dapat dibuat oleh pelajar, dan
pelajar tersebut dapat membezakan pelajaran yang dapat difahami dengan bantuan guru atau tanpa
bantuan guru. Scaffolding atau perancah ialah besi atau papan yang dipasang di luar bangunan
yang sedang dibina. Ia digunakan untuk menyokong binaan yang ingin dibuat. Selepas selesai
bangunan itu dibina, perancah akan dibuka semula. Berdasarkan maksud scaffolding dari segi
bahasa tersebut, dapat difahami bahawa maksud Scaffolding dalam pendidikan menurut Sticher
(2009) ialah, proses pembelajaran memerlukan sokongan daripada pihak luar seperti guru dan
rakan- rakan supaya minat dan kefahaman pelajar dapat dicapai. Setelah pelajar tersebut minat
dan memahami pelajarannya, maka mereka akan mampu belajar sendiri kemudian hari.

Bagi masalah ponteng yang berpunca daripada sikap sambil lewa dan kurang mengambil
berat tentang ilmu agama, pelajar seperti ini wajar di beri kefahaman tentang kepentingan
mempelajari ilmu tersebut terutamanya melalui pendidikan di sekolah secara formal. Pada awal
persekolahan lagi, setiap murid harus mengetahui dan memahami tujuan mempelajari ilmmu
agama. Segelintir masyarakat dan ibu bapa melihat pendidikan agama tidak begitu penting kerana
hanya ilmu akademik yang akan menjamin kerjaya yang hebat apabila besar nanti. Maka jika ada
dalam kalangan pekajar yang berpendapat demikian, guru mestilah menerangkan dengan
mendalam tujuan ilmu agama dipelajari. Ibnu Khaldun telah membahagikan ilmu kepada dua
jenis iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain merupakan ilmu yang wajib
dipelajari oleh semua individu untuk diamalkan seperti tauhid, fiqh, dan akhlak. Ilmu kifayah
yang perlu ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat seperti ilmu kedoktoran dan ilmu
petukangan ( Stapa et. al, 2012). Melalui pembahagian ini, guru perlu menerangkan secara mudah
difahami kepada murid bahawa ilmu yang diajar di sekolah agaman adalah wajib dipelajari oleh
semua individu.
Bagi pelajar yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri, hal ini mereka perlu menyedari
bahawa tindakan mereka ponteng sekolah tidak akan membawa sebarang kebaikan,malah akan
mendatangkan lebih masalah pada di kemudian hari. Murid seperti ini amat memerlukan
sokongan daripada guru dan rakan-rakan yang baik. Cara terbaik ialah meningkatkan motivasi
diri. Motivasi ialah kuasa yang menjana dan mengarahkan sesuatu tingkah laku. Terdapat dua
jenis motivasi iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik.

1. Motivasi Ekstrinsik :

Individu dimotivasikan dengan faktor luaran seperti ganjaran atau dendaan. Motivasi jenis ini
dilihat dapat menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus terlibat aktif dalam kelas.motivasi ini
membantu pelajar memenuhkan tugasan yang diberikan. Ganjaran yang diperolehi adalah dalam
bentuk hadiah, gred, kemudahan atau sekurang-kurangnya pujian dari orang ramai.

2. Motivasi Intrinsik :

Motivasi ini lahir sendiri dalam diri pelajar yang ingin kemajuan dalam dirinya. Jika pelajar
tersebut berjaya menyiapkan sebarang tugasan dengan baik, mereka aka merasa lebih
bersemangat. Motivasi jenis ini dikatakan lebih berkesan dan memberi kesan yang mendalam
kerana ia lahir tanpa faktor luaran lain. Kajian oleh Gottfried (1985) menunkukkan bahawa
pelajar yang bermotivasi intrinsik lebih mencapai kejayaan berbanding pelajar yang bermotivasi
ekstrinsik.

Bagi murid yang kerap ponteng kerana memilih aktiviti lain seperti menonton televisyen atau
bermain permainan video, guru seharusnya bertindak memaklumkan dan memohon kerjasama
daripada pihak ibu bapa agar memantau kegiatan anak-anak terutama di waktu yang sepatutnya
mereka berada di sekolah. Kaluarga perlu mengehadkan waktu menonton televisyen. Telefon
pintar yang diberikan kepada anak-anak juga perlu bersyarat iaitu tidak mengabaikan pelajaran.

Secara umumnya, para pendidik juga amat disarankan untuk menggunakan teori Pelaziman
Operan Skinner dalam menarik minat para pelajar untuk bersekolah dan melibatkan diri dengan
aktif. Peneguhan positif seperti memuji kelakuan baik pelajar atau memberi penghargaan terhadap
penglibatan pelajar walaupun perkara itu kecil. Hasilnya, pelajar akan rasa dihargai dan seronok
untuk datang ke sekolah.
4.0 ISU SEMASA

4.1 jadual

Mengikut artikel Harits Asyraf Hasnan (2018), menunjukkan 10 senarai salah laku disiplin
pelajar sekolah pada 2017 iaitu ponteng sekolah, kurang sopan dengan guru, tidak pentingkan
masa, kurang kekemasan diri iaitu melalui pemakaiannya yang ketat dan baju diluar, pelajar
merokok, berunsur jenayah, kenakalan, membuli rakan sebaya atau rakan yang lemah, berunsur
kelucahan serta salah laku musnah harta benda.

Namun begitu, kajian ini jelas menunjukkan bahawa salah laku ponteng sekolah ini adalah
jumlah rekod tertinggi iaitu sebanyak 67,053 orang pelajar atau 1.40% daripada hampir lima juta
pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar
sekolah seluruh Malaysia ini sememangnya kerap ponteng sekolah dan hal ini mempunyai banyak
punca secara tidak langsung agak membimbangkan dalam masyarakat kita sekiranya tidak diatasi
dengan cepat.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) , pihaknya juga telah memainkan


peranan bagi mengatasi kes ponteng sekolah ini iaitu bekerjasama dengan pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) sebagai pemantau atau moderator bukannya mereka terus tangkap pelajar
tersebut. Sebagai moderator bermakna kita tahu KPM mengikut Teori Pelaziman Operan Skinner.
Pembelajaran kursus ini menunjukkan bahawa teori ini mempunyai 2 konsep iaitu peneguhan dan
hukuman. Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif ialah memberi ransangan yang
digemari supaya tingkah laku ditingkatkan atau diulangi manakala peneguhan negatif pula
membawa erti mengambil ransangan yang tidak digemari supaya tingkah laku ditingkatkan atau
diulangi. Selain itu, konsep yang kedua ialah hukuman iaitu terbahagi kepada dua juga. Hukuman
positif membawa maksud memberi ransangan yang tidak digemari supaya tingkah laku
dikurangkan atau dihentikan manakala hukuman negatif pula definisinya ialah mengambil
rangsangan yang digemari supaya tingkah laku dikurangkan atau dihentikan.

Kesimpulannya artikel ini jelas menunjukkan bahawa mereka mengunakan kaedah


hukuman positif iaitu pihak polis ini memberi nasihat serta teguran. Seperti mana kita tahu
bahawa secara individunya, polis amat ditakuti oleh masyarakat dan mereka ini jelas mempunyai
sikap yang lebih tegas dan sememangnya pelajar ini kurang suka dan secara tidak langsung salah
laku ponteng sekolah ini dapat dikurangkan.

4.2 Jadual dan graf

(Kajian: Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 12-29 /
ISSN: 2231-735X)
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di
Kalangan Pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai (2012)

4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
Faktor Ponteng

Sikap Pelajar Suasana Sekolah Guru Ibu bapa Media Elektronik Rakan Sebaya

Menurut kajian daripada jurnal Pendidikan psikologi dan kaunseling, fakulti Pendidikan
UTM tersebut mendapati nilai min yang tertinggi ialah 3.70 iaitu faktor rakan sebaya, diikuti
faktor suasana sekolah dengan nilai min sebanyak 3.32 dan faktor sikap pelajar dengan nilai min
sebanyak 3.25. Manakala nilai min yang terendah pula ialah 3.03 iaitu faktor guru. Di sini
penyelidik dapat merumuskan bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang
menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah.

Ini kerana kebanyakan pelajar lebih percayakan rakan sebaya mereka berbanding
golongan lain termasuklah ibu bapa mereka sendiri. Mereka merasakan rakan mereka sudi
berkongsi segala masalah dengan mereka berbanding ibu bapa yang terlalu sibuk untuk mengejar
kekayaan. Apabila pelajar berkawan dengan rakan yang bermasalah, maka mereka turut akan
terjebak dengan segala perbuatan yang dilakukan oleh rakan mereka itu.

Selain itu faktor suasana sekolah juga banyak menyebabkan aktiviti ponteng sekolah ini
tidak dapat diatasi. Justeru itu diharap pihak sekolah dapat bekerjasama dengan semua pihak
untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi seterusnya menghapuskan aktiviti ponteng
sekolah ini, termasuklah mengetatkan peraturan sekolah dan mengadakan lebih banyak aktiviti
yang dapat disertai oleh pelajar.

Faktor sikap pelajar itu sendiri juga memainkan peranan dalam meningkatkan masalah
ponteng sekolah. Pelajar di sekolah ini tidak mempunyai matlamat untuk belajar dan berjaya
dalam hidup. Mereka hanya memikirkan belajar hanya untuk mendapatkan sijil berhenti sekolah
sahaja dan merasakan kerja lebih baik daripada belajar kerana apabila mereka bekerja, mereka
akan mendapat wang yang dapat membeli apa-apa sahaja yang mereka ingini.

Berikut adalah tiga faktor tertinggi yang mempengaruhi gejala ponteng iaitu faktor rakan
sebaya, faktor suasana sekolah dan faktor sikap pelajar. Hal ini boleh dikaitkan dalam
pembelajaran topik Teori Perkembangan Sosial iaitu Teori Perkembangan Psikososial Erikson
yang mempunyai beberapa peringkat perkembangan psikososial. Peringkat pertama anggaran
berumur 18 bulan ke bawah, peringkat kedua berumur 18 bulan hingga 3 tahun, peringkat ketiga
berumur 3 tahun hingga 5 tahun, peringkat keempat berumur 5 hingga 13 tahun, peringkat kelima
berumur 13 hingga 21 tahun, peringkat ketujuh berumur 40 hingga 65 tahun dan peringkat
terakhir ialah yang kelapan iaitu 65 tahun ke atas.

Mengikut teori ini peringkat kelima iaitu daripada tingkatan 1 hingga umur 21 tahun ini,
mereka di fasa identiti lawan kekeliruan yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat
remaja. Mereka ini mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personality, bidang,
pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identity
diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutama persekitaran sosial mereka.
Kesimpulannya, jadual dari jurnal ini benar membuktikan bahawa pelajar tingkatan empat ini di
peringkat kelima ini sepertimana mereka ini mudah terhasut oleh rakan sebaya, faktor suasana
sekolah dan faktor sikap pelajar.
4.3 Gambar rajah

Rajah 1

Menurut rajah 1 di atas, operasi bersepadu membuat operasi di Kawasan pusat beli belah
dan 18 pelajar tertangkap ponteng sekolah iaitu di One Place Mall, pasar raya Giant dan Standard.
Hal ini dimana sekolahnya berdekatan dengan pusat beli-belah membolehkan mereka ke sana
Bersama rakan sebaya.

Rajah 2
Rajah kedua pula menunjukkan pelajar dicekup ponteng sekolah dan ternyata mereka ini
lepak di kafe siber. Malahan masih memakai baju sekolah dan kesannya mencemarkan imej
sekolah juga.

Hal ini boleh dikaitkan dengan teori perkembangan sosial iaitu pelajar terpengaruh dengan
faktor persekitaran. Kesimpulannya, biarpun banyak punca pelajar cenderun untuk ponteng
sekolah. Buku modul aplikasi psikologi Pendidikan, banyak penyelesaian masalah tingkah laku
pelajar ini antaranya boleh mendidik mereka seperti sistem token bagi mengawal tingkah laku
pelajar. Token tersebut mempunyai nilai-nilai tertentu dan seterusnya menurkarkan jad tersebut
pada barangan, serta Teknik pengiktirafan juga boleh dilakukan bagi membuatkan pelajar ini
lebih berminat belajar dan kurangkan kes ponteng sekolah.
5.0 Penutup

Kesimpulannya, gejala ponteng sememangnya salah laku di sekolah yang peratusannya


lebih tinggi. Malahan bukan sahaja di sector persekolahan malahan IPT juga turut berlaku. Oleh
iu, kita perlu sama-sama mengatasinya dan bukan sahaja pihak sekolah iaitu guru dan pengurusan
disiplin perlu memainkan peranan bagi membanteras gejala salah laku ini tapi keluarga dan
individu itu sendiri perlu memainkan peranan juga. secara tidak langsung mereka ini boleh
mengunakan teori-teori yang terdapat dalam kursus ini antaranya teori perkembangan psikososial
bagi memahami perkembangan pelajar dan emosinya dan mengaplikasikan teori kelaziman
operan skinner bagi merujuk cara yang mana lebih bersesuaian dan berkesan serta berpandukan
dua jenis motivasi juga boleh diterapkan bagi menjana pelajar yang lebih memanfaatkan masa dan
kemajuan diri. Sekiranya semua memainkan peranan maka pihak sekolah dapat mencapai target
untuk kurangi kes ponteng sekolah pada masa-masa mendatang.
Rujukan

1) Khalid Bin Hj Mohd (2013), Faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng
di kalangan pelajar di SK Kesang Tua, Fakulti Pendidikan Unversiti Teknologi
Malaysia
2) Kamus Dewan, (1996), Edisi Ke-3 , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
3) Yaakub Bin Hj Yusof,(1976), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
4) Kamaruddin, M. A., Damian, D., & Basiron, B. (2015). Nilai Islam Dalam Pendidikan
Anak- Anak. Retrieved March 07, 2018, from
http://islamic.utm.my/bushrah/2015/12/08/nilai- islam-dalam-pendidikan-anak-anak/
5) Sticher, A. (2009). Scaffolding in the EFL Classroom. München: GRIN Verlag
6) Harits Asyraf Hasnan, (2018), Berita Astro Awani,
7) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ponteng-sekolah-catat-rekod-tertinggi-
salah-laku-disiplin-2017-171057
8) Norhasilah Mat Nor¹, Aspaniza Hamzah², Nurul Farhana Junus3 (2012) ¹Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia, Journal of
Educational Psychology & Counseling
http://eprints.utm.my/id/eprint/23000/1/JEPC-5-2012-003.pdf
9) Mohd Ruzaini Zulkepli, (2017), Berita Mymetro,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/265658/pelajar-ponteng-ditahan-polis
10) Blog ponteng sekolah, (2012),
http://pontengsekolah.blogspot.com/2012/04/gambar-pelajar-ponteng.html

You might also like