You are on page 1of 28

ISU PELAJAR PONTENG SEKOLAH

1.0

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolahsekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun
sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar
yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan
bandar ataupun luar Bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah
berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak
terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya
mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain.
Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena
pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan
penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah
dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undangundang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada
pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan
dengan masalah disiplin lain termasuklah, isu merokok, melepak di cafe
siber dan pusat membeli belah, kurang ajar dan sebagainya.
Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng
sekolah merupakan salah satu di antara sembilan jenis tingkah laku
pelanggaran disiplin oleh pelajar disamping jenis-jenis tingkah laku yang
lain. Hasil dari kajian Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia (1991), didapati bahawa kes ponteng sekolah
mencatat peratus kekerapan yang tertinggi dibandingkan dengan kes-kes
yang lain iatu sebanyak 15%.
Menurut Ee Ah Meng (1997), kes ponteng sekolah merupakan kes
salah laku pelajar yang paling tinggi di sekolah.Berdasarkan kertas kerja
Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof
Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori salah laku
yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir


dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada
tahap kritikal dan dianggap sebaga langkah pertama remaja memasuki
dunia

yang

penuh

dengan

masalah.

Pelajar

sekolah

menengah

terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai


kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2
April 2001).
Di Malaysia, antara tahun 1994 hingga 2003 gejala ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan
menonjol (KPM, 2004).Data KPM menunjukkan bilangan pelajar yang
ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Contohnya pada
tahun 1993, bilangan pelajar yang terbabit dengan kes ponteng sekolah
adalah seramai 32,092 orang dan 80,937 orang pada tahun 1997. Majoriti
pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah adalah berumur antara
14 hingga 15 tahun. Daripada segi jantina, pelajar lelaki lebih ramai
ponteng sekolah berbanding pelajar perempuan (Muhammed Sharif &
Suria, 2012).
Laporan KPM (2004) menyatakan bahawa masalah ponteng sekolah
merupakan isu utama dalam rekod salah laku pelajar. Ia tidak dapat
menjelaskan sejauh mana tahap seseorang pelajar terlibat dalam masalah
ponteng sekolah. Sesuatu kesalahan mungkin dilakukan oleh pelajar yang
sama secara berulang kali menyebabkan jumlah kes tersebut meningkat.
Pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap
kali hilang semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah.
Keadaan ini akan menjadi bertambah serius jika guru tidak berusaha untuk
menarik minat pelajar terhadap pembelajarannya (Azizi, Shahrin, Yusof &
How, 2007).
Fenomena ini telah mengundang perhatian KPM untuk mengingatkan
semua pelajar agar menjaga rekod kehadiran sekolah kerana ia akan
mendatangkan

masalah

selepas

meninggalkan

alam

persekolahan

(Zulkifli, 2007). Wee Ka Siong mengkategorikan salah laku ponteng


sekolah sebagai kes berat yang sama dengan kes pukul dan gaduh, beliau

berkata isu ponteng sekolah masih menjadi penyumbang terbesar kepada


masalah disiplin pelajar.(Utusan Malaysia, 2009, 1 Oktober).
Di

Malaysia,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

telah

mengeluarkan buku, Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah


pada tahun 1994 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 Menangani
Masalah

Ponteng

Sekolah

(Kementerian

Pendidikan

Malaysia,

2004).Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau


1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam
pelbagai masalah disiplin (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005).
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Noh Omar pelajar dari
bandar menduduki senarai teratas pelajar paling ramai digantung dan
buang sekolah( Harian Metro : 30 Julai 2006). Pelajar sekolah menengah
terutamanya di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun telah
dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala
ponteng.
Mengikut analisis dalam buku PTK, sepuluh salah laku yang
berkerapan

tinggi

dan

berlaku

di

peringkat

sekolah

menurut

urutan,ponteng sekolah menduduki tangga teratas (Dipetik dari Mok Soon


Sang, 2005)
Usaha bersepadu semua pihak amat diperlukan bagi mencari punca
sebenar masalah ponteng ini agar dapat ditangani diperingkat akar umbi
kerana ia dikhuatiri menyebabkan masalah yang lebih serius. Justeru itu,
jika usaha menanganinya tidak dapat dilaksanakan segera, akan memberi
kesan kurang baik kepada sistem pendidikan negara dan masa depan
generasi muda.
2.0

DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan


sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari
persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang

digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di


sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga
merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri
kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas
dalam satu-satu hari.
Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng
sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa
sebarang alasan yang munasabah. Gejala ponteng sekolah selalunya
dikaitkan

dengan

masalah

disiplin.

Kamus

Dewan

(2000),

disiplin

membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli


masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik.
Ting (1983) mengaitkan aktiviti ponteng sekolah dengan tingkah
laku devians atau lencongan yang bermaksud tingkah laku yang tidak
memenuhi norma sosial sesuatu kumpulan masyarakat. Maka ponteng
sekolah boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku devians seseorang pelajar
kerana tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah dan
tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru. Sehubungan itu, KPM menerusi
Jawatankuasa Bertindak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
20062010 berusaha melaksanakan pendekatan secara holistik bagi
menangani gejala disiplin pelajar melalui Kempen Anti Ponteng Sekolah
(KPM, 2005).
2.1

Kategori Ponteng Sekolah

Fenomena gejala sosial adalah satu tabiat atau tingkahlaku yang tidak
dapat diterima oleh masyarakat terutama oleh pihak sekolah dan ibu
bapa. Sehubungan dengan itu, ponteng sekolah dapat dibahagikan kepada
2 kategori iaitu:
2.1.1

Ponteng Sekolah dengan Kebenaran

Pengertian ponteng sekolah dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan


apabila didapati seorang pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah
disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan di luar bidang
kawalan sama ada secara sengaja atau tidak. Dengan syarat pelajar
tersebut mestilah membuat kenyataan sama ada dalam bentuk bertulis
iaitu melalui surat atau pemberitahuan secara lisan dibuat melalui
panggilan telefon atau disampaikan terus oleh saudara terdekat seperti
ibu bapa atau penjaga.
2.1.2

Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran

Pengertian ponteng sekolah tanpa kebenaran pula bertentangan dengan


ponteng sekolah dengan kebenaran. Ponteng sekolah tanpa kebenaran
ialah situasi pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa menyertakan
sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada secara bertulis atau
pemberitahuan lisan.
3.0

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah


dalam kalangan pelajar. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng
sekolah akan dibincangkan dari lima aspek iaitu faktor pelajar, keluarga
,pengaruh rakan sebaya, persekitaran dan sekolah.
3.1

Pelajar
Hunt dan Hopko (2009) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012)

dalam kajiannya menyatakan faktor diri pelajar mempunyai hubungan


dengan ponteng sekolah. Kajian ini dijalankan terhadap 367 orang pelajar
sekolah menengah luar bandar di selatan Appalachian. Pelajar yang risau,
stres dan mempunyai masalah pembelajaran merupakan antara punca
mereka ponteng sekolah.
Ng (2005) dapat menonjolkan punca sakit tanpa surat doktor, tidak
dapat memberi perhatian dan lambat bangun adalah antara tem dalam
faktor diri sendiri yang menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.

Manakala kajian Malcolm et al. (2003) menyatakan sikap malas,


perasaan ingin cuba dan marah adalah punca utama berlakunya ponteng
sekolah. Mat Kilau (1997) dalam kajiannya mendapati faktor diri pelajar
adalah faktor dominan dalam ponteng sekolah (Gabb, 1994).
Kinder, Wakefield dan Wilkinson (1996) dalam kajiannya mendapati
aspek kurang self-esteem, kemahiran sosial, keyakinan diri dan kemahiran
pengurusan diri mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah.
Menurut Maslow (1954, dalam Ropiah, 2005) sekiranya keperluan individu itu tidak
dipenuhi, terdapat beberapa masalah tingkah laku akan timbul sekiranya keperluan psikologi dan
sosial tidak dipenuhi, kanak-kanak akan menjadi nakal, salah asuhan, emosi yang tidak
stabil, cemburu, berasa rendah diri, kurang keyakinan diri, tidak berasa selamat dan menunjukkan
sikap agresif. Ini secara tidak langsung menunjukkan individu tersebut mempunyai konsep kendiri
yang negatif dan mudah terlibat dengan masalah disiplin dan akhirnya tidak suka pergi ke
sekolah.

Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang


menyebabkan

pelajar-pelajar

terlibat

dengan

gejala

ponteng

sekolah.Pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang


mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Mereka
tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar
itu tidak penting dan mereka lebih rela tidur daripada bangun awal pagi
untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran.
Menurut (Wiersma, 1995), sikap negatif pelajar-pelajar terhadap
pelajaran turut menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Beliau juga
mendapati bahawa masalah peribadi, emosi dan keluarga juga boleh
menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.
Dikalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan
objektif mereka pergi ke sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata
untuk bersuka-suka dan menganggap tidakdatang sekolah tidak akan
merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan masa
depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan
serta berketrampilan. Berdasarkan dapatan kajian jelas menunjukkan
pelajar-pelajar pergi ke

sekolah bukan sebagai menunaikan tanggungjawab tetapi hanya untuk


memenuhi masa lapang mereka. Sekiranya pelajar masih meneruskan
sikap yang sedemikian lambat laun akan merugikan mereka. Dalam hal ini
ibu bapa serta guru hendaklah menyedarkan mereka.
Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan
gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang
berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi,
mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu
juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan
guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan
hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.
3.2

Keluarga
Zhang (2007) dalam kajiannya menyatakan bahawa ponteng sekolah

dan implementasi notis penalti kepada 150 buah LEAs (Local Education
Authorities) dan Pengurus Kebajikan Pendidikan mendapati bahawa faktor
keluarga mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah.
Kajian-kajian Hunt dan Hopko (2009), Henry, (2007) dan Ng (2005)
juga menyatakan hubungan yang signifikan antara faktor keluarga dan
ponteng sekolah.
Kajian Malcolm, Wilson, Davidson dan Kirk (2003) menyatakan guru
memberi pandangan bahawa faktor keluarga merupakan punca utama
berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Kajian Butler (2003) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012)
mendapati adanya hubungan antara keluarga yang bermasalah dengan
ponteng

sekolah.

Kajian

Wan

Norasiah

(2003)

mendapati

bahawa

pengaruh ibu bapa merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah.


Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah
laku devian dan anti sosial seperti ponteng sekolah turut dikaitkan dengan
tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri. Hal ini disahkan oleh Ismail
Daros (1981), melalui dapatan kajiannya menunjukkan bahawa terdapat
enam elemen berlakunya ponteng sekolah. Di antaranya ialah faktor

keluarga. Menurutnya, kelemahan sosialisasi dalam keluarga dan tiada


galakan daripada ibu bapa menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai
semangat untuk belajar dan berasa bosan terhadap sekolah.
Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia (1993), merujuk punca salah laku di kalangan pelajar seperti
ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor keluarga merupakan
penyumbang tertinggi di mana kajian yang telah dijalankan pada tahun
1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan
kerana

faktor

kekeluargaan.Kajian-kajian

yang

telah

dilakukan

menunjukkan bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang


penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem
kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu,
persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan
emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya.
Mengikut Renfrew (1997), keluarga telah membentuk personaliti
seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar
kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.
Menurut Jacobvitz et al., (1996),latar belakang tingkah laku anti
sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan
disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak. Kebanyakan tingkah
laku antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya
keibubapaan dan pengurusan keluarga.
Menurut Dishion et al., (1991), Kajian kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar
belakangkan keluarga yang bermasalah. Penyelidik berpendapat bahawa
usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan
salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan
remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini
sebahagian besarnya bertitik - tolak dari institusi keluarga remaja itu
sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi keluarga akan
membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut.

3.2.1 Sikap ibu bapa


faktor kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang
dan malam sehingga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab
utama mereka terhadap anak-anak. Malah, mereka langsung tidak
mempunyai masa untuk bertemu dengan anak mereka apatah lagi
berkongsi masalah, berbual, dan mengambil tahu perkembangan anakanak di sekolah.
Ismail Yusuf (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa lebih ramai
ibu bapa daripada kumpulan pelajar yang
mengambil

ponteng sekolah, tidak

berat tentang pelajaran dan kemajuan anak-anak.

Kekangan masa bersama anak-anak ini menyebabkan anak-anak berasa


terabai dan tidak disayangi sehingga memberikan kesan emosi seperti
sedih, marah, benci, geram. Apabila masalah ini membebani
konsentrasi

mereka

terhadap

mereka,

pelajaran semakin merosot dan tidak

berminat lagi untuk belajar.


Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987)
mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang
bekerja hanya 12 jam seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi
ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan membimbing anak mereka.
Tugas

mereka

persekolahan

sekadar

bagi

tujuan

menyediakan

keperluan

membesarkan

anak.

kewangan

Ibubapa

juga

dan
tidak

sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada


guru sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali sekala
supaya lebih memahami situasi anak mereka di sekolah
Ivor Morrish (1975) menyatakan, ibu bapa perlu menolong anakanak supaya layak memasuki masyarakat mereka.Seterusnya Hussein
Mahmood dan Kamaruddin Abdul Rahman mendapati bahawa masalah
besar yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah yang berkaitan keluarga
dan rumah.Keadaan ini dikaitkan dengan masalah disiplin kendiri dan
psikologi.
Train, 1995 (pp 116) Masalah disiplin yang timbul mempunyai
perkaitan yang rapat dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibu

bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak


kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya.
3.2.2 Sosio ekonomi
Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan
salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu
membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah.
Dapatan daripada analisis kajian ini mendapati pelajar-pelajar tidak datang
ke sekolah sebab ibu bapa menyuruh mereka menjaga adik-adik apabila
mereka keluar bekerja. Pengkaji mendapati ramai ibu responden bekerja
sambilan untuk membantu meringan beban keluarga. Jadi terpaksa anakanak yang lebih dewasa membantu menjaga adik-adik dirumah. Selain itu
daripada dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar-pelajar tidak hadir
ke sekolah kerana terpaksa membantu keluarga membuat kerja-kerja
harian dirumah.
Begitu juga dengan hasil kajian oleh Mohd Nor Abdullah @ Dollah
(1986), dalam kajiannya terhadap 100 pelajar di SMK Bachok, Kelantan
mendapati punca ponteng adalah status ekonomi yang rendah dimana
tenaga anak-anak diperlukan untuk membantu meringankan beban
ekonomi rumah tangga.
Schafer dan Olexa (1963), dalam kajiannya di sebuah sekolah tinggi
di Amerika
yang mempunyai pelajar dari status sosio ekonomi yang berbeza, jelas
menunjukkan
bahawa kebanyakan masalah disiplin yang wujud di sekolah tersebut
adalah berpunca dari pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang
rendah.
Galloway (1976), menyatakan sekolah-sekolah yang mempunyai
kadar ponteng yang tinggi adalah terdiri daripada pelajra-pelajar yang
menghadapi kesukaran dari segi sosio-ekonomi. Keadaan kehidupan yang
terdesak membuatkan mereka kurang berminat dengan pelajaran formal
kerana ia memerlukan pebelanjaan yang mahal dimana kelas sosio

ekonami yang rendah tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan


itu (Hyman, 1976).
Collin & Douglas (1937), menyatakan kemungkinan kanak-kanak ini
terpaksa bekerja untuk membantu keluarga. Oleh yang demikian, mereka
tidak dapat hadir ke kelas dan terpaksa ponteng.
3.2.3 Hubungan ibu bapa
Faktor keruntuhan institusi kekeluargaan juga merupakan salah satu punca
utama wujudnya gejala ponteng sekolah. Majoriti pelajar yang terlibat
dengan

masalah

ponteng

sekolah

ini

datang

dari

keluarga

yang

bermasalah atau tidak bahagia.


John

Robertson

(1981)

juga

menyatakan

keruncingan

dalam

keluarga, pertelingkahan ibu bapa, ibu bapa bengis, keluarga yang ramai,
kurangnya perhatian kanak-kanak oleh penjaga dan taraf pekerjaan
penjaga rendah akan mempengaruhi emosi pelajar dan tingkah laku.
Rozelle (1968), Morgan (1975) dan kooker (1976). Keadaan rumah
tangga yang tidak harmoni juga mengakibatkan timbul perasaan tidak
gembira, rendah diri serta kekecewaan yang boleh menyumbang kepada
kejadian ponteng (Tyerman, 1958). Sementara itu, Glosgow menyatakan
terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ponteng dengan
keadaan rumah tangga yang kucar kacir.
Pertelingkahan

yang

timbul

antara

ibu

bapa

menyebabkan kebajikan anak-anak diabaikan. Kesannya kepada anakanak ialah segala perilaku anak-anak di luar rumah dan di sekolah
diabaikan.Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang
dan berasa tidak diberi perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga
menyebabkan mereka memberontak dengan melakukan sesuatu perkara
yang boleh menarik semula perhatian ibu bapa mereka. kegagalan pelajar
mengawal emosi menyebabkan konflik diri berlaku sehingga pelajar
sanggup melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, buli,
merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
seperti berjudi, mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian ibu bapa

mereka. Ini

menunjukkan

keruntuhan

institusi

keluarga

mempunyai

pengaruh yang besar kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar.


3.3
Pengaruh rakan sebaya
Yusop (1998), Ng (2005) dan Muhammed Sharif dan Suria (2012)
menunjukkan faktor rakan sebaya mempunyai hubungan dengan ponteng
sekolah.
Kinder et al. (1996) membuat kajian ke atas 160 murid tahun tujuh
dan ke atas mendapati faktor pengaruh rakan sebaya mempunyai
hubungan dengan ponteng sekolah.
Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan
sebaya merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana
rakan sebaya merupakan individu yang paling hampir dengan remaja
selepas keluarga.
Menurut

Thrasher

terpengaruh oleh jiran

(1963)

bahawa

perlakuan

murid

banyak

tetangga, rakan sebaya dan lain-lain yang ada di

sekelilingnya.
Mengikut kajian oleh Dr. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi,
dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya yang mengkaji
tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar
Lembah Klang mendapati dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar
yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan
bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Yang lain-lain
menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk
belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang
melakukan kerja sambilan.
Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan menolak piawaian
yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka
suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri, berdikari dan membina keyakinan diri. Atas
sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri.

Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah


ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan
sebaya cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan.
Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka
yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang
akan menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Pelajar ialah remaja yang dalam proses ingin mencari identiti diri maka
mereka suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang. Dalam
hal ini, pelajar mudah menerima ajakan rakan sebaya mereka untuk
ponteng sekolah dan mempengaruhi minda mereka dan tidak berfikir
secara rasional. Biasanya, mereka akan menurut segala pelawaan dan
ajakan rakan-rakan tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana
rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan
pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Sebagai
contohnya, pelajaran di sekolah dikatakan agak membosankan dan aktiviti
ponteng sekolah dianggap boleh menangani masalah itu serta merupakan
aktiviti yang menyeronokkan. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan
sebaya

berupaya

mempengaruhi

seseorang

pelajar

untuk

ponteng

sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih kawan yang baik dan
ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan
untuk

mengelakkan

anak

mereka

berkawan

dengan

pelajar

yang

bermasalah.
Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khususnya masih
mengalami proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu
zaman peralihan alam kanak-kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika
ini, ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap lepas tangan dengan
membiarkan anak-anak mereka merentasi zaman remaja begitu sahaja
tanpa mengetahui pergolakan yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk
menentukan konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak
melangkah ke alam dewasa, mereka sudah pandai berfikir, menilai
perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baharu

dan berkhayal. Selain itu, perubahan emosi dan sosial mendorong pelajar
membesarkan rakan sosialnya. Mereka meluaskan rakan sosial dengan
cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baharu
berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau
taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan dengan
situasi genting dalam memilih rakan rakan. Seandainya tersalah pilih,
maka mereka akan cenderung ke arah salah laku negatif termasuklah
ponteng sekolah.
3.4

Sekolah
Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya

dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat


kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar.
Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah,
pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan
perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan
dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Menurut Muhamad Anuar Ismail (1976), suasana sekolah yang
mempengaruhi kegiatan ponteng ialah sikap guru, aktiviti-aktiviti sekolah
yang kurang berkesan dan disiplin sekolah yang dianggap ketat oleh
sebilangan pelajar.
Menurut W.F Connel (1981), disiplin yang terlalu ketat dalam bentuk
denda yang kejam, sindiran dan pemeriksaan yang terlalu kasar pada
kerja menyebabkan ketegangan emosi di kalangan pelajar. Keadaan ini
akan memburukkan suasana pembelajaran dan menjadi salah satu
penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah.
Ismail Darus (1981) yang menyatakan peraturan dan disiplin yang
ketat boleh mengakibatkan berlakunya ponteng. Corak kawalan yang
membenarkan hukuman fizikal boleh mengakibatkan pelajar tidak suka
terhadap sekolah dan seterusnya mendorong pelajar melakukan salah laku
ponteng sekolah.

Mustaza Abu Amin (1994), menyatakan bahawa disiplin yang ketat


dalam bentuk denda yang kejam dan sikap guru disiplin yang kasar
menyebabkan ketegangan emosi di kalangan responden. Seterusnya
mendorong mereka untuk ponteng sekolah.
Ee Ah Meng(1992),menyatakan guru yang gemar menghina pelajarpelajar akan menyebabkan pelajarpelajarnya menjadi pasif, menarik diri
serta tidak yakin menyertai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pelajar akan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur di hadapan
pelajar-pelajar yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1992), menyatakan guru
hendaklah

memanggil

pelajar

untuk

memberitahu

kelemahan

kelemahannya di tempat yang sesuai.


Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang
kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara
negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan
pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras kegiatan yang
melanggar disiplin. Justeru, tugas guru bukan sahaja mengajar dan
mendidik, malah mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan
pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar
berasa tidak dihargai dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar
membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru
mereka.
Kajian Claes, Hooghe dan Reeskens (2009) menyatakan bahawa
terdapat hubungan antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar yang berumur 14 tahun. Bagitu juga dengan kajian Lloyd
(2006) menyatakan terdapat hubungan antara faktor kepimpinan sekolah
dengan ponteng sekolah yang dijalankan di 31 buah sekolah menengah di
England. Hasil kajian Hallam et al. (2005) dan Muhammed Sharif dan Suria
(2012)

tingkah

laku

pelajar

di

sekolah

menunjukkan

terdapatnya

hubungan antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah. Laporan


daripada Department of Children, Schools and Families (2007) juga
menunjukkan bahawa pelajar yang tidak puas hati dengan sekolah lebih
kerap ponteng sekolah berbanding dengan pelajar lain.

Kajian Henry (2007) menunjukkan sekolah yang berkesan dapat


menangani masalah ponteng sekolah dibandingkan dengan sekolah yang
mempunyai ciri latar belakang pelajar yang hampir sama. Hallinan (2008)
dan Malcolm et al. (2003) mendapati faktor guru mempunyai hubungan
dengan ponteng sekolah. Kajian Gabb (1994) menyatakan sekolah sebagai
faktor penolak pelajar dari sekolah. Masalah peraturan sekolah yang
kurang konsisten dan penguatkuasaan menyebabkan berlakunya ponteng
sekolah.
Kajian Enomoto (1997) mendapati pelajar sekolah tinggi lebih sedar
tentang kelonggaran penguatkuasaan polisi sekolah menyebabkan mereka
lebih kerap ponteng sekolah. Animasahun (2009) menyatakan bahawa
motivasi pelajar juga mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah.
Motivasi pelajar untuk hadir sekolah adalah rendah apabila guru tidak
mempedulikan

ketidakhadiran

mereka.

Kajian

beliau

menyatakan

peraturan sekolah yang lebih ketat terhadap kehadiran pelajar dapat


mengurangkan kadar ponteng sekolah.
Kajian Smink dan Reimer (2005) menunjukkan mata pelajaran yang
kurang merangsang, kerja sekolah yang tidak mencabar dan hubungan
yang tidak mesra antara guru dan pelajar merupakan faktor yang berkait
rapat dengan jumlah kehadiran. Dalam kajian Muhammed Sharif dan Suria
(2012) menyatakan sikap guru merupakan faktor penting dalam ponteng
sekolah.
Ng (2005) dalam kajiannya mendapati bahawa pengajaran guru
yang

membosankan

merupakan

antara

faktor

yang

menyebabkan

berlakunya ponteng sekolah. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang


kurang menarik antara alasan yang kerap diberikan oleh pelajar yang
ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang
menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng
sekolah daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah
guru kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Pemilihan strategi,
kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik, di samping tiada

variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah
pengajaran tradisional iaitu chalk and talk juga membosankan pelajar.
Pelajar masa kini, memerlukan kaedah pengajaran secara induktif
dan gaya pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti
berkumpulan yang berpusatkan murid Selain itu, penggunaan Bahan
bantu mengajar secara interaktif perlu diaplikasinya untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap
adil terhadap pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai
role model kepada pelajar.
Menurut Ee Ah Meng (1991), kegiatan melanggar salah laku disiplin
bermula dari pengajaran guru iaitu dari segi penjelasan yang kurang
lengkap, mutu suara yang kurang baik, ketiadaan ketekalan guru dan iklim
kelas yang diwujudkan guru kurang menggalakkan.
Mengikut Koh Boh Boon (1981), guru yang kurang pandai teknik dan
strategi mengajar pelajar berkecenderungan mempunyai sikap negatif
terhadap

kebolehan

dan

pencapaian

pelajar.

Sikap

negatif

ini

merendahkan lagi konsep diri serta harga diri pelajar yang kurang pandai
dan seterusnya mengurangkan lagi minat dan keinginan mereka untuk
belajar seterusnya menjurus kepada masalah disiplin. Sikap negatif guru
ini terhadap pelajar lemah akan membawa masalah kepada pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
Menurut Omardin (1996), menyatakan bahawa salah satu faktor
yang menentukan kejayaan pelajar- pelajar ialah melalui iklim dan budaya
sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh membangkitkan
semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan
sekolah. Dengan itu dapat mengurangkan masalah salah laku dan disiplin.
Menurutnya lagi sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang
sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap
cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan
kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar
dapat dikurangkan.

Mengikut Datuk Mahadzir Mohd Khir (Berita Harian, 2 April 2001),


pelajar yang ponteng adalah kerana berasa tertekan ketika berada di
sekolah. Ini merujuk kepada kemudahan sekolah atau bilik darjah yang
serba kekurangan dari segi peralatan di kelas serta suasana ceria di dalam
dan luar kelas. Daripada keadaan ini, pihak sekolah bertanggungjawab
menyediakan kemudahan yang sepatutnya supaya masalah disiplin
akan dapat dikurangkan.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus (Utusan
Malaysia,
21 Mac 1997) hasil kajian yang disediakan oleh Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan sepanjang tahun 1995 mendapati keadaan fizikal
dan persekitaran sekolah yang tidak selesa serta sikap guru yang tidak
memberikan perhatian kepada pelajar yang ketinggalan dan lemah akan
menyebabkan pelajar bersikap liar. Ketidakselesaan ini khususnya pada
keadaan

bilik

darjah

yang

tidak

sempurna

akan

mengakibatkan

pembelajaran terganggu dan akan mencetuskan masalah disiplin. Keadaan


bilik darjah ini juga akan menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak
selesa seterusnya membawa kepada ketidakhadiran pelajar ke sekolah
dan mencetuskan kes ponteng sekolah.
4.0
KESAN PONTENG SEKOLAH
Di Malaysia Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif
terhadap diri, agama, bangsa, negara,masyarakat, keluarga dan masa
depan pelajar itu sendiri. Walaupun masalah ponteng sekolah masih
terkawal, namun isu ini harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu
virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang
lebih

besar seperti vandalisme,

gengsterisme,

penyalahgunaan

dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang
akan meruntuhkan akhlak pelajar .
4.1

Ketinggalan dan keciciran pelajaran serta pencapaian rendah


Dari sudut kurikulum sekolah, pelajar yang terlibat dengan ponteng

akan ketinggalan dalam pelajaran, mundur atau mempunyai pencapaian


yang rendah dan akhirnya menghadapi masalah keciciran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, Panduan Mengatasi Ponteng 1999).

4.2

Mengganggu sistem Pengajaran dan Pembelajaran


Menurut Hamdan Bin Mis (1999) pula dalam kajiannya, gejala

ponteng juga boleh menggagalkan sistem persekolahan dan memberi


kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar tidak
hadir ke sekolah dan tidak menyertai segala aktiviti yang dilakukan oleh
rakan, guru dan pihak sekolah. Contohnya, ponteng kelas. Apabila pelajar
tidak masuk ke kelas, mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah,
tidak mendapat nota edaran daripada guru dan akan tercicir dari
mengambil ujian dan peperiksaan.
4.3

Peningkatan statistik jenayah


Mengikut Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), pelajar yang

ponteng sering terpengaruh dengan kegiatan luar dan mendorong mereka


melakukan

kegiatan

yang

melanggar

undang-undang

seperti

mencuri, samseng serta menghisap dadah. Daripada kegiatankegiatan yang dilakukan oleh pelajar ponteng, menunjukkan bahawa
masalah ponteng boleh membawa kepada kegiatan jenayah yang berat
apabila kegiatan ini berterusan dilakukan oleh pelajar dan akan menjadi
amalan kebiasaan. Ini akan merugikan diri pelajar, masyarakat dan
negara. Malah akan merugikan generasi akan datang dan mengganggu
perkembangan pendidikan negara. Maka langkah penyelesaian perlu
dilakukan dengan segera dari peringkat sekolah lagi.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah, dipetik
sebagai berkata, walaupun ponteng bukanlah masalah serius sehingga
boleh dianggapsebagai jenayah, mesyuarat itu berpendapat bantuan polis
perlu kerana gejala berkenaan jika tidak dibendung boleh mendorong
pelajar terjebak ke kancah jenayah lebih serius (Berita Harian:22 April
2004).
Menurut Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir
pula, ponteng tidak harus dianggap sebagai masalah remeh kerana gejala

itu adalah antara kes salah laku dan boleh menjurus pelajar ke arah
amalan kehidupan negatif seperti budaya lepak dan berfoya-foya.
Menurut Ting (1983) mengaitkan aktiviti ponteng sekolah dengan
tingkah laku devians atau lencongan yang bermaksud tingkah laku yang
tidak memenuhi norma sosial sesuatu kumpulan masyarakat
Dalam

kajian

yang

dijalankan

oleh

Letchumy

(2005),

beliau

berpendapat bahawa ponteng juga akan mendorong kepada pembentukan


peribadi pelajar yang suka menipu,berpeleseran, penglibatan dalam
pergaulan bebas dan sebagainya. Keadaan ini akan membawa kepada
kemerosotan disiplin pelajar dan juga pelajaran mereka.
Akhbar Utusan Malaysia (1 Mei 2009) melaporkan seramai 23 orang
pelajar di beberapa buah sekolah dalam daerah Kota Bharu yang ditahan
oleh polis kerana ponteng sekolah bukan sahaja ditahan kerana kesalahan
tersebut, malah enam orang daripada pelajar tersebut didapati positif
mengambil dadah jenis pil kuda.
4.4

Pembaziran Masa Dan Tenaga


Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya

adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang
dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun dikembalikan. Jika mereka
dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng
sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam
masa yang akan datang dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang
lebih baik dan selesa kepada generasi seterusnya.
4.5

Masyarakat Memandang Serong Kepada Pelajar


Kesan yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah

ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung akan
memalukan

maruah

keluarga.

Sebagai

contoh,

apabila

seseorang

ternampak sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah, satu-satunya


pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah
sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan

kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu
bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anak dengan baik
dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa atau penjaga.
4.6

Masa Depan Tidak Terjamin


Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka

akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan


masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat
dipercayai oleh masyarakat dan kesannya negara akan kekurangan bakal
peneraju yang berwawasan.
4.7

Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya


turut menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih
meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai
syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru,
berkemungkinan rekod peribadi pelajar akan dicatatkan tidak cemerlang
dari segi sahsiah,ini memberikan kesan buruk di masa hadapan bila
pelajar ini ingin memohon pekerjaan.
Jika masalah ini tidak dibendung dengan kaedah yang betul dan
konsisten, ini akan memberikan kesan buruk kepada sistem pendidikan
negara kita. Kesan-kesannya ialah pelajar terlibat dengan gejala-gejala
yang tidak sihat, merugikan diri sendiri, membazirkan wang rakyat kerana
banyak program-program yang dijalankan untuk mengurangkan gejala
ponteng sekolah dan perkara-perkara yang membawa kesan negatif
terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
5.0

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG

SEKOLAH
Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total
adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ia melibatkan komitmen
daripada

pelbagai

pihak

dan

tindakan

secara

menyeluruh dan

bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng


sekolah.

5.1

Guru Dan Pihak Sekolah

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan


memainkan

peranan

penting

dalam menangani

masalah

ponteng

sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh
pelajar

yang

ponteng

sekolah

ialah

kelas

yang

membosankan

menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran


di pusat membeli-belah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya melihat
alasan ini sebagai cabaran untuk mereka berusaha melakukan sesuatu
agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan
menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan
pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman
mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan
suasana persekolahan dan pembejaran yang kondusif, dinamik dan
memberangsangkan. Pendekatan dan strategi p&p serta aktiviti perlu
dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan kognitif
pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang
kreatif dan menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai
dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan
murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta
sesuatu yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan yang
dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan.
Malah, guru perlu mempunyai personaliti yang baik dan bersikap
profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu
menjadi role model yang baik kepada pelajar.
Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti
kokurikulum seperti perkehemahan, Program rakan Muda dan Program
Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping memperolehi banyak
ilmu pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama ada
melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi
kesedaran kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah.

Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan
pelajar dengan meluangkan sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang
sibuk, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan
perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap
ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar
yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil
agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan
bersendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu
diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka
memberontak.
Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa
atau guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar.
Justeru, janganlah menunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru
kaunseling baharulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan
masalah pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan
suasana yang positif untuk perkembangan jati diri para pelajar yang
meningkat remaja dan dewasa. Kesedaran dan komitmen semua pihak
akan dapat membanteras gejala ponteng sekolah secara berkesan. Malah
tanamkan suasana Sekolah Syurgaku untuk mewujudkan rasa kepunyaan
dan keselamatan di sekolah.
Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di
sekolah, adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring
dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Relevannya kerana
pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik dalam bidang
akademik atau bidang bukan akademik, bergantung kepada tahap disipilin
pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam kehidupan sering dikaitkan
dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat
sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan
disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi
membendung

masalah

yang

akan

timbul,

seperti

kata

pepatah

membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.


5.2

Peranan Ibubapa

Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu
memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya,
sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan
samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya.
Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi
kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu
bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing akan ketakutan apabila
mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka akan
merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula
sering tidak percaya dan menafikan anak mereka melanggar peraturan
sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua
perwatakan berbeza; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu
bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin
demi masa depan anak mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi
sumbangan

yang

amat

besar

dalam

membina

sesebuah

negara.

Kepincangan sebuah keluarga akan membawa kepincangan sesebuah


negara.

Keluarga

haruslah

memberi

keadaan

persekitaran

yang

mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika dan seterusnya akan
berkembang

baik

dalam

generasi.

Keluarga

bertanggungjawab

membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini
merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang
cemerlang.
Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam
mencorak kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih
yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah
ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam
membanteras

gejala

ponteng

sekolah

ini.

Ibu

bapa

seharusnya

mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih


sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak
tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang
mulia, budi pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu
disemai dari rumah lagi oleh ibu bapa.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai


iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains
dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan
ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan
terdedah dengan pelbagai penyakit sosial. Kita tidak mahu dalam
keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan
institusi kekeluargaan dilupakan.
5.3

Pelajar

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga adalah


melalui aspek sikap pelajar di mana pelajar itu sendiri perlu sedar betapa
pentingnya pelajaran terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran,
kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa
depan yang kurang terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang
cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan yang baik.
Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semakin
ramai pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka
ketinggalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan
semasa, di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan
ia

hanya

dapat

dicapai

dengan

pengetahuan,

usaha,

ilmu

dan

pengalaman. Untuk itu, bagaimanakah seseorang pelajar yang sering


ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka
sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.
Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi
supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang
ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai
positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan
untuk melakukan perkara yang negatif kerana ianya hanya akan
membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar
bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik
mungkin.

Sewajarnya,

ketika

usia

muda

remaja

inilah

seseorang

itu

mengambil berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan


kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar
wajar mengikut contoh tauladan yang baik, menyertai ceramah atau
motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama
keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah
dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak
akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini
sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.
5.4

Pihak Kementerian Dan Kerajaan

Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang
tertinggi

dalam

sistem

Pendidikan

Negara

iaitu

Kementerian

Pendidikan dalam menangani masalah ponteng sekolah ini (sepertimana


dalam lampiran surat dari kementerian kepada jabatan pendidikan setiap
negeri). Kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap
pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama
dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini
kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan
kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya
bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan
menyalurkan lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan
inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi
keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat
membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya
guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada
masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima
tugas lain iaitu pertama;mengurus data, fail, buku rekod dan laporan;
kedua, urusan

pentadbiran, ketiga; kegiatan

kurikulum, keempat; kokurikulum dan


murid. Dengan

kurangnya

bebanan

kelima; urusan
tugas

ini,

guru

hal

ehwal

akan

dapat

membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar
hanyut dengan permasalahan mereka.
Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh
berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia
ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan
akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat
masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama
penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang
terpilih.
6.0

KESIMPULAN

Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah


ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal
insan yang lebih berguna pada masa hadapan, maka satu langkah drastik
daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak
sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding
bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat
pelbagai cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng
sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau
seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk
remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi

manfaat kepada

segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guruguru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam
memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah
wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat
melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan
dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan
hukuman.
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal
mencorakkan

masa

depan

negara.

Mereka

adalah

aset

kekayaan

semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi


dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di
kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber

tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa


panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja
harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman
besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang
selaras

dengan

falsafah

pendidikan

negara

yang

akan yang

mempastikan kelangsungan kemajuan dan keharmonian negara.

akan

You might also like