You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.


PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)

GWP 1092
WACANA PENULISAN
TUGASAN PROJEK
NAMA

: RUSSEL JUNIOR JULIUS

NO. MATRIX

: 2015072310076

NO. KAD PENGENALAN

: 970224-12-6081

OPSYEN

: PPISMP TESL AMBILAN JUN 2015

TARIKH MULA

: 15 FEBRUARI 2016

TARIKH HANTAR

: 11 MAC 2016

PENSYARAH

: PN. JULIANA OSONG

Dalam era globalisasi ini, sistem pendidikan di Malaysia kini semakin berkembang ke
arah masa depan yang cerah dengan pengambil bahagian dalam program pendidikan
peringkat antarabangsa seperti TIMSS (Trends In International Mathematics And Science
Study) dan PISA (Program for International Student Assessment). Melalui dua program ini,
kementerian pendidikan Malaysia mampu mengukur sejauh mana pencapaian negara dari
segi pendidikan jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang menyertai program ini
dan pada masa yang sama, mampu mengukur tahap keberkesanan sistem pendidikan
negara pada masa kini dalam melahirkan individu yang berkualiti tinggi. Namun begitu,
hasrat Malaysia untuk menduduki tangga tiga teratas salam penilaian ini sentiasa
diselubungi dengan pelbagai isu-isu pendidikan yang menjadi cabaran kepada kementerian
pendidikan Malaysia untuk menaikkan prestasi negara kepada tangga tiga teratas dalam
PISA dan TIMSS.

Kekangan yang banyak memberi kesan buruk kepada sistem pendidikan di Malaysia
pada masa kini merupakan keadaan ekonomi negara yang kurang stabil. Keadaan ini
menjejaskan jumlah bajet peruntukan untuk pendidikan yang selama ini merupakan yang
tertinggi di rantau Asia Timur (Jabatan Perdana Menteri, 2013) Peruntukan bagi pendidikan
di Malaysia telah dikurangkan daripada 56 bilion Ringgit kepada 41.3 Bilion Ringgit.
(Kementerian Kewangan Malaysia, Bajet 2015, 2015) (Kementerian Kewangan Malaysia,
Bajet 2016, 2016). Cabaran dari segi kewangan ini telah menjejaskan kualiti sistem
pendidikan negara kerana terdapat potongan bajet dalam semua aspek pendidikan.
Potongan bajet ini harus dilakukan untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia sentiasa
berjalan. Keadaan ini menyebabkan kadar pertumbuhan kualiti dalam sistem pendidikan
Malaysia untuk menjunam dan ini menyukarkan lagi perjalanan Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mencapai hasrat untuk berada pada tangga tiga teratas dalam sistem
penilaian PISA dan TIMSS. Untuk menghadapi cabaran ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengumumkan bahawa akan terdapat pengurangan dari segi bajet tahunan
bagi institusi-institusi kerajaan seperti Institut Pendidikan Guru dan universiti-universiti
kerajaan iaitu sebanyak RM1.4 Bilion. (Kementerian Kewangan Malaysia, Bajet 2016, 2016)

Selain cabaran dari segi ekonomi, sistem pendidikan Malaysia juga sedang
menghadapi cabaran untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha dalam memperbaiki kemudahan
pendidikan luar bandar (Jabatan Perdana Menteri, Pembangunan Luar Bandar, 2013).
Namun begitu, pendidikan luar bandar masih lagi menghadapi kemunduran di mana

pemerolehan ilmu pengetahuan di sekolah yang terletak di kawasan luar bandar berada
dalam tahap minimum. Selain itu, pendidikan di luar bandar juga dikekang dengan mentaliti
ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada pendidikan anak mereka. Masalah lain
seperti kekangan dari segi teknologi juga merupakan antara punca kemunduran sistem
pendidikan di luar bandar. (Zalik Adam, Faridah Kassim, & Mohamad Johdi Salleh, 2009).
Tambahan lagi, tahap penguasaan ilmu asas seperti kemahiran 3M, membaca, menulis dan
mengira juga seringkali menjadi titik kelemahan bagi pelajar-pelajar yang berada di sekolah
luar bandar. Dengan wujudnya masalah seperti ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
mempunyai cabaran untuk mengurangkan defisit akademik terutamanya kepada tahap
terendah, terutamanya di kawasan yang masih berhadapan dengan masalah ini. (KPM,
2010)

Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sering menghadapi cabaran dari


segi campur tangan politik dan agama dalam sistem pendidikan. Campur tangan ini
menyebabkan struktur pendidikan di Malaysia untuk dicemari dengan pandanganpandangan politik lalu menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia untuk bersikap berat
sebelah. (Mohd. Mustafa Ishak, 2014). Tambahan lagi, sistem pendidikan di Malaysia pada
sentiasa menghadapi olahan yang terlalu kerap. Ini secara tidak langsung memberi bebanan
kepada guru dan murid lalu menjejaskan kualiti pendidikan di Malaysia. (Anisah Shukry,
2014). Selain itu, sistem politik Malaysia yang mengutamakan agama Islam dan Bangsa
Melayu (Mohd. Mustafa Ishak, 2014), telah mencemarkan sistem pendidikan Malaysia
dengan ideologi-ideologi yang bersifat berat sebelah. Faktor-faktor ini menyukarkan lagi misi
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai hasrat menduduki tempat ketiga teratas
dalam penilaian antarabangsa melalui PISA dan TIMSS. Usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mengatasi masalah ini termasuklah melancarkan program Memperkasa
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. Dalam program ini, bahasa penghantar
bagi pengajaran subjek Matematik dan Sains diubah daripada bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu. Program ini dilaksanakan dengan matlamat meningkatkan prestasi pelajar
dalam subjek sains dan matematik dan pada masa yang sama, memastikan bahasa melayu
difahami oleh rakyat Malaysia.

Akhir sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia juga berhadapan dengan cabaran dari
segi pelaksanaan sistem pendidikan abad ke-21 di kesemua sekolah di seluruh Malaysia.
Sistem pendidikan abad ke-21 ini dijangka akan menambah baik kualiti sistem pendidikan
yang sedia ada agar Malaysia mampu untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam
PISA (Bernama, 2013). Sistem pendidikan abad ke-21 masih belum dilaksanakan secara

menyeluruh di Malaysia dan ini kerana masih ada guru yang bersikap kurang peduli akan
perubahan atau perkembangan yang berlaku di sekolah. Sikap ini memberi impak yang
negatif terhadap perkembangan murid-murid di sekolah. Tambahan lagi, terdapat juga guru
yang kurang memberi tumpuan terhadap kesan tindakan mereka lalu menyebabkan
keputusan murid-murid di sekolah kurang diberi perhatian dan hanya dianggap sebagai
sesuatu yang remeh (Habib Mat Som & Ahmad Kamaluddin Daud, 2010). Selain itu, masih
terdapat guru yang bersikap parentialisme dan menolak konsep pendidikan abad ke-21. Ini
menjadi suatu penghalang kepada pelaksanaan sistem pendidikan abad ke-21 secara
menyeluruh di seluruh Malaysia. (Syed Ismail syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2014).
Sistem pendidikan abad ke-21 mampu menjadi batu lonjakan kepada negara untuk
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam PISA dan TIMSS lalu membolehkan negara
untuk menduduki tempat ketiga teratas dalam sistem penilaian tersebut.

Kesimpulannya, keadaan ekonomi negara yang kurang stabil menjadi cabaran


terbesar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai hasrat untuk menduduki
tempat ketiga teratas dalam pencapaian Programme for International Students Assessment
(PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menjelang
tahun 2021. Jikalau negara Malaysia mampu memperbaiki ekonomi negara, cabaran yang
dihadapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini mampu dikurangkan. Selain itu,
kemunduran sistem pendidikan di luar bandar juga menjadi sesuatu kelemahan sistem
pendidikan Malaysia pada masa ini dan ianya juga merupakan antara halangan yang
terbesar kepada kerajaan untuk cemerlang dalam PISA dan TIMSS. Campur tangan politik
dan agama dalam sistem pendidikan di Malaysia juga merupakan suatu penghalang
terhadap misi negara ini kerana ianya mencemarkan tujuan utama pendidikan dilaksanakan
di negara ini (Anisah Shukry, 2014). Akhir sekali, kekangan dalam pelaksanaan sistem
pendidikan abad ke-21 secara menyeluruh juga merupakan cabaran yang harus ditempuh
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem baharu ini membantu guru untuk
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif lagi. Pendidikan abad
ke-21 sepatutnya menjadi asas kepada hasrat negara untuk menduduki tempat ketiga
teratas dalam PISA dan TIMSS.

Rujukan
Anisah Shukry. (2014). Ahli politik perlu jauhkan diri daripada sistem pendidikan, kata Ku Li.
Kuala Lumpur: The Malaysian Insider. Retrieved March 5, 2016
Bernama. (2013). Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik dalam PISA. Kuala Lumpur:
Astro Awani.
Habib Mat Som, & Ahmad Kamaluddin Daud. (2010). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan
di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Jabatan Perdana Menteri. (2013, Januari 1). Pembangunan Luar Bandar. Retrieved from
Unit Perancanng Ekonomi: www.epu.gov.my
Jabatan Perdana Menteri. (2013, April 17). Soalan Lazim. Retrieved Mac 11, 2016, from Unit
Perancang Ekonomi: www.epu.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia. (2015). Bajet 2015. Putrajaya: Kementerian Kewangan
Malaysia.
Kementerian Kewangan Malaysia. (2016). Bajet 2016. Putrajaya: Kementerian Kewangan
Malaysia.
KPM. (2010). BAB:7 Pelan Induk Pendidikan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd. Mustafa Ishak. (2014). Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa Dalam
Masyarakat Pelbagai Etnik. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad.
Syed Ismail syed Mustapa, & Ahmad Subki Miskon. (2014). Penghantar Pengajian
Profesionalisme. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zalik Adam, Faridah Kassim, & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Memperkasa Pendidikan
Luar Bandar. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar (pp. 2-4). kota
Kinabalu: University Malaysai Sabah.

You might also like