You are on page 1of 17

Teori Pembelajaran

Ausubel
Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori
pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu
kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan
daripadapembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model
Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan
pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning),
termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara
idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai
pembelajaran bermakna.
Menurut Ausebel, maklumat dapat dikuasai melalui dua cara iaitu :
1) Pembelajaran bermakna (meaningful learning)
Maklumat baru yang diperoleh mempunyai kaitan dengan maklumat sedia
ada dan kekal lebih lama.
2) Pembelajaran hafalan (rote learning)
Maklumat yang diperoleh melalui proses hafalan akan mudah hilang
kerana wujud secara terasing dan tiada kaitan dengan struktur kognitif.

3
Ausebel menyarankan 2 jenis subsumsi dalam mempelajari konsep atau
maklumat baru
1. Subsumsi derivatif (Derivative subsumption)
 Merujuk kepada konsep baru yang terbit daripada konsep atau idea umum
sedia ada.
 Murid mudah menguasai konsep/maklumat baru jika ia merupakan cabang
kepada maklumat yang sudah diketahui oleh murid.
 Contoh: Murid sudah mengetahui konsep burung (mempunyai pelepah,
berparuh, boleh terbang)
 Apabila murid melihat burung seperti enggang dan helang, murid mudah
mengenalinya sebagai burung.

4
2. Subsumsi koleratif (Correlative subsumption)
• Merujuk kepada pembinaan konsep/idea baru yang ada hubung kait dengan
maklumat sedia ada yang mengalami proses pengubahsuaian dan peluasan.
• Contoh: Guru meluaskan maklumat umum mengenai konsep burung
(penguin, burung unta, itik, angsa)

Burung
(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh


Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh
guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut
urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan
pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada
contoh (Woolfolk, 1998).
PENYUSUNAN
AWAL

ADVANCE ORGANIZER
(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh


Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan
pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu
strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut
ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan
awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
Advance organizer (AO)
• Ausebel menekankan penggunaan AO sebagai satu mekanisme yang dapat
membantu menghubungkaitkan bahan pembelajaran yang baru dengan idea
yang berkaitan.
• AO perlu digunakan lebih awal untuk membolehkan murid mempelajari
sesuatu yang berkaitan dengannya.
• Contoh: Jika guru ingin memperkenalkan tajuk Aloi, guru perlulah
memastikan murid mengenali dan mengetahui tentang ciri-ciri logam
terlebih dahulu. Guru boleh menyediakan edaran atau nota ringkas sebelum
hari pembelajaran.

9
Jenis Advance organizer (Ao)
1. Pengurusan Awal Ekspositori
• Guru memberikan maklumat awal kepada murid agar murid mempunyai
pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baru.
• Contoh: Jika murid tiada maklumat tentang konsep tenggelam dan timbul
sesuatu jirim, guru perlu menerangkan tentang konsep tersebut terlebih
dahulu sebelum mengajar konsep ketumpatan.

10
2. Pengurusan Awal Komparatif/Perbandingan
• Merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang mempunyai kaitan dengan isi
pelajaran yang akan dipelajari.
• Penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam struktur kognitif
sebagai persediaan menerima maklumat baru.
• Contoh: Struktur kognitif akan menyusun semula maklumat tentang objek
yang tenggelam atau timbul untuk membolehkan struktur kognitif menggarap
maklumat tentang konsep ketumpatan.

11
• David Ausubel telah mengemukakan stategi pembelajaran penerimaan yang
bermakna.
• Melalui strategi ini, guru merupakan individu yang memainkan peranan
penting bagi membina struktur kognitif murid.
• Pengajaran harus bercorak daripada sesuatu yang umum kepada khusus
dengan menggunakan AO.

12
Contoh: Guru mengajar konsep pembaris
1. Persembahkan AO  Guru menunjukkan gambar objek yang memerlukan pembaris
sebagai alat untuk mengukur
2. Kemukakan contoh positif  Guru menunjukkan pelbagai jenis pembaris

3. Kemukakan contoh negatif  Guru menunjukkan objek yang menyerupai pembaris

4. Perbezaan antara contoh positif dan negatif  Murid membuat banding beza
berdasarkan ciri-ciri pembaris.
5. Bina konsep  Apakah pembaris? Pembaris adalah alat pengukur.
13
• Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada
guru dan pelajar tentangperkara-perkara yang perlu
difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.

• Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru


dengan konsep yang telah dipelajari.
Memberi gambaran tentang apa Menjelaskan hubungan antara
yang penting dalam pelajaran konsep yang akan dihuraikan

TUJUAN

Menggerakkan minda pelajar untuk


mengingat semula konsep berkaitanyang
telah dipelajari
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran
Ausubel
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara
berikut:
Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan
pembelajaran resepsi (penerimaan)atau model pengajaran
ekspositori
Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran
untuk menggalakkan pelajar mengingat semula
konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya
dengan konsep baru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara
penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

You might also like