You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Agama Islam sebagai ad-Deen atau way of life amat menekankan kepada pendidikan
akhlak. Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Agama itu adalah nasihat”
(Sahih Muslim, Jilid 1, Bil. 43); nasihat tentang yang betul dan yang salah. Tujuan utama
perutusan Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah s.w.t kepada manusia juga memperlihatkan
kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia” (Imam Malik, hal. 132). Oleh itu, menurut kaca mata Islam nilai akhlak adalah
sebahagian daripada agama Islam itu sendiri. Justeru, dalam Islam manusia yang paling
tinggi statusnya adalah manusia yang paling mulia akhlaknya dan tinggi sifat taqwanya.

Namun, Masyarakat kini terutamanya pelajar sekolah rendah sudah kehilangan erti akhlak
dalam diri masing-masing dan membawa kepada keruntuhan akhlak peribadi yang
disebabkan oleh gejala yang tidak memberi faedah yang dilibati oleh pelajar tersebut.

2.0 GENJALA KERUNTUHAN AKHLAK DAN CARA MENENGANINYA

2.1 GEJALA PONTENG SEKOLAH

Masalah ponteng merupakan masalah yang sering melanda pelajar dipelbagai peringkat
bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi iaitu Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menangani masalah
ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah sememangnya terdapat faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku ponteng di sekolah samada ponteng
kelas, ponteng sekolah atau ponteng menghadiri aktiviti luar bilik darjah.

Menurut Laporan Disiplin Pelajar tahun 1994, Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian


Pendidikan Malaysia yang menunjukkan ponteng sekolah merupakan kes disiplin dengan
peratusan tertinggi berbanding salahlaku yang lain. Masalah ponteng tidak boleh dipandang
remeh kerana kemungkinan pelajar yang ponteng akan dipergunakan oleh anasir-anasir
negatif untuk melakukan sesuatu yang membahayakan masyarakat.

Selain itu pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan Persatuan ibu bapa dan guru
(PIBG) untuk menangani masalah disiplin pelajar. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa
harus dipertingkatkan. Guruguru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang masalah
pelajar-pelajar secara terbuka. Pelajar ponteng sekolah mungkin disebabkan peraturan
sekolah yang terlalu ketat. Pihak sekolah tidak boleh menghukum pelajar sesuka hati dan
menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu pihak sekolah juga
boleh melancarkan program motivasi untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang kesan
buruk jika melakukan perbuatan negatif seperti ponteng sekolah. Daripada dapatan analisis
data di bab 4, semua guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar harus didedahkan kepada
aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka bagi menggalakkan mereka hadir sekolah.
Seharusnya pelajar-pelajar didedahkan dengan aktviti ko-kurikulum seperti aktiviti bersukan
dan kebudayaan. Ini boleh mengisi masa terluang mereka disamping menghilangkan rasa
bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar-pelajar
akan dapat mengurangkan tekanan kerana sepanjang hari menghadap buku serta
mengulangkaji pelajaran.

2.2 GEJALA BULI

Buli merupakan perbuatan negatif yang dikenakan oleh seseorang yang lebih kuat atau
berkuasa terhadap seseorang yang lebih lemah atau kurang berkuasa secara berulang kali
(Olweus, 1978, 1997; Farington, 1993; Noran Fauziah, 2006). Buli mungkin dilakukan oleh
seorang pembuli, iaitu secara individu, atau beberapa pembuli yang juga dikenali sebagai
buli kolektif terhadap seorang mangsa atau sekumpulan mangsa (Abdul Malek, 2004).
Dalam perlakuan buli, wujud ketidakseimbangan kuasa yang menyebabkan mangsa gagal
untuk mempertahankan dirinya (Heinrichs, 2003) daripada didera dan dipermain-mainkan
oleh pembuli.

Buli di kalangan pelajar sekolah rendah merupakan indikasi kanak-kanak zaman


sekarang mengalami perubahan zaman teknologi media yang mempengaruhi pembentukan
personaliti dan tingkah laku (Dill, Redding, Smith, Surette & Cornell, 2011) sehingga menjadi
ganas dan tidak terkawal. Justeru itu, buli dilihat sebagai ancaman besar dalam
pembentukan sosialisasi positif antara masyarakat terutama komuniti setempat (Cheng,
Newman, Qu, Mbulo, Chai, Chen & Shell, 2009 & Georgiou, Fousiani, Michaelides &
Stavrinides, 2013). Ini bertentangan dengan landasan budaya timur yang terkenal dengan
adab, sopan santun dan 114 amalan sikap hormat menghormati di antara satu sama lain
tanpa mengira umur, status sosial, status ekonomi, bangsa, agama, kepercayaan, adat dan
warna kulit.

Rentetan daripada kegagalan guru mengenalpasti ciri-ciri perlakuan buli, Waters dan
Mashburn (2017) mendapati bahawa golongan pendidik sukar untuk menghalang atau
bertindak menghentikan tingkah laku tersebut. Selain keliru untuk menentukan sama ada
murid dibuli atau tidak (Byers, Caltabiano & Caltabiano, 2011), guru-guru juga tidak pasti
tentang tindakan yang perlu mereka ambil terhadap murid, khususnya mangsa buli (Mishna
et al., 2005). Hal ini mendorong mereka melaksanakan strategi intervensi berpandukan
definisi kendiri yang mana kesannya didapati kurang efektif, malah mungkin tidak sesuai
untuk digunakan (Buch, 2012).

2.3 GEJALA BIADAP ATAU TIDAK MENGHORMATI

2.4 KEKEMASAN DIRI

2.5 PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK SESUAI

You might also like