You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Pembangunan ekonomi dan teknologi maklumat yang berkembang pesat sejak
akhir-akhir ini telah memberi impak kepada pembangunan sosial dan insaniah murid.
Perkara ini seakan memberi tamparan hebat kepada masyarakat Islam kini kerana
berlakunya keruntuhan akhlak seawal murid sekolah rendah sehingga menimbulkan
kebimbangan kepada pelbagai pihak. Media cetak dan massa seperti akhbar, televisyen
dan radio kerap memaparkan isu-isu tentang keruntuhan akhlak yang berlaku dalam
kalangan masyarakat Islam masa kini termasuklah daripada kalangan murid-murid
sekolah rendah. Peningkatan isu-isu akhlak masa kini terutamanya dalam kalangan
murid bukanlah suatu perkara remeh malah perlu dipandang serius oleh masyarakat
memandangkan perkara ini boleh membahayakan pelbagai pihak. Menurut Dewan
Bahasa dan Pustaka (2010), akhlak diertikan sebagai kelakuan atau tingkah laku yg
baik. Ini bermakna, isu keruntuhan akhlak ialah gejala yang menunjukkan tingkah laku
yang tidak baik dan ianya bertentangan dengan ajaran agama. Terdapat beberapa
gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah yang diperoleh
daripada pelbagai sumber dapat dikupas dan disertakan dengan cara guru untuk
menanganinya.

2.0 GEJALA BULI


Isu pertama ialah gejala buli yang semakin menjadi-jadi di sekolah rendah. Buktinya
daripada laman sesawang Astro Awani, “Murid tahun enam di Besut dibuli dan dipukul
tiga rakan lain,” (2019). Menurut Mohd Hanip Hassan (2016), buli adalah salahlaku yang
dilakukan secara sedar sama ada berbentuk fizikal atau psikologikal ke atas mangsa
yang lebih lemah bertujuan mendatangkan kemudaratan fizikal atau psikologi. Antara
contoh kes yang melibatkan isu buli secara lisan ialah kes pembakaran sebuah Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Kuala Lumpur. Kes ini berpunca dari ejekkan pelajar
tahfiz terhadap sekumpulan remaja. Remaja tersebut telah menyimpan dendam dan
telah membakar pusat tahfiz tersebut dan telah membunuh 21 orang pelajar lelaki disitu.
Buli pada pandangan Islam adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan naluri dan
fitrah kejadian manusia di sisi Allah SWT. Islam bererti sejahtera dan salah satu sifat
orang Islam ialah dia tidak memberi masalah kepada saudara seIslamnya yang lain.
Dalam satu hadis Qudsi, daripada Abu Dzar Al-Ghifari r.a, daripada Nabi s.a.w
bahawa Allah swt berfirman: "Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya aku
mengharamkan kezaliman atas diriKu, maka Aku mengharamkannya di kalangan
kamu, maka janganlah kamu zalim menzalimi". Punca berlakunya kes buli adalah
berkemungkinan kerana pembuli mempunyai masalah keluarga dan menganggap buli
sebagai cara untuk melepaskan tekanan.
Sebagai seorang guru, langkah yang dapat diambil untuk menangani isu buli ialah
menunjukkan contoh teladan yang baik. Hal ini kerana, manusia terutamanya murid-
murid lebih cenderung untuk meniru perbuatan yang sentiasa dilihatnya. Elakkan
bergaduh, bermasam muka dan perkara-perkara lain yang tidak elok. Guru juga mesti
mengamalkan sikap yang bernilai murni seperti memaafkan kesalahan murid dan
sentiasa bersabar dengan tingkah laku murid. Tegasnya, guru haruslah menunjukkan
contoh tauladan yang baik kepada murid supaya dapat menjadi “role model” kepada
murid. Hal ini bagi membentuk peribadi masyarakat ke arah insan yang beragama dan
berakhlak. Seperti dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda: “Setiap anak
dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang
bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,”
(Riwayat Muslim). Seperti yang sedia maklum, guru adalah ibu bapa kepada murid di
sekolah. Oleh itu, gurulah yang bertanggungjawab untuk membentuk murid di sekolah
kea rah individu berbudi pekerti mulia.

3.0 GEJALA VANDALISME


Selain itu, isu vandalisme juga merupakan gejala yang belum ada jalan
penyelesaiannya walaupun sudah lama berlaku. Mengikut perangkaan statisitik yang
dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme di
kalangan pelajar meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226
pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar
dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar (Nurain, 2017). Hal ini
kerana tiada jalan penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi isu vandalisme dalam
kalangan murid di sekolah. Antara kemudahan yang sering dirosakkan di sekolah ialah
kerusi, meja dan kemudahan di tandas. Sepatutnya kemudahan ini perlu dijaga untuk
kegunaan bersama tetapi telah dirosakkan oleh segelintir murid yang tidak
bertanggungjawab. Sedangkan di dalam Islam Allah SWT berfirman dalam surah Al
Baqarah ayat 11-12, yang bermaksud "Dan apabila dikatakan kepada mereka:
Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka
menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-
benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya".
Jadi, isu vandalisme ini perlu diatasi dengan didikan rasa syukur terhadap nikmat yang
telah diberikan oleh Allah SWT kepada semua orang. Antara punca isu vandalisme ini
ialah kerana kurangnya pendidikan sivik dan didikan agama dalam diri. Oleh itu,
pendidikan kerohanian dan sivik perlu ditekankan agar setiap individu dapat menghayati
serta mengamal ajaran agama dengan betul.
Guru harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme.
Guru perlu memantau kegiatan murid supaya mereka tidak terjerumus ke dalam kancah
yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan murid juga patut diawasi agar tidak
melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, guru harus menyemai ilmu
keagamaan dalam diri murid sejak hari pertama persekolahan lagi sebagai elemen
merentas kurikulum dalam subjek yang diajar. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan
mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada
terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Guru ialah insan
yang paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab ini di sekolah sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud “Dan hendaklah ada di
antara kamu segolongan umat menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang
ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang yang beruntung”.

4.0 GEJALA RASUAH


Gejala ketiga yang ingin dikupas ialah isu rasuah dalam kalangan murid sekolah
rendah. Buktinya, daripada ‘Sarawak Voice’, “SPRM: Bahkan murid sekolah rendah
sanggup merasuah untuk dilantik ketua kelas, ketua pengawas,” (2018). Menurut Dewan
Bahasa dan Pustaka (2010), rasuah didefinisikan sebagai pemberian untuk menumbuk
rusuk iaitu menyogok dan menyuap. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed pula dalam
penulisan bukunya yang bertajuk The Malay Dilemma (2010), rasuah ditafsirkan sebagai
suatu perbuatan yang mana seseorang memperoleh pendapatan atau pemberian
melalui jalan yang salah. Rasuah ini dianggap seperti penyakit kanser serius yang
sedang merebak dalam umat Islam negara kita pada masa kini termasuk dalam
kalangan murid sekolah rendah. Menurut Shukri dalam ‘Sarawak Voice’ (2018), “Kalau
kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit macam mana nak harap
mereka jadi pemimpin satu hari nanti”. Dalam Islam, pengharaman rasuah adalah jelas
berdasarkan al-Quran dan Hadith. Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-
Baqarah ayat 188, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu membawa
urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui”. Berdasarkan kes yang telah berlaku, punca berlakunya rasuah dalam
kalangan murid sekolah rendah tersebut adalah kerana murid tersebut ingin menang
dengan mudah dalam pilihan raya untuk memilih ketua pengawas di sekolahnya. Hal ini
berkemungkinan kerana dia ingin membuktikan kepada ibu bapa dan guru bahawa dia
mempunyai pengaruh yang besar di sekolah walaupun sebenarnya dia tidak.
Langkah untuk mengatasi isu rasuah ini ialah guru perlu mencegah kegiatan ini
apabila mereka melihat atau mengetahui perkara ini berlaku di sekitar mereka.
Rasulullah S.A.W telah memberi panduan kepada umat Islam dalam mencegah sesuatu
kemungkaran itu. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya, "Daripada Abu Said al-
Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di
kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan
tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah,
sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan
hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman". (Riwayat Muslim).
Dalam hal ini, seseorang guru itu boleh menggunakan kuasa dan kemampuan yang ada
pada dirinya dalam membanteras gejala rasuah ini. Sebagai contoh, guru boleh
mengenakan denda kepada murid yang terlibat dengan aktiviti rasuah ini.

5.0 GEJALA SEKS BEBAS


Gejala terakhir yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan murid sekolah rendah
ialah isu seks bebas. Merujuk kepada laman sesawang Lobak Merah, “Remaja hamil
telah berkongsi begaimana seks bebas bermula sejak darjah 6” (2017). Punca utama
gejala seks bebas ini berlaku adalah disebabkan kelalaian ibu bapa dalam memantau
kegiatan anak bersama rakan-rakannya. Kebiasaan berlakunya faktor ini adalah
disebabkan oleh kurangnya kasih sayang dan perhatian yang diperoleh oleh remaja
daripada ibu bapa dan keluarga sehingga remaja ini menjadikan sahabat dan kawan
sebagai tempat luahan dan perkongsian perasaan. Mereka biasanya bersosial dalam
bentuk berkumpulan (Sari Banun & Soedijono, 2013). Ibu bapa terlalu memberi
kebebasan kepada anak-anaknya untuk bergaul dengan sesiapa sahaja termasuklah
dengan rakan lain jantina bukan mahram. Oleh itu, kajian Zainudin Sharif & Norazmah
Mohamad Roslan (2011) menyarankan agar para ibu-bapa, orang dewasa, pendidik dan
semua masyarakat perlu mengambil perhatian terhadap perkembangan remaja serta
mengikuti perkembangan mereka untuk membantu membimbing mereka daripada
terjebak dengan gejala sosial negatif yang akan membentuk remaja yang tidak produktif.
Bagi mengelakkan gejala ini daripada semakin membiak, guru perlu memperbaiki
hubungan dengan murid. Hal ini demikian kerana, guru kini dilihat sering mengabaikan
murid dan berpendapat bahawa tidak perlu mengambil berat tentang murid. Guru
menganggap tanggungjawab mereka selesai setelah mencurahkan ilmu. Sedangkan di
dalam Islam, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengeratkan hubungan
silaturahim. Justeru, guru perlu menggalakkan murid untuk melibatkan diri dengan
aktiviti sekolah atau menganjurkan program yang dapat memupuk perpaduan seperti
gotong-royong, makan bersama dan pertandingan sukan. Dengan ini, hubungan guru
dan murid akan menjadi lebih akrab dan secara tidak langsung murid akan berkongsi
cerita atau masalah dengan guru. Oleh itu, guru mampu untuk membantu murid dalam
memberi pandangan dan nasihat. Merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah An
Nahl ayat 125 yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan al-hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan
berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah pertunjuk”.

6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah
semestinya dapat ditangani dengan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh guru. Oleh itu,
guru perlulah konsisten dalam membentuk akhlak murid dengan berpegang teguh
kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Sabda Rasulullah SAW “Aku telah tinggalkan
pada kamu dua perkara, sekali-kali kamu tidak akan sesat selama kamu
berpegang dengan keduanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah
SAW”. (Riwayat Imam Malik).
RUJUKAN

Al-Quran & Terjemahannya. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mahathir bin Mohamed. (2010). The Malay Dilemma: With a New Preface. Marshall
Cavendish International Asia Pte Ltd, 2010.

Mālik, A. (1989). Al-Muwatta of Imam Malik ibn Anas: The first formulation of Islamic law.
London: Kegan Paul International.

Mundhirī, A. -A. A.-Q., & Muslim, -H.-Q. (2000). Mukhtaṣar Ṣaḥīḥ Muslim =: The translation
of the meanings of Summarized Sahih Muslim: Arabic-English. Riyadh, Saudi Arabia:
Darussalam Publishers & Distibutors.

Murid tahun enam di Besut dibuli dan dipukul tiga rakan lain (2019, Februari 15), Astro
Awani, Diambil daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/murid-tahun-
enam-di-besut-dibuli-dipukul-tiga-pelajar-lain-198568

Nurain Sarpan. (2007). Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di


kalangan remaja sekolah menengah satu kajian ke di Daerah Alor Gajah, Melaka.
Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Remaja hamil telah berkongsi begaimana seks bebas bermula sejak darjah 6 (2017, Julai
14), Lobak Merah, Diambil daripada https://lobakmerah.com/meh-sini-aku-jilat-remaja-
hamil-kongsi-bagaimana-seks-bebas-bermula-sejak-darjah-6/

Samih ‘Abbas, I‘lam al-Muslim bima Ittafaqa ‘Alayh al-Bukhari wa Muslim fi al-Targhib wa al-
Tarhib. Mesir: Al-Dar al-Misriyyah al-Lubnaniyyah, 1991.

Sari Banun, Fadila Oktavia, dan Soedijono, Setyorogo (2013). “Faktor-Faktor yang
Berhubungan dengan Perilaku Seksual Pranikah Pada Mahasiswa Semester V STI
Kes
X Jakarta Timur 2012”. Jurnal Ilmiah Kesehatan, 5(5), 12-19.

SPRM: Bahkan murid sekolah rendah sanggup merasuah untuk dilantik ketua kelas, ketua
pengawas (2018, November 14), Sarawak Voice, Diambil daripada
https://sarawakvoice.com/2018/11/14/sprm-bahkan-murid-sekolah-rendah-sanggup-
merasuah-untuk-dilantik-ketua-kelas-ketua-pengawas/

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi
remaja terlibat dalam masalah sosial di sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Journal Of Education Psychology & Counselling: Vol 1 (115-140).

You might also like