You are on page 1of 42

1.

0 PENGENALAN
Program ‘First Year To School’ merupakan program yang dilaksanakan di bawah
program Budiman Universiti Sains Malaysia yang melibatkan seramai 339 mahasiswa
dan mahasiswi tahun 1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Program ini dijalankan di
beberapa buah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzwan,
iaitu Sekolah Kebangsaan Kamunting, Sekolah Kebangsaan Simpang, Sekolah
Kebangsaan Pangkalan Aur, Sekolah Kebangsaan Toh Johan dan Sekolah Kebangsaan
Batu Kurau. Program ini telah dilaksanakan pada tanggal 22 November 2017 selama
setengah hari, iaitu bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Setiap
kumpulan masing-masing telah dibahagikan kepada setiap sekolah yang telah
ditetapkan. Sasaran bagi program “First Year To School” ini adalah menjurus kepada
pelajar tahun 6 bagi tahun 2017.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi sedikit gambaran
kepada para pelajar berkaitan gejala sosial yang semakin kerap berlaku yang
melibatkan peringkat umur mereka yang merupakan golongan yang berisiko menjadi
pemangsa dan mangsa dalam setiap isu yang berlaku.Selain itu, program ini juga
bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam diri para pelajar tentang kes buli yang
mendatangkan pelbagai impak negatif kepada pelbagai pihak.
Kebelakangan ini, isu gejala buli semakin hangat diperkatakan di dada-dada
akhbar, dan di corong- corong radio yang berkisarkan masalah buli yang semakin
berleluasa.. Oleh itu, kami telah memilih isu gejala buli ini untuk dikaitkan dengan
elemen intrapersonal dan interpsersonal remaja dalam menjayakan projek kami.
Menurut Kamus Dewan edisi-4, buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera,
mempermainkan, menyakiti seseorang secara fizikal dan mental supaya dapat
menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara umumnya,buli turut di definisikan
sebagi perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat keatas golongan mereka yang
lemah, .Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan
memdatangkan perasaan tidak selesa,aman, dan tenteram kepada si mangsa.

Menurut, ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Buli ), Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi


ke-4.

Dalam konteks projek kami, kumpulan kami telah pergi ke Sekolah Kebangsaan
Batu Kurau di Perak, misi utama kami ke sekolah ini ialah ingin mmemupuk kesedaran
kepada pelajar mengenai isu buli kesan akibat gejala tidak bermoral ini. Kami juga

1
berhasrat untuk menerapkan elemen intrapersonal dan interpersonal dalam diri mereka
agar mengetahui serba sedikit pengetahuan berkaitan isu yang semakin menjadi
kerisauan para ibu bapa, guru-guru dan juga masyarakat terhadap diri setiap individu
terutamanya anak muda yang bergelar pelajar yang berisiko akan menjadi mangsa
atau pelaku kepada kes buli. kami telah memilih tema projek iaitu ‘.Tiga orang pelajar
telah menjadi responden kami iaitu Adik Nur Syahirah Binti Sazali, adik Adhwa
Naufal Bin Abdul Manaf, dan adik Nor Syawani Binti Roslan yang merupakan pelajar
tahun enam Sekolah Kebangsaan Batu Kurau, Perak. Kami telah menjalankan aktiviti
bersama mereka selama dua jam. Akhir sekali, kertas projek yang telah kami hasilkan
ini adalah merangkumi keseluruhan ulasan dan penerangan mengenai projek yang
kami laksanakan secara berkumpulan di Sekolah Kebangsaan Batu Kurau Perak
bersama tiga orang responden tersebut. Kertas kerja ini akan memberikan banyak input
dan faedah kepada para pembaca di luar sana kerana projek ini dijalankan secara
langsung bersama pelajar sekolah yang membawa isu buli dengan lebih lanjut serta
mengetengahkan elemen intrapersonal dan interpersonal remaja secara terp

2
2.0 ISU BULI
Isu buli bukanlah masalah yang baru dicetuskan. Gejala ini telah giat diperkatakan
sejak dahulu lagi, tetapi tetap tidak menemui menyelesaian yang efektif berkaitan
masalah ini. Statitistik menunjukkan terdapat lebih 14,000 kes buli di sekolah-sekolah
di seluruh Malaysia antara tahun 2012 hingga 2015 dan sebahagian besarnya
melibatkan penderaan fizikal. Masalah ini jika tidak ditangani menjadikan angka ini
semakin membesar. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan
menyatakan angka buli terus meningkat daripada 0.06 peratus pada tahun 2015 kepada
0.11 peratus tahun 2016. Menurut nobullying.com juga iaitu sebuah forum dalam
talian yang bertujuan menghentikan kes buli ini kira-kira 84 peratus kanak-kanak di
Malaysi mempunyai pengalaman dibuli.
Statistik-statistik ini amat membimbangkan kita kerana sebenarnya semua
pihak berperanan dalam mengatasi kes buli ini. Namun sejauh manakah
tanggungjawab kita dalam memastikan kes ini dapat diatasi dengan segera? Kes-kes
yang terjadi baru-baru ini melibatkan kehilangan nyawa kesan kes buli ini. Seperti kes
buli UPNM yang mangsanya bernama Zulfarhan. Kematiannya sangat tragis apabila
arwah dibuli beberapa kali oleh sekumpulan rakannya juga. Arwah dituduh mencuri
komputer riba dan dari situlah kemarahan berpuncak. arwah Zulfarhan diseterika di
seluruh badannya oleh si pembuli dengan tidak berperikemanusiaan. Sehinggalah si
pembuli merasa keadaan arwah sangat teruk dan diberi rehat di kondominium sehingga
mangsa meninggal dunia di kondominium tersebut. Perkara ini baru sahaja terjadi
akhir bulan Mei yang lalu. Banyak lagi kes-kes yang lain yang berlaku di negara ini.
Kesedaran dari para pelajar amat penting supaya mereka tidak terdedah dengan
perbuatan buli ini. Jika difikirkan dengan waras, kita tidak dapat membayangkan
bagaimana corak pemikiran pembuli semasa mereka membuli mangsa sehingga
mangsa tidak lagi berdaya untuk melawan pembuli mahupun untuk mempertahankan
diri. Jadi, kesedaran pembuli untuk menahan diri mereka daripada membuli orang lain
dan kesedaran si pembuli untuk membebaskan diri dari pembuli sangat penting untuk
menhalang kes buli ini dariapada berleluasa di negara ini. Teori-teori berkaitan buli
perlu diketahui supaya kita dapat membantu dalam menangani kes ini.
Secara umumnya, buli turut di definisikan sebagi perbuatan negatif oleh
seseorang yang lebih kuat keatas golongan mereka yang lemah, .Perbuatan ini
dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan mendatangkan perasaan
tidak selesa, aman, dan tenteram kepada si mangsa. Dalam erti kata lain,buli

3
bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Dari sudut lain buli ditakrifkan sebagai
tingkah laku yang ganas dan agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal
yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Buli ini dibahagikan kepada dua
iaitu pemangsa dan si mangsa. Pemangsa adalah golongan yang melakukan penderaan
kepada idividu lain yang selalunya merupakan golongan yang lebih tua di sekolah yang
berbadan tegap, berani, dan suka melanggar disiplin di sekolah. Manakala mangsa pula
adalah golongan yang dibuli dan terdiri daripada individu yang pemalu dan cemerlang
dalam pelajaran. Buli secara fizikal ini berlaku apabila si pemangsa melakukan
kekasaran dan keganasan dengan cara menumbuk, menampar, menendang, menarik
rambut dan sebagainya. Manakala, buli secara psikologikal berlaku apabila si pembuli
mengejek atau menghina si mangsa dengan mengaitkan ibu bapa mereka,
mengeluarkan perkataan yang kasar dan tidak baik. Gejala buli ini berlaku melibatkan
golongan pelajar tanpa mengira jantina, umur dan status. Secara keseluruhannya,
perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta mendatangkan kesan
yang buruk kepada pelbagai pihak.

Antara faktor penarik yang menyebabkan masalah buli ini adalah kurangnya
didikan agama dan moral dalam diri setiap individu yang terlibat terutamanya si
pemangsa. Ibu bapa tidak memainkan peranan yang signifikan dalam mendidik anak
mereka dengan ilmu keduniaan dan ilmu akhirat semata-mata sibuk mencari nafkah
untuk menyara hidup keluarga. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka untuk
memberi perhatian dan mendidik anak-anak mereka. Selain itu, secara umumnya,
masalah ini juga berlaku kerana diri individu itu sendiri. Hal ini kerana individu
tersebut tidak memiliki intrapersonal diri yang kuat untuk menghalang diri mereka
daripada terjerumus dalam kanca permasalahan ini. Seterusnya, pengaruh rakan
sebaya juga turut mendorong kepada penularan masalah buli ini dalam kalangan para
pelajar. Hal ini berkait dengan cara mereka berinteraksi dan berkomunikasi sekeliling
mereka, ia sebenarnya melibatkan elemen interpersonal remaja dalam mengawal
setiap situasi dan keadaan yang mereka hadapi sama ada membawa kepada pengaruh
negatif ataupun positif.

Berdasarkan,
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/mahadiIP
BLfp.pdf

4
3.0 ELEMEN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL TENTANG BULI

3.1 ELEMEN INTRAPERSONAL

3.1.1 Kawalan Kendiri

Kawalan kendiri ini merupakan sikap yang perlu dikawal oleh diri individu itu sendiri.
Dalam kalangan pelajar terutama pelajar sekolah rendah, mereka sebenarnya
mempunyai kawalan kendiri yang rendah disebabkan perasaan mereka yang sukakan
keseronokan dan mereka mempunyai sikap yang agak nakal. Namun demikian, para
pelajar sewaktu menjalankan aktiviti ini, mereka mempunyai kawalan kendiri yang
amat baik. Mereka sangat menjaga kelakuan sehingga mereka dapat menumpukan
sepenuh perhatian kepada perkara yang ingin disampaikan oleh penyelaras. Elemen
ini merupakan elemen intrapersonal kerana hanya diri sendiri memerlukan kekuatan
untuk mengawal kendiri masing-masing. Orang lain tidak terlibat dalam situasi ini.

Melalui persoalan yang telah ditanyakan oleh penyelaras, jawapan yang


diberikan oleh mereka menunjukkan mereka mempunyai kawalan diri yang kuat.
Buktinya, mereka sangat menjaga perlakuan mereka supaya mereka tidak terlibat
dengan perkara yang negatif. Sesetengah pelajar, mereka tidak mempunyai kawalan
kendiri yang kuat menyebabkan mereka terpengaruh dengan perkara yang boleh
memberi keburukan kepada diri mereka termasuklah kes buli. Pelajar mempunyai
banyak faktor yang mempengaruhi kawalan diri mereka seperti dorongan kawan-
kawan dan persekitaran yang negatif. Jadi, mereka akan tergugat dan cenderung untuk
melibatkan diri ke arah perkara yang buruk.

Para pelajar yang kami telah jalankan aktiviti bersama mereka ini, kesemuanya
mempunyai kawalan diri yang baik kerana mereka kurang terdedah dengan kegiatan
buli ini. Di sini, kami dapat simpulkan mereka merupakan pelajar yang baik dan sangat
menjaga disiplin yang tinggi. Melalui perbualan kami dengan mereka juga, tidak
hairanlah mereka mempunyai cita-cita sebagai pendidik suatu hari nanti melalui sikap
mereka yang positif tersebut.

Melalui aktiviti tersebut, kami telah berkongsi tentang kegiatan buli ini
bersama mereka. mereka amat menerima ilmu yang disampaikan dengan hati yang
terbuka. Mereka juga memberi respons positif iaitu mereka menyatakan diri kita perlu
kuat untuk menghalangi perkara negatif supaya tidak menyerap masuk dalam diri kita.

5
Mereka juga mempunyai sikap yang ingin membantu rakan lain supaya tidak terdedah
dengan kegiatan buli ini.

Elemen intrapersonal ini perlu dikuatkan dalam diri pelajar agar mereka kuat
untuk menghadapi rintangan yang mendatang. Sebagai guru dan ibu bapa, kita perlu
sentiasa memberi motivasi kepada mereka agar mereka sentiasa berpegang kepada
prinsip hidup mereka. mereka juga perlu diberikan didikan agama yang secukupnya
supaya mereka dapat mengamalkan ilmu tersebut seterusnya perkara yang negatif
dapat dielakkan. Kawalan kendiri yang kuat semestinya memberikan impak positif
kepada pelajar kerana mereka akan berfikir setiap perkara yang akan dilakukan.
Berbeza dengan pelajar yang mempunyai kawalan kendiri yang lemah mereka akan
terpengaruh dengan anasir-anasir yang bruk seterusnya memberi kesan negatif
terhadap diri mereka.

3.2 ELEMEN INTERPERSONAL

3.2 1 Kemahiran Komunikasi.

Kemahiran komunikasi ini merupakan kemahiran yang melibatkan individu dengan


individu yang lain. Mereka berinteraksi dengan berkesan untuk mendapatkan
maklumat yang jelas dan betul. Kemahiran komunikasi ini terdiri daripada kemahiran
lisan dan bahasa badan. Komunikasi yang berkesan dapat menarik minat individu lain
untuk mendengar maklumat yang ingin disampaikan. Kemahiran komunikasi pelajar
sekolah rendah di tahap yang boleh dibentuk kerana mereka mempunyai satu sikap
yang ingin mencuba dan sudah pasti apabila digilap dengan lebih terperinci mereka
dapat menguasai kemahiran ini dengan baik. Sepanjang aktiviti dijalankan, pada
mulanya kemahiran komunikasi sukar diterapkan kepada para pelajar. Namun, setelah
mereka selesa untuk berinteraksi dengan penyelaras, mereka dapat berkomunikasi
dengan baik bersama kami. Kemahiran komunikasi ini merupakan elemen
interpersonal kerana kemahiran ini melibatkan orang di sekeliling kita.

Melalui pemerhatian kami, para pelajar boleh menguasai kemahiran


komunikasi dengan baik walaupun pada mulanya mereka sangat malu untuk
berinteraksi bersama kami. Setelah mereka telah selesa dengan kami, mereka amat
mudah untuk berkongsi pengalaman atau pendapat tentang kegiatan buli ini. Mereka

6
juga menyatakan mereka perlu bertindak seperti melaporkan kegiatan buli kepada guru
dan menasihati rakan yang terlibat dengan buli ini membuatkan mereka telah mencapai
tahap kemahiran komunikasi yang baik. Mereka berani bersuara sekiranya disekeliling
mereka terdapat kegiatan buli ini. Kemahiran komunikasi ini juga penting agar
maklumat yang akan disampaikan difahami dengan betul seterusnya kesalahfahaman
tidak berlaku. Hal ini penting kerana terdapat kes buli yang berlaku bermula daripada
kesalahfahaman maklumat yang disampaikan.

Sepanjang aktiviti ini, kami menerapkan elemen ini dalam kalangan pelajar
kami supaya mereka lebih berkeyakinan untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi
ini. Mereka memerlukan untuk berkongsi tentang diri mereka dengan ahli kumpulan.
Perkara ini baik untuk mendidik mereka berani bersuara di hadapan pelajar lain tentang
diri mereka. mereka perlu memberitahu cita-cita mereka dan sebagainya. Jika mereka
tidak mengetahui kemahiran ini, mereka akan malu untuk berkongsi cita-cita mereka
dengan yang lain seterusnya mereka mudah untuk dibuli kerana pembuli biasanya
menjadikan pelajar yang tidak berani bersuara ini sebagai mangsanya.

Kami, sebagai penyelaras aktiviti menunjukkan kemahiran komunikasi yang


terbaik supaya apabila mereka melihat kami, mereka boleh mencontohi kemahiran
komunikasi kami.perkara ini juga penting kerana mereka akan dapat menggambarkan
situasi yang sebenar untuk berkomunikasi secara berkesan. Dalam permainan, kami
selitkan tugasan yang memerlukan mereka untuk bercakap supaya kemahiran
komunikasi mereka dapat diasah. Mereka perlu menerangkan apa yang difahami oleh
mereka kepada rakan-rakan dalam kumpulan. Hal ini bukan sahaja dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi antara mereka, mereka juga dapat meningkatkan
kefahaman tentang buli yang diterangkan oleh penyelaras pada awal aktiviti.

Elemen interpersonal pelajar ini dapat diperkembangkan dengan penerapan


pengetahuan tentang kemahiran ini kepada mereka. kemahiran ini amat penting supaya
mereka mengetahui bagaimana cara mereka untuk berkongsi masalah dengan orang
yang betul dengan cara yang betul. Mangsa buli kadang-kadang tiada keberanian untuk
mengadu masalah dengan orang sepatutnya kerana mereka kurang kemahiran
komunikasi tersebut dan mangsa ini juga kurang kemahiran komunikasi dengan si
pembuli. Hal ini dikatakan demikian kerana jika seseorang mempunyai kemahiran

7
komunikasi yang baik mereka akan terlepas dengan si pembuli kerana kebijakan
mereka berkomunikasi sehingga mereka dapat melepaskan diri.

Skil-skil komunikasi dapat dipelajari melalui guru dan orang sekeliling


mereka. Mereka akan memerhati cara orang sekeliling mereka berkomunikasi dan
seterusnya komunikasi tersebut dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Namun begitu,
mereka juga perlu diberikan skil ini secara terperinci agar mereka dapat menguasai
kemahiran komunikasi ini dengan lebih berkesan. Secara keseluruhan aktiviti yang
telah dijalankan, dapat kami lihat bahawa peningkatan kemahiran komunikasi mereka
pada akhir aktiviti berbanding awal aktiviti ini dijalankan.

8
4.0 TEORI-TEORI BERKAITAN KES BULI

4.1 Teori Kendiri Horney (1950)


Teori kendiri Horney ini merupakan teori yang merungkai tentang kendiri remaja yang
mempunyai kendiri yang berbaza dalam satu-satu masa. Remaja mempunyai diri
sebenar dan diri ideal. Diri sebenar merupakan matlamat dan kesedaran diri yang
sebenar manakala diri ideal merupakan pengasingan diri daripada identiti diri yang
sebenar.
Identiti diri yang sebenar mengharap mereka mencapai perkembangan yang
maksimum dan mempunyai satu diri yang boleh diikuti (model). Apabila mereka
terlepas dari mencapai matlamat yang sebenar, mereka mula membentuk aktiviti dan
tingkah laku selaras dengan diri ideal. Namun perkara ini amat sukar untuk mencapai
kejayaannya.
Diri ideal mempunyai kesempurnaan dari segala aspek. Dalam keadaan
normal, individu tidak akan berpatah balik kepada diri sebenar dan terus mencuba
untuk mencapai diri ideal. Dengan ini mereka semakin jauh dengan diri sendiri
seterusnya wujud jurang antara diri sebenar dengan diri ideal.
Perkaitan teori ini dengan kes buli yang kami pilih untuk tajuk e-produk kami,
kami dapat rumuskan remaja mempunyai kendiri yang berbeza dalam masa yang sama.
Mereka mempunyai diri sebenar dan juga diri ideal. Mereka akan menggunakan diri
sebenar dalam kehidupan seharian mereka. namun begitu, dengan konfik yang berlaku
dalam diri remaja tersebut menyebabkan remaja tersebut cenderung ke arah diri ideal
yang mereka sangkakan diri ideal memiliki kesempurnaannya. Sebagai contoh, remaja
yang bernama Naufal berkelakuan sangat baik di rumahnya. Dia selalu menuruti
perintah ibunya dan tidak sedikit pun menunjukkan kelakuan yang ganas di rumahnya
tetapi sebaliknya berlaku apabila dia ke sekolah. Naufal merupakan ketua geng
kumpulan mereka. kumpulan mereka selalu memeras ugut pelajar-pelajar yang lemah.
Sikap ini tidak diketahui oleh ibu bapa Naufal kerana sikap ini hanya ditunjukkan di
dalam sekolah. Kisah ini menunjukkan Naufal mempunyai dua identiti diri yang
berbeza iaitu diri sebenarnya yang sentiasa menuruti perintah ibu dan diri ideal
terserlah apabila Naufal ke sekolah. Perkara ini terjadi oleh Naufal kerana konflik
dalamannya seperti menjadi orang yang berpengaruh dan merasakan diri hebat

9
menyebabkan dia cenderung untuk buli. Diri ideal yang ditunjukkan bertujuan untuk
menyembunyikan diri sebenarnya.
Teori kendiri Horney turut membincangkan tentang manusia yang bersifat
neurotik iaitu individu yang mempunyai masalah dalaman antara kendiri benar dengan
kendiri ideal. Tekanan yang dialami individu mengenai kendiri benar telah
dipesongkan. Dalam contoh tadi, Naufal akan berasa malu jika dia tidak mempunyai
keberanian untuk memera ugut atau membuli pelajar. Dia juga akan kehilangan ‘tittle’
ketua jika dia tidak berani untuk melakukan sikap sedemikian. Terdapat konflik dalam
dirinya yang menyebabkan dirinya mengasingkan diri iaitu meletakkan
tanggungjawab terhadap objek lain.
Kesan teori kendiri Horney ialah remaja akan meninggalkan keinginan yang
sebenar mereka untuk mencapai imej tersebut. Jika terdapat persamaan antara diri
sebenar dengan diri ideal, pandanagn yang selesa dapat dilihat melalui dirinya.
Sebenarnya, pembuli mempunyai kendiri berbeza dalam masa yang sama iaitu
pembuli hanya melakukan buli kerana konflik dalaman yang berlaku seperti ingin
menunjukkan kehebatan kepada rakan yang lain yang menyebabkan diri sebenar
tersembunyi. Pembuli sebenarnya mempunyai diri sebenar yang baik tetapi mungkin
faktor-faktor lain yang berlaku menyebabkan pembuli membuli pelajar lain.
Mangsa buli juga boleh dikaitkan dengan teori ini iaitu diri sebenar mereka
mungkin bersuara lantang dengan keluarga tetapi apabila dibuli mereka mengeluarkan
diri ideal untuk menyelamatkan diri dan mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku
iaitu memilih untuk terus dibuli tanpa melawan. Diri sebenar dan diri ideal ini
mempunyai perbezaan yang nyata iaitu seseorang yang berani boleh menjadi seorang
yang penakut sesuai dengan diri sebenar dengan diri ideal.

Walaupun wujud teori-teori ini untuk mengkaji perkembangan dan


permasalahan yang berlaku dalam kalangan remaja, kita perlu serius dalam menangani
isu ini. Teori ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak supaya langkah yang
efektif boleh kita cadangkan untuk mengurangkan kes buli ini dalam kalangan
masyarakat kita. Kita boleh mendorong remaja untuk berpegang teguh kepada diri
sebenar yang positif supaya diri ideal yang negatif dapat dielakkan. Begitulah
sebaliknya. Perkara ini jika kita dapat fahami sudah tentu gejala negatif yang melanda
pelajar di negara kita dapat ditangani dengan berkesan.

10
4.2 Teori Martin Barber (2005)
Berdasarkan teori Martin Barber ini, komunikasi terbahagi kepada 3 jenis komunikasi
iaitu :
1. Komunikasi I-It
Komunikasi yang wujud dalam sosial. Biasanya berlaku diantara seorang
jurujual dengan pembeli. Setiap perhubungan di antara individu adalah
bermula dengan komunikasi jenis ini. Semakin dekat perhubungan semakin
membawa keperingkat seterusnya iaitu peringkat I-You.
2. Komunikasi I-You
Kebanyakan komunikasi berlaku melalui jenis ini. Interaksi wujud dan masih
memberatkan peranan sosial. Contohnya, hubungan guru dan pelajar.
Walaupun komunikasi berlaku agak rapat namun masih tidak mendalam lagi.
3. Komunikasi I-Thou
Komunikasi ini di peringkat tinggi. Komunikasi yang wujud adalah melampaui
peranan sosial dan selalunya menyentuh keunikan individu tersebut.
Komunikasi ini melibatkan kepercayaan dan hubungan rapat serta menyentuh
hal peribadi. Contoh komunikasi ini alah komunikasi dengan kekasih, ibu bapa,
atau adik beradik.
Terdapat individu tidak pernah mencapai tahap komunikasi I-Thou ini. Jadi
cara untuk mencapai komunikasi jenis ini ialah :
 Mendengar dengan baik
 Membina hubungan yang akrab
 Mengatasi konflik dengan cara yang berkesan
 Kejayaan membina komunikasi ini memberikan individu satu kepuasan
dalam kehidupannya.
Perkaitan teori ini dengan kes buli ialah kurang kemahiran komunikasi dalam
diri pembuli mahupun mangsa buli. Komunikasi ini sangat penting dalam kehidupan
kerana setiap masalah boleh diatasi bersama-sama jika komunikasi tersebut wujud.
Permasalahan yang timbul apabila mangsa buli takut untuk berkomunikasi dengan
guru atau ibu bapa untuk mengadu bahawa dirinya dibuli. Hal ini menyebabkan kes
buli tidak dapat diatasi keran ketiadaan maklumat tentang mangsa buli dilaporkan.
Oleh itu, mangsa buli perlu mempunyai komunikasi I-You atau I-Thou supaya mereka
senang untuk mengadu masalah kepada individu yang tertentu.

11
Komunikasi I-It yang berlaku antara pembuli dan mangsa buli menyebabkan
kes ini berlaku. Mereka hanya bertemu pada masa tersebut lalu pembuli menganalisis
maklumat tentang diri mangsa buli seterusnya kes buli berlaku. Jika mereka
mengalami komunikasi I-You atau I-Thou antara satu sama lain, kes buli pasti akan
menunjukkan penurunan. Namun begitu, terdapat juga kes buli yang melibatkan rakan
rapat dan mereka telah mencapai komunikasi tahap I-You dan I-Thou. Perkara ini
terjadi mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang menyebabkan buli berlaku.
Komunikasi berkesan antara guru dan murid juga akan membantu kes buli ini
berkurangan kerana guru akan mengetahui siapa yang terlibat dengan kes buli ini dan
seterusnya tindakan susulan boleh dikenakan. Mangsa buli juga boleh mendapatkan
sesi kaunseling dengan kaunselor supaya mereka tidak mengalami gangguan emosi
dan kecelaruan dalam berfikir.
Komunikasi yang berkesan juga dapat mengelakkan pelajar daripada kes buli
dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara berbincang. Kita dapat
lihat dari kes buli UPNM itu, punca berlakunya kes tersebut hanya dengan kecurian
laptop. Pembuli-pembuli itu menuduh mangsa dan sebenarnya mangsa tidak terlibat
pun dengan kes kecurian itu. Perkara ini dapat diatasi secara aman jika mereka
mempraktikkan kaedah komunikasi yang berkesan dan mereka dapat menyelesaikan
masalah dengan tenang dan selamat.
Jadi, melalui teori ini, kita dapat belajar tentang tahap komunikasi yang
digunakan dalam kehidupan kita. Dari tahap permulaan kita membina perhubungan
dengan individu lain kepada tahap yang kita selesa untuk berkongsi perihal peribadi
kepada mereka iaitu dari peringkat komunikai I-It kepada komunikasi I-Thou.
Kemahiran komunikasi yang berkesan yang kita pelajari semestinya dapat
mengurangkan kes buli yang berlaku pada masa ini.

12
5.0 PENGENALAN E-PRODUK
E-Produk merupakan suatu produk yang dihasilkan menggunakan elektronik atau ICT.
Kini segalanya menggunakan teknologi canggih untuk memperoleh sesuatu maklumat.
Jadi, kami perlu untuk merangka serta mencipta e-produk ini bagi mengembangkan
lagi pengetahuan kami tentang teknologi ini. Kami diberikan tugasan untuk
menyiapkan e-produk tentang sesuatu perkara untuk disampaikan kepada pelajar
sekolah. Kami telah diberikan masa tertentu untuk menyiapkan e-produk kami ini. E-
produk kami perlulah berkaitan dengan isu disiplin atau kes-kes jenayah yang
melibatkan pelajar sekolah. Kumpulan kami memilih isu buli sebagai tajuk utama e-
produk kami. E- produk yang kami hasilkan ialah berbentuk video kerana kami ingin
memudahkan kumpulan sasaran kami iaitu pelajar sekolah rendah darjah 6 ini lebih
memahami apa yang kami ingin sampaikan.

Kelebihan e-produk ini ialah kumpulan kami dapat membentangkan tajuk


tugasan kami dengan lebih mendalam serta mudah difahami. Produk kami
merangkumi definisi buli, elemen interpersonal dan intrapersonal, punca berlaku buli,
faktor buli dan langkah untuk mengatasi buli. Selain itu, video ini kami cipta khas
untuk e-produk ini supaya segala maklumat dapat dikongsi kepada orang lain. Ciri-ciri
yang berunsur lawak juga kami terapkan dalam video tersebut supaya penonton
tertarik untuk menonton e-produk kami. E-produk kami juga merupakan lakonan
sendiri oleh ahli-ahli kumpulan kami. Itu membuatkan video kami istimewa untuk
dibentangkan kepada para pelajar. Kami membuat sendiri dialog-dialog lakonan dan
perjalanan cerita untuk menyediakan video ini. Walaupun terdapat kerumitan untuk
menyiapkan e-produk ini, akhirnya kami dapat juga membentangkan e-produk ini
kepada pelajar SK Batu Kurau.

Masalah yang kami hadapi sepanjang kami menyiapkan e-produk ini ialah
kami mempunyai kelapangan masa yang berbeza antara ahli kumpulan kami. Ini amat
sukar untuk kita berbincang tentang produk kami seterusnya menyiapkan video kami.
Namun begitu, kami dapat menyiapkannnya juga memandangkan setiap ahli
kumpulan kami bijak dalam pembahagian masa untuk meluangkan sedikit masa
mereka dalam proses untuk menyiapkan e-produk kami ini. Selain itu, kami menerima
maklumat yang kurang tepat tentang proses pembuatan e-produk ini menyebabkan
kami terpaksa membuat e-produk ini pada masa yang suntuk. Walaupun begitu, kami
bersyukur kerana kumpulan kami dapat menyiapkan produk kami dengan sempurna

13
pada masa yang ditetapkan. Kami juga menerima kesulitan untuk mengedit video pada
awalnya kerana kami tidak mengetahui aplikasi-aplikasi untuk mengedit video, tetapi
masalah ini dapat kami tangani dengan menanyakan perkara ini kepada rakan-rakan
yang lain. Rakan-rakan sangat membantu kami dalam proses penyiapan e-produk kami
ini.

Perjalanan e-produk kami ini dimulakan dengan pengenalan isu buli ini dan
juga definisi buli. Salah seorang dari ahli kumpulan kami menerangkan tentang
perkara tersebut dengan terperinci seterusnya diikuti dengan elemen interpersonal dan
elemen intrapersonal yang diterangkan oleh ahli kumpulan yang lain pula. Seterusnya
diikuti dengan factor dan langkah. Kemudian kami sertakan video lakonan kumpulan
kami yang berkaitan dengan buli. Seorang dari ahli kumpulan kami memegang watak
utama sebagai mangsa buli, iaitu Habib. Lakonan tersebut berkisarkan seorang pelajar
yang sedang membaca buku di tepi bangunan seorang diri dan tiba-tiba dua orang
pembuli, iaitu Zaini dan Saiful membuli pelajar tersebut. Seorang guru, iaitu puan
Asfarina menjumpai mangsa buli dengan keadaan lemah dan dibawa ke hospital. Hasil
siasatan mendapati pelajar tersebut dibuli dan pembuli tersebut telah dikenal pasti. Dan
mereka diminta untuk berjumpa dengan guru disiplin. Setelah beberapa perkara
berlaku, pembuli tersebut insaf dan telah berbaik dengan mangsa buli tersebut.
Seterusnya, kami telah membuat penutup e-produk kami dengan video ‘baby shark’
untuk pelajar semua menari dan memberi tenaga untuk mereka menerima pengisian
yang seterusnya dari kumpulan kami.

Tujuan kami untuk melaksanakan e-produk tentang video yang menerangkan


pasal buli kerana kami ingin para pelajar supaya memahami secara mendalam tentang
buli dan video lakonan yang telah dilakonkan bertujuan menarik perhatian para pelajar
untuk menonton video tersebut seterusnya mengambil iktibar perkara yang telah
berlaku. Video lakonan ini memberi banyak pengajaran kepada pelajar supaya
menjauhi gejala buli ini dan seterusnya membantu rakan-rakan yang lain supaya
mengelakkan diri daripada buli ini. Video baby shark pula bertujuan untuk memberi
kecergasan kepada pelajar dan menyuruh pelajar untuk ikut pergerakan tarian video
tersebut seterusnya mengembalikan keceriaan dan semakin akrab pelajar dengan
fasilitator.

14
E-produk ini kami telah cipta khas buat para pelajar supaya mereka mendapat
maklumat tentang buli melalui e-produk kami. Sebenarnya, e-produk ini boleh
disebarluaskan kepada golongan pelajar diluar sana supaya bukan pelajar sekolah SK
Batu Kurau sahaja mendapat manfaat dengan e-produk kami ini malah pelajar lain
juga. Walaupun kami telah mengenal pasti kelemahan e-produk kami tetapi produk ini
tetap memberi manfaat kepada para pelajar. Untuk penambahbaikan kami perlu
mencipta video dengan isi yang lebih padat lagi supaya durasi video kami dapat
dimanfaatkan sebaik mungkin. Kami juga perlu menambahbaik penata bunyi video
kami agar sesuatu perkataan yang dilontarkan dalam video yang dilakonkan jelas dan
dapat difahami oleh semua penonton yang menonton video tersebut.

Diharap sedikit sebanyak daripada produk kami, mereka mendapat ilmu dan
pengajaran melalui kisah yang telah kami sampaikan. Besar juga harapan kami agar
isu buli ini berkurangan dari masa ke masa supaya hidup masyarakat akan lebih
harmoni. Kita amat sedih dengan isu-isu yang melibatkan buli dan memberikan kesan
teruk kepada mangsa buli tersebut sehingga boleh menyebabkan kacacatan kekal dan
juga kehilangan nyawa. Emosi keluarga juga pasti terganggu dan kesan tersebut juga
memberi titik hitam kepada si pembuli kerana mereka juga akan menerima balasan
atas apa yang mereka lakukan. masa depan mereka sudah pasti menjadi gelap. Oleh
itu, sama-samalah kita mengelakkan kejadian buli ini sesuai dengan peranan masing-
masing.

15
6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

6.1 Sebelum Program


Para fasilitator telah membuat beberapa siri perjumpaan untuk membincangkan
mengenai e-produk yang akan dihasilkan dan pengisian aktiviti di sekolah yang akan
dikunjungi nanti. Pada permulaannya kami menghadapi sedikit kesulitan dalam
menentukan perjalanan e-produk yang akan dihasilkan kerana memerlukan bantuan
ahli kumpulan lain untuk melakonkan watak dalam video yang bertajuk ‘Katakan
Tidak Pada Buli’ . Namun halangan itu dapat kami selesaikan dengan jayanya dengan
bantuan Saiful dan Zaini. Seterusnya kami turut berbincang mengenai bajet yang akan
dikelurkan berbentuk wang ringgit untuk membeli alat-alat yang digunakan untuk
menjayakan permainan yang telah disusun untuk para peserta yang terdiri daripada
pelajar sekolah rendah.

6.2 Semasa Di Sekolah


6.2.1 'Ice Breaking'
Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama dalam Program First Year To School yang
bertujuan untuk merapatkan jurang antara peserta agar lebih mengenali satu sama lain
dengan lebih rapat selain menghilangkan perasaaan malu . Dalam aktiviti ini mereka
akan mengenali ahli kumpulan mereka dengan lebih rapat dan mereka
dikehendaki mencipta 'trade mark' kumpulan mereka. Seteruanya mereka diberikan
sekeping kertas dan sebatang pen yang dibawa khas oleh fasilitator , mereka
dikehendaki untuk menulis nama ,cita-cita dan apa saja yang berkaitan dengan diri
mereka. Objektif aktiviti ini adalah untuk fasilitator mengenali mereka dengan lebih
mendalam dan rapat lagi.

6.2.2 Tayangan E-Produk


Sesi kedua pula ialah tayangan e-produk yang dihasilkan khas oleh fasilitator, dua
video telah ditayangakan kepada peserta iaitu satu yang dilakonkan sendiri oleh
fasilitator yang mengandungi mesej buli dari aspek faktor buli dan langkah untuk
mengatasinya. Semasa awal tayangan video dijalankan para peserta masih belum dapat
memahami mesej yang hendak disampaikan ,namun setelah menonton video tersebut
mereka telah mendapat serba sedikit gambaran tentang isu buli yang cuba
disampaikan. Video ini mengisahkan seorang pelajar iaitu Muhammad Habib yang

16
sering dibuli oleh rakan sekelasnya yang sangat nakal iaitu Muhd Zaini dan Saiful
sehingga dia takut untuk datang ke sekolah, pihak sekolah tidak mengetahui keadaan
sebenar pelajar tersebut kerana ia menyembunyikannya dari pengetahuan guru-guru,
namun akhirnya guru kelas, Puan Asfarina dapat mengetahui situasi sebenar yang
berlaku lalu mengambil tindakan kepada pelajar yang membuli namun mereka tetap
berdegil dan melakukan perkara yang sama untuk jangka waktu tertentu. Akhir sekali
mereka insaf setelah rakan yang mereka buli tidak mengambil tindakan terhadap
mereka walaupun teruk dibuli . Mereka akhirnya menjadi kawan yang rapat . Tujuan
tayangan video ini adalah ingin memberikan gambaran awal tentang isu buli selain
memberi keinsafan kepada para peserta.

6.2.3 Kotak Ajaib


Permainan pertama yang kami jalankan adalah permainan yang digelar “ Kotak Ajaib”.
Dalam permainan ini terdapat satu kotak yang dihias dengan kemas dan rapi , setiap
pelajar termasuk kami sebagai fasilitator perlu menulis dua jenis denda yang berbeza
lalu dimasukkan ke dalam kotak ajaib tersebut. Setelah selesai menulis denda, setiap
pelajar yang terlibat dan fasilitator memasukkan denda tersebut ke dalam kotak ajaib
tersebut . Selepas itu lagu akan dimainkan dan dihentikan secara rawak oleh seorang
fasilitator yang ditugaskan.

Terdapat satu bola kertas yang akan dipegang secara bergilir-gilir oleh setiap
peserta. Setelah lagu yang dipasang dihentikan, maka peserta yang masih memegang
bola kertas tersebut perlu mengambil satu denda daripada kotak ajaib dan perlu
melakukan denda tersebut dengan betul. Pada awal permainan, peserta dilihat agak
malu untuk melakukan denda tersebut. Antara contoh denda yang mereka perolehi
ialah, menyanyi dan menari, dan sebagainya.
Rasional permainan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti interpersonal
pelajar tersebut melalui denda yang mereka tulis di dalam kotak ajaib tersebut. Dalam
hal ini, ketiga-tiga pelajar tersebut menulis denda yang sesuai dan tidak berunsurkan
keganasan atau berunsur negatif yang boleh memalukan rakan mereka sendiri. Hal ini
bermaksud, pelajar tersebut memiliki sifat interpersonal dan intrapersonal yang baik
dan positif kerana mereka tidak mempunyai sebarang tanda-tanda ingin menganiaya
rakan atau ingin mengenakan rakan sendiri kerana sikap menganiaya ini adalah salah
satu sikap yang terdapat dalam diri seorang individu yang berpotensi untuk menjadi

17
seorang pembuli. Dalam hal ini, kami dapat lihat pelajar-pelajar ini saling membantu
semasa melakukan denda tersebut, mereka akan membantu rakan mereka yang berasa
malu untuk melakukan denda yang diperoleh. Pelajar-pelajar ini juga, semakin lama
semakin seronok dan mereka kelihatan gembira dengan permainan yang kami
jalankan.

6.2.4 Botol Impian


Seterusnya , adalah permainan yang digelar “ Botol Impian”. Perjalanan aktiviti ini
ialah ahli kumpulan kami menyediakan satu botol air kosong dan peraturannya adalah,
botol tersebut akan diputarkan mengikut giliran dan sesiapa yang ditunjuk oleh
bahagian hadapan botol tersebut maka, orang tersebut perlu menjawab soalan dari
peserta yang lain dalam kumpulan itu, tetapi soalan yang diajukan adalah berkaitan
dengan isu buli. Soalan-soalan yang diajukan hendaklah berbentuk ringkas dan mudah
difahami,kerana seperti yang kita sedia maklum pelajar yang menjadi peserta ini
adalah baru berumur 12 tahun iaitu tahun enam.
Melalui permainan ini, kami mendapati peserta yang terlibat memahami sedikit
dan mempelajari tentang isu buli yang berlaku di negara ini. Berbeza pada awal kami
menyoal pelajar ini berkaitan buli, mereka menyatakan bahawa mereka tidak mengerti
tau faham tentang isu buli, mereka hanya memahami bahawa buli itu hanyalah,
tindakan tumbuk-menumbuk dan mencederakan orang sahaja. Tetapi setelah kami
menerangkan dengan lebih lanjut mereka mula faham bahawa membuli bukan sahaja
mencederakan orang yang dianggapnya lemah tetapi, satu bentuk penganiayaan dan
sifat negatif yang suka merendah-rendahkan orang lain sehingga orang tersebut kurang
keyakinan dalam diri juga adalah satu bentuk buli.
Permainan ini menguji kefahaman setiap pelajar kami yang terlibat tentang
buli. Mereka boleh menjawab dengan baik soalan-soalan berkaitan buli yang diajukan
oleh fasilitator kepada mereka. Walaupun, jawapan yang diberikan dalam bentuk yang
sangat mudah, namun, pada pendapat kami mereka sudah mula faham tentang
keburukan buli, dan tidak mahu untuk terlibat dalam gejala buli ini.

18
6.2.5 Sesi Luahan Perasaaan
Sesi terakhir adalah sesi luahan perasaan atau refleksi berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan pada hari itu. Ketiga-tiga pelajar tersebut, Adhwa, Nur Syahirah dan Nor
Syawani memberikan maklum balas yang positif berkaitan intisari dan aktiviti yang
diselitkan sepajang sesi kami bersama mereka iaitu dari segi ilmu dan pengalaman
yang mereka perolehi pada hari itu.
Kami bertanyakan secara individu tentang perkara yang mereka perolehi pada
hari ini,adik Adhwa menyatakan bahawa, pelajaran yang diperolehinya adalah tentang
pentingnya untuk menhindari kes-kes buli dan cara untuk mengatasi buli. Adik Adhwa
juga faham tentang punca-punca buli dan pelajar ini menyatakan cara untuk mengatasi
kejadian buli ini daripada terus berleluasa. Seterusnya, bagi adik Nur Syahirah pula,
pelajar ini menyatakan bahawa buli ini adalah satu aktiviti yang ganas dan perlu
diperangi secara habis-habisan untuk keselamatan pelajar dan individu remaja yang
lain . Adik Nor Syawani pula menyatakan pendapatnya bahawa dia sangat genbira
dapat bertemu dengan pelajar-pelajar USM dan pelajar ini menyatakan bahawa banyak
perkara yang telah dipelajarinya sepanjang program ini berlangsung, khususnya
berkaitan dengan isu buli. Adik ini dapat menyatakan dengan betul definisi, punca dan
cara mengatasi buli dari pelbagai skop seperti skop individu atau diri sendiri, skop
keluarga, dan juga peranan pihak sekolah serta kerajaan.
Kesimpulannya, kami sebagai fasilitator merangkap ahli-ahli kumpulan 7
sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dan pelajar-
pelajar sekolah rendah Batu Kurau, khususnya ketiga-tiga pelajar yang menjadi
responden kami iaitu adik Adhwa, adik NurSyahirah dan adik Nor Syawani. Perkara
baik yang kami perolehi adalah kami ahli sekumpulan masih lagi berhubung dengan
pelajar-pelajar ini melalui aplikasi Whatssap memandangkan, ketiga-tiga mereka
memiliki telefon bimbit sendiri, oleh itu kami mengambil kesempatan bertukar-tukar
nombor telefon dan hubungan antara kami sekumpulan agak rapat dengan ketiga-tiga
pelajar tersebut walaupun berjauhan.
Mereka sangat gembira dan sangat berpuas hati kerana dapat berkenalan
mendapat abang dan kakak angkat dari pelajar USM sendiri. Pada akhir pertemuan
kami telah memberikan sedikit cenderamata kepada pelajar ini sebagai tanda
penghargaan dan ingatan daripada pihak kami. Akhir sekali, program ini sangat
memberikan impak yang positif bukan sahaja dalam diri pelajar sekolah rendah yang
terlibat malah, kami sebagai fasilitator turut dapat mempelajari serba sedikit cara untuk

19
mengawal pelajar dan menguruskan mereka dengan baik sebagai langkah atau inisiatif
yang baik untuk menjadi guru yang berdedikasi di masa hadapan kelak.

6.3 Selepas Tamat Program


Kami mengharapkan segala perkongsian yang telah diberikan kepada para peserta iaitu
Adhwa, Syahirah dan Syawani dapat memberikan mereka nilai tambah yang baru
berupa pengetahuan mengenai gejala buli yang telah para fasilitator bentangkan
kepada mereka. Walaupun masa yang diberikan sangatlah singkat dan sangat tidak
mencukupi tapi kami telah melakukan dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan
mealalui perancangan yang telah disusun dengan rapi ,kerana tugas kami hanya ingin
berkongsi dan melihat maklum balas mereka dan bukannya untuk merubah mereka
dengan sekelip mata.
Aktiviti yang dilaksanakan diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada para
responden sebagai tanda kenangan dan penghargaan daripada fasilitator atas kerjasama
yang baik daripada pelajar tersebut. Cenderahati yang diberikan kepada mereka adalah
berupa “badge” yang menunjukkan slogan Universiti Sains Malaysia iaitu, “We Lead”
yang menjadi aspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha mengejar dan mengorak
langkah untuk mengejar kejayaan.

20
7.0 DAPATAN AKTIVITI

7.1 Pendahuluan

Subjek PGA102 (Perkembangan Interpersonal dan Intrapersonal) telah menjalankan


satu program yang diberi nama program “First Year To School”yang telah dijalankan
pada tarikh 22 November 2017,pada hari Rabu . Program ini telah dijalankan di Perak
dan melibatkan enam buah sekolah rendah iaitu, Sekolah Rendah Batu Kurau, Sekolah
Rendah Toh Johan, Sekolah Rendah Simpang,Sekolah Rendah Pengkalan Aur dan
Sekolah Rendah Kamunting. Sekolah-sekolah yang terlibat ini merupakan antara
sekolah yang dikatakan mempunyai peratus bilangan pelajar yang banyak bermasalah
disiplin. Setiap kumpulan tutorial akan dibahagikan dan dihantar ke sekolah yang
berasingan untuk melaksanakan projek mereka.

Program ini adalah bertujuan untuk mengkaji intrapersonal dan interpersonal


pelajar dengan mengetengahkan isu-isu sosial pada masa kini yang telah dibentangkan
dalam kelas tutorial. Setiap kumpulan tutorial perlu membuat satu e-produk yang
menunjukkan secara terperinci isu yang ingin disampaikan, setiap kumpulan juga perlu
membuat pelbagai aktiviti dalam program ini untuk mendekati dan mengetahui
intrapersonal dan interpersonal seseorang pelajar itu berdasarkan aktiviti yang
dijalankan. Dalam hal ini, setiap kumpulan tutorial telah diberikan beberapa orang
pelajar untuk mereka menjalankan aktiviti mereka bersama pelajar tersebut.

Pelajar yang ditujukan dalam program “First Year To School” ini adalah
pelajar tahun enam yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Kumpulan kami iaitu kumpulan 7 telah mengetengahkan isu
yang hangat diperkatakan di negara kita Malaysia dan majoriti pihak yang terlibat
dalam isu ini adalah pelajar tidak kira sekolah rendah mahupun pelajar universiti.
Dalam hal ini, kumpulan kami memberi penerangan berkaitan tentang isu ini kepada
beberapa pelajar yang telah menjadi responden kami. Kami memberi penerangan
tentang definisi, punca, kesan dan cara mengatasi masalah buli ini. Kumpulan kami
telah merangka beberapa aktiviti yang telah kami bincangkan bersama dan telah
mencapai kata sepakat berdasarkan idea-idea yang telah dilontarkan oleh setiap ahli
kumpulan 7.

Aktiviti yang kami telah laksanakan adalah,yang pertama sesi ta’aruf atau ‘Ice-
Breaking’ ,kedua sesi tayangan video isu buli dan e-produk kami, ketiga sesi aktiviti

21
atau permainan dan terakhir adalah sesi luahan perasaan atau refleksi daripada aktiviti
yang mereka telah jalani. Dalam program ini kami telah mempelajari banyak perkara
dan ia bukan sahaja, mengajar kami tentang cara untuk menguruskan sesuatu aktiviti,
malah kami juga dapat belajar untuk menapis idea-idea baru yang kami senaraikan
untuk disesuaikan dengan isu dan e-produk yang kami ketengahkan. Di samping itu,
pelajar-pelajar yang menjadi responden kami juga nampak gembira dan faham tentang
isu yang kami cuba sampaikan. Mereka memberi respon yang baik dan pandangan
yang agak baik berkaitan isu buli ini. Dalam dapatan kami ini, kami akan menyatakan
semua perjalanan aktiviti kumpulan 7 ini dan menerangkan dengan lebih lanjut sama
ada aktiviti yang kami jalankan ini dapat menyentuh intrapersonal dan interpersonal
pelajar ataupun tidak. Kumpulan kami telah berusaha sedaya upaya untuk
melaksanakan aktiviti ini dan kerjasan setiap pihak sangat dihargai.

7.2 Aktiviti Pertama (Sesi Ta’aruf/Ice Breaking)

Berdasarkan aktiviti yang kami jalankan,kami dapati setiap aktiviti tersebut memiliki
keistimewaan ataupun peranannya yang tersendiri untuk menyentuh interpersonal dan
intrapersonal pelajar yang telah menjadi responden kami. Responden yang telah diberi
dan dipilih untuk kami adalah seramai tiga orang sahaja pelajar tahun enam dari
Sekolah Rendah Batu Kurau Perak. Sekolah ini memiliki seramai 93 orang pelajar dan
pihak sekolah tersebut menyatakan sekolah ini merupakan antara sekolah yang paling
kritikal masalah disiplin. Oleh sebab itu, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM)
bagi subjek PGA102 memilih sekolah ini sebagai tempat menjalankan program atau
aktiviti. Kumpulan kami iaitu kumpulan 7 telah diberikan responden seramai tiga
orang sahaja iaitu seorang pelajar lelaki iaitu Adhwa Naufal Bin Abdul Manaf dan dua
orang pelajar perempuan,iaitu Nor Syawani Binti Roslan dan Nur Syahirah Binti
Sazali. Untuk aktiviti yang pertama adalah sesi ta’aruf atapun (Ice- Breaking’).

Dalam aktiviti ini,kami telah membawa adik-adik tersebut untuk sesi


perkenalkan diri. Kami telah menyediakan beberapa aktivtik yang berkaitan dengan
diri individu pelajar tersebut. Aktiviti yang pertama ialah sesi Ta’aruf atau Ice-
Breaking. Kami akan memberikan beberapa keping kertas kepada responden dan
sebatang pen, seterusnya kami mahu setiap responden tersebut menulis nama penuh,
tarikh lahir, tempat lahir,cita-cita dan impian mereka dalam hidup. Seterusnya, setiap

22
responden dan termasuk kami sendiri kumpulan 7 juga perlu membentangkan atau
berkongsi perkara yang telah ditulisnya. Kami melihat pada awalnya responden kami
kurang memberi kerjasama, dan berasa agak tidak berani untuk tampil ke hadapan
membacakan hasil tulisan mereka dalam sesi ini. Oleh itu, kami sendiri mendekati
setiap responden dan bersembang dengan mereka tentang kehidupan di rumah dan di
sekolah. Mereka semakin rapat dengan kami dan membetulkan setiap kesalahan.

Tiga orang pelajar yang menjadi responden kami ini mempunyai sifat kendiri
yang sangat rendah dan kami dapati mereka tidak mempunyai keyakinan diri yang
tinggi jika dibandingkan dengan rakan mereka yang lain. Namun begitu, apabila kami
mendekati dengan cara yang baik dan peramah mereka mula menunjukkan semangat
ingin belajar dan sikap ingin tahu yang tinggi tentang perkara yang kami cuba
sampaikan. Ketiga-tiga pelajar yang kami temui ini memiliki latar belakang yang
berbeza namun mempunyai satu impian yang sama iaitu ingin berjaya dalam hidup.
Bagi pelajar lelaki yang menjadi responden kami iaitu Adhwa Naufal Bin Abdul
Manaf, pelajar tersebut mengatakan bahawa dia bercita-cita ingin menjadi seorang
ustaz, kerana baginya agama itu adalah satu benteng yang mampu menepis seseorang
daripada melakukan dosa dan dapat meningkatkan keimanan dalam diri. Adik Adhwa
juga mensasarkan untuk mendapat 4A dalam keputusan UPSR yang akan diumumkan
pada hari selepas program ini diadakan,pelajar ini juga menyimpan hasrat untuk
melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) di masa hadapan kelak.
Seterusnya, untuk adik Nor Syawani Binti Roslan pula, pelajar ini ingin berusaha
untuk menjadi seorang guru yang hebat. Hal ini demikian kerana, pelajar ini amat
berminat dalam bidang pergururan atas motivasi dan sokongan daripada keluarganya,
Nor Syawani, mempunyai impian yang tinggi untuk berjaya dalam bidang perguruan
dan ingin membanggakan kedua orang tuanya.

Manakala, seorang pelajar lagi yang turut menjadi responden kami ialah adik
Nur Syahirah Binti Sazali, pelajar ini juga mempunyai impian untuk menjadi seorang
cikgu Shahirah mengatakan bahawa tiada halangan yang dapat dihadapi jika adanya
semangat untuk belajar yang tinggi dan fokus yang lebih terhadap pelajaran. Pelajar
ini mensasarkan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak.
Amnya, pelajar yang menjadi responden kami ini, mempunyai harapan dan impian
yang sangat tinggi sebenarnya dalam hidup, Kami juga mendapati sikap positif yang
agak tinggi dalam diri mereka mampu, membawa kejayaan kepada mereka kelak.

23
7.3 Aktiviti Kedua ( Sesi tayangan video isu buli dan e-Produk)

Aktiviti seterusnya yang kami jalankan ialah, tayangan video berkaitan isu buli dan e-
produk kami. Sebelum menayangkan video kami bertanya kepada pelajar-pelajar
tersebut, adakah mereka tahu mengenai buli, dan pernah kah mereka menjadi mangsa
atau menjadi seorang pembuli. Jawapan yang diberikan agak positif daripada setiap
pelajar yang menjadi responden kami. Majoriti tahu apa itu buli, namun mereka tidak
menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan buli ini. Oleh itu, kami cuba
meningkatkan pengetahuan mereka, melalui tayangan video, yang memperlihatkan
babak-babak yang berkaitan dengan isu buli dan kesan buruk isu ini dalam kehidupan
seseorang khususnya pelajar.

Awalnya kami menayangkan sebuah video yang menunjukkan penerangan


tentang buli iaitu dalam bentuk dokumentari. Dalam video ini, kami menerangkan
tentang definisi buli, punca buli dan kesan yang akan berlaku akibat perbuatan
membuli. Seterusnya, kami juga menayangkan babak seorang pelajar bersama
rakannya yang lain membuli rakan sekelas mereka yang lemah. Babak dalam video ini
juga memperlihatkan tentang kesan seseorang yang suka membuli namun, apabila dia
telah sedar akan kesilapannya, sudah terlambat baginya untuk meminta maaf daripada
rakan sekelasnya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Berdasarkan video
ini, tindak balas responden kami agak marah dan sedih kerana, bagi mereka seseorang
yang telah berbuat dosa itu perlu meminta maaf dengan segera sebelum mereka
menyesal suatu hari kelak.

Seterusnya, aktiviti yang kami jalankan adalah tayangan e-produk kami iaitu
babak buli juga, yang dilakonkan sendiri oleh ahli kumpulan kami. E-produk kami ini
adalah berkaitan dengan babak seorang pelajar yang dengki terhadap rakan sekolah
mereka yang sering mendapat pujian dan mendapat markah yang cemerlang dalam
pelajaran. Dalam babak ini,seorang pelajar yang bernama Habib ini telah dibuli oleh
dua orang pelajar yang disyaki tidak berpuas hati terhadap Habib yang rajin belajar
dan baik hati. Babak ini juga menunjukkan kesan yang terjadi apabila berlaku kes buli
dalam kalangan pelajar.

Namun, pada akhir babak tersebut, pembuli itu telah meminta maaf kepada
pelajar yang bernama Habib. Dalam hal ini, tindak balas yang berlaku dalam kalangan
responden ialah, mereka tidak bersetuju dengan tindakan pembuli tersebut, bagi

24
mereka membuli atas dasar sifat dengki itu tidak membawa sebarang manfaat dalam
diri seseorang individu. Hal ini menunjukkan, berdasarkan tindak balas responden ini,
kami mendapati bahawa para pelajar ini memiliki sifat interpersonal yang positif iaitu
mereka memiliki sifat empati yang tinggi kerana mengasihani orang yang dibuli itu.
Mereka juga berasa membuli ini adalah satu sifat keganasan yang perlu di atasi untuk
menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Sebagai selingan kami telah membuat sedikit aktivtiti yang menyeronokkan


iaitu, mengajak responden kami untuk berhibur seketika dengan lagu ‘Baby Shark’
bagi meningkatkan semangat dan kegembiraan dalam diri ketiga-tiga responden kami.
Mereka berasa riang dan turut serta untuk menari dan menyanyi lagu tersebut. Terlihat
senyuman di bibir mereka yang masih muda dan belum matang dalam menjalani
ranjau-ranjau kehidupan yang akan datang.

7.4 Aktiviti Ketiga ( Sesi permainan)

Agenda yang seterusnya adalah, permainan ataupun aktiviti yang menguji


interpersonal dan intrapersonal pelajar. Permainan pertama yang kami jalankan ialah,
yang pertama adalah permainan yang digelar “ Kotak Ajaib”. Terdapat satu kotak yang
dihias oleh ahli kumpulan 7 dan setiap pelajar termasuk kami kumpulan 7 sebagai
fasilitator perlu menulis dua jenis denda yang berbeza dan dimasukkan ke dalam kotak
ajaib tersebut. Setelah selesai menulis denda, setiap pelajar yang terlibat dan fasilitator
memasukkan denda tersebut ke dalam kotak ajaib. Sebuah lagu akan dimainkan dan
dihentikan secara rawak oleh seorang fasilitator yang ditugaskan.

Terdapat satu bola kertas yang akan dipegang secara bergilir-gilir oleh setiap
peserta. Setelah lagu yang dipasang dihentikan, maka peserta yang masih memegang
bola kertas tersebut perlu mengambil satu denda daripada kotak ajaib dan perlu
melakukan denda tersebut dengan betul. Pada awal permainan, peserta dilihat agak
malu untuk melakukan denda tersebut. Antara contoh denda yang mereka perolehi
ialah, menyanyi dan menari, dan sebagainya. Rasional permainan ini dijalankan adalah
untuk mengenalpasti interpersonal pelajar tersebut melalui denda yang mereka tulis di
dalam kotak ajaib tersebut. Dalam hal ini, ketiga-tiga pelajar tersebut menulis denda
yang sesuai dan tidak berunsurkan keganasan atau berunsur negatif yang boleh
memalukan rakan mereka sendiri. Hal ini bermaksud, pelajar tersebut memiliki sifat

25
interpersonal dan intrapersonal yang baik dan positif kerana mereka tidak mempunyai
sebarang tanda-tanda ingin menganiaya rakan atau ingin mengenakan rakan sendiri
kerana sikap menganiaya ini adalah salah satu sikap yang terdapat dalam diri seorang
individu yang berpotensi untuk menjadi seorang pembuli. Dalam hal ini, kami dapat
lihat pelajar-pelajar ini saling membantu semasa melakukan denda tersebut, mereka
akan membantu rakan mereka yang berasa malu untuk melakukan denda yang
diperoleh. Pelajar-pelajar ini juga, semakin lama semakin berseronok dan mereka
kelihatan gembira dengan permainan yang kami jalankan.

Permainan kedua pula, adalah permainan yang digelar “ Botol Impian”. Dalam
hal ini, ahli kumpulan kami menyediakan satu botol air kosong dan peraturannya
adalah, botol tersebut akan diputarkan mengikut giliran dan sesiapa yang ditunjuk oleh
bahagian hadapan botol tersebut maka, orang tersebut perlu menjawab soalan dari
peserta yang lain dalam kumpulan itu, tetapi soalan yang diajukan adalah berkaitan
dengan isu buli. Soalan-soalan yang diajukan hendaklah berbentuk ringkas dan mudah
difahami,kerana seperti yang kita sedia maklum pelajar yang menjadi peserta ini
adalah baru berumur 12 tahun iaitu tahun enam. Berdasarkan permainan ini, kami
mendapati peserta yang terlibat memahami sedikit dan mempelajari tentang isu buli
yang berlaku di negara ini. Berbeza pada awal kami menyoal pelajar ini berkaitan buli,
mereka menyatakan bahawa mereka tidak mengerti tau faham tentang isu buli, mereka
hanya memahami bahawa buli itu hanyalah, tindakan tumbuk-menumbuk dan
mencederakan orang sahaja.

Tetapi, setelah kami menerangkan dengan lebih lanjut mereka mula faham
bahawa membuli bukan sahaja mencederakan orang yang dianggapnya lemah tetapi,
satu bentuk penganiayaan dan sifat negative yang suka merendah-rendahkan orang
lain sehingga orang tersebut kurang keyakinan dalam diri juga adalah satu bentuk buli.
Permainan ini menguji kefahaman setiap pelajar kami yang terkibat tentang buli.
Mereka boleh menjawab dengan baik soalan-soalan berkaitan buli yang diajukan oleh
fasilitator kepada mereka. Walaupun, jawapan yang diberikan dalam bentuk yang
sangat mudah, namun, pada pendapat kami mereka sudah mula faham tentang
keburukan buli, dan tidak mahu untuk terlibat dengan isu buli ini.

26
7.5 Aktiviti Keempat ( Sesi luahan perasaan / refleksi diri )

Aktiviti yang terakhir adalah sesi luahan perasaan atau refleksi berkaitan dengan
aktiviti yang dijalankan pada hari itu. Ketiga-tiga pelajar tersebut, Adhwa, Nur
Syahirah dan Nor Syawani menyatakan refleksi mereka berkaitan ilmu dan
pengalaman yang mereka perolehi pada hari itu. Kami bertanyakan secara individu
tentang perkara yang mereka perolehi pada hari ini,adik Adhwa menyatakan bahawa,
pelajaran yang diperolehinya adalah tentang pentingnya untuk menhindari kes-kes buli
dan cara untuk mengatasi buli. Adik Adhwa juga faham tentang punca-punca buli dan
pelajar ini menyatakan cara untuk mengatasi kejadian buli ini daripada terus
berleluasa. Seterusnya, bagi adik NurSyahirah pula, pelajar ini menyatakan bahawa
buli ini adalah satu aktiviti yang ganas dan perlu diperangi secara habis-habisan untuk
keselamatan pelajar dan individu remaja yang lain . Adik Nor Syawani pula
menyatakan pendapatnya bahawa dia sangat genbira dapat bertemu dengan pelajar-
pelajar USM dan pelajar ini menyatakan bahawa banyak perkara yang telah
dipelajarinya sepanjang program ini berlangsung, khususnya berkaitan dengan isu
buli. Adik ini dapat menyatakan dengan betul definisi, punca dan cara mengatasi buli
dari pelbagai skop seeperti skop individu atau diri sendiri, skop keluarga, dan juga
peranan pihak sekolah serta kerajaan.

7.6 Manfaat Aktiviti

Kami sebagai fasilitator merangkap ahli-ahli kumpulan 7 sangat berpuas hati dengan
kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah rendah Batu
Kurau, khususnya ketiga-tiga pelajar yang menjadi responden kami iaitu adik Adhwa,
adik NurSyahirah dan adik Nor Syawani. Perkara baik yang kami perolehi adalah kami
ahli sekumpulan masih lagi berhubung dengan pelajar-pelajar ini melalui aplikasi
Whatssap memandangkan, ketiga-tiga mereka memiliki telefon bimbit sendiri, pada
hari kejadian kami bertukar-tukar nombor telefon dan hubungan antara kami
sekumpulan agak rapat dengan ketiga-tiga pelajar tersebut walaupun berjauhan.
Mereka sangat gembira dan sangat berpuas hati kerana dapat berkenalan dengan
pelajar dari USM, pada masa yang sama mendapat abang dan kakak angkat dari pelajar
USM sendiri. Pada akhir pertemuan kami semasa hari kejadian kami telah memberikan
sedikit cenderamata kepada pelajar ini sebagai tanda penghargaan dan ingatan

27
daripada pihak kami. Akhir sekali, program ini sangat memberikan impak yang positif
bukan sahaja dalam diri pelajar sekolah rendah yang terlibat malah, kami sebagai
fasilitator turut dapat mempelajari serba sedikit cara untuk mengawal pelajar dan
menguruskan mereka dengan baik sebagai langkah atau inisiatif yang baik untuk
menjadi guru yang berdedikasi di masa hadapan kelak.

28
8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah sosial pada masa kini
sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga golongan
remaja terutamanya pelajar sekolah. salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah
gejala buli. Pada kebiasaannya kegiatan ini sememangnya berlaku adalah disebabkan
oleh beberapa faktor misalnya seperti kurangnya perhatian ibubapa, pengaruh rakan
sebaya, remaja yang inginkan untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga pengaruh
keluarga. Justeru itu mereka melakukan kegiatan tersebut khususnya gejala buli untuk
mendatangkan keseronokan dan keselesaan kepada diri bahkan juga untuk
menunjukkan kekuatan diri mereka sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan
kesan bukan sahaja kepada diri seseorang remaja itu.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi
masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pihak sekolah juga sewajarnya
memainkan pernanan yang signifikan dalam membendung masalah ini juga diikuti
dengan usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan dalam melaksanakan kempen-
kempen kesedaran di sekolah untuk mendedahkan pelajar berkaitan buli. Seterusnya,
daripada pihak masyarakat pula, sewajarnya lebih bersikap prihatin akan gejala buli
yang semakin menular dalam kalangan pelajar ini. Di samping itu, Individu itu sendiri
perlu mempunyai intrapersonal diri yang kuat bagi membendung permasalah
ini.Seseorang individu mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak
dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi, bak kata pepatah, “Sesal Dahulu
Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”.

Dalam konteks ini, program yang telah kami jalankan mendatangkan kesan
yang positif dalam kalangan para pelajar. Berdasarkan aktiviti yang telah kami
laksanakan pelajar yang menjadi responden kami telah berjaya membuka minda
mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan buli. Program ini telah berjaya
memupuk kesedaran dalam diri mereka untuk lebih peka dengan isu sosial yang
berlaku di sekeliling mereka, khususnya buli. Selain itu, mereka juga telah dapat
mengenal pasti dengan lebih terperinci berkaitan faktor-faktor buli, kesan buruk gejala
buli selepas menonton e-produk dan melibatkan aktiviti Bersama fasilitator sepanjang
proram tersebut dijalankan. Mereka juga menunjukkan maklum balas yang positiif
berkaitan program ini yang mana mereka beranggapan bahawa budaya buli ini adalah

29
gejala yang tidak sihat yang mana ia mampu mendatangkan kesan buruk kepada diri
sendiri sama ada pelakua atau pemangsa, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara.
Mereka juga menjadikan slogan “Say No To Bully “ sebagai panduan mereka dalam
kehidupan seharian. Sepanhjang aktiviti tersebut mereka telah diddedahkan dengan
pelbagai isu yang berkait rapar dengan gejala buli dan mereka telah menunjukkan
reaksi yang positif dengan setiap aktiviti yang telah kami laksanakan. Mereka juga
turut berpuas hati dengan program yang sedemikian rupa dan mencadangkan agar
aktiviti tersebut dapat dilaksankan lagi pada masa-masa akan datang.

Oleh itu, jelaslah bahawa program “First Year To School “ yang dilaksanakan
ini telah berjaya menyentuh hati pelajar dan memupuk kesedaran dalam diri mereka
untuk mengelakkan diri mereka turut terjerumus dalam kanca gejala sosial ini. Secara
tidak langsung program ini telah bertindak sebagai satu perintis dan wahana kepada
pelajar dalam berperanan untuk memberikan para pelajar khususnya peringkat rendah
tentang bahaya dan impak negatif gejala sosial yang berlaku pada generasi kita di masa
kini. Program ini berjaya memupuk nilai-nilai murni dalam benak sanubari pelajar
untuk menjauhi gejala sosial yang tidak bermanfaat. Program ini dapat dilaksanakan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan berjalan dengan lancar mengikut
perancangan. Oleh itu, program seumpama ini seharusnya kerap dilakukan sebagai
satu inisiatif untuk mendedahkan para remaja khususnya para pelajar berkaitan gejala
sosial yang berlaku di dalam negara kita. Hal ini dapat menyumbang kepada
pengurangan isu-isu sosial dalam kalangan ketika di sekolah kerana langkah awal
pencegahan itu lebih baik berbanding langkah terakhir . Bak kata pepatah “ Mencegah
itu lebih baik daripada merawat “.

30
9.0 Bibliografi

1.Bahan dari internet

( https://ms.wikipedia.org/wiki/Buli ), Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4

(http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/ma
hadiIPBLfp.pdf )

Kes buli Pelajar UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/338016/kes-upnm-disebut-di-
mahkamah-tinggi-

10-november

Punca dan Cara menangani Buli di Sekolah

http://www.pendidikanmalaysia.com/2017/06/punca-dan-cara-mengatasi-buli.html

2. Bahan daripada Buku

Buku PGA 102, Dr Aswati Binti Hamzah, kuliah 4 muka surat 5

Buku Kuliah PGA 102, Dr Aswati Hamzah, kuliah 3 muka surat 3.

10.0 REFLEKSI

31
Tajuk : Refleksi Program (First Year To School 2017/2018) – Isu Buli
Nama : Razna Binti Balahuddin

Program First Year to School 2017/2018 telah dianjurkan dibawah subjek PGA102
(Perkembangan Intrapersonal dan Interpersonal Remaja) pada bulan November 2017.
Dalam hal ini, saya bersama kumpulan telah dihantar ke Sekolah Rendah Batu Kurau,
Perak. Kami diberikan seramai tiga orang pelajar tahun enam iaitu seorang pelajar
lelaki iaitu adik Adhwa Naufal, dan dua orang pelajar perempuan iaitu adik Nur
Shawani dan adik Nor Syahirah. Saya bersama kumpulan telah menjalankan beberapa
aktiviti berdasarkan isu yang kami telah rancang iaitu isu buli dengan tajuk “Katakan
Tidak Kepada Buli !”

Refleksi atau kesan yang saya perolehi berdasarkan program ini ialah, sebelum
program tersebut berlangsung, saya dan kumpulan telah mencari maklumat berkaitan
dengan isu yang kami pilih iaitu isu buli. Dalam hal ini, saya dan kumpulan telah
menjalankan beberapa aktiviti hasil daripada perbincangan kami bersama, melalui
perkara ini saya dapat menambahkan pengetahuan berkaitan dengan isu buli ini, dan
saya juga dapat mengasah kemahiran berfikir secara kritis dengan mengeluarkan idea-
idea yang bernas untuk aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Selain itu, saya juga dapat
meningkatkan kemahiran dalam aspek penggunaan multimedia kerana saya telah
bertugas membuat dan menyusun video-video lakonan babak buli yang kami rakam
sebagai hasil e-Produk kumpulan kami. Saya dapat mengembangkan idea-idea saya
berkaitan multimedia dengan meneroka pelbagai aplikasi yang digunakan untuk
membuat video dan sebagainya.

Seterusnya, pada hari program tersebut berlangsung, setiap pelajar diarahkan


berkumpul tepat pada pukul 7 pagi di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia(USM).
Dalam hal ini, saya dapat mempelajari bahawa masa itu sangat penting dalam
menjayakan sesuatu perkara yang kita rancang. Oleh itu, sebagai pelajar saya dapat
menyedari bahawa penjagaan masa dalam kehidupan sehari-hari perlu dititkberatkan
untuk menjadi orang berjaya kelak.

32
Seterusnya, semasa kami sampai ke Sekolah Rendah Batu Kurau, pihak
sekolah tersebut telah menyambut kedatangan kami dengan meriah sekali. Kami telah
diberikan seramai tiga orang pelajar dengan personaliti yang berbeza. Pada awalnya,
pelajar ini sangat pasif dan kurang berkomunikasi namun, apabila kami mendekati
dengan ramah dan mesra ,mereka mula berminat untuk mendengar dan memberi
kerjasama yang jitu kepada kami. Berdasarkan aktiviti yang kami jalankan, pelajar-
pelajar tersebut dapat menyatakan tentang definisi,punca,kesan dan cara mengatasi
buli ini. Saya sebagai penyelaras sangat berpuas hati dengan ketiga-tiga pelajar
tersebut kerana setiap mereka dapat mengetahui dengan cepat informasi berkaitan buli.

Cabaran yang dihadapi semasa program tersebut ialah masa yang terhad, hal
ini menyebabkan kami tidak dapat menjalankan keseluruhan aktiviti yang dirancang,
dan masa untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyelaras dengan pelajar sangat
terhad. Selain itu, cabaran lain adalah persekitaran iaitu tempat yang digunakan agak
sempit dan kurang. Oleh itu, cadangan penambahbaikan ialah, menyediakan tempat
yang lebih luas dan sesuai dengan program yang dijalankan dan masa yang diberikan
juga perlu dipanjangkan sedikit agar penyelaras dapat menjalankan aktiviti dengan
lancar.

Kesimpulannya, program ini telah banyak memberi pengalaman dan


pengajaran kepada saya dan rakan-rakan. Kami juga sangat gembira dapat bertemu
dengan pelajar-pelajar sekolah rendah Batu Kurau khususnya, yang telah menjadi
responden kami, walaupun program ini telah berlalu kami masih lagi berhubung
dengan pelajar-pelajar ini melalui laman sosial. Hal ini menunjukkan hubungan antara
penyelaras dengan pelajar itu lebih akrab. Saya berharap agar program seperti ini dapat
dijalankan lagi pada masa akan datang bagi menambahkan pengetahuan dan
pengalaman kami sebagai pelajar.

33
Tajuk : Program First Year To School- Isu Buli

Nama : Nor Hidayah Binti Mohamad

Melalui program ini, terdapat banyak perkara yang saya dapat pelajari dan terkesan
dalam diri ini. Saya merasakan pendedahan awal kepada para pelajar dapat
mengelakkan perkara negatif berlaku kepada diri mereka. Hal ini demikian kerana para
pelajar ini sebenarnya senang dibentuk dan mereka memerlukan kasih sayang yang
secukupnya supaya perkara yang negatif seperti buli tidak mempengaruhi diri mereka.
Melalui pendedahan tentang buli, mereka akan mengambil tindakan sepatutnya untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dengan buli. Seterusnya, aktiviti luahan perasaan
memberikan satu impak positif kepada mereka kerana mereka merasakan dirinya
dihargai kerana terdapat orang yang ingin mendengar isi hatinya. Pelajar yang
bermasalah sebenarnya memerlukan kasih sayang yang lebih supaya diberikan
perhatian sewajarnya. Jadi, pemerhatian saya mendapati, ibu bapa dan guru yang
menyayangi dan mengambil berat tentang seseorang pelajar itu, mereka akan lebih
berkelakuan baik berbanding dengan pelajar yang kurang perhatian dari ibu bapa dan
guru.

Program ini menambahkan pengetahuan saya tentang buli kerana saya perlu
mengkaji tentang buli untuk memberikan maklumat untuk dijadikan e-produk dengan
ahli kumpulan yang lain. Pengetahuan untuk membuat video juga saya pelajari dari
kawan-kawan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari pengalaman mengendali situasi
bersama pelajar. Saya dengan rakan yang lain perlu mencipta suasana yang seronok
kepada mereka pada permulaan aktiviti kami. Saya juga perlu menghidupkan suasana
yang agak suram agar pelajar tertarik dan memberi kerjasama yang sepenuhnya
dengan aktiviti yang kumpulan kami ingin jalankan. Saya perlu bijak untuk menarik
perhatian pelajar agar mereka dapat bergembira dengan aktiviti kami.

Setelah program ini dijalankan, saya mendapati perubahan sikap yang berlaku
dalam diri iaitu sikap mengambil berat tentang orang lain. Salah satu faktor buli yang
tidak dapat ditangani dengan bijak sehingga kini kerana sikap tidak ambil peduli
masyarakat. Jadi, saya merasakan sikap ambil peduli perlu diterapkan dalam
kehidupan. Melalui aktiviti yang dijalankan saya merasakan perubahan dalam diri saya
yang sebelum ini saya tidak mengambil peduli dengan orang lain. Saya juga lebih
bersikap tanggungjawab.

34
Sebelum ini, saya tidak meletakkan tanggungjawab kepada diri sendiri terhadap isu-
isu semasa yang berlaku disekeliling. Tetapi sekarang, saya merasakan saya
bertanggungjawab untuk mengurangkan berlakunya isu-isu ini.

Antara cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan e-produk serta program ini
ialah kekangan masa. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana tanggungjawab yang lain
juga perlu dilunaskan dan sebagai pelajar, saya sentiasa positif dan menyusun masa
dengan lebih efektif supaya kerja-kerja dapat disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Saya akan cuba elak untuk bertangguh kerja kerana sikap ini akan
merugikan diri sendiri. Sewaktu menjalankan aktiviti di sekolah, pelajar kurang
berinteraksi dengan ahli kumpulan kami. Hal ini merupakan cabaran yang agak sukar
bagi saya kerana kerjasama dan interaksi yang baik diperlukan untuk menjayakan
aktiviti kami. Namun begitu, cabaran ini dapat ditangani dengan baik kerana kerjasama
daripada kumpulan kami untuk menceriakan situasi tersebut. Cabaran-cabaran ini
memberi pelajaran kepada saya supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan
bijak dan teratur.

Aktiviti yang telah saya jalankan melalui program ‘First Year to School’ ini
memberi 1001 kenangan dan pengalaman yang menjadi titik tolak untuk saya terus
maju dalam pembelajaran saya. Perwatakan diri saya yang agak pendiam dan sukar
untuk bergaul dapat diubah melalui program ini. Jadi, menjadi seorang guru yang
berkualiti, program-program sebegini perlu dipergiat supaya bakal guru ini boleh
mempelajari dan mengaplikasi perkara yang telah dipelajarinya dalam kuliah. Program
ini boleh ditambahbaik dengan mengatur masa sebaiknya supaya aktiviti yang ingin
dijalankan boleh berjalan sepenuhnya. Aktiviti yang dijalankan juga perlu mencapai
objektifnya supaya program yang dijalankan memberi impak positif kepada kita
semua. Diharap program ini menjadi permulaan untuk saya melibatkan diri secara aktif
dengan program-program yang dijalankan di universiti ini.

35
Tajuk : Refleksi Program (First Year To School 2017/2018)

Nama : Noorasfarina Binti Jul Akmad

Program “First Year To School “ telah dianjurkan di bawah subjek PGA 102
(Perkembangan Intrapersonal Dan Interpersonal dalam kalangan remaja ) pada bulan
November yang lalu. Dalam konteks ini, saya bersama kumpulan telah melawat ke
Sekolah Rendah Batu Kurau, Perak yang merupakan sekolah yang menjadi tumpuan
kami untuk melaksanakan projek yang kami telah rancangkan. Pelajar tahun enam
merupakan responden kami dalam menjayakan aktiviti tersebut. Kami telah diberikan
tiga orang pelajar yang berperanan sebagai responden kami iaitu adik Adhwa Naufal,
adik Nur Shawani dan adik Nor Syahirah. Kumpulan saya telah melaksnakan
beberapa aktiviti yang berkait rapat dengan isu yang kami telah pilih dan bahaskan
iaitu isu buli dengan tajuk “Katakan Tidak Kepada Buli” Program ini telah
meninggalkan kesan positif bukan sahaja kepada diri saya bahkan juga kepada pihak
yang terlibat terutamanya pelajar yang telah menjadi responden kami.

Saya dan ahli kumpulan telah mengumpul dan mencari seberapa banyak
maklumat yang menjadi panduan dan penerangan yang lebih lanjut berkaitan isu buli.
Kami telah membuat perbincangan secara bersama dan mengemukakan pelbagai idea
untuk merangka strategi bagi menjayakan aktiviti tersebut . Melalui perbincangan
sedemikian, saya telah berjaya memupuk kesedaran dalam diri sendiri dan menimba
ilmu pengetahuan yang berada di luar minda saya berkaitan dengan isu buli . Selain
itu, saya dan ahli kumpulan juga dapat menyumbangkan buah fikiran melalui
penyampaian idea-idea bersifat kreatif dan bernas antara satu sama lain. Seterusnya,
saya dapat meningkatkan kemahiran ‘softskills’ dalam menyiapkan pembentangan dan
kertas kerja serta tugas-tugas yang memerlukan kemahiran ini. Saya juga telah
menggunakan kemudahan ICT ini juga dalam menghasilkan e-Produk bagi
menyatakan dengan lebih terperinci berkaitan dengan isu buli tersebut kepada pelajar.
Penghasilan e-Produk kami bukan sahaja memerlukan kreativiti kami sahaja tetapi
bahkan juga mengambil kira aspek pengetahuan dan kematangan idea yang kami
gunakan dalam menjayakan aktiviti kami.

Pada hari kejadian, kami telah diarahkan untuk berkumpul di padang kawad
Universiti Sains Malaysia pada pukul 7.00 pagi bagi mendengar taklimat daripada
pengarah program berkaitan lawatan tersebut. Dalam konteks ini, saya telah

36
mempelajari bahawa perancangan yang teliti adalah penting bagi memastikan
keberkesanan dan kelancaran program yang kita rancangkan. Selain itu, budaya
menepati masa adalah elemen utama dalam memastikan program yang kita anjurkan
dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan berjalan dengan baik. Budaya ini dapat
mendidik pelajar agar lebih menghargai dan menggunakan masa sebaiknya dengan
perkara yang bermanfaat kepada diri setiap individu.

Semasa kami sampai ke destinasi, iaitu Sekolah Rendah Batu Kurau, Perak
kedatangan kami telah disambut dengan begitu teratur dan meriah sekali sebagai tanda
penghargaan atas kedatangan kami. Dapat saya simpulkan bahawa kedatangan kami
amat disenangi oleh pihak sekolah tersebut. Semasa menjalankan aktivti bersama
responden kami kami telah melaksanakan aktivti yang kami rancangkan dengan
jayanya. Walaupun pada awalnya, responden kami tersbut bersikap pemalu dan nagak
pasif akhirnya melalui aktiviti yang kami jalankan mereka telah berjaya menunjukkan
minat dan kerjasama yang baik dengan kami dalam menjayakan aktiviti berkaitan isu
buli. Di akhir aktiviti kami mereka telah berrjaya mengenal pasti dan memahami
dengan lebih mendalam berkenaan isu buli yang sering berlaku dalam kalangan
pelajar seperti definisi buli, faktor dan kesan buli kepada pelbagai pihak. Mereka telah
berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi sepanjang program dan mampu
berinteraksi dengan baik dengan kami dalam membantu menjayakan program tersebut.

Cabaran yang dihadapi sepanjang program ini ialah masa yang agak terhad.
Hal ini kerana kami menghadapi kesuntukan masa dalam menjalankan aktiviti yang
kami telah rangka disebabkan masa yang diberikan sangat terhad. Kami hanya
diberikan masa selama satu jam setengah sahaja dalam usaha kami untuk mendekati
pelajar dan mendedahkan pelajar berkaitan isu buli. Selain itu, persekitaran yang tidak
strategik dan sempit juga menyukarkan kami melaksanakan aktiviti. Oleh itu,
cadangan saya bagi menambahbaik program seumpama ini ialah menyediakan tempat
yang lebih luas dan kondusif dalam melaksanakan program ini. Selain itu, masa yang
diberikan untuk menjayakan program ini perlu dipanjangkan sedikit agar semua
aktiviti yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang
gangguan.

37
Kesimpulan, program yang telah diadakan ini meninggalkan banyak kesan
positif kepada saya dan rakan-rakan yang lain serta pelajar yang terlibat. Kami sangat
bertuah kerana diberi peluang untuk melaksanakan aktivti hasil idea kami sendiri
dalam proses mendedahkan pelajar berkaitan isu gejala sosial yang berlaku masa kini.
Saya sangat gembira dapat bertemu dengan pelajar-pelajar tersebut dan dapat
bersinergi dengan rakan yang lain dalam menjayakan program tersebut. Malah selepas
program ikatan antara saya dengan rakan serta pelajar tersebut masih kekal terjalin
mesra sehingga sekarang yang mana kami masih lagi berhubung melalui media sosial.
Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mendedahkan
pelajar dengan ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai aspek dan lebih meluas.

38
Refleksi- Program First Year To School (2017/2018)

Nama : Muhammad Habib Bin Abdul Hakim

Sebelum progrom first year to school ini saya berasa agak teruja kerana inilah
program yang pertama yang akan saya lalui pada tahun pertama di Universiti Sains
Malaysia. Program ini sebenarnya bertujuan bagi memenuhi syarat kerja kursus subjek
PGA 102 iaitu Perkembangan Intrapersonal dan Interpersonal. Keterujaan ini juga
bermula apabila saya dibahagikan mengikut kumpulan toturial yang terdiri daripada
kos kursus yang lain. Sebelum program ini dibuat, setiap minggu saya dan ahli
kumpulan saya yang terdiri daripada empat orang termasuk diri saya sendiri. Kami
akan menghadiri kelas toturial pada setiap hari Ahad iaitu pada pukul 11.00-12.00
pagi. Semasa kelas toturial inilah kami berbincang dan membentangkan hasil kerja
yang akan kami lakukan semasa program first year to school nanti.. Kumpulan saya
telah memilih tema buli yang akan menjadi bahan utama kerja projek kami semasa
program itu nanti. Tajuk buli ini sememangnya sebuah masalah sosial yang semakin
berleluasa di negara kita terutamanya dalam kalangan remaja-remaja hari ini.

Saya dan ahli kumpulan yang lain telah membahagikan tugas sebaik mungkin
untuk mencari maklumat mengenai tema yang telah dipilih itu. Contohnya saya
diberikan tugas untuk mencari apa itu maksud dendam dan ciri-cirinya. Pembahagian
tugas ini sememangnya membantu kelancaran tugas kami dan menunjukkan kerjasama
antara ahli kumpulan. Pada setiap kali kelas toturial kami akan membentang sedikit
demi sedikit mengenai perkembangan kerja projek kami nanti. Selepas pembentangan
dinilai, penambahbaikkan akan dilakukan berdasarkan atas pandangan tenaga pengajar
toturial. Dalam kelancaran saya dan ahli kumpulan menyiapakan kerja projek untuk
program first year to school, kami diberitahu bahawa program tersebut terpaksa
ditunda ke tarikh lain atas sebab-sebab tertentu dan mengubah sedikit program
tersebut. Hal ini sememangnya menyebabkan diri saya berasa kecewa kerana terpaksa
mengubah semula hasil kerja yang telah dilakukan akibat pertukaran sasaran pelajar
iaitu pada mulanya pelajar sekolah menengah tetapi ditukar kepada sekolah rendah
iaitu pelajar darjah 6. Perkara ini membuatkan saya dan ahli kumpulan saya terpaksa
menggunakan pendekatan yang lain bagi menyampaikan maklumat mengenai apa itu
dendam kerana mereka masih kanak-kanak.

39
Hasil yang saya peroleh daripada refleksi sebelum bermulanya program tersebut ialah
dapat mengenali lebih ramai kawan, kerjasama antara ahli kumpulan dan persediaan
menghadapi pelbagai masalah serta cara menyelesaikannya.

Selepas program tersebut saya berasa amat seronok kerana mendapat


pengalaman yang baru dan pertama kali di universiti ini. Pengalaman manis ini juga
disebabkan beberapa faktor yang lain seperti dapat menjayakan projek kerja kursus,
berjumpa dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut, berkenalan dan berurusan dengan
pelajar kos pendidikan lain serta dapat menikmati perjalanan pergi balik ke Perak.
Selepas habis sahaja program tersebut, saya dan semua pelajar yang terlibat telah
singgah ke zoo Taiping Perak untuk bersiar-siar sekejap. Semasa di zoo tersebutlah
saya dan pelajar lain dapat bersama-sama bergembira dengan saling mengambil
gambar dan melihat kawasan luar zoo tersebut. Selepas seharian perjalanan akhirnya
tiba di USM pada pukul 5 petang dan kesemua pelajar yang terlibat keletihan tetapi
masih terlihat kegembiraannya. Selepas pada itu iaitu pada kelas toturial pada hari
ahad seterusnya saya dan ahli kumpulan saya telah membentangkan refleksi
tentang apa yang diperoleh semasa program tersebut secara keadaan santai. Kami
semua juga dimninta untuk membuat sebuah laporan mengenai program tersebut dan
menyatakan apa yang telah dilakukan dan maklumat yang telah diperoleh oleh setiap
kumpulan,.

40
11.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Taklimat ringkas oleh Gambar 2 : Responden (pelajar tahun 6)


pihak sekolah

Gambar 3 : Aktiviti (Tayangan E-produk) Gambar 4 : Sesi bergambar Bersama


Fasilitator

41
Gambar 5 : Aktviti Botol Impian Gambar 6 : Sesi Pemberian Cenderamata
kepada Responden

Gambar 7 : Sesi Taaruf daripada pelajar Gambar 8 : Sesi pemberian Denda


dalam Aktiviti Kotak ajaib

42

You might also like