You are on page 1of 31

GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

DIBENTANGKAN OLEH :
KANDUNGAN
PERBENTANGAN
1 PENGENALAN

2 ISU DAN PERMASALAHAN

3 FAKTOR DAN PUNCA KES BULI

4 KESAN BULI

5 TINDAKAN KERAJAAN

5 KESIMPULAN
ARTIKEL
ARTIKEL

artikel yang disiarkan oleh Kosmo Online


bertajuk Lonjakan Kes Buli Di Sekolah
Membimbangkan Kerajaan dari yang ditulis
oleh Faisol Mustafa pada 16 Ogos 2022.
RINGKASAN DAN ULASAN ARTIKEL

Isu utama yang dibahaskan ialah tentang peningkatan kadar insiden buli dalam kalangan
murid sekolah. Di mana melalui artikel ini dilaporkan bahawa
a) Rekod jenayah buli yang mengakibatkan kecederaan dengan sengaja dan dituduh di
mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan meningkat dengan ketara.
b) Januari - Julai 2022 merekodkan 122 kes telah disabit kesalahan berbanding 50 kes (2021)
c) Punca peningkatan jenayah buli adalah kemungkinan bahawa pelaku tidak tahu ianya
merupakan satu kesalahan serius sehingga mereka beranggapan gejala buli itu sebagai
perkara norma biasa.
d) Bagi menangani masalah ini,
• Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan agar pihak polis untuk
bertindak lebih proaktif dan mengambil pendekatan untuk turun padang termasuk
melantik pegawai perhubungan sekolah (PPS) untuk mendekati pelajar
• Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak polis bersedia membantu mangsa buli untuk
diberikan perlindungan sementara sekiranya situasi memerlukan tindakan sedemikian.
• Selain itu beliau menyeru agar individu yang terlibat tampil untuk membuat laporan.
ISU DAN PERMASALAHAN

 Peningkatan kadar insiden buli dalam


kalangan murid sekolah yang kian
meningkat saban hari
 pelbagai kejadian buli yang berlaku bukan
saja di sekolah berasrama penuh malah
sekolah harian biasa dan sekolah agama.
 kes ini sudah mendapat perhatian seluruh
masyarakat negara kita.
 Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah
semakin melampau kebelakangan ini
sehingga menyebabkan kematian.
ISU DAN PERMASALAHAN

Sinar Harian bertarikh 24 Mei 2022 mendedahkan


sebanyak 38 kes buli berlaku di sekolah-sekolah di
negara ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun
2022. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit
Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada
jumlah itu, lapan (8) kes dilaporkan di Pahang, tujuh
(7) kes di Terengganu manakala di Melaka, Kelantan
dan Negeri Sembilan masing-masing mencatakan
empat (4) kes. Selebihnya adalah Selangor tiga (3)
kes, Johor dua (2) kes, Kedah (2), Kuala Lumpur (2)
dan Perlis sebanyak dua kes.

Manakala berdasarkan Kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri di Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dalam Kosmo Online bertarikh 16 Ogos 2022, sejak awal Januari sehingga akhir
Julai 2022, sebanyak 122 kes telah direkodkan berbanding 50 kes dicatatkan pada sepanjang tahun
2021.
ISU DAN PERMASALAHAN
Berdasarkan laporan ini, dapat dilihat bahawa peningkatan mendadak berlaku iaitu
sebanyak 84 kes dalam tempoh tiga bulan berikutnya. Perkara ini amat
membimbangkan dan sangat untuk diambil perhatian dan tindakan segera. Ini kerana
jenayah buli bukan sahaja memberi kesan secara fizikal malah boleh membawa trauma
yang keterlaluan dan memberi kesan pada perkembangan akademik, keyakinan diri dan
boleh membawa pada keinginan untuk membunuh diri (Wilson, 2006) sekiranya tidak
dibendung lebih awal.
 jenayah buli dipandang sebagai satu tingkah laku yang agresif yang dilakukan
terhadap seseorang individu secara berulang kali dan ia menyasarkan
seseorang yang lemah dan tidak dapat mempertahankan diri (Mohamad dan
Rani, 2020)

 Smith & Brain (2000) - buli menunjukkan ketidak seimbangan kuasa


antara mangsa dan pembuli

 Azizi et al (2007) - perbuatan mengasari golongan yang lemah bagi


menunjukkan kekuatan dengan memastikan mangsa mengikuti setiap
arahan pembuli.
KEKURANGA
N
PENGHAYAT
AN NILAI-
NILAI
AGAMA
PENGUATK
PENGARU
UASAAN
H RAKAN
UNDANG- SEBAYA
UNDANG

FAKTOR
DAN
PUNCA KERUNTUHA
PERANAN N INSTITUSI
SEKOLAH KEKELUARGA
AN

SIKAP IBU
MEDIA
BAPA
KEKURANGAN PENGHAYATAN
NILAI-NILAI AGAMA
• untuk mendapatkan perhatian orang lain
serta menunjukkan kekuasaan, mereka
sanggup berkelakuan agresif dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang
lain.
• Pelajar-pelajar ini ketandusan nilai-nilai
agama sehingga tidak lagi mengenal
perkara yang baik dan buruk serta tidak
mempedulikan tentang dosa dan pahala
• Akhirnya, mereka bersikap kejam
sanggup menganiaya rakan-rakan sendiri
tanpa rasa berdosa dengan memukul,
memeras ugut dan menghina rakan-
rakan yang lemah.
SIKAP IBU BAPA
PENGARUH RAKAN SEBAYA
sebilangan ibu bapa yang menekan anak
Lazimnya, golongan pembuli secara emosi dan mental menyebabkan
mempunyai akal dan fikiran yang kurang anak melakukan perbuatan buli secara
matang dan gagal untuk membezakan tanpa sedar. Dalam kebanyakan kes buli
baik buruknya sesuatu tindakan. Oleh yang berlaku, seorang anak tidak tahu
yang demikian mereka sentiasa terikut- bagaimana cara terbaik untuk berinteraksi
ikut akan sikap dan tindakan rakan dengan orang lain dan mereka tidak faham
sebaya. Sifat ego, tidak mahu kalah, erti perasaan sedih, kecewa atau marah
pantang dicabar dan tidak tahan pada dengan sebarang tindakan yang dilakukan
provokasi rakan rakan menyumbang akibat tiada rasa empati dalam diri mereka.
kepada perbuatan buli sehingga Keadaan ini berpunca dari sikap ibu bapa
kadang-kadang tindakan pembuliberada yang kurang memberikan belaian kasih
di luar kewarasan otaknya. sayang dan perhatian kepada anak
sehingga anak tersebut akan melakukan
apa saja cara bagi mendapatkan perhatian
termasuklah dengan perbuatan membuli.
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang


masalah emosi yang melampau-lampau. Salah satu
punca adalah disebabkan masalah yang timbul dalam
keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang
membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kurangnya
pengetahuan dalam menangani tekanan mengakibatkan
mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka sendiri dan
seterusnya bertindak membuli orang lain sebagai salah
satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli
turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas
hati selepas berbuat demikian
PERANAN SEKOLAH

Selain itu, sikap pihak sekolah yang kurang peka dan


tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta
kelonggaran disiplin turut membuka peluang kepada para
pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan
gejala sosial seperti gejala membuli. Kelonggaran disiplin
juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki
menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang
untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini
adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli
sehingga membawa masalah –masalah yang tidak
bermoral.
PENGARUH MEDIA
Media massa kini juga telah menjadi pemangkin kepada
budaya negatif ini bilamana pelbagai genre filem dan
drama bersiri luar negara yang disiarkan tanpa kawalan di
televisyen. Kemajuan teknologi maya masa kini, yang
memudahkan anak-anak mengakses maklumat dan dan
program berunsur keganasan mendorong anak-anak
untuk mencuba aksi aksi tersebut kepada rakan sebaya.
Dorongan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang
dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya
tanpa memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.

UNDANG – UNDANG LEMAH

Budaya membuli yang kian berleluasa dewasa ini, dilihat sangat kejam dan boleh meragut nyawa.
Banyak usaha telah dibuat untuk membendung masalah ini daripada semakin meningkat terutama
di pihak Kementerian Pelajaran sendiri, namun demikian kadar insiden tidak berubah malah
menampakan peningkatan yang semakin ketara. Pembuli tidak merasa takut malah ada yang
dengan sengaja merakam video dan menyebarkannya di media social, Bagai mana keadaan ini
boleh berlaku? Setakat penulisan ini dibuat, tiada lagi undang – undang khusus telah digubal
untuk menangani masalah buli. Keadaan inilah yang menyebabkan pembuli semakin berleluasa
dan tidak takut untuk melakukan perbuatan buruk tersebut.
PENGARUH MEDIA
Media massa kini juga telah menjadi
pemangkin kepada budaya negatif ini bilamana
pelbagai genre filem dan drama bersiri luar
negara yang disiarkan tanpa kawalan di
televisyen. Kemajuan teknologi maya masa
kini, yang memudahkan anak-anak mengakses
maklumat dan dan program berunsur
keganasan mendorong anak-anak untuk
mencuba aksi aksi tersebut kepada rakan
sebaya. Dorongan perasaan ingin mencuba
aksi-aksi yang dipaparkan pelaku buli akan
bertindak ke atas mangsanya tanpa
memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.
KESAN

 MANGSA
 PEMBULI
 SAKSI KEJADIAN
 PERSEKITARAN
KESAN KEPADA MANGSA

Secara umumnya, kejadian buli memberi kesan yang mendalam kepada mangsanya di mana angsa
buli akan menghadapi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan perbuatan buli bukan sahaja
memberi kesan kepada fizikal atau emosi malah memberi kesan juga kepada system pembelajaran dan
pengajaran di sekolah. Buli memberi kesan kepada kesihatan mental mangsa di mana mangsa akan
sentiasa bergelut dalam kehidupan seharian mereka sehingga akhirnya akan menyebabkan mangsa
mengalami kemurungan terlalu serius dan dia berisiko untuk memcederakan atau membunuh diri.
Mangsa juga akan cenderung untuk hidup dalam keadaan trauma sehingga menyebabkan
kemerosotan dalam akademik, ponteng kelas kerana takut, suka menyalahkan diri sendiri dan tidak
yakin terhadap kebolehan dan potensi diri.
KESAN KEPADA MANGSA

Beale (2001), Roberts dan Coursel (1996), menyatakan mangsa yang sedang dibuli, mengalami satu
atau lebih daripada perkara berikut iaitu ketidak hadiran ke sekolah yang kronik, penurunan prestasi
akademik, peningkatan
. perasaan untuk menentang, kesunyian serta rasa disingkirkan dan timbul rasa
ingin membunuh diri. Perkara ini juga disokong oleh pandangan Lereya, Winsper, Heron (2013) di
mana mangsa buli juga menunjukkan peningkatan mencederakan diri sendiri (self harm) dan
kecenderungan untuk membunuh diri. Amin Al Haadi (2013) dalam kajiannya di sekolah di Malaysia,
menjelaskan bahawa mangsa buli merasa rendah diri, malu sedih, disebabkan diejekan sehingga
mereka merasa tidak yakin diri, mudah rasa tersinggung (sensitif), murung, takut atau tidak suka ke
sekolah.

Oleh kerana buli adalah kejadian yang melibatkan fizikal, emosi dan pembelajaran, kesannya juga
dapat dilihat dalam jangka panjang. Antara kesan atau masalah jangka masa panjang buli kepada
mangsa boleh dilihat dari segi psikologi, fizikal, pembelajaran, kesan kerjaya dan kemasyarakatan.
Noran Fauziah Yaakub (2004) terlebih dahulu menyatakan mangsa buli akan menjadi seorang dewasa
yang terlalu emosi sehingga menjejaskan hubungan dengan orang lain dan keluarga
KESAN KEPADA PEMBULI

. Buli turut memberi impak kepada pembuli


itu sendiri. Sekiranya mereka ini tidak
dicegah dengan segera kemungkinan
besar suatu hari nanti mereka akan terlibat
dengan jenayah lebih serius seperti terlibat
dengan kumpulan kongsi gelap, dadah,
gangsterism dan sebagainya. Selain itu,
sekiranya pembuli didapati bersalah di
bawah undang-undang semasa, mereka
pasti akan dihukum pada usia yang sangat
muda dan ini pasti akan menggelapkan
masa depan mereka.
KESAN KEPADA SAKSI KEJADIAN

.
Saksi kepada insiden ini turut menerima
implikasi menyaksikan perbuatan tersebut.
Rasa bersalah kerana tidak dapat
membantu mangsa atau trauma melihat
kesan bulian pasti akan menyebabkan
emosi saksi terganggu. Saksi juga
berkemungkinan akan menjadi mangsa
bulian atau dendam daripada pembuli
sehingga menyebabkan mereka berada
dalam ketakutan sepanjang masa
KESAN KEPADA PERSEKITARAN

Masalah buli yang berlaku akan menimbulkan


persepsi negative di kalangan masyarakat.
Peningkatan masalah ini jika tidak dibendung
.
akan menyebabkan sekolah kehilangan kredibiliti
sebagai sebuah tempat yang dianggap selamat
untuk anak-anak, dan tempat untuk melahirkan
modal insan kelas pertama. Ibu bapa hilang akan
hilang kepercayaan dan mula memindahkan
anak-anak mereka Guru-guru menjadi patah
semangat dan mengambil sikap tidak ambil tahu
kerana pelanggaran disiplin yang berleluasa.
Negara akan kehilangan belia yang diharapkan
menjadi golongan pelapis kepada pemimpin-
pemimpin yang akan mentadbir Negara suatu
hari nanti.
1
TINDAKAN
KERAJAAN

TINDAKAN KERAJAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 bertanggungjawab untuk mengkaji,
mengemaskini pekeliling-pekeliling
. mengenai disiplin dan meletakkan

petunjuk-petunjuk tertentu bagi


menghadapi masalah disiplin di
sekolah.
 mewujudkan portal aduan buli
sebagai usaha menambah baik
pendekatan memerangi insiden buli di
sekolah di mana ibu bapa dan guru
boleh membuat laporan mengenai kes
buli di sekolah menerusi tiga kaedah
iaitu panggilan telefon, e-mel dan
AGENSI KERAJAAN YANG LAIN

 Pihak Polis dan Jabatan Kebajikan


Masyarakat turut memainkan peranan
penting seperti mengadakan pegawai-
.
pegawai tertentu bagi menghadapi kes-
kes disiplin, masalah belia dan pelajar.
(A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan
Ibrahim Saad, 1982)

 .Program Sekolah Angkat yang


menjalinkan hubungan kerjasama
antara KPM dan PDRM dilihat sebagai
satu usaha murni bagi memastikan
sekolah mempunyai hubungan rapat
dengan PDRM menjalinkan hubungan
JARINGAN KERJASAMA

 KPM menubuhkan jawatankuasa khas


bagi melihat konteks penambahbaikan
. dalam tatacara dan panduan sedia ada

berkaitan buli di sekolah.

 KPM juga melancarkan program


Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan
Selamat dengan kerjasama Polis Diraja
Malaysia dan Kementerian Dalam
Negeri bagi mewujudkan persekitaran
selamat di sekolah di mana konsep
Sekolahku Sejahtera yang sedang
dipraktikkan turut menekankan elemen
1
CADANGAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 Pakar Psikologi Kanak-kanak Universiti


SEGi, Prof Datin Dr Mariani Md Nor
pula mencadangkan Institusi pendidikan
perlu menetapkan prosedur operasi
standard (SOP) yang seragam sewaktu
orientasi termasuk memberi pendidikan
mengenai impak negatif buli dalam
kalangan pelajar
Hakikatnya ialah, terdapat banyak punca yang Oleh yang demikian, sudah tiba masanya
untuk kerajaan menggubal satu undang-
menyumbang kepada gejala buli. Antaranya ialah
undang khusus untuk mencegah dan
kurangnya penerapan agama dan moral didalam menangani kes-kes buli terutamanya di
sekolah-sekolah sebagaimana yang telah
diri seorang pembuli, selain itu factor institusi
dilaksanakan oleh Negara Fillipina. Sejak
kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, pengaruh 2013, Fillipina telah menggubal rang
undang-undang anti buli melalui Republic
media dan kelonggaran disiplin di sekolah turut
Act No.10627 mereka yang turut dikenali
memainkan peranan dalam insiden berlakunya sebagai The Anti Bullying Act 2013, Akta
Anti Buli 2013. Dengan adanya satu
kejadian buli di sekolah.
undang-undang khusus untuk menangani
dan mendefinisikan gejala ini adalah salah
satu daripada cara permulaan yang
Masyarakat yang sejahtera merupakan masyarakat
terbaik.
Dalam usaha membendung masalah ini,
Walaupun negara kita sudah mempunyai Kanun
masyarakat seharusnya tidak hanya
Keseksaan dan pelbagai peraturan, panduan seperti bergantung kepada kerajaan dan pihak-
pihak di bawahnya untuk melaksanakan
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-Peraturan
usaha pembasmian sebaliknya mereka
Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959, serta pekeliling perlu beganding bahu bersama untuk
memastikan budaya ini terhapus dari
yang berkaitan, namun satu undang-undang anti
masyarakat dan anak anak di sekolah.
buli yang khusus masih diperlukan untuk Ibubapa dan guru perlu berganding bahu
berpimpin tangan dan berkerjasama, baik
menambah baik dan menguatkan undang-undang
dari segi pemantauan, kesedaran serta
yang sedia ada ini.. tanggung jawab masing-masing.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan kadar


segera. Kadar peningkatan yang significant saban hari
memberi ancaman kepada mangsa buli yang berdepan
dengan pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa. Apa
yang lebih membimbangkan ialah, kebanyakan kes buli
berlaku di kawasan sekolah yang merupakan institusi
formal untuk kita menjana modal insan yang bakal
memimpin negara pada masa hadapan. Sekolah
seharusnya menjadi tempat untuk melahirkan generasi
yang penyayang, berintelektual dan memiliki akhlak yang
tinggi dan bukannya tempat untuk melahirkan generasi
muda yang kejam, dictator dan suka menindas orang lain
1
PENUTUP

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like