You are on page 1of 26

PEMBUANGAN BAYI

DISEDIAKAN OLEH : NAMA AHLI : GAUDELIA VYNER [2011602308] RUBINSTEIN SIPAIN [2011622124] YASITRA RAJENDRAN [2011637536] YUVANESHWARY KALAISELVAM [2011641486] : 12M7 : ALM12 : CTES 20 KELAS KUMPULAN KOD KHURSUS

MATA PELAJARAN : MORAL EDUCATION AND ETHICS

DISEDIAKAN KEPADA : MADAM WAN NOORLIZA WAN ABDULLAH SANI TARIKH : 29 FEBRUARY 2012

Pengenalan

Buang anak atau buang bayi adalah salah satu jenayah yang diklasifikasikan sebagai pembunuhan atau percubaan membunuh. Jenayah ini ialah, seseorang meninggalkan atau membiarkan bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya secara sengaja, samada dengan niat bunuh ataupun tidak, hasil daripada penzinaan atau rogol.

Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal dengan budaya ketimurannya.

Berikut merupakan contoh fenomena pembuangan bayi yang berlaku sejak belakangan ini:

1. Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan ianya harus dipandang serius permasalahan ini kerana ia berkaitan dengan isu wanita dan juga keluarga.

2. Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

3. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.

4. 13 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.

5. 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih.

6. 10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut di pintu pagar Masjid Permatang Duyong, Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.

Peningkatan yang berterusan dalam jenayah pembuangan bayi ini amat membimbangkan kerana ia melampaui batas-batas kemanusiaan dan norma-norma kehidupan. Perbuatan membuang bayi di merata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah, taraf haiwan adalah lebih baik kerana ia mengasihani dan memelihara anaknya dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya. Dalam tugasan kali ini, kami akan mengungkap dengan lebih lanjut mengenai isu yang kian berdarah ini. Diharap dengan tugasan ini, setiap ahli kumpulan akan dapat belajar sedikit sebanyak mengenai isu ini dan meningkatkan kesedaran dalam diri masing-masing. Kami juga berharap tugasan ini dapat membuka mata setiap orang yang meneliti tugasan kami.

Tujuan utama kumpulan kami memilih tajuk ini adalah kerana kami merasakan bahawa semua orang memandang remeh mengenai isu ini padahal ia nya semakin parah. Diharap bahawa kawan-kawan yang lain dapat mengambil iktibar melalui isu ini dan memahami nilai etika dan moral yang tersirat dalam menangani isu ini.

Punca Pembuangan Bayi

Pernahkah anda terlihat seorang bayi menangis di tepi jalan tanpa sesiapa di sampingnya? Apakah pendapat anda mengenai bayi tersebut? Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.

Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati.

Perbelanjaan yang tinggi untuk sesuatu perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi di negara ini. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan. Seseorang lelaki itu perlu melangkapkan diri dari segala aspek sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Justeru itu, bagi anak muda yang terlalu ghairah tidak dapat mengawal nafsu shahwatnya terpesong dengan melakukan zina serta menghasilkan anak luar nikah. Antara faktor utama berlakunya masalah pembuangan bayi ialah kurangnya kefahaman agama dikalangan masyarakat secara menyeluruh. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia begitu tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan mengghairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan media cetak dengan sendirinya anak muda itu akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.

Kebebasan remaja untuk melakukan sesuatu perkara dan tidak ada pengawasan daripada ibu bapa turut menyebabkan masalah ini berlaku. Pengaruh rakan sebaya, kes ponteng sekolah, kes lepak, pengagihan dadah, minum minuman keras dan lain-lain menyebabkan mereka terjebak melakukannya . Mereka bebas untuk melakukan apa saja yang disukai tanpa ada halangan. Jesteru itu, setiap ibubapa tidak boleh meletakan kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak kerana mereka tidak dapat berfikir sepenuhnya kesan yang akan dihadapi melainkan perasaan yang membuak-buak untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.

Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi.

Selain itu, faktor yang sering diperkatakan dan ianya benar adalah kurangnya kefahaman agama di dalam diri seseorang. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama di kalangan anggota masyarakat hari ini begitu memberangsangkan,tetapi semangat itu tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Tidak dapat dinafikan bahawa, apabila kurangnya didikan agama, maka rohani akan sakit, keinginan hidup bertuhan itu akan menjadi kosong. Apabila perasaan bertuhan tidak ada lagi di dalam diri, maka nafsu dengan panduan syaitan akan mengambil tempat. Maka, apa yang positif dipandang negatif, dan apa yang dipandang positif boleh menjamin keseronokan. Walaupun kadang-kadang mereka mengetahui.

Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahala kerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.

Punca lain yang paling menunjukkan berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Mereke tidak mahu menerima sebarang cacian daripada masyarakat supaya mereka dapat hidup normal dalam kalangan mereka.

Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Mereka tidak mahu masuk campur dalam hal ini kerena berpendapat itu adalah sesuatu yang membuang masa dan membiarkan sahaja remaja atau generasi sekarang membuat sesuatu sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan dan risikonya.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Pengabaian dalam memberi kasih sayang adalah salah satu jenis penderaan yang

meninggalkan kesan mendalam banyak berlaku dalam masyarakat. sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap tingkah laku anak-anak mereka memberi peluang kepada remaja zaman sekarang untuk melakukan maksiat iaitu berzina sehingga menghasilkan anak luar nikah. Kawalan yang kurang ketat daripada ibu bapa atau penjaga menyebabkan generasi muda sekarang berani bertindak dan melakukan pergaulan bebas sehingga mengundang kepada peningkatan masalah pembuangan bayi.

Ibubapa harus sedar dan meluangkan waktu bersama anak-anak. Walau sesibuk mana sekalipun, mereka harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak. Setiap anak-anak perlu mendapatkan kasih sayang yang lebih dari ibubapa mereka. Hal ini kerana, ibubapalah tempat untuk mereka berkongsi cerita gembira atau sedih, meluahkan hasrat hati dan berbincang tentang sesuatu masalah yang dihadapi.

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih sayang ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Dalam kebanyakan kes, si lelaki yang menjadi punca penghamilan si gadis tidak akan menerima tanggungjawabnya terhadap anak luar nikah. Malah,dalam sesetengah kes, si lelaki tidak akan mengaku kesalahannya dan munuduh bahawa si gadis sedang melempar fitnah terhadapnya. Oleh kerana itu, si gadis tidak mempunyai jalan lain selain daripada membuang bayinya kerana tidak sanggup membesarkan anak itu seorang diri. Lebih-lebih lagi, kebanyakan si gadis adalah masih muda dan tidak mungkin mempunyai persediaan dari segi fizikal mahupun mental untuk menjadi seorang ibu.

Kesan Pembuangan bayi

Pembuangan Bayi Masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini semakin menjadi-jadi dan memberi impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset negara yang utama dan amat penting untuk masa hadapan. Mereka memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara. Terdapat banyak kesan negatif akibat gejala pembuangan bayi. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri.

Kesan Terhadap Bayi Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat gagal mencari jalan penyelesaian, remaja hilang sifat perikemanusiaan dalam diri. Bayibayi telah menjadi mangsa dan kesannya, hampir semua bayi yang dibuang akan meninggal dunia. Hal ini kerana bayi-bayi tersebut dibuang ke dalam tong sampah, ditinggalkan dalam semak samun atau di tempat yang tidak disedari oleh orang ramai. Namun demikian, bayi yang ditinggalkan di rumah anak yatim atau kawasan kejiranan biasanya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk hidup.

Semua bayi ini hidup tanpa mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih terlalu kecil dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Masalah ini akan bertambah serius apabila mereka melangkah ke dunia dewasa dan mula mencari identiti diri. Mereka mungkin akan merasa sedih dan kecewa apabila mengetahui perkara sebenar. Sikap mereka yang ekstrem akan mendorong mereka ke arah penjenayahan.

Sebagai contoh, pada tahun 2010 di Petaling Jaya, seorang bayi perempuan dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber1 dari pengarang Utusan Malaysia, mayat bayi itu ditemui di dalam beg yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara. Siasatan polis mendapati bayi perempuan yang cukup sifat itu masih elok ketika ditemui, membuktikan bayi tersebut baru sahaja dibuang. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar manusia yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.

Bayi perempuan yang ditemui di tepi sungai Tambun, Kota Damansara (sumber: Utusan Online1)
Kesan Terhadap Ibu Bayi Kesan yang seterusnya pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan. Hal ini adalah kerana sewaktu wanita tersebut melahirkan anak, mereka berada dalam keadaan dan situasi yang tidak selesa dan mengizinkan. Mereka sentiasa merasa tidak tenteram dan dibelenggu rasa bersalah. Hal ini sedemikian kerana kebanyakan daripada mereka membuang bayi tersebut dek tekanan daripada pasangan mereka yang tidak menginginkan anak. Mereka juga malu untuk membesarkan anak luar nikah serta tidak mampu untuk menjamin kehidupan anak itu nanti. Selain itu, wanita yang merancang untuk membuang bayinya tidak akan mendapatkan bantuan perubatan ketika melahirkan anak. Majoriti daripada mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital atau mana-mana pihak lain. Mereka berkemungkinan melahirkan anak dengan sendiri di tempat yang tidak sesuai dan kotor seperti rumah, bilik air dan sebagainya.

Tanpa persediaan yang rapi, mereka ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Selain itu, mereka juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara. Kesan Terhadap Institusi Kekeluargaan Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berlaku akibat daripada pembuangan bayi. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang berasa malu kerana mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Perkara yang paling mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya akan memandang serong dan negatif terhadap keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

Kesan Terhadap Masyarakat Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku akan menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya akan berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar yang melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

Kesan Terhadap Negara Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Secara ironinya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pasti akan berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat berlipat kali ganda untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini adalah kerana bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak berjaya dijumpai, rumah kebajikan masyarakat sudah tentu menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini sememangnya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

LANGKAH MENGATASI KES PEMBUANGAN BAYI

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.

Institusi Kekeluargaan iaitu peranan Ibu Bapa dalam mendidik anak-anak dari segi sahsia mereka sangat penting. Ibu bapa merupakan insan yang yang mempunyai hubungan darah yang dengan anak-anak. Anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan kain putih itu. Seharusnya ibu bapa menjadi insan yang paling rapat dengan anak-anak, terutamanya remaja di samping mengambil tahu pergerakan mereka setiap masa. Contohnya dengan siapa mereka keluar, ke mana mereka keluar dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Sifat ibu bapa yang terlalu mempercayai anak-anak hinggakan mereka membiarkan anak-anak keluar sesuka hati boleh mengundang parah. sifat ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dengan mengejar kebendaan dan kemajuan, sememangnya melalaikan tangungjawab ibu bapa untuk mendidik sahsia anak-anak dan terutama sekali memberi kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak.Ibu bapa seharusnya sedar, bahawa sesibuk mana pun mereka, tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga seharusnya tetap di jalankan ataupun dilunaskan. Oleh itu ibu bapa mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah dan corak kehidupan anak-anak mereka

Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. Pendakwah yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli agama, termasuk badan-Badan dakwah amat diperlukan

dalam membantu menangani masalah pembuangan bayi.dalam satu sudut pandangan lain,para pendakwah bukan hanya menghukum dan menyalahkan pihak-pihak yang terlibat tetapi juga

golongan

ini

seharusnya

memikirkan

kaedah-kaedah

dan mencadangkan

cara

penyelesaian masalah ini. Para pendakwah juga seharusnya memikirkan bagaimana untuk mendekati golongan yang terlibat dalam masalah ini.

Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh menconteng arang ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Bank bayi juga harus ditubuhkan. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan. Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang Safe Haven

yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang Safe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat.

Selain

daripada

agensi-agensi membantu yang

yang pihak berhak

dinyatakan,Pihak dakwah menggubal

Kerajaan kes

juga

harus

mengambil peranan

untuk

mencegah

prmbuangan atau akta

bayi.Kerajaan merupakan pihak

undang-undang

terhadap sesuatu permasalahan atauisu yang melanda.pihak kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang lebih serius dan berkesan untuk membanteras punca-punca masalah sosial yang berlaku terutama sekalimasalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam, pusat karaoke, pusat pelacuran, arak, rumah urut, pusat judi dan lain-lain.Ini merupakan punca-punca masalah sosial yang membawa pada pergaulan bebas, zina dan kelahiran anak luar nikah.Hiburan,konsert dan filem-filem yang kini menguasai saluran-saluran televisyendan radio,kebanyakannya menyebarkan budaya berbaur lucah adalah salah satu punca yangmenyebabkan masalah sosial dalam kalangan remaja.Oleh itu,pihak kerajaan dan agensiagensi lain memainkan peranan mereka bagi mengawal masalah ini daripada terus berleluasa.

Langkah seterusnya yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi

kesedaran seperti Adab Bergaul dan Dosa-dosa Besar, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa. Kempen mengerjakan solat bagi yang muslim dan beribadat ke gereja bagi yang keristian juga merupakan salah satu cara bagi membantu remaja daripada terjerumus dalam gejalasosia. Individu iitu sendiri, mestilah mempunyai kesedaran untuk solat dengan mengerjakannya secara khusyuk.

Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional semakin luntur di dalam masyarakat moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan. Justeru, dalam kes pembuangan bayi, negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan Babys Craddle untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di Babys Craddle akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

Selain itu, penyediaan pusat

keunseling khususnya kepada golongan remaja

bermasalahmerupakan salah satu cara yang boleh mengurangkan permasalahan sosial yang berlaku.Tidak dinafikan bahawa usaha ini telah ada,namun perlu dilipat gandakan lagi kewujudan dansokongan dari semua pihak agar kejayaannya lebih berkesan.

Maka dengan itu, remaja hendaklah sedar akan risiko dan masalah yang akan di hadapiapabila terjerumus dalam gejala sosial.oleh itu seruan kepada semua pihak sama ada individu,keluarga, golongan agama, badan-badan atau pertubuhan dakwah, masyarakat serta pihak kerajaan agar serius. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa yang patut menunding jari kepada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar untuk diubati, secara tidak langsung akan mencemarkan nama negara di mata dunia. Tambahan pula, akan menggaggu pembangunan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerana golongan remaja dan mudamudi yang akan menentukan arah dan merialisasikan misi tersebut kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa akan datang.

Lampiran

Contoh kekejaman manusia dalam isu pembuangan bayi :

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

1 2 3

Gambar 1 : http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/08/kes-jenayah-buang-bayi_27.html Gambar 2 : http://www.mohdsabree.com/umum/tabung-dna-untuk-selesaikan-kes-pembuangan-bayi/ Gambar 3 : http://www.wazy84.com/seksyen-302-langkah-wajar-elak-buang-bayi

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 4 : http://www.khairilafzal.com/isu-semasa/isu-pembuangan-bayi-semakin-berleluasa Gambar 5 : http://peningkatananakluarnikah.blogspot.com/2010/04/gejala-buang-bayi.html 6 Gambar 6 : http://guruohguru.wordpress.com/category/isu-semasa/page/2/

Bibliografi:

1. http://panitiabmcochrane.wordpress.com/2011/01/13/punca-punca-berlakunyapembuangan-bayi/ 2. http://www.scribd.com/doc/48845964/kesan-pembuangan-bayi 3. http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=491 4. http://books.google.com.my/books?id=TtYS464qMuAC&pg=PA50&dq=pembuangan+b ayi&hl=en&sa=X&ei=_5EVT5LjIcfTrQf9qc2YAg&redir_esc=y#v=onepage&q=pembua ngan%20bayi&f=false 5. http://books.google.com.my/books?id=sK9qvjmvV94C&pg=PA37&dq=pembuangan+ba yi&hl=en&sa=X&ei=_5EVT5LjIcfTrQf9qc2YAg&redir_esc=y#v=onepage&q=pembua ngan%20bayi&f=false 6. UTUSAN MELAYU (M) BERHAD. (2010, Ogos 16). Mayat bayi perempuan ditemui terperangkap
dalam sungai. Retrieved Januari 9, 2012, from Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0816&pub=utusan_malaysia&sec=Jen ayah&pg=je_01.htm&arc=hive 7. Abdullah, S. H. (2008, April 25). MalaysiaKini. Retrieved from Tangani segera kes buang bayi: http://www.malaysiakini.com/letters/81961 8. Hizbut Tahrir Malaysia . (2010, Julai 27). Retrieved from Isu Pembuangan Bayi : Di mana puncanya? : http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/2291 9. Chuan, L. C. (2011, Disember). Dewan Masyarakat. Retrieved from Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan yang Parah: http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=491

You might also like