You are on page 1of 6

PENDERAAN KANAK-KANAK

( PUNCA-PUNCA
DAN
CARA MENGATASI )

PENGENALAN
Kes kematian S.Balasundram pada 1990 yang ditinggalkan di Hospital Kuala Lumpur
dengan kesan-kesan penderaan fizikal dan seksual mencetuskan reaksi luar biasa yang
menyebabkann penderaan kanak-kanak mula diterima sebagai suatu permasalahan sosial
di Malaysia. Sejurus itu akta khusus telah digubal iaitu Akta Perlindungan Kanak-
Kanak 1991 bagi melindungi dan menangani permasalahan kanak- kanak berbanding
dengan akta sebelumnya iaitu Akta Kanak- kanak dan Orang Muda 1947. Akta
Pelindungan Kanak-kanak 1991 adalah menyeluruh kerana ia bukan sahaja
memperuntukkan hukuman bagi kes-kes penderaan, penganiayaan dan pengabaian tetapi
juga mewujudkan mekanisma-mekanisma pencegahan lain seperti penubuhan Pasukan
Pelindung Kanak- Kanak di daerah-daerah, meluaskan kategori kanak-kanak yang
memerlukan pelindungan serta meningkatkan lagi kadar hukuman bagi mereka yang
didapati bertanggungjawab di atas kes penderaan kanak- kanak. Namun begitu kes
penderaan masih meningkat sehingga mendapat liputan meluas di media massa.
Antaranya ialah kematian Jasmine Lee @ Lee Swee Hui telah mencetuskan
kebimbangan terhadap pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan atau bukan kerajaan.
Adakah penggubalan akta baru hanyalah mencurah garam ke laut?

Kes ini berlaku disebabkan pelbagai faktor dan kebanyakkanya pendera merupakan
saudara terdekat dengan kanak- kanak tersebut seperti ibu bapa kanak-kanak itu sendiri..
Antara faktor berlakunya kes penderaan adalah tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa
yang sedang bekerja. Mereka rajin berusaha untuk mencari nafkah tetapi menghadapi
tekanan yang hebat di tempat kerja..Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke
rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak di rumah yang tidak
berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka
memerlukan perhatian ibu bapa. Tindakan mereka yang melepaskan geram dan tekanan
mereka seperti memukul, menerajang atau mencucuk putung rokok ke tubuh badan
kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu
tindakan yang tidak bermunasabah.

Faktor lain yang menjadi punca kepada peningkatan kes penderaan adalah ibu
bapa yang menghadapi masalah kewangan yang meruncing dalam keluarga. Masalah ini
disebabkan kos sara hidup yang meningkat terutamanya di kawasan ibu kota Kuala
Lumpur ekoran daripada keadaan ekonomi negara atau dunia dan status Malaysia sebagai
sebuah negara yang membangun. Maka perbelanjaan yang diperlukan bagi sesebuah
keluarga seperti pembayaran pinjaman kereta, rumah dan dapur akan turut meningkat.
Hal ini menjadi satu masalah bagi golongan yang berpendapatan rendah memandangkan
gaji yang diperolehi tidak mencukupi. Oleh itu, masalah kewangan yang menghimpit
akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak apabila anak-anak
meminta duit belanja atau untuk keperluan lain. Lantaran itu anak- akan terus menjadi
mangsa sepak terajang mereka. Jesteru itu, kesempitan wang adalah antara penyumbang
mengapa kes penderaan kanak- kanak meningkat..

Selain itu, faktor kurangnya pendidikan dan penghayatan agama di kalangan ibu
bapa adalah penyebab berlakunya kes ini. Ibu bapa yang tidak mempunyai pendidikan
dan penghayatan agama mencukupi mudah dipengaruhi oleh emosi dan anasir- anasir
luar. Nilai- nilai murni seperti sabar, kasih sayang dan tabah menghadapi dugaan yang
disemai oleh agama semakin menghilang mengakibatkan pertimbangan atau keputusan
mereka tersasar dari keputusan yang sepatutnya.serta bertindak dengan menggunakan
perasaan. Kes Syafiah Humairah Sahari, 3, yang disebabkan oleh teman lelaki ibunya
adalah bukti menunjukkan kurangnya penghayatan agama oleh ibunya sehingga
membiarkan anaknya didera sehingga mati tanpa melakukan apa- apa hanya kerana
cinta. Tambahan pula ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia
memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.. Namun apabila ibu bapa
kekurangan pendididkan dan penghayatan agama mereka bertindak dengan
menggunakan perasaan

Masalah penderaan kanak-kanak yang kian meruncing ini perlulah dibendung


diatasi dengan segera. Antara langkah untuk mengatasinya adalah melaksanakan kempen
“Keluarga Bahagia” yang diuar-uarkan oleh kerajaan dengan berkesan.. Semestinya bagi
setiap insan mengimpikan keluarga yang bahagia memandangkan keluarga adalah segala-
galanya bagi kita. Hidup kita tidak bermakna tanpa sebuah keluarga yang bahagia. Bagi
melaksanakan secara berkesan pihak kerajaan perlu memastikan setiap keluarga
memahami apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia dan bagaimana kaedah
untuk merialisasikan impian keluarga yang bahagia dan penyayang dengan mengadakan
bengkel atau seminar. Selain itu, kementerian- kementerian yang berkaitan seperti
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengadakan pertandingan-
pertandingan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan yang berteraskan konsep
kempen “ Keluarga Bahagia”. Jadi, dengan adanya kempen yang dilaksanakan secara
berkesan ini sedikit sebanyak mengurangkan berlakunya kes penderaan anak-anak.

Pihak-pihak yang berwajib perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi


memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan berkahwin.
Pendidikan ini bolehlah digabungkan dengan pendidikan yang diberikan menghadiri
kursus perkahwinan. Pendidikan ini amat penting bagi menyedarkan mereka akan
tanggungjawab yang harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas
tentang cara-cara mendidik anak-anak dan melayan suami atau isteri dengan baik.
Mereka perlu diberi penerangan untuk mencari jalan penyelesaian tanpa dipengaruhi oleh
emosi. Tambahan pula apabila pasangan yang akan berkahwin telah diberi pendedahan
yang lebih awal mereka mampu menyiapkan mental dan fizikzal bagi menempuhi alam
perkahwinan. Pasangan ini akan berupaya melayari bahtera perkahwinan ini sebaik-
baiknya kerana mempunyai persiapan ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Maka
dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi apabila ibu bapa telah
bersedia mempunyai asas pendidikan keibubapaan.

PENUTUP
Kesimpulannya, walaupun kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit
Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang
dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Dari tahun
2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung
kepada pelbagai sebab namun dalam kes-kes ini, nasi sudah pun menjadi bubur, yang
pergi tetap telah pergi. Apa yang lebih penting sekarang adalah apa yang boleh kita
lakukan untuk mengelak kejadian yang serupa berulang.Bagi menghapuskan secara total
agak mustahil kerana ada ketika manusia akan hilang kewarasan dan bertindak di luar
kawalan rasional dan undang-undang seberat manapun tidak akan berupaya mengekang
individu sebegini. Tetapi apa yang mungkin kita dapat lakukan adalah untuk mencari
jalan terbaik untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi.. Oleh itu selain
daripada pendidikan dan kesedaran tanggungjawab sosial yang mesti ada di kalangan
masyarakat, semua pihak dan lapisan masyarakat mestilah bahu membahu bagai aur
dengan tebing bagi mengatasi masalah ini dengan sebaik-baiknya.

KUTIPAN
1. Akhbar Utusan Malaysia, 07/03/2010
2. Akhbar Utusan Malaysia, 07/03/2010
3. Norhashimah Mohd Radzali, Akhbar Berita Harian, 24/04/2010
4. Norhashimah Mohd Radzali, Akhbar Berita Harian, 24/04/2010
5. http: // www.haluan.org.my,
6. Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman, Kamus Umum Peribahasa,

You might also like