You are on page 1of 19

Kod dan Nama Kursus

LMCW 2153 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Tajuk Tugasan:
MASALAH KEGANASAN RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA

Nama Kumpulan:
Kumpulan 16 – SOPAN SANTUN

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. RAJA MUSFIRAH BINTI RAJA MOHAMAD FOUZY A190209

2. RAJA SITI SAHARAH BINTI RAJA ADNAN A190457

3. AHMAD NURUDDIN BIN ANUWA A190579

4. SITI NUR SALSABILA ROYHAN BINTI ABDULLAH A186304

5. MUHAMMAD IKHMAL BIN ABU KHAIRUL A186618

6. NURUL IFFAH BINTI KAMILIZAHRI A188628

Nama Pensyarah:
PROF. MADYA DR. HAMDZUN HARON
Sesi:
Semester 1-2022/2023
KANDUNGAN

Halaman

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar belakang kajian 3

1.2 Permasalahan Kajian 4-7

1.3 Persoalan kajian 8

2.0 PUNCA-PUNCA

2.1 Punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah 9 - 12


keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat di
Malaysia

3.0 KESAN-KESAN

3.1 Kesan-kesan akibat berlakunya masalah keganasan 13 - 15


rumah tangga dalam kalangan masyarakat

4.0 CADANGAN ETIKA DAN TATA CARA

4.1 Etika dan tata cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi 16 - 17
berlakunya masalah keganasan rumah tangga dalam
kalangan masyarakat di Malaysia

KESIMPULAN 18

RUJUKAN 19

2
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Keganasan rumah tangga difahamkan sebagai keganasan atau penyalahgunaan kuasa oleh
seseorang terhadap orang lain dalam suasana domestik. Ia boleh mengambil beberapa
bentuk, termasuk penderaan fizikal, lisan, emosi, ekonomi, agama, reproduktif dan seksual.
Selain itu, terdiri daripada bentuk-bentuk yang kasar seperti paksaan kepada perkosaan
perkahwinan dan pensedudukan. Keganasan rumah tangga ini biasanya akan berulang dan
menjadikan keadaan mangsa lebih teruk. Kes seperti ini biasanya terjadi kepada pasangan
yang mempunyai konflik walaupun pasangan itu sudah bercerai. Ini disebabkan pendera rasa
dirinya berkuasa dan ingin mengawal mangsa seumur hidupnya. Keganasan rumah tangga
ini juga bukan sahaja berlaku kepada pasangan malah berlaku juga terhadap keganasan
kanak-kanak, ibu bapa, atau orang tua. Bukan itu sahaja, keganasan rumah tangga juga boleh
didefinisikan sebagai satu keadaan atau corak yang mengawal, mengancam, memaksa,
menghina termasuklah keganasan seksual yang berlaku ke atas pasangan atau ahli keluarga.

Pada hari ini, kita boleh lihat bahawa golongan wanita lebih cenderung mengalami
bentuk keganasan rumah tangga. Hal ini kerana, Wanita sering dikatakan golongan yang
paling lemah dan tidak berkuasa. Hal ini demikian kerana, di sesetengah negara, keganasan
rumah tangga adalah dibenarkan dan sering dianggap wajar seperti di negara India. India
merupakan negara yang paling banyak berlaku bentuk keganasan rumah tangga terutamanya
suri rumah. Seramai 22,372 suri rumah bunuh diri di India kerana tidak menjadi keganasan
rumah tangga dan hidup mereka terikat dengan peraturan-peraturan yang ada. Tanpa berfikir
panjang mereka membebaskan diri dengan mencabut nyawa mereka sendiri.

Akhir kata, boleh dikatakan bukan di India sahaja yang boleh terjadinya kes
keganasan rumah tangga juga di seluruh dunia. Kes seperti ini perlu diambil inisiatif untuk
dibendung daripada mangsa sentiasa digeruni perasaan takut yang melampau.

3
1.2 Permasalahan Kajian

Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac lalu
banyak kisah tragis yang dikongsikan di media sosial mengenai keganasan rumahtangga. Di
Malaysia sebanyak 353 kes keganasan rumahtangga dilaporkan kepada Polis Diraja
Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh kawalan pergerakan(PKP). Keganasan rumahtangga
didefinasikan sebagai penyalahgunaan kuasa dalam perhubungan di antara seorang individu.
Keganasan rumahtangga biasanya berulang dan menjadi menjadi lebih teruk dan berterusan
walaupun selepas penceraian. Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu
mengawal mangsa. Kebanyakkan pendera adalah golongan lelaki dan mangsa adalah Wanita
atau kanak – kanak. Terdapat banyak yang memyebabkan berlakunya keganasan
rumahtangga antaranya selisih faham berkaitan hal yang kecil, cemburu, penagih dadah,
masalah kewangan dan lain lain.

Menerusi artikel yang diperoleh Talian kasih dibawah kementerian pembangunan


Wanita, keluarga dan masyarkat menerima 135 aduan berkaitan kes keganasan rumahtangga
sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP). Hal ini disebabkan tekanan yang dihadapi oleh
ketua keluarga kerana tidak dapat keluar untuk berkerja dan mencari rezeki seperti hari –
hari biasa. Ada juga yang dibuang kerja kerana syarikat tidak mampu menampung kos untuk
membiayai gaji pekerja akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku sewaktu perintah kawalan
pergerakan (PKP). Mangsa yang terperangkap dengan mereka yang melakukan keganasan
dan penderaan selalunya tiada pilihan kerana menetap dalam rumah yang sama, sekali gus
usaha membina semula kehidupan baharu amat sukar terutamanya dalam keadaan pandamek
Covid-19.

Selain itu berdasarkan video, Masalah kewangan adalah salah satu penyebab
berlakunya keganasan rumahtangga. Masalah kewangan yang dihadapi ketua keluarga juga
membawa kepada keganasan dalam rumah tangga. Masalah kewangan dalam rumah tangga
ini menyebabkan kerap kali berlaku pertengkaran antara suami isteri. Anak-anak juga tidak
terkecuali dalam pertengkaran ini. Kebiasannya keluarga yang menghadapi masalah
kewangan yang teruk ini ialah keluarga yang berpendapatan rendah. Hal ini menyebabkan
si suami akan melempiaskan tekanannya kepada si isteri dengan memukulnya. Kadangkala
anak-anak juga akan menjadi mangsa tempat melepaskan tekanannya terhadap kewangan
dan menyebabkan si isteri dan anak-anak mengalami kecederaan fizikal dan trauma yang

4
mungkin boleh menyebabkan kemurungan jika berterusan. Namun ada juga suami yang
sanggup menjual isteri semata-mata untuk mendapatkan wang.

Menerusi jurnal, keganasan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah untuk


diperkatakan secara terbuka kepada orang lain. Didapati, Wanita yang mengalami
keganasan secara fizikal lebih mendapat perhatian dan simpati berbanding keganasan dalam
bentuk bukan fizikal (psikologi dan emosi). Menurut Liza Mokhtar (2020), seorang
pensyarah mati akhibat dijerut oleh suaminya dengan tudung kerana meminta cerai darinya.
Kes penderaan terhadap isteri dapat dilihat menerusi kes tuntutan fasakh, pengabaian nafkah
batin melebihi tempoh Setahun dan juga apa-apa alasan lain yang difikirkan patut menurut
hukum syarak. Ada juga kes yang dimana pelaku telah bertengkar dengan isterinya oleh
sebab tidak dapat menerima teguran isterinya kerana pelaku leka bermain telefon serta telah
memukul buat kali kedua dikhalayak ramai di pasar. Oleh itu, kesefahaman perlu ada dalam
sesuatu kekeluargaan bagi mengelakkan berlakunya kes keganasan rumahtangga.

Menurut laman sesawang Surat Khabar Harian Metro, terdapat peningkatan


sebanyak 12 kes keganasan rumah tangga membabitkan wanita di Kangar, Perlis sehingga
bulan lalu terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak
tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Negeri Perlis, Siti Berenee Yahaya berkata,
jumlah berkenaan sangat berbeza dengan kes yang direkodkan pada Jun hingga Disember
tahun lalu iaitu hanya empat kes sahaja. Rentetan tekanan hidup yang dialami oleh ramai
terutama pasangan suami isteri sangat ketara berdasarkan kenaikan tersebut. Pelbagai
masalah yang dihadapi oleh golongan suami isteri salah satunya adalah suami isteri
kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan ditambah dengan anak yang tidak dapat
bersekolah menambahkan lagi tekanan perasaan setiap individu terutama ketika pelaksanaan
PKP. Oleh itu, pihak kementerian menawarkan khidmat bantuan nasihat melalui kaunselor
dari pelbagai pihak seperti Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Sebanyak 31 panggilan diterima oleh kaunselor dari pelbagai agensi dan jabatan terbabit dan
sebilangannya menghadapi masalah rumahtangga. Namun, tidaklah semua membawa
kepada keganasan rumah tangga dan dapat diselesaikan dengan baik. Miskipun begitu, ada
yang berakhir dengan bercerai dimana rekod penceraian sebanyak 576 kes direkodkan
sepanjang tahun lalu. ( https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/747403/kes-
keganasan-rumah-tangga-meningkat-di-perlis ).

5
Walalubagaimanapun, menurut laman sesawang Surat Khabar Sinar Harian,
Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
berkata bilangan kes keganasan rumahtangga di seluruh negara menurun kepada 576 kes
bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding 627 kes dalam tempoh sama tahun
lepas. Walaubagaimanapun, di negeri Sabah, dalam tempoh yang sama juga kes keganasan
rumah tangga menunjukkan peningkatan kepada 145 kes tahun ini berbanding 126 kes di
tahun lepas. Menurut beliau, walaupun statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
menunjukkan peningkatan di Sabah, beliau yakin bahawa kerjasama padu semua pihak dapat
mengatasi kes tersebut selain pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh kementerian seperti Skuad
Wanita Anti Jenayah (Skuad Waja). Datuk Siti Zailah berkata, bagi memastikan
keberkesanan program pemerkasaan Skuad Waja, sejumlah RM175,000 telah diperuntukkan
kepada 25 daerah di Sabah untuk menjalankan aktiviti psikososial. Pelaksanaan program
Skuad Waja membuktikan kewujudan sinergi yang baik antara kerajaan dan komuniti dalam
menangani isu keganasan terhadap wanita. (
https://www.sinarharian.com.my/article/205700/berita/nasional/keganasan-rumah-tangga-
turun-kepada-576-kes ).

6
Oleh yang demikian, semua orang haruslah sedar akan isu keganasan rumah tangga
ini yang mana amatlah penting lagi mustahak serta dititik beratkan dan bukanlah sesuatu
yang boleh diremeh-temehkan kerana ia melibatkan keharmonian kehidupan keluarga,
masyarakat dan negara.

7
1.3 Persoalan Kajian

Bagi merumuskan permasalahan di atas, terdapat 4 persoalan yang perlu dijawab dalam
kajian ini:

a) Mengapakah berlakunya masalah keganasan rumah tangga dalam kalangan


masyarakat di Malaysia?

b) Apakah kesan akibat berlakunya masalah keganasan rumah tangga dalam kalangan
masyarakat?

c) Apakah etika dan tata cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keganasan
rumah tangga dalam kalangan masyarakat di Malaysia?

8
2.0 PUNCA-PUNCA

2.1 Punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah keganasan rumah


tangga dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Kes keganasan rumah tangga semakin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat
di negara kita. Semakin hari semakin banyak kes penderaan kanak-kanak dan pukul isteri
dilaporkan oleh media-media tempatan. Peningkatan kes berkenaan boleh mengancam
keharmonian institusi kekeluargaan di Malaysia. Sikap majoriti suami dan bapa yang
merupakan ketua dalam sesebuah keluarga yang memukul isteri dan anak-anak serta
mendera mereka melakukan sesuatu pekerjaan yang di luar kemampuan mereka merupakan
fenomena yang amat menyedihkan. Pada realitinya, terdapat pelbagai punca yang
mendorong kepada keganasan dalam rumah tangga ini.

Antara punca berlakunya keganasan rumah tangga ini ialah pegangan agama yang
rapuh dalam sesebuah institusi keluarga adalah disebabkan kurangnya pengetahuan ilmu
agama dalam diri seseorang. Sebagaimana yang kita ketahui, setiap manusia mempunyai
pegangan agama masing-masing sama ada seseorang itu menganut agama Islam, Buddha,
Hindu, Kristian dan sebagainya. Semua agama mengajar penganutnya melakukan perkara
yang baik dan taat kepada setiap ajarannya. Dalam institusi keluarga, pegangan agama yang
kukuh dapat menjamin keutuhan rumah tangga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Malangnya, kebanyakan masyarakat tidak mengamalkannya.

http://nurlaily241093.blogspot.com/2015/06/kelonggaran-pegangan-agama-
menjadi.html?m=1

Pegangan agama yang rapuh ini akan membawa kepada keganasan dalam rumah
tangga. Pegangan agama yang rapuh menyebabkan pasangan salah faham terhadap bentuk
didikan kepada anak-anak yang dianjurkan oleh agama serta tidak tahu bagaimana cara
untuk bersabar. Misalnya, terdapat agama yang menganjurkan supaya anak-anak dirotan
ataupun didenda sekiranya melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Pasangan yang
pegangan agamanya rapuh akan mentafsirkan ajaran ini dengan salah. Mereka akan merotan
dan mendenda anak-anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma
sedangkan merotan dan mendenda yang dimaksudkan oleh agama tersebut adalah untuk
tujuan mendidik dan memberi pengajaran semata-mata. Kekurangan pengetahun dan
pendidikan yang berlatar belakangkan keagamaan serta terperangkap dalam kehidupan dan
budaya sosial yang liar hanya akan mengakibatkan krisis rumah tangga. Sebagai contoh,

9
suami mengabaikan tanggungawab rumah tangga seperti tidak memberi nafkah hidup yang
sewajarya. Ini berlaku apabila suami tidak mempunyai kepimpinan dalam menerajui rumah
tangga disebabkan tidak ada pcngetahuan dan pendidikan agama yang sempurna. Tambahan
pula, keadaan akan menjadi lebih buruk apabila isteri juga tidak memiliki latar belakang
pendidikan agama yang kuat. Dalam keadaan seperti ini, apabila wujud permasalahan rumah
tangga, masing-masing tidak menemui jalan keluar yang sihat kecuali perceraian. Oleh itu,
kefahaman ilmu agama sangat penting bagi mengelakkan masalah keganasan rumah tangga
ini dari terus berlaku dan berleluasa.

https://pendidikjalanan.blogspot.com/2021/06/punca-berlaku-keganasan-dalam-
rumah.html?m=1

Selain itu, keganasan rumah tangga yang berlaku kebelakangan ini kebanyakan
berpunca daripada masalah ekonomi keluarga. Seperti yang kita tahu, dunia digemparkan
dengan Covid-19 secara tidak langsung telah memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi
dunia termasuklah Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak keluarga yang terkesan dengan
pandemik Covid-19 termasuklah dibuang kerja sekali gus menyebabkan mereka kehilangan
punca pendapatan. Antara yang menyumbang kepada masalah ekonomi keluarga adalah
hilang pekerjaan akibat Covid-19, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun ketika berucap semasa merasmikan Program
Keusahawanan Wanita Bangkit di Trove Hotel, Johor Bahru.

Tekanan kewangan yang mengakibatkan kehilangan punca pendapatan sesebuah isi


rumah menyebabkan hubungan keluarga terjejas dan isteri menjadi tempat suami
melepaskan kemarahan. Seterusnya, bebanan hutang seperti pinjaman pendidikan, bayaran
bulanan rumah dan kenderaan sedikit sebanyak memberi tekanan yang tinggi kepada mereka
tambahan pula kuasa membeli mereka semakin berkurang kerana harga barangan yang
meningkat secara mendadak serta gaji yang rendah. Oleh itu, golongan ini akan melepaskan
tekanan mereka kepada ahli keluarga seperti isteri dan anak-anak dalam bentuk keganasan
fizikal, emosi dan secara lisan. Kes keganasan rumah tangga dan penceraian yang berlaku
kebelakangan ini kebanyakan berpunca daripada masalah ekonomi keluarga. Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata,
antara yang menyumbang kepada masalah ekonomi keluarga apabila ada antaranya hilang
pekerjaan akibat Covid-19.

10
https://wartarakyat.com.my/index.php/2022/02/18/masalah-ekonomi-keluarga-punca-
keganasan-rumah-tangga-penceraian-rina/

https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2022/05/840129/tekanan-kewangan-antara-
punca-keganasan-rumah-tangga

Seterusnya, keganasan rumah tangga ini kerap berlaku pada keluarga yang
berpendapatan rendah atau miskin. Perkara ini selari dengan hasil penyelidikan Pusat
Nasional Keganasan (2002) iaitu faktor kemiskinan dan kesusahan hidup menjadi
penyumbang utama berlakunya pergaduhan dalam kalangan pasangan suami isteri yang
telah berkahwin. Justeru, kebanyakan pasangan ini terlibat dengan masalah kewangan yang
merupakan salah satu keperluan penting bagi menjalani kehidupan seharian yang selesa

11
hingga menyebabkan berlaku keganasan dalam rumah tangga akibat terlalu banyak tekanan
yang dihadapi. Kemiskinan disebabkan kesempitan wang ini juga terpaksa dihadapi dalam
konteks keganasan rumah tangga. Pelbagai bentuk tekanan yang dihadapi oleh pasangan
seperti mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli barangan keperluan
rumah, membiayai pendidikan anak-anak sehingga membawa kepada pertengkaran
antara pasangan. Jadi, Tekanan akibat masalah kewangan antara punca utama keganasan
rumah tangga terhadap isteri semakin meningkat terutama ketika pandemik Covid-19.

https://wartarakyat.com.my/index.php/2022/02/18/masalah-ekonomi-keluarga-punca-
keganasan-rumah-tangga-penceraian-rina/

Di samping itu, masalah keganasan rumah tangga juga berpunca dari pengambilan
alkohol dan penagihan dadah. Pengambilan alkohol dan penagihan dadah oleh pasangan
menyebabkan pertengkaran antara pasangan kerap berlaku. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka akan hilang rasa tanggungjawab terhadap keluarga. Bukan itu sahaja,
Minuman beralkohol dan dadah akan menyebabkan seseorang hilang kewarasan sehingga
sentiasa marah-marah dan memukul anak-anak serta pasangan. Lebih kejam lagi, terdapat
sesetengah suami penagih dadah yang sanggup melacurkan isterinya untuk memperoleh
wang bagi membeli dadah akibat ketagihan yang melampau. Jika isterinya tidak mahu
mendengar katanya, si isteri akan dipukul atau didera dengan teruk. Perkara ini menjadi lebih
teruk ketika Malaysia dilanda Covid-19 kerana mereka mengalami kesukaran untuk
mendapatkan bekalan dadah yang menjurus pada gejala ketagihan akibat tidak mendapat
bekalan, menjadi pemarah dan cenderung untuk melakukan keganasan. Seterusnya,
pengambilan alkohol ini akan memberi impak terhadap emosi seseorang yang menjadikan
seseorang itu tidak waras dan hilang pertimbangan serta membentuk sifat panas baran.
Kesannya, mereka akan berkasar terhadap pasangan dan anak tanpa mereka sedar kerana
telah hilangnya kewarasan akibat pengambilan dadah dan alkohol ini.

12
3.0 KESAN-KESAN

3.1 Kesan-kesan akibat berlakunya masalah keganasan rumah tangga dalam


kalangan masyarakat

Keganasan rumah tangga meropidan fenomina global dan terjadi dimana-mana


tempat serta tidak terkecuali juga di negara Malaysia dan mengalami peningkatan setiap
tahunnya sama ada kuantiti mahupun kualiti. Secaraumumnya, keganasan rumah
tangga akan memberikan pelbagai implikasi khususnya kepada mangsa. Antara implikasi
penderaan yang ketara adalah kecederaan fizikal mangsa, kesan kepada emosi dan
mental seseorang serta implikasi kepada kehidupan secara keseluruhannya. Implikasi ini
meliputi semua mangsa sama ada isteri, suami, warga emas mahupu kanak-kanak. Ini akan
menyebabkan kehidupan masyarakat tidak aman, serta kehidupan sosial mangsa akan
terganggu dalam tempoh yang panjang. Implikasi keganasan rumah tangga ini akan member
impak kepada diri setiap individu dan juga memberi kesan kepada masa depan mereka.

Jika dilihat dari aspek implikasi mahupun kesan ke atas suami atau isteri yang terlibat
dengan permasalahan sosial keganasan rumah tangga yang telah menghancurkan kefungsian
hidup sosial seseorang individu itu dapat ditakrifkan menurut Othman dan Adenan (2008)
menyatakan bahawa keganasan rumah tangga merupakan penyumbang terbesar dalam
masalah sosial seseorang dan juga kesihatan. Dari aspek fizikal, keganasan rumah tangga
akan mengakibatkan kecederaan berat atau ringan kepadamangsa sama ada isteri
atau suami. Sebagai contoh seperti luka, lebam, atau boleh mengakibatkan kecacatan
kepada mangsa. Oleh itu, hal ini perlu dititik beratkan kerana kesan fizikalnya kepada
mangsa amat bahaya yang mungkin boleh meragut nyawa. Kes mendera suami atau isteri
kian meningkat malahan lagi pada zaman pandemik akibat daripada kegawatan ekonomi.
Hal ini mungkin kerana si suami atau isteri diberhentikan kerja, atau dikurangkan gaji kerja
mereka hingga membuat mereka merasa tertekan. Banyak liputan akhbar yang menyatakan
tentang kes suami mendera isteri dan anak. Hal ini tidak harus berlaku kerana ia akan
memberi implikasi buruk kepada fizikal namun yang lebih buruk ialah mental. Keganasan
rumah tangga akan memberi implikasi jangka panjang terhadap kesihatan mental mangsa
oleh sebab kecederaan pada fizikal seseorang boleh pulih hari demi hari namun tidak pada
gangguan terhadap mental.

Seterusnya, kesan kepada aspek kesihtan mental mangsa turut merupakan satu
implikasi yang besar dimana ianya secara tidak langsung mampu untuk mengubah perspektif

13
pemikiran mangsa untuk melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan yang mampu meragut
nyawa mangsa tanpa kita sedari. Kesihatan mental ini perlu dititik beratkan kerana
kesakitan mental boleh mengakibatkan pelbagai kesan buruk antaranya ialah bunuh diri.
Takrif bunuh diri Mengikut Kamus Dewan Bahawa ialah mengambil nyawa sendiri dengan
sengaja. Untuk itu banyak cara yang dilakukan oleh orang ingin membunuh diri sendiri
seperti menembak diri sendiri, terjun daripada tempat yangtinggi, menggantungkan diri
sendiri, meminum racun dan pelbagai bentuk lagi. Sebagai contoh, berdasarkan daripada
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd
Yusoff, sebanyak 4,905 kes keganasan rumah tangga yang majoritinya melibatkan golongan
Wanita telah berlaku pada lapan bulan terawal pada tahun 2021.Banyak laporan mengaitkan
perkara itu dengan masalah keluarga atau perkahwinan, namun sebab paling utama adalah
mereka sering menjadi mangsa keganasan domestik. Selain itu, satu kes kejadian di Tawau,
Sabah telah melibatkan insiden dimana seorang lelaki menetak leher isterinya yang sedang
hamil, sekaligus menyebabkan kematian. Jelaslah disini, golongan wanita merupakan
mangsa yang lebih cenderung terlibat dalam keganasan rumah tangga di Malaysia yang
secara tidak langsung perkara ini mampu meragut nyawa seseorang insan yang tidak
bersalah.

Salah satu kesan keganasan rumah tangga yang teruk terhadap wanita ialah kesannya
terhadap anak-anaknya. Sudah menjadi fenomena alam bahawa seorang kanak-kanak secara
amnya mempunyai keterikatan yang lebih besar terhadap ibu kerana dialah yang melahirkan.
Selagi keganasan yang dikenakan kepada ibu disembunyikan daripada kanak-kanak, dia
mungkin berkelakuan seperti biasa di rumah. Hari apabila kesedihan dan penderitaan ibu
didedahkan, seorang kanak-kanak mungkin menjadi kecewa dengan kejadian yang berlaku
secara mendalam. Kanak-kanak mungkin tidak memahami tahap keterukan masalah yang
dihadapi ibunya. Mereka mungkin menjadi pendiam, dan hanya meluahkan rasa tenang
kepada ibu. Apabila keganasan terhadap wanita dilakukan secara terbuka di hadapan mereka
sejak zaman kanak-kanak mereka, ia mungkin memberi kesan yang lebih mendalam dan
mengerikan dalam pemikiran mereka. Mereka terbiasa dengan kejadian seperti itu di rumah,
dan mempunyai kecenderungan untuk membalas perkara yang sama dalam kehidupan
mereka apabila dewasa kelak. Ia adalah perkara biasa terutamanya di rumah luar bandar di
India yang menjadi mangsa kejahatan keganasan rumah tangga. Dalam kes Keganasan
Rakan Kongsi Intim (IPV), keganasan terhadap wanita menyebabkan mereka mengekalkan
jarak dengan pasangan mereka. Kehidupan seksual mereka terjejas teruk. Ramai daripada

14
mereka memfailkan perceraian dan meminta perpisahan yang sekali lagi menjejaskan
kehidupan anak-anak. Selain itu, turut ada yang terus dieksploitasi kerana kurang kesedaran
hak asasi manusia dan undang-undang perlembagaan.

15
4.0 ETIKA DAN TATA CARA

4.1 Etika dan tata cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi berlakunya masalah
keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Etika adalah satu sistem yang meliputi dasar akhlak, adat, tingkah laku yang ditunjukkan
oleh seorang insan. Ia juga merupakan satu cabang falsafah yang merangkumi kelakuan betul
dan kehidupan yang lebih baik terhadap masyarakat. Dalam isu untuk membina
rumahtangga yang bahagia perlu diterapkan etika dan tatacara yang betul dalam kehidupan
seharian supaya tidak berlakunya keburukan yang membawa padah kepada sesebuah
keluarga.

Tatacara dan Etika yang dilakukan untuk mengatasi berlakunya masalah keganasan rumah
tangga seperti yang dinyatakan dalam faktor adalah kurang didikan agama. Didikan agama
boleh dibentuk oleh ketua keluarga iaitu suami atau digelar sebagai seorang bapa. Jika
seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri mahupun anak-anak,
sesebuah keluarga akan musnah dan akan menyebabkan pelbagai konflik yang akan berlaku
kerana kurangnya pemahaman dalam agama. Di samping itu, suami adalah ketua keluarga
yang mencorakkan sesebuah keluarga ke arah kebaikan mahupun keburukan. Pemahaman
dalam agama amatlah penting mengikuti pemahaman agama masing-masing seperti Budha,
Kristian, Katolik, Islam dan sebagainya. Setiap pemahaman agama menerapkan kebaikan
dalam kehidupan dan tiada unsur-unsur yang membawa kepada keburukan. Malah, dalam
agama Islam suami boleh menghadiri majlis-majlis ilmu untuk mempelajari dengan lebih
mendalam tentang tanggungjawab suami. Juga apabila dikaitkan dengan nafkah, banyak
berlakunya kes ‘suami tidak memberi nafkah kepada isteri atau anak-anak’ dan suami
mempergunakan isteri seperti suami hanya duduk di rumah, isteri mencari nafkah. Hal-hal
seperti ini perlu dielakkan dimana suami perlu tahu tanggungjawabnya untuk mencari nafkah
untuk isteri dan anak-anak bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Selain itu, faktor yang dinyatakan adalah masalah ekonomi . Dalam sesebuah perkahwinan,
aspek ekonomi amatlah penting dan perlu dijaga kerana ia adalah salah satu kewajipan suami
untuk memberikan nafkah untuk ahli keluarga. Ekonomi yang stabil dapat membantu
sesebuah pasangan itu menguruskan urusan kerja dan kewangan dengan lebih mudah tanpa
ada apa-apa halangan. Sesebuah perkahwinan sebenarnya memerlukan kata sepakat dan
saling memahami antara satu sama lain. Juga, pasangan perlulah sama-sama bekerja untuk
menyelesaikan permasalahan kewangan yang melanda supaya dapat mengelakkan apa apa

16
permasalahan yang tidak diingini berlaku seperti memukul isteri dan anak. Tambahan,
apabila salah seorang pasangan dilanda masalah, pasangan hendaklah berbincang antara satu
sama lain untuk mengatasi masalah tersebut. Perbuatan meletakkan beban di sebelah pihak
sahaja tidak wajar dilakukan dalam sesebuah kekeluargaan. Dengan tatacara yang dilakukan,
dapat mengelakkan daripada keganasan rumahtangga berlaku.

Faktor yang seterusnya adalah ketagihan alcohol dan dadah menyebabkan keganasan
rumahtangga berlaku. Ketagihan alcohol dan dadah akan menyebabkan fizikal dan
mentalnya terganggu dan sukar untuk dikawal. Dengan itu, pasangan akan berada dalam
keadaan tidak waras dan tidak terkawal yang boleh mendorong mereka melakukan perkara-
perkara yang buruk tanpa individu itu sedar akan tindakkannya. Dengan itu, jika salah sorang
terjebak dengan penyalahgunaan dadah, ahli keluarga atau orang yang berdekatan
dengannya mestilah membuat laporan supaya penagih itu ditangkap dan dimasukkan ke
dalam pusat pemulihan untuk menjalani rawatan-rawatan yang ada di pusat pemulihan
supaya penagih tersebut boleh melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam
kehidupannya terutamanya dari aspek kerohanian. Ini secara tidak langsung dapat membantu
menangani masalah keganasan rumah tangga dalam masyarakat jika dibendung dari awal.

17
KESIMPULAN

Kesimpulannya, keganasan rumah tangga ini sering berlaku dan dilakukan oleh ahli
keluarga sendiri. Sebagai contoh, pelaku akan mengancam mangsa dari sudut fizikal dan
mental yang boleh mendorong mangsa menjadi tertekan. Sekiranya, isu ini tidak dibendung
dan diatasi, situasi ini akan meninggalkan kesan terhadap kanak-kanak, si suami, si isteri
atau masyarakat. Secara tidak langsung, kesan yang serius akan menghapuskan sikap
hormat-menghormati, kasih sayang, toleransi dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak
mestilah berganding bahu untuk membendung isu ini. Hal ini demikian kerana, isu
keganasan rumah tangga sering menjadi topik utama dalam akhbar mahupun media sosial.
Dengan itu, emosi memainkan peranan yang penting dalam tingkah laku manusia, dan
apabila terdapat banyak tekanan dalam situasi, ia boleh menyebabkan seseorang bertindak
dengan cara yang ganas atau berbahaya. Inilah sebabnya mengapa penting untuk kita
mencari inisiatif bagi menangani isu keganasan rumah tangga ini. Dengan adanya, akta
keganasan rumah tangga dan akta kanak-kanak 2001 ini dapat melindungi mangsa dan
memberi perlindungan kepada mangsa kanak-kanak. Sebagai mengakhiri kata, ada sabdaan
daripada Rasulullah s.a.w iaitu “orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang
berbuat baik terhadap isteri dan akulah yang berlaku baik terhadap isteriku”. Jelaslah
bahawa, berlaku baik kepada seseorang tidak pernah memberi kerugian kerana kita juga akan
mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

18
RUJUKAN

1. Bennett, C. C. (2022). News : Domestic Violence in Mumbai . Mumbai, India: Times Of


India .

2. Daud, N. M. (2021). Rumahtangga Di Malaysia. Kuala Lumpur: Department Of Shariah


and Law Academy Of Islamic Studies University Of Malaya.

3.Ghani, M. A. (1675-1930). ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA. Perlis: Jurnal


Kemanusiaan .

4. Haqimi, M. A. (May 9, 2022). Tekanan Kewangan antara punca keganasan rumah


tangga. Kuala Lumpur: Metro.

5. Manap, L. (June 21, 2015). Kelonggaran Pegangan Agama Menjadi Punca Keruntuhan
Institusi Keluarga. Johor, Johor Baharu: Blogger.

6. Official, T. (2020). Keganasan Rumahtangga : Pengakuan Mangsa. Kuala Lumpur :


Wanita Hari Ini .

7. Rahman, A. U. (Februari 18,2022). Masalah Ekonomi Keluarga Punca Keganasan


Rumahtangga, penceraian. Kuala Lumpur: Warta Rakyat.

8. Walter, W. (June 20,2021). PUNCA KEGANASAN BERLAKU DALAM


RUMAHTANGGA. Kuala Lumpur: Pendidikan Jalanan.

9. Ramayah, U. (2021, October 5). 4,905 kes keganasan rumah tangga direkod dalam
lapan bulan pertama tahun ini.

10. Admin. (2018, September 28). Kesan Keganasan Rumah Tangga TERHADAP Kanak-
Kanak. kesan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak.

19

You might also like