You are on page 1of 6

NAMA

SITI NUR ARASH BINTI M OMAR

NO. MATRIK
21160122

KOD SUBJEK
KDC 2353

TAJUK
ARTICLE REVIEW

NAMA PENSYARAH
NORMAZLINA BINTI ISMAIL @ MAT JUSOH

NAMA SUBJEK
PENYELIDIKAN DALAM KAUNSELING
ULASAN ARTIKEL 1

Tajuk artikel : Sekitar 20 peratus warga emas kemurungan

Penulis : Irfan Faruqi

Pengulas : Siti Nur Arash M. Omar

Berdasarkan tajuk artikel di atas, artikel ini membincangkan tentang isu kemurungan dalam
kalangan warga emas. Penulis menyatakan bahawa kemurungan bukan sahaja dihidap oleh
golongan remaja dan belia bahkan kajian menunjukkan warga emas juga terdedah kepada risiko
mengalami kemurungan. Maka, kemurungan yang dialami oleh warga emas akan mengakibatkan
komplikasi kesihatan yang lain kepada mereka.

Penulis menyatakan beberapa faktor yang mempengruhi kemurungan dalam kalangan


warga emas antaranya ialah kesihatan yang merosot dan terputus hubungan sosial yang sihat.
Dalam satu kajian di Malaysia lebih kurang 20 peratus warga emas yang mengalami
kemurungan. Penulis mengambil petikan daripada pakar perubatan Kit Mun yang menjelaskan
faktor kemurungan dalam kalangan warga emas disumbangkan oleh keadaan kesihatan yang
merosot dan hilang upaya untuk berdikari. Selain itu, kurangnya interaksi sosial bersama
keluarga, jiran tetangga dan sahabat-handai boleh mengakibatkan kemurungan.

Secara keseluruhannya, artikel ini ingin menyampaikan bahawa kemurungan dalam


warga emas perlu diberi perhatian. Oleh itu, ilmu dalam pengurusan diri perlu dipelajari bagi
semua peringkat umur.
ULASAN ARTIKEL 2

Tajuk artikel : 3.35 peratus petugas kesihatan alami tekanan, kemurungan tahun lalu

Penulis : Hasimi Muhamad

Pengulas : Siti Nur Arash M. Omar

Artikel tersebut memberitahu tentang peratus petugas kerajaan yang mengalami kemurungan.
Penulis menyatakan bahawa sebanyak 3.35 peratus daripada 76,381 petugas kesihatan daripada
pelbagai skim perkhidmatan dikesan mengalami gejala tekanan, keresahan serta kemurungan
pada tahun lalu. Menteri kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menjelaskan Kementerian Kesihatan
(KKM) mengambil maklum bahawa pekerja yang bertugas dalam tempoh yang panjang boleh
mempengaruhi masalah kesihatan mental mereka.

Penulis memberitahu kegagalan mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan


menjadi faktor penyumbang kepada masalah kesihatan mental. Oleh itu, KKM telah
menubuhkan pasukan petugas khas bagi menambah baik budaya kerja perkhidmatan kesihatan
pada Mei 2022. Ramai pekerja sektor kerajaan meletakkan jawatan kerana memilih untuk
berkhidmat dengan sektor swasta, membuka klinik sendiri, berhijrah ke luar negara serta masalah
kesihatan seperti tekanan mental.

Dr Zaliha mengatakan KKM akan berusaha meneliti permohonan pertukaran pegawai


terlibat dan kekerapan proses pertukaran pegawai kesihatan adalah empat kali setahun. Kesihatan
mental pekerja sangat penting bagi membuahkan hasil kerja yang berkualiti dalam setiap sektor
serta dapat memajukan sesebuah sektor.
ULASAN ARTIKEL 3

Tajuk artikel : Penggunaan skrin terlalu lama tingkat potensi kemurungan kanak-kanak

Penulis : Faida Rahim

Pengulas : Siti Nur Arash M. Omar

Artikel di atas menyatakan tentang penggunaan skrin yang terlalu lama dalam kalangan kanak-
kanak menyebabkan sikap kurang bersosial, sukar menyesuaikan diri dan bertindak lebih agresif
seperti gemar membaling alat permainan, memukul dan pemarah. Pengarah Pusat Sejahtera
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Pahang, Dr Noradilah Md Nordin
memaklumkan penggunaan skrin dalam tempoh panjang dalam kalangan kanak-kanak juga dapat
meningkatkan potensi gangguan emosi seperti tekanan dan kemurungan.

Penulis memberitahu bahawa kanak-kanak mula terdedah dengan skrin dalam tempoh
yang lama untuk tujuan pembelajaran bermula sejak pendemik. Majoriti besar ibu yang bekerja
dari rumah juga terpaksa memberikan anak-anak peralatan digital seperti telefon pintar dan
menonton rancangan di televisyen untuk mencari peluang menyiapkan kerja pejabat.

Oleh yang demikian, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA, Dr. Fatin Aliana
Mohd Radzi memberitahu bagi membantu memastikan perkembangan sosial dan emosi yang
sihat, kanak-kanak perlu dilatih untuk meluahkan sesuatu dengan baik dan antaranya melalui
proses pergaulan dengan rakan sebaya. Seterusnya, aktiviti riadah di hujung minggu seperti
bermain bola dan berbasikal bersama anak-anak pula amat digalakkan dan ianya membantu
meningkatkan kecergasan fizikal dan mengurangkan kebarangkalian masalah obesiti.

Akhir sekali, yang dapat kita simpulkan pada masa kini setiap lapisan umur tidak boleh
dipisahkan dengan perkembangan teknologi. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
mengawal penggunaan teknologi anak-anak supaya tidak memberikan kesan yang negatif dalam
perkembangan mereka atau menyebabkan kemurungan.
ULASAN ARTIKEL 4

Tajuk artikel : Persekitaran tempat kerja antara penyumbang tekanan mental

Penulis : Faida Rahim

Pengulas : Siti Nur Arash M. Omar

Penulis mengambil petikan daripada facebook Shamsul Bahari Shamsudin berkata stigma umum
menjadi punca pekerja gagal bersikap jujur sekiranya mengalami kemurungan di tempat kerja.
Persekitaran tempat kerja menjadi penyumbang kepada tekanan mental dan tidak patut
dipandang ringan oleh mana-mana organisasi.

Antara sebab yang diberitahu oleh ahli akademik Prof Madya Tan Sri Shamsul Bahari
Shamsudin, persekitaran yang negatif mendatangkan penyakit fizikal dan mental, termasuk
masalah tingkah laku yang menyebabkan mutu kerja menurun. Selain itu, masalah ekonomi
seperti masalah gaji juga turut memberi beban kepada pekerja oleh kerana kos kehidupan
sekarang yang semakin naik.

Oleh itu, majikan perlu memainkan peranan dengan menyediakan langkah yang berkesan
untuk menanganinya agar dapat melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Sekaligus, tekanan
tempat kerja akan memberi kesan yang lebih buruk kepada ahli keluarga di rumah jika tidak
dapat ditangani di tempat kerja.
ULASAN ARTIKEL 5

Tajuk artikel : Kes kemurungan dalam kalangan remaja perempuan meningkat

Penulis : Faida Rahim

Pengulas : Siti Nur Arash M. Omar

Berdasarkan artikel tersebut, penulis menulis kes kemurungan dalam kalangan remaja yang
dikaji di Australia. Hasil kaji selidik mendedahkan kadar kes kemurungan dalam kalangan
remaja perempuan Australia di tahap membimbangkan selepas kes meningkat lebih dua kali
ganda. Penulis memetik laporan 9News, hasil selidik dilakukan oleh Black Dog Institute
melaporkan angka ini terus meningkat dalam tempoh 14 tahun dan kesihatan mental remaja
lelaki di Australia turut menjadi kebimbangan utama ketika ini.

Dalam kes ini penulis mengambil maklumat daripada wakil dari black dog institute, Aliza
werner-seidler memaklumkan faktor pekerjaan, kewangan, buli siber dan pengasingan sosial
antara faktor menyumbang kepada peningkatan kes murung. Selain itu, antara faktor
penyumbang kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan remaja ialah kurang tidur,
kesunyian, kurang sokongan sosial.

Secara keseluruhannya, remaja yang mempunyai simptom kemurungan yang teruk akan
menjejaskan kualiti kehidupan harian serta kurang melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan
fizikal di sekolah. Oleh itu, menjaga kesihatan mental sangat penting dalam semua peringkat
umur terutama dalam kalangan remaja agar tidak menjejaskan pembelajaran di sekolah.

You might also like