You are on page 1of 3

MPU 3213

BAHASA KEBANGSAAN A

LAPORAN TUGASAN INDIVIDU


SYARAHAN: KEPENTINGAN KESIHATAN MENTAL

DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SYAHIDA BINTI NORSHAHID (BM22100003)

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN AIDA NASRIN BINTI NASARUDDIN

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN 2


SEMESTER KEDUA 2022/2023
SYARAHAN: KEPENTINGAN KESIHATAN MENTAL

Yang dihormati, Pensyarah subjek MPU 3213 Bahasa Kebangsaan A, Puan Aida Nasrin
binti Nasaruddin, seterusnya rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya
ucapkan. ‘Kepentingan Kesihatan Mental’, begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan
pada hari ini.

Tahukah anda sebanyak 631 kes bunuh diri telah dilaporkan sepanjang tahun 2020 dan
468 kes bunuh diri bagi bulan Januari hingga Mei 2021. Secara puratanya sebanyak dua kes
bunuh diri dilaporkan di Malaysia setiap hari semasa pandemik COVID-19. Terdapat beberapa
faktor penyumbang berlakunya kes bunuh diri, antaranya gangguan mental, tekanan hidup
dimana ketika individu berhadapan dengan masalah hutang, kemurungan yang berpanjangan dan
sebagainya. Kejadian bunuh diri ini bukan sahaja melibatkan seorang individu, tetapi beberapa
individu lain turut terkesan kerana bagi setiap nyawa yang terkorban, ahli keluarga atau
rakan-rakan akan turut mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Sekiranya isu ini
tidak dibendung, tidak mustahil jumlah angka kes bunuh diri ini akan menginjak kepada 1000
kes menjelang hujung tahun ini.

Rakan-rakan sekalian,
Selain itu, tiadanya tempat untuk meluahkan perasaan dan mendiamkan diri (silent
treatment) yang diberikan oleh orang sekeliling khususnya ahli keluarga memburukkan lagi
keadaan. Ini sekaligus menjejaskan kesihatan mental kerana mereka merasakan diri tidak
dihargai selain mewujudkan imajinasi luar biasa yang mampu mendorong berlakunya stres yang
melampau yang boleh membawa kepada kematian jika tidak diuruskan dengan baik. Silent
treatment merujuk kepada satu sikap mendiamkan diri atau mengabaikan seseorang dengan
menolak untuk bergaul dan berkomunikasi dengan individu terbabit. Dalam hal ini, ibu bapa
memainkan peranan yang penting, bukan sahaja dalam penyediaan keperluan asas yang
mencukupi kepada anak-anak, malah mereka juga perlu memantau aktiviti anak-anak mereka.
Ibu bapa haruslah mengelakkan diri daripada menjadikan silent treatment sebagai salah satu
pendekatan dalam mendidik anak-anak sepanjang proses pendewasaan mereka. Ia bukanlah satu
tindakan yang rasional dan bijak kerana ianya bukan sahaja akan meregangkan hubungan
kekeluargaan, malahan anak-anak akan merasa tersisih dan tidak dihargai.

Disamping itu, kita pernah dikejutkan dengan kes kematian pelajar di sebuah universiti
tempatan akibat stres melampau kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan pensyarah. Walaupun ianya merupakan kes terpencil, namun tragedi ini mampu
dielakkan sekiranya pensyarah dan pelajar sama-sama berbincang mengenai kaedah terbaik
dalam melaksanakan penilaian sepanjang pelaksanaan pembelajaran secara atas talian (ODL)
yang dipraktikkan oleh universiti di negara ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan sering bertanyakan hal pembelajaran
anak-anak mereka di rumah di samping sentiasa memberi sokongan moral tanpa membebankan
anak-anak dengan kerja-kerja rumah yang berlebihan, khususnya semasa waktu kelas atau kuliah
sedang berjalan. Masa dan peluang yang ada sepanjang tempoh pembelajaran secara ODL di
rumah boleh diluangkan untuk duduk bersama berbincang dan bertanya masalah yang dihadapi
anak-anak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Melalui cara ini, anak-anak akan merasakan diri
mereka lebih dihargai, diberi perhatian dan bersifat lebih terbuka untuk berkongsi dan mencari
penyelesaian terbaik kepada apa jua masalah yang mereka hadapi.

Jelaslah bahawa pengurusan diri, emosi dan kesihatan mental diri, keluarga dan
masyarakat perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak. Sebagai individu yang melanjutkan
pelajaran ke peringkat sarjana ini, gunakanlah ilmu yang diperolehi sebaiknya dengan
meluangkan masa menjadi pendengar, cakna akan keadaan sekeliling dan mendapatkan bantuan
yang sewajarnya sekiranya berlaku pada ahli keluarga ataupun rakan yang memerlukan sokongan
mental dan emosi.

Saya akhiri syarahan ini dengan ucapan terima kasih.

You might also like